DIA ADA

Assalamualaikum semua peminat fiksyen shasha. Aku  first time menulis dekat sini jadi kalau tersilap tatabahasa atau salah ejaan harap maaf lagipun aku orang Kedah (paham paham je la ye) hehehe. Ok, aku nak kongsikan beberapa pengalaman yang sangat seram bagi aku. Aku ni jenis yang ada kelebihan  jadi boleh lah nampak macam macam terutamanya makhluk halus.

ok kisah 1.  Hantu galah main lampu. cerita ni terjadi masa aku naik motor dengan abah untuk pergi kedai yang terletak kira-kira 2 km dari rumah. asa tu aku ni degil sangat nak ikut abah aku walaupun abah aku kata tak boleh sebab sepanjang jalan hutan kiri kanan dah tu aku ni jenis yang boleh nampak pulak tapi di sebabkan aku ni dah merajuk nak ikut abah aku pun bawak je aku gi kedai, tengah aku syok rasa angin sejuk malam tu dari jauh lampu yang tepi jalan tu tiba tiba pecah padahal tadi cerah je.. aku masa ni pandang je lampu tu tengok punya tengok nampak mata merah tinggi gila ikut aku ngan abah aku, lampu yang tepi jalan tu semua dia pecahkan.aku masa dah takut dalam masa tu aku terpikir haa tu la padahnya degil sangat nyesal aku.

Aku tengok abah aku dari cermin tepi mulut gerak gerak baca ayat ayat suci Al Quran.aku pun ikut join sebab aku pun dah rasa tak sedap hati kami dua baca ayat kursi sampai kedai runcit pak mat tu.lepas habis beli barang apa semua gerak balik rumah alhamdulillah masa gerak balik rumah tu takda apa apa yang jadi..

kisah 2

Budak kecik tak ada mata..cerita ni pulak terjadi masa aku dengan keluarga aku 8 orang kesemuanya layan movie yang baru keluar dekat pawagam ,masa pergi tu aku dah rasa meremang gila belakang tengkok aku tapi aku buat tak layan walaupun semua yang aku rasa pasal makhluk makhluk ghaib ni betul ,dah habis movie dekat pawagam kakak aku yang belanja kami ni ajak pergi makan kfc kat tingkat 3 kita orang setuju je tak banyak songeh sebab kakak aku yang belanja kan.masa tu dah malam jam dah menunjukkan pukul 8.45 kami pon turun dari tingkat 5 pergi tingkat 4 masa turun tu aku ada perasan ada sorang budak ni pandang aku dari tepi aku pun senyum je tapi ni la kesalahan aku masa tu sebab senyum kat dia jadi dia tahu yang aku boleh nampak dia lagipun aku tak perasan lagi yang dia takda bola mata yang lebih seram tu dia ikut aku pastu pegang tangan aku aku cakap kat mak aku “mak budak ni macam mana?nak kena hantaq dia pi kat mak dia ka?” sambil aku tunjuk budak yang tengah pegang tangan aku budak tu masih menunduk tak pandang muka aku,aku pandang muka diaorang”apa yang hang merepek ni angah?!! Mana ada budak pun?!”aku masa tu aik takkan takdak aku pandang balik budak tadi nah..budak tu tengok aku dengan bijik mata takda nya senyum kat aku aku kaku je sebab tak boleh hadam benda ni “angah?!angah?!” panggil abah ngan mak aku sebab risau.aku tersedar macam mimpi masa tu entah macam mana datang kekuatan nak bercakap dengan benda tu aku cakap kat budak tadi”adik jangan kacau kakak,kakak harap adik tahu tujuan adik ya”aku leraikan tangan aku yang masih ada dekat tangan dia lepas je aku cakap macam tu terus dia angguk pandang aku pastu hilang aku dari lepastu terus longlai kaki aku terduduk aku sebab tak kuat sangat pun semangat aku..ok itu je yang aku nak cerita hari ni nanti kalau aku free aku cerita lagi..kalau fs siarkan kisah aku ni aku beribu ribu terima kasih untuk fs.assalamualaikum.

Hantar kesah anda : fiksyenshasha.com/submit

FOLLOW FB KAMI.

3 comments

  1. Tatabahasa dan kesalahan ejaan tu saya sebagai pembaca tak kisah sangat. Tapi saya terpaksa ulang bacaan sebab kekurangan tanda noktah. Harap boleh diperbaiki..

  2. Nasib baik la budak tu jenis paham bahasa.. klu jenis ketegaq mcm hang jugak xmoh lepas tangan, mmg naya la hang.. 😂😂
    btw, cerita ok je.. cuma sama mcm komen² di atas, nokhtah, koma xde menyukarkan pemahaman pembaca.. klu boleh, tepek la pengalaman adik bnyk².. 2 citer je rasa x cukup pulak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.