Assalammualaikum .. hi admin dan pembaca Fiksyen Shasha. Frust sebenarnya sebab masa last post ritu dengar page nie kena hack. So tergugat ler cite yang aku post. Anyway thanks admin sebab dah figure masaalah. Dah dua tiga hari tak post cerita rindu plak so hari nie saya nak cerita sebahagian kisah yang bagiku tak lar seseram mana tapi agak misteri. Aku yakin ramai diantara pembaca diluar sana yang pernah mengalami pengalaman sepertiku ini tapi berbeza situasi, keadaan dan tempat.
Aku mempunyai rakan sedari kecil bernama Ari. Dia berumur bawah dari aku 5 tahun. Dia tidak berminat bersekolah jadi dia berhenti sekolah dari form 2 dan rajin mencari duit serta meniaga. So walaupun usianya muda diagak matang juga perangainya. Dia sangat mesra, baik dan hormatkan aku. Kalau dia nampak aku sensorang jea dimana mana dia akan temankan aku hingga aku sampai ke rumah.
Korang percaya tak bulan Ramadhan hantu, syaitan dan jin kena ikat?? So korang takde bad thinking tentang ramadhan kan berkaitan hal mistik. 2 minggu sebelum hari raya aku balik ke kampung untuk menyelesaikan urusan persiapan raya untuk keluarga aku. Semua dah settle kecuali baju untuk abang aku selain baju melayu. Aku dah tak punya banyak masa, jadi aku mengajak abang aku ke rumah Ari saja memilih baju. Kami terus ke bilik Ari untuk melihat stok dan abg aku mengambil 2 seluar jeans. Aku tak punya tunai yang mencukupi. Aku minta untuk membayar sebelum hari raya. Ari berkata “Ambik jea dulu, nanti dah cukup duit baru bayar. Kalau tak dapat kira tak rezeki lar tu. Ari halalkan.” Ada keanehan pada ayat Ari tapi aku tak banyak fikir masa tu.
3 hari kemudian aku ader waktu bersengang dan curi curi balik rumah. Aku kirim pada abangku saja untuk membayar hutang Ari. Aku tak sempat menemuinya sendiri.
3 hari sebelum Aidilfitri tiba aku dah start bercuti, balik ke kampung. Aku memilih untuk menaiki bas kerana aku bersama dua lagi rakan menaiki bas yang sama, kami searah. Seorang akan turun di Batu 3 dan seorang lagi turun di Pekan Kuala Klawang. Aku?? Aku turun di Batu 8. Oleh kerana hari dah lewat petang aku memilih untuk turun dijalan yang paling cepat sampai antara 4 jalan. Tetapi jalan tu agak sunyi dan terpaksa melewati kawasan kubur kariahku dan bersetentangnya tiada rumah dijalan itu hanya ada kawasan tanah lot yang dipenuhi pokok pokok cempedak dan semak samun. Suasana kampung agak meriah tetapi tidak dijalan itu. Apa boleh buat, aku dah agak terlewat untuk mengejar waktu berbuka maka aku tiada pilihan lain.
Hari merangkak senja ketika kaki aku melangkah turun dari bas dan melewati 3 buah rumah yang sudah tidak berpenghuni. Sewaktu aku baru nak sampai tanah perkuburan, nun kelihatan dari jauh kelibat Ari sedang berjalan menuju ke arah aku. Aku amati betul betul. YA, BETUL ITU ARI. Aku menghela nafas lega kerana dalam keadaan itu Ari muncul.
Dari jauh kelihatan Ari memandang aku dengan wajah yang tenang. Dia memakai baju melayu warna krim dan berseluar jeans. Mungkin dia nak berbuka dimasjid fikirku. Jangkaan aku meleset apabila tiada sapaan dari Ari seperti biasa. Senyum pun tidak. Rasa aneh menyelubungi aku bila Ari tidak bersikap seperti biasa. Dia hanya memandang aku dengan wajah yang tenang. Sangat tenang. Dalam otak ku mula diterjah pelbagai tangapan. Sehinggalah ketika dia melewatiku. Kami hanya saling berpandangan sesama sendiri. Mulut aku pun berat nak menyapanya. Sehinggalah dia beredar melepasiku. Aku tidak pula menoleh melihatnya.
Setelah usai solat dan ketika menyambung menikmati juadah berbuka, aku bertanyakan tentang Ari pada abangku.
Aku : Angah, ko dah bayar duit seluar lom.
Angah : Eh, dah lar. Dah lama bayar. Masa ko bagi duit lagi aku dah settlekan.
Aku : Betul lar nie ngah.
Angah : Pernah aku tipu ke?? Tak caya tanyalah mak.
Aku : Pelik lar tadi aku terserempak dengan dia. Tapi dia tak senyum pun. Nak kata marah pun tak. Tu tanya tu apekehalnya.
Angah : Ko kata ape??
Aku mengulangi percakapan.
Angah : (Ketawa) Ko biar betul mas. Ko salah orang agaknya.
Aku : Ngah, dia lalu sebelah aku ngah. Tak kanlah aku salah orang.
Angah : Mas .. Ari dah seminggu meninggal mas. Excident moto. Arinie ari ke 7 lar nie dia meninggal. Kalau ko tak percaya juga jom pegi umah dia.
Aku tersentak. Terdiam. Terkedu. Terperanjat dan segala macam ter yang sewaktu dengannya. Ari kemalangan jalanraya dan mati ditempat kejadian 7 hari lepas atau aku yang bermimpi senja senja buta sambil berjalan.
Kenapa aku boleh jumpa arwah pada waktu itu?? Entahlah aku sendiri pun tak tahu.
Al Fatihah.
…………………………………
Kisah nie pula yang terjadi pada Ex aku. Yang lagi bagus aku gelarkan K jea ar. Kami mempunyai seorang kawan baik yang bernama Hazli. Kami memanggilnya Buyau. Buyau nie bekas pemandu lori sama seperti K. Walapun telah bertukar tempat kerja tetapi bila ada kesempatan K pasti akan mengunjungi Buyau. Kebetulan Buyau tinggal dikawasan perumahan yang sama dengan ayahku. Dia tinggal bersendirian.
Suatu hari K pergi ke Seremban dan seperti biasa dia akan singgah ke rumah kawannya itu. Oleh kerana hujan dan ketika itu K bawa motor jadi dia bermalam di rumah kawannya itu. Sebelum itu K telah singgah ke rumah ayahku dan ayahku telah memberi dia beberapa botol minuman ringan (ayahku boilerman dikilang tersebut setelah pencen hihihihihiiii) Ketika K sampai hari dah beransur senja. Mereka berbual bual, makan, main game bersama dan menonton siaran bola. Mereka minum air satu botol besar air minuman ringan tu. Menjelang subuh K pulang ke rumah.
Selang 3 bulan kemudian kami sekeluarga ke rumah ayah saya. Sementara menunggu saya selesai masak masakan tengahari K keluar ke rumah rakannya itu. Sebab tak jauh dia hanya berjalan kaki. Puas dia memberi salam tapi tiada siapa yang jawab. Akhirnya jiran sebelah rumah itu telah menyapa. Kebetulan jirannya itu kenal dengan K disebabkan K kerap datang ke sana kecuali sejak kebelakangan itu.
K : Kak, Hazli ada rumah tak??
Jiran : Hazli?? E’eh .. hazli dah lama meninggal dik. Dah setahun lebih dah. Rumah nie pun kosong.
K : ahahhahaha, iyea lah kak… saya baru jea jumpa dia 3 bulan lepas kak. Siap masuk dalam umah lagi.
Jiran : Buat apalah akak nak tipu dik ooii, Akak sendiri yang jumpa dia mati depan pintu umah nie. Mati tegak jek. Rumah nie dah kosong, keluarga arwah dah ambil semua barang barang dia. Pun takde sesapa yang sewa rumah nie lepas tu. Kalau tak percaya tanyalah jiran jiran keliling nie. Haaa.. tanya kat suami akak ni haa (suaminya mengangguk kepala)
K tak berpuas hati. Ditolak2nya cermin tingkap nako rumah tu untuk meninjau keadaan didalam rumah. Berderau darahnya bila mendapati botol minuman yang dibawanya 3 bulan lalu ada di bahagian lantai ruangtamu yang telah kosong. Pek kotak ayam KFC yang dibelinya pun masih ada di situ. Selain dari itu ruangan itu tiada sampah lain.
K pulang dan bertanya kepada ku sebelum bercerita. Selepas pulang dari rumah ayahku kami singgah di Seri Menanti rumah keluarga Buyau. Keluarganya memang mengenali kami. Mereka mengesahkan Buyau telah meninggal dunia. Mereka memohon maaf kerana tak dapat beritau sebab mereka tak tahu alamat baru kami. Menurut keluarganya Buyau menghidapi barah otak yang sengaja dirahsiakan tetapi bedah siasat mengesahkan kematian Buyau disebabkan oleh serangan jantung.
…………………
Kisah nie dizaman aku baru2 abes skolah. Zaman sibuk keje, darah panas dan tiap hari berangan nak jadi orang kaya ahahahahaa.. Aku nie nama jea perempuan tapi aku dibesarkan dan di’treat’ mcm lelaki. So dalam otak aku nie lebih kepada cara sudut pemikiran lelaki dengan sifat2 perempuan. Maksudnya aku tak terpikir lansung tentang hal2 romantik berpasangan. Dalam kepala aku penuh dengan akal cemana nak beranakkan duit, nak jadi bagus, pengetahuan am dan explore.
One aku frustrated sebab dilarang sambung belajar. Aku amik cuti dan jadi ubi keledek dekat seminggu. Klua town lepak tengok orang lalu lalang. Kepala otak serabut kalahkan orang putus cinta dengan anak raja yang ensem macam Jungkook. Tengah lepak lepak jumpa member kerja tempat lama. Masa tu awal pagi lagi. Dalam 7lebih (aku klua lepas subuh). Member ajak sarapan dan kenalkan aku dengan member member dia. Dia nie aku tau dia suka aku tapi sori to say lar aku jenis susah nak cinta cinta gunung meletup kebabom nie. Yang jelas aku tau dia tak kan jahat dengan aku sebab aku nie budak baik (confident tu pentinggg ahahahhaa). Klua lah idea bangang nak pegi memanjat Gunung Berembun yang super dia punya sungai dan air terjunnya. Kat kampung aku ar opkos. Mendekati alam kan ke cara terbaik untuk kita menenangkan jiwa dan mengingattuhan. Kami beli stok air dan jajan macam tahun depan baru klua. Aku singgah balik kejap amik kamera dan mulakan hiking dengan 6 orang lelaki dan masuk aku yang acah acah lelaki nie kira 7 ar ahahahhahaaa. Sampai di perkampungan orang asli dekat situ aku ajak member skolah aku Ani yang merupakan anak Tok Batin sana untuk tunjuk jalan (itu last aku jumpa dia tah apa cite dia skang ntah lar dah lost contact). Nasib dia setuju. Setuju sebab kami janji akan turun petang tu juga. Time tengahari kami dah sampai ke tempat air terjun walaupun tak paling atas tapi memadailah orang2 lelaki pun dah jadi sakai macam dah 100 tahun tak jumpa sungai. Maka bercemperalah mereka sementara aku enjoy celup kaki takat betis dan dengar walkman perlahan sambil borak borak kosong dengan Ani. Kawan aku yang sorang tu pulak (Fuad yea aku gelar lepas nie dah lar bukan nama sebenar ahahhaha) asyik sibuk ambil gambar lepas cubaan nya untuk buat aku mandi gagal. Jejaman aku abes skolah dulu masih pakai kamera yang guna film kodak. Jujurnya masa nak mula hiking tadi aku dah rasa semacam. Macam ada orang perhatikan aku. Kenkadang macam ada orang sentuh aku.. sejuk tapi aku bersangka baek jea. Dalam hutan beb dekat dengan sungai mestilah nyaman. Ada waktu pulak macam ternampak kelibat orang lalu kat celah pokoklah kat jauh jauh sket dari kita lar tapi aku tak peduli. Buat buat tak nampak. Lepas makan dan lepak lepak, amik gamba pepatung lar rerama lar (macam ko tak jumpa plak kat tepi padang bola kan) dan sebagainya kitaorang balik. Macam biasa aku baca surah al ikhlas dan ludah kiri 3x kanan 3x (biasa petua nie kalau kita nak balik dari memancing lar) aku simpulkan balik dari kawasan ada air yang kita tak familiar pun sama. Semua perkara cam biasa jea. Sehinggalah 2 minggu selepas itu. Fuad datang umah aku dan ajak aku minum. Alasannya.. dia dah cuci pic gi hiking tu. Masa nak hulur album tu dia kata.
“Mas, ada masaalah sket ar gamba tu.”
“Kenapa pulak”
“Ntahlar.. kebanyakkan gambar ko atau gambar kita yang ada ko nampak macam ada masaalah”
“Tak jadi ke”
“Gambarnya cantik tapi macam tah lah.. ko tengok lah sendiri.”
Aku belek satu satu gambar aku. Memang ada certain gambar aku yang ada kelibat samar samar ‘orang lain’. Mereka semua tak kenal tapi aku kenal. Aku pujuk Fuad dengan mengatakan mungkin ada kesilapan teknikal atau pencahayaan atau gangguan masa dia snap gambar atau time cuci. Dia musykil juga tapi di setuju. ‘Orang’ yang kelihatan dalam gambar tu rupanya sebijik macam member sekolah aku yang meninggal kat jeram tu masa aku umur 14 tahun. Kami tak pernah sekelas tapi baik antara satu dengan lain sebab kami sama sama atlet sekolah. Mayatnya hilang selama 3 hari dan kemudiannya timbul dalam keadaan baik tapi dah tak bernyawa. Ada gambar aku duduk atas batu, celup kaki ke sungai dan dia disebelah aku tersenyum. Gambar tu yang paling jelas. Aku tak berani ambil semua gambar tu tengok jea dah seram. Masa ambil gambar ramai ramai dia berdiri disebelah aku separuh badan plak tu dan sedang pandang aku. Allah seriau lar .. tetiba plak rasa seram balik.. Al Fatihah untuk kawan aku tu.
firstt..seram la jugak crita kau 8/10 lah aku bagi..tapikan aku rasa kawan kau tu rindu kau la kut sebab tu dia melawat kau dia usya ii kau dalam gambr tu btw takziah lah untuk pemergian si dia yaa al fatihah
Seram. Tapi mengujakan pada masa yang sama. Terima kasih, kerana kongsi kisah yang menarik ini.
Besttt
Cerita ok. Nt sambung lg…
Tu bukan Ari.. mungkin itu jin atau Qarin yg menyerupai Ari. Roh org mati dah x blh balik ke dunia. Matinya anak Adam maka terputuslah hubungannya dgn dunia.. xde istilah kwn tu rindu atau balik nak jumpa awak.
Bestt
Best best.. lama x menyeramkan diri kt page ni.. 🙂
wow kampung buyau kampung aku tuh
aku slalu sblom nk baca aku usya cmment sat nk tgk feedback baik atau tak tpi aku tak kesah pon cuma lps baca arite crita best!..intro not bad la,n pertengahan tu pon okay but nak part ending time gmbr tu yeah aku pon merasa seramnya hahah XD keep sharing!
best cerita,senang difahami..kalau ada boleh cerita lagi yer..
Best sngt
part last tue seram..
lag 2 cerita tue aku rase sedeh lak huhuuhuu
fuhhh meremangggggg
Terbaik penceritaan kau. Menyayat hati pada masa yang sama. Kipidap! Ada cter lagi tulis lagi.
cite menarik
Banyaknyaa pengalaman….hope nanti cerita lagi pengalamn ngan hal mistik2 nii…
Best..100 bintang