Asrama Angker

Assalammualaikum. Aku baru kenal page ni seminggu lepas. Rasa macam nak share citer aku kat sini tapi takut tak best. Ape-ape pun korang nilailah sendiri cerita aku ni best ke tak. Nama aku Aliff (bukan nama sebenar). Peristiwa seram ni berlaku time aku belajar kat salah satu pusat pengajian dekat hulu Selangor. Menurut kata senior, asrama ni dibuat atas kubur orang asli dan keliling asrama aku dikelilingi bukit bukau.

Peristiwa 1:
Ade satu malam ni, time aku tido. Tiba-tiba terjaga tanpa sebab. Selalunya kalau aku bagun sebab nak buang air. Aku tengok jam dah pukul 3 pagi dan secara tak sengaja aku alih kepala aku belah tingkap selang 2 buah katil. Time tu angin kuat sangat. Belakang bilik aku ada tempat jemur baju dan dekat jemur baju tu semak samun. Bayangkanlah dalam angin yang kuat tu, aku nampak satu susuk tubuh berdiri tegak dekat belakang tu. “Benda” tu berdiri dalam 5 saat macam tu lepas tu hilang dalam sekelip mata. Aku tarik selimut sambil menggigil sebab takut

Peristiwa 2:
Yang ni berlaku time aku berseorangan dalam dorm. Masa tu tengah hari, dorm kosong mungkin kawan-kawan aku yang lain keluar. Time tu aku tidur dan terjaga dengan dada aku rasa berat bagai dihempap dengan benda berat. Teka apa yang aku nampak? Aku nampak satu susuk tubuh hitam besar duduk atas aku (dia ala-ala Darth Vader), Time tu aku peluh mencurah-curah nak gerak tak boleh nak jerit tak boleh. Aku berserah je dan harap benda tu lenyap. Lepas tu aku baca 3 qul dalam hati dan benda tu hilang.

Peristiwa 3:
Benda ni berlaku kat kawan aku time tu kelas malam dan kitorang ada kerja yang perlu disiapkan. Aku dan kawan aku yang lain sudah pulang ke asrama jadi tinggallah seorang lagi kawan aku ni yang gigih nak siapkan kerja. Dalam pukul 1:30 AM macam tu, tiba-tiba kawan aku dengar orang ketuk cermin tingkap sebelah meja dia. Dan setahu aku kelas kitorang tingkat 2, macam mana orang boleh ketuk? Kawan aku dengan sepantas kilat lari lintang-pukang.

Peristiwa 4:
Yang ni berlaku di satu malam, di mana kami sekawan gatal nak takut-takutkan budak dorm dengan memakai pakaian seperti pocong. Pada malam tu, aku dan kawan berpakat la mengunci jam pada pukul 2 pagi untuk bangun. Tepat pukul 2 tu, aku dan kawan-kawan pun bangun dan bersiap-siap memakai seperti pocong dan time tu kawan aku satu orang je pakai seperti pocong. Aku dan kawan aku 2 orang pun keluar la mengiringi kawan aku yang jadi pocong ni. Time tu memang best bila ketuk pintu bilik budak-budak dorm semua terjerit terlolong hahaha dan last-last kena tangkap dengan pak guard ( guard bagi warning je time tu hehe ) dan time nak balik tu kitorang berpecah.

Aku duduk dorm bawah, 2 orang kawan aku tu duduk dorm atas. Time nak balik, aku lalu depan bilik tv yang seram dengan gelap gelita dalam tu dan hanya diterangi cahaya luar dorm yang samar-samar. Dan time tu lah aku macam nampak satu duduk tubuh yang terloncat-loncat. Bayangkan time aku nampak susuk tubuh mayat yang dikafan mau lari tak cukup tanah time tu sambil cakap dalam hati, “kenapa kau tak kacau kawan aku, dia yang pakai macam kau. Bukan aku”.

Itu sajalah cerita aku, sebenarnya banyak lagi cerita angker kat asrama aku belajar ni. Nanti-nanti aku cerita ye 🙂

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

5 Comments on "Asrama Angker"

avatar
Kak Yulie

Oooo…
Time kaco org korg partner in crime ekkk…
Time kena kaco dgn benda tu dan dan soh kaco kwn ko plak sbb die yg nyamar jd benda tu…
Tau takooottt…
Hmmmm…

dawsa

karangan budak sekolah…

C

Haha. Kene balik. X pe lah karangan apa pun. Tu dia nk cerita. Nma page pun fiksyen. Kita pembaca ja

Langsat

pendek sangat….citer mendatar jer… stuju komen karangan budak sekolah..cuba lagi

Comel94

Banyak lagi kisah seram kat situ.. Bila cakap je belajar kat hulu selangor, dikelilingi bukit bukau, atas tanah perkuburan org asli, dah tau tmpt belajar tu kat mana.. Saya ex-student situ.. Btw, haii junior..

wpDiscuz