assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca Fiksyen Shasha.
Nama saya ialah Nabila (bukan nama sebenar), ini adalah kisah benar yang terjadi pada diri saya sewaktu menuntut di sebuah IPTA di Bandaraya Melaka. Kisah yang terjadi ini adalah salah satu kejadian pada saya cukup menakutkan dan menyeramkan. Minta maaf sekiranya cerita yang saya sampaikan ini tidak tersusun sebab ini adalah kali pertama saya menulis di sini.
Ceritanya bermula pada tahun 2012, sewaktu semester ke 4, saya telah memasuki satu hostel yang baru dibuka. Sebelum ini masih dalam pembinaan. Hostel ini merupakan sebuah apartment yang mempunyai 17 tingkat dan dihuni oleh pelajar berlainan IPT. Apartment ini juga mempunyai 5 buah bilik dan setiap bilik disediakan untuk dua orang pelajar.
Roommate saya merupakan seorang pelajar yang berlainan fakulti dengan saya. Saya masih ingat roommate saya berambut perang gelap dan sangat panjang hingga ke aras pinggang. Dia juga berkulit cerah.
Malam kejadian saya telah tidur awal dan saya tersedar dari tidur setelah mendengar bunyi hujan mulai turun. Saya juga sempat melihat jam di telefon bimbit sekitar pukul 1 pagi. Kemudian saya menoleh dari atas katil melihat roommate saya sedang mengulang kaji pelajaran di atas katilnya.
Apabila hujan mula menjadi lebat roommate saya telah bangun dari katil dan menarik langsir serta menutup tingkap. Saya pula dalam keadaan terlentang tapi masih mamai memerhatikan dia yang berdiri di hadapan tingkap. Tiba-tiba bukan main terkejut saya melihat roommate saya telah menjadi dua orang. Seorang saya yakin adalah dirinya, dan lagi seorang kelihatan sama dengan dia, tetapi muka ditutupi rambut yang panjang dan mengerbang dan telah pergi kearah katil saya.
Makhluk itu mula melutut di sebelah katil saya. Saya masih ingat dengan jelas keadaan itu. Makhluk itu tidak bersuara tapi mukanya sangat hodoh dan tangannya memegang tangan kanan saya yang terlentang di atas katil. Saya dapat rasakan kukunya yang sangat tajam mengenai kulit tangan saya, seakan-akan mahu mengoyakkan kulit saya.
Saya terdiam dan sangat takut. Saya menjeling room mate saya yang sebenar, tapi dia sedang sibuk membaca buku di atas katil seperti tidak nampak saya yang meronta meminta tolong.
Entah macam mana saya dapat kekuatan untuk berpaling ke kiri menghadap dinding. Saya menutup mata sekuat-kuat hati dan tak mampu langsung untuk membaca ayat kursi. Saya cuma menyebut Allah Allah Allah dalam hati dan berharap makhluk itu pergi. Naluri saya kuat mengatakan makhluk itu masih duduk di sebelah saya dan saya hanya mampu berdoa supaya ini hanyalah mimpi.
Setelah dalam 15 minit saya berani membuka mata, terus saya mencapai telefon bimbit dan mencari surah yang ada dalam telefon. Saya mendengar surah Al Mulk dan mendapat keberanian untuk melihat tangan saya yang dipegang makhluk tadi. Saya perhatikan betul-betul tiada langsung tanda cakar, cuma rasa kebas di tempat
yang dipegang mahkluk tersebut.
Esoknya barulah saya menelefon ibu dan menceritakan kejadian malam itu, tetapi saya dimarahi sebab saya jarang baca yasin/ alquran dalam bilik. Ada benar kata ibu saya, sebab saya tidak banyak mengisi masa lapang dalam bilik dengan ayat Quran, tetapi lebih suka tidur. Mungkin itu adalah teguran dari Allah untuk saya.
Pengalaman seramย itu terus segar diingatan. Sekian saja cerita saya kongsikan, mohon maaf jika ada kesalahan dalam penulisan dan mohon maaf juga jika cerita ini kurang menyeramkan bagi pembaca, sebab saya susah sikit bercerita dalam penulisan..
Sekian cerita saya.
Nabila.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Apartment ayam kan. hahah. saya tahu..
๐๐๐