#armyy – Puaka Pusaka Purba (Bhg. 1)
__________________________________________________________________________________
“Pukkkk!!” Azman terjaga dan bingkas bangun. Ditoleh pada jam di dinding, kabur. “Lupa pulak yang aku ni rabun” detik Azman di dalam hati sambil mencapai cermin mata yang berada di tepi bantal. “3.40 pagi? Rasa macam dah lama je aku tidur”. Selepas termenung seketika menghilangkan mamai, Azman berlalu menuju ke dapur untuk membasahkan tekaknya yang kering dan haus. Ketika dia melalui ruang tamu, langkahnya terhenti..
“Cuppp cup cuppp”. “Cupppp cuppp cuppp”, bunyi orang sedang makan dengan begitu pelahap.
“Oi Bob, kau buat apa dalam gelap tu?”. Dia sungguh yakin susuk tubuh bersaiz besar yang dilihat di meja makan itu adalah Bob. “Kot ye pun nak mencekik duduklah, pasang lampu, hish kau ni!” katanya lagi lalu berpaling untuk memetik suis lampu di dinding.
Cahaya menerangi ruang makan tersebut namun, KOSONG. Hanya sisa tulang kepak ayam yang bertaburan di atas meja makan.
“Eh?? Cepat betul ‘mangkuk’ ni bergerak, selalu nak bangun dari sofa pun ‘makan tahun’” getus Azman di dalam hati. Dalam ketidakpastian dan kemusykilan itu dia teruskan juga menuju ke dapur untuk mengambil air minuman. Tiada apa yang menyeramkan baginya kerana Bob sememangnya mempunyai waktu makan yang tidak menentu.
Saat dia melintasi tandas yang terletak di antara ruang makan dan dapur, hidungnya menangkap satu bau yang sangat busuk, bahkan lebih busuk daripada bau bangkai. “Ceh, dah puas mencekik lepastu ‘membuang’..Bob..Bob..”.
“Bam Bam Bam!”. “Bam Bam Bam!”. Pintu tandas ditepuk. Kedengaran dari luar bunyi air dijirus dan sesekali bunyi ‘ploop ploop’ menandakan kelegaan yang teramat.
“Woi Bob! Berapa lama kau tak berak ni ha??!! Melantung sampai ke luar baunya!” teriaknya sambil mencapai botol air di dalam peti sejuk lalu menggogoknya. Berkeriut bunyi kepala paip dipusing. Senyap. Tiba-tiba….
“Man, apa benda yang kau memekak ni?” kata Bob terpisat-pisat keluar daripada bilik sambil menggosok matanya.
“PFFFRRRRR!!!”. Menyembur air yang Azman sedang minum tatkala melihat Bob yang hanya berseluar pendek berdiri tercegat di depan pintu bilik.
__________________________________________________________________________________
“Hah, awal bangun? Hahahaha” berdekah Bob ketawa sambil tangannya menjinjing bungkusan plastik. “Ni aku ada beli nasi lemak daun pisang, nasi tambah. Tapi tu aku punya, kau punya yang biasa ni” Bob menghulur sebungkus nasi lemak kepada Azman.
“Adoi Mie, nak gugur jantung aku semalam” kata Azman seraya ketawa. “Aku sampai rumah semalam kau dah membuta, mana kau nak sedar” balas Nazmi, yakni saudara kepada Bob. Rupa-rupanya yang dilihat Azman semalam adalah Nazmi, bukannya Bob seperti yang disangka. Kebetulan, saiz badan mereka hampir serupa.
Azman, Bob dan Nazmi, ketiga-tiga mereka sedang dalam pengajian diploma di sebuah universiti yang sama di utara tanah air. Mereka baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir dan akan bercuti panjang sebelum kembali semula ke semester baru. Cuma Nazmi sahaja yang habis agak lewat kerana berlainan kos pengajian daripada Azman dan Bob.
“Budak-budak rumah korang yang lain dah lama balik ke?” soal Nazmi sambil mereka bersarapan pagi itu. “A’ah Mie, diorang gerak petang semalam, naik kereta Razlan dengan kereta Fikri. Untunglah masing-masing duduk dekat-dekat je, balik pun boleh sekali jalan” jawab Azman. Rumah teres 3 bilik yang disewa mereka sejak daripada semester 3 itu dihuni oleh 10 orang termasuk Bob dan Azman. Dan kesemuanya adalah rakan sekelas. “Kau kenapa makan dalam gelap semalam setan!, berdiri pulak tu?” Azman menepuk tengkuk Nazmi yang baru hendak menyuap nasi. “Hahaha aku terjaga, nampak ada kepak ayam atas meja aku pun bedal lah, lepastu tiba-tiba rasa nak buang tu sampai, macam dah hujung-hujung je Man, berlari la aku masuk tandas” kata-kata Nazmi itu dibalas dengan dekahan ketawa mereka bertiga.
__________________________________________________________________________________
“Bob, kita nak gerak pukul berapa ni?” Nazmi duduk menyandar kekenyangan sambil menyalakan rokok. “Lewat-lewat sikit lah Mie, barang pun aku tak kemas lagi ni” balas Bob yang bertuala menuju ke tandas. “Hah, nak berak lah tu! Makan, berak, lepastu makan lagi, lepastu…” belum sempat Nazmi menghabiskan ayatnya Azman mencelah, “Mie, aku nak tanya sikit ni..” Azman berkata perlahan, seperti tidak mahu didengari Bob. “Apa dia?” Nazmi sedikit hairan. “Aku nak ikut kau dengan Bob balik kampung boleh? Keluarga aku takda kat rumah, diorang pergi rumah sedara aku kat Johor, Ahad baru balik. Harini baru Khamis. Lagipun, lama aku tak jumpa nenek, rindu nak berbual dengan dia”, terang Azman panjang lebar yang merujuk kepada nenek Bob dan Nazmi.
“Hmmmmm” Nazmi tidak menjawab. Air teh ‘O’ panas dihirup. Rokok dihisap, ditarik dalam-dalam. “Aku boleh je Man, tapi kau dah tanya Bob?” Azman mengangguk. “Apa dia cakap?”. “Dia macam berat nak bagi, dia suruh tanya kau” Azman mencuba nasib lagi. Nazmi menghela nafas panjang. Sepertinya ada sesuatu yang bermain di benak fikirannya. “Okaylah, kau boleh ikut kitorang. Tapi ada benda aku kena bagitahu kau”, kata-kata Nazmi terhenti tatkala melihat Bob yang baru keluar dari tandas. “Takpelah, nanti dalam perjalanan kita sembang..dengan Bob sekali” sambungnya. Azman mengangguk tanda faham. Riak wajahnya ceria. Terasa begitu lega kerana ada tempat untuk dia bermalam selama 2-3 hari ini. Dapat juga berjumpa nenek melepas rindu. Dalam masa yang sama, hatinya tertanya-tanya mengapakah begitu sukar untuk Bob dan Nazmi membenarkan dia mengikut balik ke kampung halaman mereka? Itupun kerana terpaksa. Ikutkan hati, tidak mahu dia menyusahkan orang lain. Namun, takkanlah dia hendak tinggal berseorangan pula di rumah sewa tersebut.
__________________________________________________________________________________
“Mi, dekat RnR depan tu boleh tak berhenti kejap? Perut aku memulas lah” Bob bersuara sambil menjilat sisa keropok keju di jarinya. “Dari mula gerak tak berhenti mengunyah, mana tak memulas” Azman mengejek. Nazmi sekadar tertawa kecil melihat keletah mereka berdua. “Aku tak faham lah kenapa nak tunggu sampai dah malam baru nak gerak..Lepasni kau bawak pulak Bob, kau punya idea lah ni.. Nak gerak lewat-lewat sikit konon” Nazmi mengomel sekembalinya Bob ke dalam kereta. “Lagipun ada benda aku nak sembang dengan Azman..” tambahnya lagi.
Perjalanan ke kampung halaman Bob dan Nazmi mengambil masa kira-kira 3 jam dari rumah sewa mereka. Malam itu tidak banyak kenderaan yang berada di atas jalanraya. Mungkin kerana ianya adalah pertengahan minggu, bukan hari cuti. “Man, aku harap kau rahsiakan apa yang bakal aku dengan Bob bagitahu kau ni, pada sesiapa pun, termasuk kawan-kawan serumah kau yang lain. Ini melibatkan maruah keluarga kitorang”, Nazmi berbicara serius “Aku mintak maaflah terpaksa menyusahkan korang ikut balik kampung.. Tak tahu pulak ada rahsia besar yang buat korang taknak bagi aku ikut.. Huhu.. Okay aku janji aku tak cerita pada sesiapa.” Azman seperti serba salah. “Man, kau tahu kan pasal kes nenek Bob, yang jugak nenek aku? Yang kecoh sebab hilang selama seminggu tahun lepas? Masa tu aku dengan Bob tergesa-gesa balik kampung lepas dapat berita diorang dah jumpa dia. Sebenarnya man..kitorang tak rasa yang diorang jumpa dan bawak balik tu nenek kitorang yang sama..” tersekat-sekat ayat yang keluar daripada mulut Nazmi.
“Hah??” Itu sahaja yang terpacul keluar daripada mulut Azman yang sedikit tercengang. “Aku tak faham wei” katanya lagi. “Aku pun tak tahu nak terangkan macam mana dekat kau….” sedang Nazmi berkata-kata Bob terus memintas, “Macamni lah Man, aku bagitahu cara mudah. Nenek kitorang yang sekarang ni berbeza sangat dengan keadaan sebelum dia hilang dulu. Kalau dulu nenek ceria, peramah, suka mengusik cucu cicit dia, rajin ke surau tapi sekarang dia seorang perengus. Mudah baran. Pantang ada yang silap kat mata dia, habis dia hamunkan. Surau pulak memang langsung dah tak pernah jejak lepas kes tu.” Bob berterus terang. “Kadang-kadang dia sorang-sorang pun tiba-tiba je dia maki hamun, Man. Macam ada orang lain dengan dia” tambah Nazmi.
Selepas perihal nenek dua bersaudara itu diceritakan, masing-masing diam membisu tanpa suara. Azman seakan tidak percaya. Seingat dia yang pernah beberapa kali berjumpa dengan nenek mereka ketika keluarga Bob datang melawat di rumah sewa, langsung tidak ada ciri-ciri seperti yang diperkatakan tadi. “Takpelah, nanti dah sampai aku jumpa nenek jugak..tengoklah betul ke tak apa yang Bob dengan Nazmi cakap tadi..” detik Azman di dalam hati.
Kereta Nazmi meluncur laju melalui jalan yang di kelilingi hutan tebal, satu-satunya jalan yang menghubungkan kampung mereka dengan dunia luar. Menandakan destinasi yang dituju semakin hampir. Sekali-sekala Bob yang memandu menggunakan lampu tinggi kerana tidak dapat melihat dengan jelas dalam kepekatan malam itu. Lebih kurang jam 11 malam mereka tiba di halaman tanah luas yang mempunyai 3 buah rumah di atasnya. Di kiri dan kanan terletaknya rumah keluarga Nazmi dan rumah keluarga Bob manakala rumah nenek di tengah-tengah. Rumah kampung yang mempunyai ruang di bawah rumah dan perlu menaiki tangga untuk masuk ke dalam.
__________________________________________________________________________________
“Luas betul tanah ni, boleh buat main bola..” kata Azman sambil membawa keluar beg pakaiannya dari dalam bonet. “A’ah luas, kalau saudara-mara berkumpul boleh lah muat dalam 20 bijik kereta” tambah Bob menggambarkan keluasan kawasan itu. “Kalau hari raya memang meriah, semua berkumpul dekat sini Man. Nanti kalau ada peluang kau datanglah tengok suasana yang meriah gila, pelita penuh kat keliling ni” Nazmi menunjuk-nunjuk kawasan sekeliling dengan jarinya. “Weh Mi, terang je rumah nenek, tingkap pun terbukak tu ha. Bukan ke nenek duduk rumah kau?” soal Bob. “Mak aku cakap nenek taknak duduk rumah kitorang, dia nak duduk rumah dia. Orang tua tu bukan boleh paksa-paksa, karang lain jadinya” Nazmi mencebik bibir dan Bob mengangkat kening. Azman hanya memerhatikan gelagat mereka. “Weh, aku tidur rumah nenek la, temankan dia. Boleh??”
“Azman… lama tak nampak kamu..” tiba-tiba kedengaran satu suara dari atas rumah. Kelihatan kelibat seorang perempuan tua mengenakan serkup kepala dan berbaju kurung kain kapas di sebalik langsir tingkap kayu. “Man, kitorang masuk rumah dulu jumpa mak ayah. Esok pagi datang rumah aku kita sarapan sama-sama” kata Nazmi dan terus berlalu menuju ke rumahnya, begitu juga dengan Bob. Seketika, Bob berhenti dan berpaling semula kepada Azman. “Man, kalau ada apa-apa kau telefon aku” matanya menjeling ke arah nenek yang masih tercegat memerhatikan gerak-geri mereka. “Woi, korang tak salam nenek dulu ke?” teriakan Azman tidak dihiraukan mereka yang terus berjalan.
“Penat sangat lah tu mangkuk dua ekor ni..Haih, pesan macamlah aku ni budak kecik..” detik Azman di dalam hati sambil membuka kasut di tangga utama rumah nenek. Nenek telah siap-siap bukakan pintu dan duduk di bingkai pintu rumah menunggu Azman. Tiada pula sesuatu yang pelik padanya, memang itulah gaya nenek yang Azman kenali.
“Apa khabar nek, sihat ke?” Azman menghulur tangan untuk bersalam lalu disambut nenek. “Baik je Azman..Makin sihat nenek rasa hehehe” balas nenek tertawa kecil. “Jom masuk, nenek buatkan air panas untuk Azman”. “Eh, tak payah susah-susah nek, ni pun Azman dah menyusahkan nenek tumpang tidur sini”. Nenek tidak mengendahkan kata-katanya dan menuju ke dapur. Seketika dia kembali bersama segelas air di tangan. “Nazrul (merujuk kepada Bob) dengan Nazmi tu ada cakap apa-apa ke pada Azman?”. Nenek duduk menghadap Azman yang sedang meneguk air yang dibuatnya. “Err, cakap apa nek? Takda apa pun.. Diorang cakap nenek rindu kat Man, betul ke?” Azman mereka-reka cerita, khuatir dimarahi Bob dan Nazmi. Nenek tersenyum langsung berdiri. “Bilik tu nenek dah siap kemas, bantal selimut semua ada tu. Nanti Azman tidur pasang kelambu, nyamuk banyak kat sini. Dah, nenek nak masuk tidur”, kata nenek kemudian berlalu menuju ke biliknya. “Baik nek, terima kasih nek”.
“Hmm, budak-budak tu nak kenakan aku ke? Elok je nenek macam biasa..Tak baik betul diorang cakap nenek sendiri bukan-bukan macamtu” kata Azman sendirian. “Apa yang bukan-bukan tu Azman?” berderau darah Azman melihat nenek masih berdiri di hadapan pintu biliknya. Dia memegang selingkar ubat nyamuk yang telah dinyalakan. “Eh, mana ada nek. Azman menyanyi la.. hehehe” telan air liur Azman ketika itu, risau apa yang diperkatakan tadi didengari nenek.
__________________________________________________________________________________
“PRANGGGG!!”” bunyi seperti periuk terjatuh dari arah dapur mengejutkan Azman dari tidurnya. Dia bergegas menuju ke sana. Takut-takut ada pencuri atau pun sesuatu yang terjadi kepada nenek. Azman berdiri di sebalik dinding kayu, dalam jarak kurang 10 meter. Cuba untuk memerhatikan jika ada sebarang pergerakan. Hanya samar-samar dia dapat melihat kerana tidak sempat untuk mencapai cermin matanya tadi. Dengan bantuan cahaya lampu di belakang rumah yang agak malap, Azman perhatikan ada sesusuk tubuh sedang mencangkung di atas meja makan dan menunduk-nunduk. Kedua-dua tangannya pula disua-suakan ke kepala seperti sedang menyuap dengan rakus.
“Sapa tu!!” Azman menjerkah. Serta-merta yang dilihat itu hilang dari pandangannya yang kabur. “Azman..siapa yang kamu marahkan tu?” nenek keluar daripada biliknya, mungkin kerana terdengar suara Azman yang agak kuat tadi. “Man nampak ada orang macam tengah makan atas meja tadi nek..tapi entahlah..”. “Kucing lah tu Azman..Lapar nak cari makan..Biarlah tu rezeki dia..Dah, kamu pergi masuk tidur..Nanti besok nenek kemaskan yang bersepah tu” balas nenek sambil menarik bahu Azman untuk kembali semula ke bilik tidur. “Tapi nek, takkan lah kucing, Azman nampak macam bentuk orang..”, “Sudah…nenek cakap kucing tu..kamu pun bukannya nampak jelas, tak pakai cermin mata..” nenek mencelah percakapan Azman sebelum sempat dia menghabiskan ayat. Azman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia mengiyakan sahaja apa yang diperkatakan nenek itu tadi. Betul juga, dia pun bukannya nampak sangat tadi. Samar-samar sahaja.
__________________________________________________________________________________
“Orang tua kamu ke Johor Man?” soal Mak Nab, emak kepada Nazmi yang sedang menggoreng mee untuk dibuat sarapan. “A’ah cik, ada melawat sedara kat sana, Ahad ni baru diorang balik. Mintak maaf lah cik tumpang tidur sini, menyusahkan je” sekali lagi Azman dijerut rasa serba salah. “Takpe je Man.. Acik sekeluarga bukan tak kenal kamu..Hah, Pak Mid kamu ke kebun lepas Subuh tadi, kejap lagi sampai lah dia tu, boleh makan sekali..” balas Mak Nab.
Terasa begitu tenang suasananya pagi itu. Tidak lama selepas itu, Pak Mid, ayah kepada Nazmi pulang membawa setandan pisang yang telah masak ranum. Bob pula tiba dengan membawa mangkuk berisi kuah lemak jantung pisang. “Makteh, (merujuk kepada Mak Nab) ni mak bagi lauk sikit” mangkuk diletak di atas meja makan. “Awal mak kamu masak lauk tengah hari ni Nazrul?. Haa, kamu meh sini makan sekali” soal Mak Nab sambil menghidang makanan. “Nenek nak makan.. pagi-pagi dah datang rumah bawak jantung pisang suruh mak masakkan..” Bob telah sedia duduk di meja bersama pinggan kosong di tangan. “Oi Bob, kau bab makan laju je kan. Hahaha” mereka semua ketawa.
“Mie, Bob..Jom kejap lagi lepas makan kita lepak kat pangkin jom.. Aku ada benda nak cakap..” kata Azman. Mak Nab menjeling ke arah Pak Mid yang sedang sibuk mengasing taugeh di dalam mee gorengnya. Dicuit peha suaminya itu. Pak Mid tidak memberi sebarang reaksi. Azman menyedari kelakuan Mak Nab tersebut tetapi berpura-pura seperti tidak perasan. “Tunggu aku balik dari kedai Man, aku nak beli barang sikit, kau lepak dulu dengan Bob” jawab Nazmi. “Aku pun ada kerja sikit la Man kat rumah, nanti dah selesai aku panggil kau”, Bob pula membalas. Azman sedikit hairan. Kenapa dua orang kawannya itu dirasakan seperti sengaja mencipta alasan untuk mengelak ajakannya. Dia cuma ingin menceritakan kejadian malam semalam kepada mereka. Risau jika memang benar ada perompak yang aktif di kampung itu.
__________________________________________________________________________________
Bersambung…
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
waiting part 2
thank you. coming soon. 🎈
:DD
🎈😎
Suspennya
😱 yeke? terima kasih 🎈
fuhhh tertunggu² wehh 😻.
terima kasih. nantikan sambungannya. 🎈
cpt sambung cite makcik tak sabo ny..
baik makcik. terima kasih ya 🎈
Very scary!
thank you 🎈
Tak sabar tunggu yang seterusnya!! 😣
kena sabar jugak haha terima kasih 🎈
cepatla sambunggggg..
dalam proses lagi.. terima kasih 🎈
hmmm xleh tdo mlm nie sbb trfikir kesinambungan cita nie. halamakk
kena tido dulu makcik. nanti dia mai dalam mimpi. haha terima kasih 🎈
bila kesinambungannya???? hahahah
terima kasih..coming soon 🎈
Best..sila sambung lagi
terima kasih.. sambungan dalam proses
tertinggal lak, nah 🎈
Bestnya… sambung cepat plisssssss…
terima kasih.. dalam proses 🎈
Tk sabar tunggu ko pny cerite 🙂
terima kasih. kena sabar jugak haha 🎈
best..
#hyetoyou
macihh.. 🎈
#hellofromtheotherside
Best..sambung cepat armyy..tasaba aku nak tau psl nenek tu..
#GengTelo
aku mcm kenal gengtelo ni. aulohhhh namanya pun. terjenahak aku seketika.
hahaha..tejenahak ye ko..hahaha
elehh..mcm kenal je aku sape..sape aku???
#GengTelo
#MatSentul
waiting for part2😆😬
coming soon. thanks 🎈
bile nk ade bahagian 2 ni?
paling lewat next week k, macih 🎈
Jgn buat perangai mcm penulis2 lain tu. Tunggu tunggu sambung, sampai laa ni masih tergantung. Patutlh pembaca2 marah kata nk sambung sampai tahun berganti, cerita terus tergantung.
baik bonda. maaf ya. agak sibuk sikit di office huhu
kannn..kawan psiko3 salah satu nnyer…cerita nyer tergantunggg
Kawanku psiko tu cerita rekaan. Tapi claim cite benar lagi soheh. Pui
Lame lagi ke bahagian 2?..
Cerita bosan… Hrap lepasni improve lgi ye spya x bosan
arip tolong buat sambungan boleh? cerita arip buat mesti gempak ni. kikiki
Ko cakap mcm pandai menulis je. Ftttr
ala saspen nye.. cepat la sambung. next week lambat sgt.. esok la smbung
sabo azie. pelamin dah musnah tu. haha ternyanyi lak 🎈
cpatla bt smbungn tiap msa bukak tp xdk hampanya 😞
Mohon abam army cpt kn ye…xsabar plk rase nk bace yg selanjutnya
Abam Armyy.. bagi belon dekat sini. Haha
yang tersisa hanya gambarmu di meja kamarku..
diiringi dua puisi tentang lara hati..
mcm lagu pulak
tlgla jgn main sambung2….pnye excited baca tetiba tergantung..ini boleh menaikkn drh tinggi sy.. haishhh cepat sambung
Sabo boleh x!!
Pergh dia punya tajuk giler rare . Triple p
Mana part 2?..Tak sabar, Nak tahu jugak kenapa. huhu
part 2 please 🙁
Dah sebulan pun takde part 2 ke ..
Sabar lah. Lempang kang baru ko tahu
Sorry geng. Aku busy dengan PRU. Bertugas demi negara :’)
Ink di jari da lama ilang..sila la sambung..🌚
tapi inai di jari masih ada. ouch
Ouch..inai yeee..lain maciammmm..1 jari ke 3 jari? 😂
Mana part2??mana oii??mana??bejanggut aku tggu ni..
aik? begitu pantas? pm aku gambar ko berjanggut bam. aku biasa tengok ko bermisai je
Aku takut ko xde selera nk mkn kalo tgk aku bejanggut..😸
Armyy aku nampak heshetag KB. Hahaha
Yang tu ko nampak..hahaha..da baca blm??
Mase publish bulan 3 aritu aku dh baca bam.. kau je tertinggal. Hahaha
aku je yg bawak nama KB. korang takde pun. hmmm kejap betul lupa diri. inilah orang cakap. manusia berubah. ibarat clever-clever squirrel jump, one day fall on the ground also. punaiya
Hahaha semua salah nasa. Dia yg sebarlan virus pelupa tu.
Cerita tentang apa ni? X seram
ni anak sape terlepas ni? *nah pop-pop*
Pop pop apa? Ingat aku taik ke?
bau tu dah ada hasani. nama macam mee rebus lak.
Gua lempang sat g lu ni kang
Alien ko pun mcm tahi da aku tgk..🙄
apa ni? kau sejak bila jadi cybertroop aku? isi borang dulu
Utoh lah luuu
Citer pasal tajik ke ni? Haha
Maira Hotak Ko
Hasani… aku tak carut kau pun. Pehal bahase ‘sopan’ sangat?
Tengok lah icon ko. Dah sebijik macam tahik.
Icon lu x mcm tahi pula? Pffttt
Nak main lempang pulak. Aku pijak ko baru ada akai. Bahasa macam tahik. Perangai macam loji. Tak best tak payahlah komen. G baca cite lainlah. Nama dahlah macam warung kedai. Puih.
Lu sape ni? Mcm utoh perangai. Gua ckp ngan lu ke?
Ehh. Sukati aku lah. Yg ko panas buntot apahal? Aku nk komen pon apa masalah ko? Boooo
dah bergaduh pulak ha. Kau apahal Tom? *sep sikit hasani*
Ewah ko Armyy. Dari ko geng dengan hasani cap ayam tu baik ko g sambung cite ko. Bila ko nak sambung? Nak tunggu PRU15 ke?
Aku dah khatam kali ke2 dh ni. Dah submit sambungan ke belum armyy??? Haha
belum. ada dalam draf hp ni lagi. hahahah. sabar lah aku busy ni. hmmm ni pun tgh dobi. ko apa tau apa yg aku lalui. auloh cebaknya
Hyeee
kau punya hye tu menyeramkan oi. ni mesti nasa ni. hahahahahah
Oi mana ada hahahah
Gua x layan lu. Sory
Sinopsis siket
bayar la. hmmm
Muahhh.. Setori la
okay i pm u k?
Okey beibi.. Tempat biasa tau
Banyak senang? Bacalah! Nak jimat data ke apa?
Aku orang susah.. Data nak pakai lama ni
Habis? Ko ingat org lain tu org senang ke?
Tu la masalahnya.. Aku ingt semua org senang selain aku..
Pffft kedekut lu!
Jarang aku x dekut..
Sapa simgkong ni
Auloh nama kau..
Aoahal namr aku. Biarlah… sapa sinkong ni
Taipo kau.. Aulohh
adik beradik simkad. ko punya typo sebijik mcm gigi jiran aku. berterabur.
P mmpos lah lu
Eh?? Apa masalah kau ni
Asan ni sape plk??tetibe muncul..td hasani..ni asan..pasni hasanah plk muncul..
Masalah gua xda kaitan dgn lu. Gmbar serupa binatang
Kurang kasih sayang. Patut perangai macam cempaka
Sibuk lu. Gmbar mcm tapak kaki gua
Dari gambar ko? Macam gambar bontot kucing aku
oi sambung sini lak gaduh? elok la tu
Lu bontot kuali.
Aku rasa hasani ni nak perhatian
Lu wa gua macam samseng! Ke ko dah daftar? Nak jadi samseng FS?
Hasani asan. Weh! Korang ni kembar ke?
Gua mmg cakap mcm tu. Lu sitkiang lahhh lu
Lain macam tok ni
jenuh dah “search” tak jumpe pun sambungannye…
kempunan la pak cik cam ni…..
mana sambungannya
Asslam ….
Bala …nih
Sambungannya telah tiada terus menjadi misteri alam buat selamanya atau bertahun lamanya …
sudah2 lah tu bertapa dan beruzlah silalah menyambung kisah misteri barang Purbakala ini …
Kesian kat kita orang menunggu ni dah bertahun kot …..
aduhai ..apalah malang ..
penantian itu satu penyiksaan …
Kemungkinan Penulis dah berjaya menjadi YB dan dilantik ke Portfolio Menteri atau Timb.Menteri atau Menteri Kanan atau Menteri Kiri oleh Kerajaan PH …
malang PH …
En. Armyy mana sambungan nye aduhaiii. Akak baca mse mgandung tahun 2018..skrg anak tu dah 4tahun..lama menunggu smbungan citer kamu ni 🙁