Tajuk : kelibat

Tajuk:kelibat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca fiksyen shasha,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekiranya cerita saya akan diterbitkan.Saya ingin menceritakan kisah hidup yang saya alami selama 2 tahun ini dan ingin memudahkan para pembaca memahami jalan cerita ,saya mengelarkan diri saya sebagai “Aku”.

Aku merupakan seorang pelajar tingkatan 4 sewaktu itu dan aku juga bersekolah dikawasan ibu kota iaitu Kuala Lumpur dan tidak perlu aku sebut dimana lokasi sekolahku. Aku seorang yang fanatik kepada bangunan yang telah lama dibina bagi aku ia terlalu unik dan cantik,aku juga sering berkunjung ke pelbagai muzium yang ada disekitar ibu kota ini. Aku juga suka mendengar kisah kisah seram yang ada sampailah suatu hari aku terkena gangguan yang membuatkan diri aku sentiasa murung dan jauh daripada manusia.

Pada waktu itu aku berumur 16 tahun pelbagai kejadian aneh mula berlaku kerana diri aku sendiri. Aku sering membuat kerja rumah dan melepak dibelakang rumah sehingga waktu senja kerana angin yang nyaman seperti dikampung , tapi tanpa ku sangka ada entiti yang sentiasa memerhatikan pergerakan aku.

Ketika aku berada disekolah aku sentiasa ceria dan tidak murung tetapi bila aku pulang ke rumah, aku sentiasa murung dan sering bercakap seorang diri seperti aku berkomunikasi dengan sesuatu yang tidak boleh dilihat melalui mata kasar manusia. Dikala maghrib aku seperti orang yang berhalusinasi, aku akan nampak kelibat seorang ”nenek”, diri aku seperti bukan diri aku yang sebenar aku cepat marah dan tak nak bercakap dengan orang yang berada disekelilingku termasuklah keluargaku sendiri.

Aku kadang kadang menjadi orang yang kurang ajar, aku tidak sedar langsung akan perbuatan aku yang boleh menyinggung perasaan kedua orang tuaku. Hati aku memberontak tetapi aku seperti dikawal untuk menjadi orang yang sentiasa berfikiran negatif.

Aku masih ingat kejadian ini, pada waktu maghrib aku masuk ke bilik kakak sulung ku untuk mengambil barang tiba tiba aku terdengar bunyi suara orang memanggilku teramatlah sayu bila aku menoleh kak ngah berada dibelakangku dan ia membuatkan aku terkejut sehingga aku menjerit sebab aku nampak kelibat nenek dibelakangnya sedang tersenyum kepadaku.

Sampailah pada hari tersebut, waktu itu cuti akhir tahun jadi aku membuat kerja sekolah yang telah ditugaskan oleh guru bahasa melayu ku ,pada waktu maghrib aku ternampak suatu bayang hitam yang berlari depan bilik aku, start dari situ aku dah mula menangis aku memberi isyarat kepada kak ngah ku yang berada diatas katil agar dia menutup mulut, selepas melihat tingkah laku aku , kak ngah bangun dan berlari memanggil ibuku yang sedang solat dibilik sebelah, pada waktu itu aku merasa sayu sangat aku menangis tak henti henti dan aku berasa sedih.

Ibuku telah pergi ke rumah jiran kami,jiran kami boleh dikatakan mempunyai deria keenam yang boleh melihat entiti tersebut. Aku gelarkan jiran aku ”pakcik”, pakcik telah datang melihatku dan dia merenung ke arah diriku seperti dapat merasa sesuatu,aku tetap menangis disitu kerana aku berasa sedih dan pakcik tersebut menyuruh ibuku membawaku umtuk pergi berubat dengan rakannya.

Sewaktu didalam kereta aku berasa elok dan tidak menangis aku rasa seperti diriku yang lama aku juga sempat bergurau senda dengan adik beradik ku yang lain, setibanya kami dirumah perawat tersebut tiada apa yang berlaku cuma perawat itu hanya tanya aku dimanakah nenek itu berada? adakah masih ada dikawasan rumah? aku menjawab satu persatu soalan yang ditanya oleh perawat tersebut.

Perawat itu pesan kepada ahli keluarga aku, yang aku ni senang didampingi oleh makhluk seperti itu kerana aku sering keseorangan dan sentiasa berasa kosong di dalam diri sehingga makhluk seperti itu datang untuk berkawan. Perawat itu juga berkata nenek itu suka akan rambut aku yang panjang, selepas mendengar apa yang perawat itu kata kakak ku telah memotong rambut ku sehingga pendek pada keesokkan harinya hm sedih betul. Selain itu, perawat itu kata dia tidak boleh menghalau nenek dari kawasan itu kerana nenek itu telah lama duduk disitu, jadi kami hanya mengambil insiatif untuk memagar kawasan rumah dan tidak pergi ke belakang rumah ketika senja atau tengah malam. Semangat ku telah pulih kembali seperti dahulu, keluarga aku pun nampak perubahan yang berada dalam diri aku setelah aku pergi berubat.

P/S:aku terdengar suara orang memanggil aku seperti psst psst digelanggang bola baling yang gelap disebuah pusat beli belah yang lama adakah itu petanda yang aku bakal kembali seperti 2 tahun yang lalu?hehehehe..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 23 Average: 3.7]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.