Rumah Sewa Baru Di Kapar

Assalamualaikum & salam sejahtera admin & semua readers’ fiksyen shasha. Selama aku jadi silent readers ni, terlintas juga nak share pengalaman sendiri. Tapi bile teringat dari cerita yang aku baca dari penulis yang bukan calang-calang di fiksyen shasha ni “kalam penulisan itu hidup” aku jadi seram sejuk pulak nak share. Sebab tak semua cerita kat sini rekaan & confirm ade dari kisah pengalaman yang sebenar kan. Okay,cukuplah bebelan aku yang tak seberape ni. Aku share ajela pengalaman aku duduk di rumah sewa area Kapar, Klang. Memang agak cliché kan cerite tentang rumah sewa. Tapi kalau dah tahap sampai kau kena pergi berubat rawatan islam..tu bukan cliché dah..itu dah betul-betul mengganggu hidup.

Penghujung tahun 2019, aku & suami berpindah ke rumah sewa baru yang bagi kami lebih convenient la sbb dekat dgn tempat kerje. Yang lagi best , kitorang jadi orang pertama yg duduk rumah sewa tu sbb rumah baru siap. Nak dijadikan cerita, dalam lebih kurang sebulan kitorang tak dapat terus duduk rumah sewa tu sbb TNB belum masukkan elektrik. Kitorang Cuma simpan barang-barang aje. Lepas sebulan barulah kitorang pindah masuk & mulakan kehidupan. Memang salah kitorang lah masuk terus, lepas cuci-cuci rumah tu. Taka da buat bacaan Yassin atau kenduri pun & bahkan langsung tak azan tiap penjuru rumah pun. Terus duduk macam biase.

Bermulalah pengalaman kitorang suami isteri diganggu. Paling teruk diganggu adelah aku, sebab suami aku keje shift & aku kerap bersendirian kat rumah. Gangguan tu mula dalam seminggu kitorang duduk rumah ni. Time tu aku OT sebab ade internal audit. Dalam lebih kurang 10 malam sampai rumah, suami aku kerja shift malam. Aku pun macam biaselah parking kereta. Macam biaselah reverse kereta nak betulkan parking sikit, nak ejas bagi parking cantikla kan..hehehe..walaupun hakikatnye..tengah nak reverse tu bunyi sensor kemain kuat macam nak terlanggar bende…panic aku..aku tengok side mirror clear..lbh 3 kali aku reverse still sensor bising..aku tak fikir ape mase tu..mungkin sensor rosak..aku pun terus masuk rumah..lepas dah siap mandi & nak rehat-rehatlah kan..dengar bunyi angin kuat kat luar & bunyi macam pasir tu dibaling & ditabur kat lantai luar rumah..haa sudah kate aku..aku fikir ni mesti sebab angin kuat kot..still tak nak fikir bende-bende ghaib ni..takut terbawak-bawak..tengah tidur pulak siap terdengar bunyi bende diheret kat lantai & bunyi kaki budak-budak berlari-lari..aku paksa pejam mate sampai tertidur.

Pagi tu time nak pergi kerja..penuh pasir kat luar..suami aku balik pagi tu dah pelik sebab jiran-jiran semua clear je lantai..aku pun cerita la kat suami..& kitorang masih tak nak fikir pasal bende-bende halus ni. Cuma kerapkan bacaan Yassin lepas solat. Kali kedua aku kena ganggu, suami aku shift malam lagi. Tengah sedap tidur, aku tiba-tiba terjaga..Allhuakhbar!..jelas depan mate aku..makhluk tu lutsinar weyh..makhluk tu slumber aje dari dapur lepastu masuk bilik aku & terus naik atas katil aku & turun balik dari katil aku lepastu menonong ke dapur rumah aku & hilang mcm tu aje..time tu takutnye Allah je yg tau..aku terpaku terkaku..eh mcm lagu pulak..hehe.. esok pergi kerja mate bengkak sebab tak tidur malam..& seperti biase aku cerita kat suami aku..

Gangguan seterusnya, aku tertidur kat ruang tamu tengah layan movie..siap tutup lampu ruangtamu Cuma on lampu ruang tengah aje konon nak feel movie kat wayang la & suami aku kerja shift malam lagi..tengah aku tertidur tu macam biaselah terjaga..tengah aku nak fokuskan mate..ternampak sesuatu bergerak dekat bilik stor tak jauh dari ruang tamu..makhluk tu sikit-sikit tunjuk keadaan diri dia..mula-mula bayang gelap..makin lame makin membentuk seakan manusia & membongkok..mase tu aku dah berpeluh teruk dah..takut mcm nak tercekik..telan air liur pun susah dah time ni..mate aku pulak static focus tengok..memang tak ade baca ayat ape-apelah..dah tak ingat ape-ape time tu..dengan menggigil & bunyi jantung aku laju & kuat seakan 1 rumah bergema bunyi jantung aku..nak menggambarkan takutnye time tu..aku doa cepat-cepatlah pengsan..tapi tak pengsan pulak..hadoiiilahh..lepas makhluk tu membongkok dia merangkak pulak..pergerakan dia pelik sangat..yelah bukan manusia kan..sekejap merangkak kejap mcm mencangkung..ALLAH..aku takut sampai tertidur duduk malam tu..sekali lagi mate bengkak gi keje.

Kali ni kitorang solat kat setiap ruang rumah & kerapkan lagi bacaan Yassin. Aku pun setiap kali nak tidur jadikan rutin baca al-fatihah, 3 Qul & ayat kursi. Siap mandi air daun bidara sebagai ikhtiar. Kemuncak gangguannye, as usual..suami aku shift malam lagi. Setelah kena gangguan besar & juga kecil-kecilan yang aku tak ceritakan sebab penat nak tulis panjang-panjang. Aku jadi agak takut setiap kali nak tidur. Jadinye malam tu lepas dah get ready nak tidur & aku siap pasang kuat-kuat surah al-baqarah kat phone. Dalam aku nak lena tu, pintu dapur aku bergegar kuat sampai aku terkejut terus terduduk. Pintu dapur still bergegar dengan suara jerit marah tu nyaring sangat & mula-mula macam suara lelaki garau dan akhirnye suara perempuan halus nyaring & sayup2. Aku dah baring berselimut sampai atas kepala menggigil-gigil dah. Aku pun tertidur, time tertidur tu..terdengar suara gelak ketawa halus. Suara tu dekat sebelah kepala aku & sebelah kepala aku tu phone aku yang tengah beralun surah al-baqarah.

Esok malamnye lepas solat maghrib, terus kitorag shoot pergi pusat rawatan islam dekat kota kemuning. Kenape jauh, dari kapar sampai kota kemuning. Sebab sepanjang jalan sesat & berpusing-pusing tak jumpa pusat rawatan terdekat. Sampai je pusat rawatan islam tu & dah cerita semuanye. Perawat pun ruqyahkan aku & siap bagi air mineral yang dah diruqyahkan sekali. Perawat pesan, aku kena mandi sebelum maghrib 3 hari berturut dgn air tu. Perawat juga pesan, lepas baca Al-fatihah, 3 Qul & ayat kursi kena tadah tangan & doa utk lindung diri. Lepas baca doa tu terus hembus or tiup kat tangan & sapukan mula dari ubun-ubun hingga hujung kaki. Selepas dari tu, adelah sedikit gangguan kecil & alhamdulillah tak ade lagi gangguan-gangguan yg teruk macam sebelum ni.

Kate perawat dekat pusat rawatan islam tu, lebih baik bacaan dari kite sendiri berbanding pasang ruqyah kat phone..iyelah kan lebih mujarab dengan izin Allah. Pesan aku, tolonglah hati-hati sebelum masuk rumah baru & jangan pandang ringan gangguan-gangguan. Okay, sekian perkongsian aku yang tak seberape ni. Kalau rajin, aku share pulak pengalaman lain insyaAllah.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

#FAMN

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 15 Average: 4.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.