Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

Apek Ah Sai

Assalamualaikum para pembaca FS yang setia membaca di sini. Terima kasih sekali kepada admins yang jelita kerana sudi memaparkan kisah-kisah hamba selama ini. Terima kasih juga kepada pembaca-pembaca yang sudi melemparkan komen-komen murni pada penulisan hamba. InsyaAllah akan diperbaiki mana yang kurang.

Baik, ini datang lagi satu kisah. Berlaku di rumah lama aku yang sememangnya kerap disinggahi makhluk-makhluk Allah yang cuba memesongkan aqidah manusia. . Maaflah kalau kisah kali ni agak memualkan sikit. Tapi inilah antara pengalaman paling berharga yang tak mungkin aku lupakan selagi jiwa ini tidak mati atau tidak gila. Aku cuba pendekkan tetapi padat ya. Supaya anda tidak mengantuk. Begini kisahnyaโ€ฆ.

BAGAN – 1984

Sepertimana yang diceritakan dalam kisah aku berjudul โ€˜LANGSIAQโ€™ sebelum ni, rumah aku jenis rumah kampung double story. 90% buatan kayu dan 10% buatan simen. Bilik aku dengan abang-abang aku di atas. Rumah ni jambannya di luar, dikelilingi pokok pisang. Kebanyakan rumah dulu-dulu macam tu la. Hang nak berak sila keluar. Bilik mandi pun dipisahkan dari induk rumah.

Aku yang masih budak masa tu, rasanya dalam usia 7 ke 8 tahun tidak terkecuali dari undang-undang untuk berak di jamban luar tu. Tak kira siang ke malam ke sila berak kat luar ya. Jamban tu pula style dulu-dulu mana ada flush, mana ada piping yang terus sedut buangan kita ke pusat pengumpulan. Dia jenis lantai yang ditebuk lubang dan kat bawah ada satu baldi besi yang fungsinya tidak lain tidak bukan untuk menadah najis hang yang jatuh ke bawah. 2 hari sekali akan ada apek tua bernama Ah Sai yang datang angkut baldi tu dan dibuang ke tapak pelupusan di hujung kampung. Apek tu siap cuci jamban hang lagi. Kadang-kadang hang baik punya tengah meneran pun dia mai cuci. Sambil meneran hang boleh nampak penyapu lidi dia dok menggosok kat bawah hahaha. Punya la purba kala.

Apek Ah Sai ni aku kenal dia sejak aku pandai berak sendiri di jamban. Memang dah lama dia buat kerja tu. Tiap pagi dia akan datang meronda dengan basikal roda tiga untuk mengangkut najis orang kampung. Kalau dia lalu, kami budak-budak pakat tutup hidung. Bukan menghina tapi bau dia memang tak tahan. Dia cuma tersenyum-senyum memandang kenakalan kami. Ayah aku cakap, kalau takda Ah Sai hampa sanggup ka nak buang najis sendiri? Kalau rasa tak sanggup, tiap kali jumpa dia kena kata terima kasih. Begitulah kami diajar ayah supaya sentiasa menghargai orang lain dan menghormati kaum lain dalam kampung ni. Walaupun ada bangsa lain yang kerja macam tu, kami tetap hormat dan berjiran dengan harmoni.

Malangnya, aku tak sempat membalas budi apek Ah Sai. Umur dia ditakdirkan berakhir pada usia aku masih kecil. Katanya mati sakit tua. Wallahuaโ€™lam. Aku sangat berterima kasih pada apek Ah Sai. Lepas dia mati, anak dia yang kami panggil Ah Sun ambil alih tugas mencabar ni. Tapi tak lama sebab sistem kumbahan mula diperkenalkan dalam kampung kami.

Baik, suatu malam tu selang beberapa hari selepas kematian Ah Sai, aku terbangun dari tidur dan berasa nak terberak sangat-sangat. Rasanya dah tengah malam. Ini satu masalah besar bagi aku. Kadang-kadang dok terfikir juga awat la ayah tak buat jamban dalam bilik ja. Kan senang nak berak.

Jadi, aku pun kejutkan abang-abang aku yang jadi bodyguard tu. Depa dua ni memanglah abang yang penyayang tapi kena juga la beletiaq 2 3 perenggan..

โ€œApa hang ni tengah malam orang nak lena hang nak berakโ€
โ€œPi la berak sendiri, hantu pun takmau bau taik hang aaiihhโ€ .. macam-macam lagi la depa bubuh aku. Tapi depa bangun juga dan siap sedia untuk buat kerja-kerja pengawasan tatkala aku sedang meneran. Cuma kali ni depa nak dajalkan aku.

โ€œLaa macam ni, hang pi turun sendiri masuk dalam jamban, kami suluh dari ataihโ€ Kata abang aku yang sulung. Abang Ngah aku menganggug-angguk dengan mata terpejam tanda setuju. Bayangkanlah, aku nak berak pun kena bermuzakarah dulu. Aku mula mengomel tak setuju. Depa kena teman juga ke bawah, kena tunggu aku tepi jamban. Dah tengah malam ni nak berak kat luar seram kot. Kampung waktu dulu bukan macam sekarang. Jam 10 dah sunyi sepi ni kan pula tengah malam.

Abang aku membantah sebab dia mengantuk sangat.

โ€œTak boleh. Hang pi turun sorang. Kami suluh la hang dengan lampu. Tadak apa haiihh. Sampai bila nak jadi penakut?โ€ Cilanat betul.

Disebabkan tak tahan sangat dah aku pun turun dengan hati yang terpaksa. Masa tu, seram letak belakang. Berak lagi penting. Kalau berterabur dalam rumah jenuh tahan telinga dengar mak aku berkompang.

Maka menononglah aku turun ke bawah, bertemankan lampu suluh besi zaman dulu-dulu. Aku buka pintu belakang rumah dan tergedik-gedik lari masuk jamban. Abang aku dah standby kat tingkap atas dengan lampu suluh dia. Terang benderang lampu suluh dia menyuluhi sekitar kawasan jamban. Pintu jamban aku biarkan terbuka. Sapa nak tengok tengah malam ni ye tak? Abang abang aku je yang sudi dalam terpaksa. Aku pun duduk dan bermulalah upacara berak bersuluh. Aku suluh muka abang aku, abang aku suluh muka aku balik. Kadang-kadang lampu suluh dia sengaja ditala ke bawahโ€ฆdajey betoi. Kadang-kadang sengaja dia padam kejap sambil gelak mengekek, kadang-kadang dia pi suluh pokok cermai yang terpacak bertentang dengan jamban. Siot la dia niโ€ฆ.

Kebetulan malam tu perut aku memulas teruk. Memang tak boleh nak cepat-cepat. Elok nak bangun ja berasa nak keluar lagi. Problem ni weh!

โ€œWoii hang berak apa lama sangat niiiiiโ€ฆ..keluaq tanah ka apaaa??โ€ Jerit abang Long aku dengan lampu suluh dia menghala ke muka aku.

โ€œSat laaaโ€ฆ.tak abih lagi. Sat โ€ฆsaaattโ€ Aku jawab dengan perasaan tak puas hati. Bila nak setle ni?? Adoiiiโ€ฆ

Aku pun sambung projek lagi dengan harapan boleh siap secepat mungkin. Tengah dok ralit melayan perasaan, pandangan aku jadi gelap. Aku dongak ke depanโ€ฆmana lampu?? Abang aku masih ada di tingkap, tapi dia tak suluh aku, dia suluh tempat lain.

โ€œAbangโ€ฆsuluh sini arrrr..โ€ Aku panggil abang aku. Dia diam. Lampu suluh dia masih menghala ke lain. Di tepi jamban.

โ€œAbaaaaannnggโ€ฆ..suluh sini laaaaaโ€ Jerit aku lagi menagih simpati. Lampu suluh pun dihala ke muka aku. Tapi tak lamaโ€ฆdia suluh ke lain pula kali ni lampu dia melilau-lilau macam mencari sesuatu. Apahal dia ni??

โ€œAdikโ€ฆ.cepat sikit oiitt kami mengantuk ni.โ€ Muncul abang Ngah aku di tepi tingkap bersebelahan abang Long aku. Dia pun suluh juga tapi kejap-kejap ke muka aku kejap lagi ke pokok pisang belakang jamban.

โ€œSat laaa nak habih dah..โ€ Sebaik saja ayat tu keluar dari mulut aku, terdengar suara lain yang meniru dialog aku dari luar jamban.. โ€œSat laaa nak habih dah..โ€

Alamak? What is that? Hang jangan la buat lagu tu, aku tak basuh lagi niโ€ฆbentak aku dalam hati. Terdengar macam ada gerakan kasar kat belakang jamban. Bunyi baldi besi berlaga kelekung kelekung.

Dalam kepala aku teringat anak Ah Sai yang kerjanya servis jamban kampung. Ah Sun ni kerja shift malam ka apa? Tak pernah lagi dalam sejarah pak dia mai cuci jamban tengah malam. Dah ubah tradisi ke apa?

Selang beberapa minit bunyi tu diam. Aku pasang telinga betul-betul untuk memastikan betulkah apa yang aku dengar tadi.

โ€˜Kelekung kelekang kelekung kelekangโ€ฆโ€™ bunyi tu bersambung lagi. Kali ni makin rapat belakang dinding jamban.

Dari atas, abang aku semakin galak menyuluh sekitar jamban. Aku tak pasti abang yang mana sebab tak nampak muka. Dalam masa yang sama aku dengar suara dalam rumah memanggil ayah aku..

โ€œAyaaaahhhhโ€ฆ..ayaaaahhโ€ฆโ€ terdengar abang aku sorang lagi memanggil ayah dengan lantang.
Aku pula masih dalam posisi meneran mula dah cuakโ€ฆapasal ni?? Dan tiba-tiba aku dengar bunyi bising kat lubang bawah, macam apek tu nak tarik baldi keluar. Aku pun suluh ke bawahโ€ฆ..tadaaaaaaa..

Nampak satu tangan yang kurus, cengkung dan berkudis tengah meraba-raba dalam baldi. Kukunya panjang dan hitam bersalut najis. Dia seluk ke bawah dan tarik keluar macam mengambil najis keluar. Aku terus keras di situ dan tak tahu nak buat apa. Blurrr dan biol. Air mata mula nak merembes. Dahi dah berpeluh-peluh. Aku suluh kembali ke tingkap atas nak tengok muka abang aku. Dia masih di situ dengan muka cuak juga dan lampu suluhnya dihala ke bawah jamban.

โ€œHang cepat Ediโ€ฆcepat keluaqโ€ฆโ€ Abang Long aku bersuara terketar-ketar. Aku pun tak cakap banyak dah. Dengan keadaan punggung tak berbasuh aku bangkit dari situ dan melompat turun ke tanah. Kain pelikat aku yang disilang ke bahu pun tak sempat nak pakai dah. Setelah aku tersembam ke tanah, otomatik kepala aku terpusing ke belakang. Waktu ni la aku nampak seekor makhluk yang entah apa nama, bertubuh kurus macam tiang letrik dan berbogel sedang bertinggung atas bumbung jamban. Muka dia saling tak tumpah macam Ah Sai tapi kurus sangat. Kurus sama macam Ah Sai tengah sakit dulu.

โ€œAH SAIโ€ฆ.โ€ Terpacul nama apek tua tu dari mulut aku.

Benda tu menyeringai menunjukkan mulut dia yang lompong tak ada gigi. Dinganga luas-luas supaya aku dapat lihat jauh ke kerongkongnya yang dipenuhi najis. Pengotor tahap musibat dah ni. Kulitnya kering macam tak ada isi. Kudis buta bertompok-tompok di setiap inci tubuhnya.

Aku masih terbungkam di tanah, tak tahu nak lari ke mana. Melopong aku melihat makhluk tu macam aku terpukau.

โ€œEdi, baca woi bacaaaa!! Cepat lari masuk rumah!โ€ abang Long aku menjerit dari atas. Dia pun nampak dah benda tu bertenggek macam nak terkam aku. Nak baca apa abang oiii. Aku tengah terkancing gigi ni tau takkk??? Nak bangun pun tak boleh ni. Badan pula bagai dikunci.

Dalam suasana panik dan gelap itu tu tiba-tiba aku dengar satu mantera dari pintu belakang yang tak jauh dari aku. Muqaddimahnya beginiโ€ฆ

โ€œWOI SETAN..!! KACAU ANAK-ANAK AKU PASAI PA? AKU BALING PASU BUNGA NI MAU??โ€ Suara mak aku memecah keheningan malam.

โ€œAโ€™uzibilahi minasshaitonirrajimโ€ฆ.Allahulaailaha illaahuwalhayyulqayyum..โ€ Lantas kedengaran mak aku melantunkan kalam-kalam Allah dengan suara yang lantang sambil menyuluh ke atas jamban. Di tangan mak tergenggam seketul pasu bunga pokok pandan yang memang tersedia di belakang rumah. Makhluk tu dah hilang. Lari le teewwwโ€ฆ Tau pun takut dengan mak.

โ€œBiadap punya jin. Anak tengah berak hang kacau, tengah mandi nak kacau, tengah main nak kacau. Macam tadak kerja lain dah nak buat haaa!!!โ€ Nah amikโ€ฆmak aku kalau beletiaq hang tahan la telinga tu.

Abang Ngah aku muncul dari belakang mak dan terus menarik aku masuk rumah. Kakak aku pun ada sama dengan muka Tina Turner baru bangun tidur.

โ€œAllahuโ€ฆ.awat bau taik niiii??โ€ Kakak aku terpinga-pinga kehairanan.Dia belum tahu apa yang berlaku.

โ€œAyah mana mak? Takdak pun dalam rumahโ€ Tanya abang Ngah pada mak.

โ€œAyah kan pi ke laut. Esok pagi baru balikโ€ Jawab mak.
โ€œTadi tu bukan Ah Sai tapi jin kapiaq. Dia merupa macam Ah Sai. Dah..bawak adik pi mandi. Bau satu rumah dah ni.โ€ Sambung mak aku. Lantas abang aku menerima arahan mak tanpa banyak soal. Depa pimpin aku ke bilik mandi. Bertinggunglah mereka berdua di depan pintu sambil tengok aku mandi.

โ€œHang lenkali nak berak boleh tak siang-siang? Tau tak malam-malam ni orang jarang berak. Orang tidoq.โ€ Bebel abang Long aku dengan mata kuyu.

Aku diamโ€ฆdalam hati aku memberontakโ€ฆ โ€œHang tau tak abang? Nak berak ni bukan boleh dirancang. Kalau nak terberak dia tak kira malam ka siang. Tu pun nak ajaq ka?โ€

Bermula dari saat itu, tiap kali aku nak berak malam abang kena teman, tiap kali abang aku nak berak malam, aku pun kena teman. Hanat la hang Ah Sai..melawak tak bertempat.

Sekian

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Edi
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

30 thoughts on “Apek Ah Sai”

  1. Hehe…best la crita hang dik..tapi ada part yang buat akak rasa meloya dan nak termuntah..tp cara hang cerita mmg menarik sgt kira smpi la kt pembaca..

    Reply
  2. teringat pulak zaman bujang lapok…

    cehh… taik punya pasai pun mau gaduh ka… pigi cuci sudah laa, hilang laaa….

    dia punya kapla batu dalam ada duduk….

    Reply
  3. penceritaan yg sgt bagus. membawa pembaca mengembara je masa silam. sy yg lahir tahun 80an pn br tau sistem jamban yg taiknya dikutip sebegitu. sy penah jgk berak kt jamban mcm tu tp jenis ada mangkuk tandas & tangki simen septik kt belakang jamban. klau tandas ada org pkai berak je kat luar jap lg berebut ayam mai kenduri.

    Reply
  4. Lawak tul lah cerita miker ni…mmg nk pecah perut mengekek teman baca…mmg pd zaman dulu mcm tu lah kehidupan sosial masyarakat dulu2…terbaiklah…lain kali cerita lg tau…best

    Reply
  5. best & mudah paham. setakat ni alhamdulillah lah aku tak dak nampak lagi jelmaan walau masuk hutan mana. mungkin lemah semangat kot Allah pelihara mata. jadi dgn baca kisah orang baru tau pengalaman.

    Reply
  6. Dari mula Aku baca cerita ni punya dok gelak..sampai habih cerita pun aku dok gelak tak habih lagi hahahaha๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ sbb rumah aku kat kampong macam tu jugak..pakai jamban tong๐Ÿ’ฉ๐Ÿ’ฉ hahaha๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    Reply
  7. Sempoi punya mak. Nak tergelak part dialog mak tu. Sama juga dialog kat cerita sebelum nie. Hahahahaha… ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    Reply
  8. haha best gila part mak dia. selamba je sound hantu tu. jd mak2 ni mmg kene kuat, lagi2 kalau suami xde mencari rezeki. emaklah yg kene kuat jd ketua keluarga.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join ๐Ÿ‘ป Join Telegram