Seram di UiTM Johor

Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Thank you admin sebab sudi siarkan pengalaman aku. I’ve been an avid reader; sejak FS ni mula2 start dulu. Tapi baru sekarang rasa nak share experience pasal perkara2 mistik ni.
So let’s start. Nama aku NA dan aku nak cerita pengalaman aku masa aku study dekat UiTM Johor (ca. 2005-2008). To be honest, aku ni bersyukur sangat2 lah sebab aku takde kena gangguan yang extreme masa zaman study dulu. Tapi dapat jugak la rasa pengalaman seram sikit2. Masuk asrama, kalau takde rasa macam tu, tak lengkap la kan? Kata kau! Aku pun taknak kena gangguan2 lain sampai bila2. Huhuhu.

1 – Kursus Biro Tata Negara (BTN)
Semua pelajar (masa ni part 1, if I’m not mistaken) diwajibkan untuk attend kursus BTN masa kat UiTM ni. “Bercinta” je semua nak pergi sebab kena during cuti semester; dah balik rumah untuk cuti, pastu kena datang balik. Masa kursus, kami diberikan penginapan/bilik dekat kolej sektor lama (kolej-kolej kat UiTM Johor ni terbahagi kepada 2 sektor; kolej aku kat sektor baru). Kolej2 kat sektor lama ni boleh dikatakan angker jugak laa, especially kolej yang kitorang dapat ni.
Cerita bermula masa malam pertama kitorang kat situ. Bilik tu ada 2 katil double decker. Tapi masa tu kitorang berlima, sebab kawan aku sorang ni sampai lambat sikit, dia menyelit je sekali kat bilik kitorang. Aku tidur kat katil bawah. Geng2 katil atas semua dah tarik tilam tidur kat bawah masa tu. Tiba-tiba dalam pukul 2/3 pagi macam tu, aku terjaga sebab terdengar bunyi orang menyangkul. Sebab aku macam mamai2 lagi, aku sambung je la tidur balik. Tapi lepas tu bila fikir-fikir balik… 3 PAGI, bhai!!! Apa yang ko nak cangkulkan tu?
Elok aku nak lelap mata balik, sorang kawan aku dari katil sebelah melompat naik katil aku. Kawan aku yang ni, nak kata penakut tu tak jugak. Tapi sebab dia selalu kena tindih masa tidur, jadi dia macam trauma sikit. Dia tanya “weyhhhhh, dengar tak tuuu??” Kitorang dengar bunyi ketukan daripada dalam almari pulak!! Masa ni mata aku dah terbuntang jugak la. Jantung pun dah dup dap dup dap laju dah. “..dah laaahhh, tidur je! Jangan tegur2 lagi.” Dia suruh aku peluk dia, baru dia boleh tidur balik.
Malam kedua kat situ ingatkan takdelah perkara2 mistik nak jadi lagi. Agaknya memang “dia” nak bagitau yang “dia” ada kat situ; aku terjaga lagi. Again around pukul 2-3 pagi macam semalamnya. Kali ni aku dengar “dia” menyanyi pulak & this time the entire bilik terjaga sebab “kelunakan” suara “dia” tu. Habis konsert, “dia” sambung ketuk2 dari dalam almari lagi. Sudahnya, berhimpit kitorang berlima tidur atas lantai peluk each other. Nak lari keluar takut jumpa face-to-face pulak, sebab memang budak2 kolej lama semua dah warning jangan keluar bilik after 10pm kalau kau tak teringin nak jumpa “dia” meronda kawasan.
Meremang aku bila teringat balik…

2 – Kolej Kediaman
Macam yang aku mentioned dekat cerita first tadi, kolej aku terletak di sektor baru. Walaupun sektor baru ni tak lah se-angker kolej sektor lama, tapi tak semestinya takde langsung gangguan kat situ.
Aku duduk Kolej Intan, but most of my close friends duduk kolej Zamrud yang berdepan dengan kolej aku. So korang boleh imagine lah aku ni selalu berulang alik dari kolej aku ke bilik kawan2 yang dekat Zamrud tu, tak kira lah siang ke malam.
Sebelah kolej aku ni ada satu tangki air; biasalah kalau ada tangki air tu, macam2 lah cerita nya; ada orang lemas la, nampak “akak” melayang2 dekat situ la, etc.. So far, selama aku kat situ, aku tak pernah nampak apa2 kat tangki air tu. Tapi…
Satu hari, as usual aku nak gerak balik ke bilik aku. Masa ni dah malam jugak la; dalam pukul 10-11 macam tu. Jalan dari kolej Zamrud menghala ke Intan tak jauh pun; sebab aku dapat bilik yang 2 orang (front part of the kolej). Plus, keluar je dari Zamrud tu nampak dah tingkap bilik aku. Tengah aku jalan2 tu (masa ni takut tak takut la, tapi jalan tu pandang bawah je. Hehehe), tiba2 aku dengar ada orang bersiul macam “suit2” (tak tahu nak terang macam mana) dari arah tangki air tu. Aku ingatkan pak guard yang meronda yang buat macam tu. Tapi bunyi dia macam dari atas. Aku macam “nak ke tak nak tengok??”. Memang tak laa jawab nya. Mencicit aku lari naik bilik. Nasib lah bilik aku tingkat 1 je. Huhuhu.
Sampai bilik, aku tengok roommate aku belum tidur lagi. So aku cerita lah kat dia pasal yang aku dengar tadi tu. Ko tau dia cakap apa? “Tu lah, tinggal lagi kita sorang2, dia cari kawan lah tu…” sambil gelakkan aku. Roommate aku kadang2 memang sengal sikit, tapi dia baik sangat2. I miss you, Yana!
Aku pernah merasa lah jadi JPK kolej untuk 1 penggal. Sekali tu, kolej aku anjurkan event dekat dewan besar UiTM. Kejadian ni terjadi time nak set up malam sebelum event lah kiranya. Dah settle semua kerja, team JPK ni nak gerak balik bilik masing2. Agak lewat jugak lah masa ni.Tengah jalan2 sambil borak2 tu, aku dengar lagi bunyi “suit2” dari arah pokok2 kat tepi jalan. Aku tak tahu la aku sorang je ke yang dengar benda tu, tapi macam tetiba kitorang semua jalan laju2 sampai bilik. Hehehe. Sampai ke laa ni aku tak tanya kalau2 diorang pun dengar benda yang sama malam tu…

3 – Kelas Malam
Kejadian ni masa part 3/4 (aku tak ingat), tapi masa tu kitorang ada kelas malam kat Blok Akademik. Time around 9pm kalau tak silap, lepas habis kelas. Aku dengan kawan2 aku berjalan laa sambil borak2 (biasa lah kannnnnn). Tapi masing2 pun macam berjaga2 jugak la sebab area Blok Akademik tu pun macam2 jugak cerita Misteri Nusantara yang kitorang dengar.
Kitorang ber-enam masa tu, jalannya bertiga2.
Kitorang lalu bawah blok yang nak menghala balik ke kolej, tiba2 kawan aku Zita ni brake mengejut sambil tunjuk2 kat dinding blok tu. Yang kitorang ni assumed dia nampak benda tu, semua pun menjerit la sambil lari lintang pukang. Lepas tu, ada yang cakap ada barang dia tercicir kat area Zita nampak benda tu (yelah, dah lari lintang pukang tadi, kan). Semua tolak2 dah siapa yang nak teman dia ambik barang dia tu. Last2, kitorang gerak la ke tempat kejadian tu beramai2.
Bila patah balik tu, kitorang konon2 beranikan diri la nak tengok benda apa yang Zita nampak tu. Sebab dia mati2 kata takde kena mengena dengan geng “akak” tu. Once kitorang nampak tu semua gelak sampai sakit2 perut weyhhhh. Serious rasa macam nk pecah perut gelak masa tu. Tau kitorang nampak apa? LIPAS… Kitorang sound lah dia balik, kenapa tak cakap awal2. Buat penat je lari…
(Tapikan… Lipas ni kalau dia start terbang, ngeri dia lebih kurang sama macam nampak benda2 lain tu, kannnnn?) HAHAHA.

4 – Bonus
Habis Diploma, aku sambung Degree kat UiTM Puncak Perdana. Kat sini jumpa laa gang2 post-diploma course aku dari kampus2 yang lain. Kejadian ni berlaku masa kitorang baru2 settle in kat asrama. Asrama kat Puncak Perdana ni style apartment; 1 rumah ada 3 bilik. Total yang duduk dalam rumah tu 8 orang.
Masa ni konon2 ice-breaking laa dengan housemates yang lain, kitorang lepak dalam bilik aku (aku dapat bilik 2-orang yang besar sebab meja study ada dalam bilik sekali. Yang lain2, meja diorang dekat hall). Tengah cerita2 ni, masuk laa cerita seram, mistik & yang sewaktu dengannya sekali. Masa tu aku duduk dekat meja study aku, menghadap tingkap.
Tengah seronok2 cerita tu, ZUUUUUUPPPPPP. Ada kelibat hitam melintas laju gila dekat tingkap tu. Aku & sorang lagi housemate yang masa tu tengah duduk kat katil terus menjerit. Lagi sorang housemate aku yang masa tu tengah duduk betul2 membelakangkan tingkap tu terus melompat bangun sebab terkejut. Terus bangun, tutup tingkap mencicit semua duduk kat hall. Huhuhu.

Itu je laa pengalaman aku masa belajar kat UiTM ni. Like I said, sepanjang bergelar student, aku takdelah kena gangguan2 extreme macam orang lain. Maybe sebab dulu perangai aku pun lebih kurang macam “diorang2” tu, sebab tu “dia” tak kacau beria. Choi choi choi!!
Akhir kata, sentiasalah beringat. Kat mana pun kita berada, we’re not alone. Bye, Assalamualaikum.

:NA: My UiTM story

NA
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

43 comments

  1. UiTM segamat memang byk bendaΒ² mistik ni
    mass histeria tu, biasa
    kelibatΒ² tu juga biasa
    kampus sebelah jirat cina
    aku kat sana 2003-2006

    1. Itu lah.. Dengar cerita dari kawan, senior, cousins yang pernah belajar sana, memang macam2. Tapi personally, saya memang tak pernah kena yang extreme. Syukur. πŸ™‚

    1. Bila ingat balik, memang lawak pun. Rasa nak belasah kawan tu pun ada jugak, bila dah tau kena “tipu” tu. Hehehehe. πŸ™‚

      Thank you for reading

  2. dulu saya dok kolej mutiara, batch 2006-2009, hmm..xd lor plak atas pukul 10 xleh kluar…hmm..mesti kolej lain ni…
    tp kolej baiduri ada satu wing yang memg xda orang duduk…

    1. Bilik 157, wing kiambang , Kolej Mutiara
      2000 – 2003

      Alhamdulillah takde kena kacau atau experience paranormal camni.
      Setakat histeria sbb teddy bear diorg bukak pintu bilik ada la. tu pun wing atas.

  3. okay tak kesah gngguan cmne pon tpi lau trkena cnfrm trkejut jgak la hahah,bunyi2 tu slalunya intro kira “muqaddimah” org kata hee..ppe pon smua org ada pngalaman seram dkat asrama sama ada betul kena gngguan or juz trbawak2 dgn kisah2 senior wallahu’ alam..anywa crita best! πŸ˜‰

      1. i feel you hahah,mau tak kencang jntung πŸ˜€ true memang sriau ‘blank’ skjap hahah..no biggie most wc πŸ˜‰ keep sharing kay!

  4. Rindunye uitm segamat. Sy dulu batch 2007-2010. Wing kiambang. Xpernah kne ganggu extreme cuma ade satu hari tu lepas je abeh berkawad(part 1),terus balik bilik, duduk sorg2 buat assignment dkt meja menghadap tingkap, xlama lepas tu dgr org ketuk pintu slow je tp still boleh dgr. Toleh la ke belakang kot2 roomate ke kan nak masuk bilik. Tggu la jugk pintu tu ade org buka ke x kan, tp xde. Buat xtau je lah,pas tu tgh syok type2 ni boleh plak dgr benda tu berjalan atas karpet getah(kalau perasan tikar getah yg x rata kan ade mcm gelembung udara tu) dlm bilik nak menghala ke arah meja yg sy tgh duduk tu. 2 tmpt yg berbeza bnde tu pijak and yg pasti bile toleh je belakang terus xde bunyi, 2nd time dah nak hampir ke meja sy tu, terus gelabah buka utube yassin. And kebetulan time tu tgh β€œcuti”. Esknye cerita dkt akak senior, die tdo mlm tu kne tindih 😬

    1. Thank you! Bila cerita balik, memang kelakar. Tapi masa kena tu, orang yang paling slow lari pun (saya lah tu), boleh lari lagi laju..huhuhu

  5. Dulu ex student Uitm Segamat jugak kolej SAB. Sepanjang kt sana takde lah kene kacau atau dgr bnda pelik even balik bilik sorang pkul 2/3 am dari library ke dr sektor B ke. mgkn sb benda tu tknk kcau ‘geng’ dia kot. HHA.Tp tulah bangunan mg uzur teruk kolej. Yg lg seram kt dinding ad tulis Ahmad cintakan Suri. Tu seram..

    1. SAB yang belakang sekali tu eyh?Dekat SMK? Saya dah tak berapa ingat nama2 kolej yang lain tu. Tapi berani gila awak jalan from library nk balik kolej 2-3 pagi. Saya paling lambat pun 12.30. Lepas tu memang jadi penumpang tegar kat bilik kawan;walaupun Zamrud dengan Intan tu sekangkang kera je. Huhuhu.

      Tapi, memang betul laa. Mak pun cakap “awak xkena kacau sebab awak sama spesis dengan “dorang2” tu! Huhuhu

    2. By the way, SAB tu dulu bekas kolej lelaki before diorang kena pindah ke sektor lama. SMK pun. Maybe sebab tu keadaan dia cam “uzur” sikit kottttt.

    1. Semua species fobia lipas. So bila nampak, 1st reaction dia “lari dulu, talk later”. Bhahahahaha. Tu lepas kitorang patah balik tu, ada rasa nk hempuk jugakla kawan tu.eheheheh.

  6. Masuk UiTM Johor, Kolej SR tahun 2006. Sekali tu cuti sem….semua org dh balik…so mmg sunyi la suasana. Tp yg tak boleh blah..ada satu bilik kt kolej level 2 terpasang. Sapa lak yg balik kg tak tutup lampu kipas. So aku naik kolej, pergi ke bilik tu, pintu tak kunci. Bukak je..mmg lampu dan kipas terpasang…so tutup semua suis, eh kipas je yg berhenti..lampu tak boleh tutup jgk..masa tu rasa meremang dh tengkuk..agaknya bilik ni port makhluk lain menyembang agaknya..ah lantak ko lah..aku pun balik ke bilik dan tidur dgn senang hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.