Asrama Tanah Pusaka

Hai semua. Nama pena saya Yaya. Saya berasal dari Sarawak. Hari ini saya ingin menceritakan semula kisah yang saya alami semasa saya berumur 15 tahun. Ya saya masih ingat lagi waktu itu dan saya tidak akan pernah melupakan kisah itu sehingga kini.

Saya dijaga oleh datuk dan nenek saya sejak dari bayi. Kedua ibubapa saya sudah tiada sejak saya dilahirkan. Jadi , dari darjah 6 hingga masuk tingkatan saya memang berasrama penuh. Saya ditemani oleh makcik saya di asrama kerana diamanahkan oleh nenek untuk menjaga saya. Makcik saya tu tua setahun dari saya. Sekolah saya di kawasan pendalaman yang sememangnya dikeliling oleh hutan. Nak ke pekan mengambil masa sejam atau paling lama sejam setengah atas faktor jalan yang tidak berapa bagus , lagi-lagi kalau musim hujan.

Dipendekkan cerita, asrama kami memang banyak kisah seram. Salah satunya penampakkan keranda terbang. Selain itu, ada juga yang diganggu lembaga hitam dan cik pon. Kes histeria makin menjadi-jadi. Sampaikan suatu saat itu sekolah dikerahkan untuk tutup selama seminggu dan semua pelajar asrama dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Saya yang masih tidak percaya mengenai hal itu kerana sepanjang saya berada di asrama itu, tidak pernah sekalipun saya terserempak atau melihat didepan mata saya sendiri dan saya pun berbisik dekat telinga makcik saya “hish , semua takut hantu. Jom cari hantu”. Memang lah mulut saya ni celupar sikit. Andai sahaja dapat diputarkan waktu masa itu , saya berjanji tidak akan berkata sedemikian. Makcik saya pun berkata “hishh jangan minta benda bukan-bukan, sudah lah hanya kita berempat sahaja yang tinggal di dorm ini malam nanti.” Ya , malam itu hanya ada empat orang termasuk saya. Semua murid lain balik ke kampung halaman masing-masing kerana peristiwa yang menimpa sekolah kami. Jadi, asrama kami akan jadi sunyi dalam masa seminggu ini.

Hari pertama hingga hari ketiga tinggal dekat asrama semua nampak normal. Kejadian ini berlaku selepas malam ketiga. Pada waktu itu saya, makcik saya , susan dan tiara (bukan nama sebenar) hendak pergi ke dewan makan kerana nak makan malam. Jam masa itu menunjukkan pukul 7. Selepas makan , warden menyuruh kami terus pulang ke dorm. Kami pun mengiakan apa yang dia cakap. Ruang dewan makan masa itu sangat sunyi sepi , saya pun melihat sekeliling dewan dan pandangan saya terhenti sejenak apabila mata saya melihat satu sosok berbaju putih berdiri memandang tepat kearah kami berempat. Saya pun alihkan pandangan saya secepat mungkin dan berdoa dalam hati. Makcik saya menegur “kenapa muka kau nampak pucat?.” Saya masih diam. Habis makan malam , kami berempat terus bergerak ke dorm. Dalam perjalanan nak ke balik ke dorm, Susan tiba-tiba berkata “wahhh wanginya bau ni.” Makcik saya , saya dan tiara tidak berkata apa-apa dan terus lajukan langkah kami tanpa menoleh ke belakang.

Setibanya di dalam dorm, makcik saya terus menegur Susan, “kenapa lah kau pergi tegur bau wangi tu tadi , kau tahu tak maksud dia apa? Malam nanti kena ganggu , jangan nangis cari aku!.” Susan pun tersengih-sengih apabila ditegur oleh makcik saya.

Pejam celik , pejam celik jam pun dah pukul 11 malam. Sudah tiba masanya untuk tidur. Lampu pun semua dah ditutup. Saya yang masa itu masih lagi separuh sedar , terkejut apabila Susan menjerit ketakutan. Makcik saya dan saya terbangun dan makcik saya buka lampu bilik. Tiara masih lagi nyenyak ketiduran. Dalam hati saya berkata “hm Tiara tak dengar ke jeritan Susan?.”

Makcik saya terus memeluk Susan yang masih ketakutan dan menggigil. “Kan aku dah cakap jangan tegur tadi. Tak apa , nanti tidur dengan aku jangan lupa bawa bantal tu.” Susan terus menangis dalam pelukan makcik saya dan kami pun menutup kembali lampu bilik dan tidur.

Keesokkan harinya, Susan menceritakan semula kejadian semalam itu. Dia cakap semasa nak tidur tu , dia terasa macam ada benda yang menghempap badan dia lalu dia pun mengiringkan badan dan terus terpandang sosok putih yang berambut panjang mengurai duduk di sebelah katil kosong tepi dia dan itu membuatkan dia takut dan menjerit. Akibat kejadian, Susan terus ke pejabat warden untuk menelefon ayah dia kerana dia ingin pulang. Jadi tinggal kami bertiga lah nampaknya.

Rutin kami seperti biasa, pergi mandi. Lepas mandi pergi makan tengahari di dewan makan sambil tengok televisyen. Santai-santai main congkak pada waktu petang lepas tu mandi dan pergi ke dewan makan untuk makan malam.

Pada malam itu , hanya tinggal kami bertiga. Jam pun menunjukkan pukul 11. Macam biasa, tutup lampu dan tidur. Tiba-tiba saya rasa macam ingin pergi buang air kecil lah pula. Dalam hati pun berkata “masa ni juga! Hish .” Saya memberanikan diri untuk pergi ke tandas tanpa ditemani. Tandas kami memang dihujung dorm. Nak ke tandas memang kena lalu dorm sebelah yang memang kosong kerana semua murid dorm sebelah balik. Saya terus melajukan langkah saya dan terus pecut masuk ke tandas. Takut tu memang lah takut.

Setelah buang air kecil , saya pun cuci tangan. Masa nak cuci tangan tu, tiba-tiba pintu belakang saya terbuka pelan-pelan….. “krekkkkk…..” belum apa-apa lagi saya dah pecut keluar dari tandas dan menuju ke dorm semula. Lewat sahaja dorm sebelah, saya terdengar bunyi orang mengilai. Nafas saya jadi turun naik masa itu dan bulu roma tiba-tiba naik. Saya terus masuk ke dalam dorm dan menutup pintu rapat-rapat. Pergi ke arah katil dan terus menutupi badan dengan selimut. Katil saya pula memang dekat dengan tingkap. Bawah katil, atas kepala saya tingkap. Pada masa itu, saya rasa ada benda yang memegang kepala saya dan bermain dengan rambut saya. Saya pun pelan-pelan membuka selimut , alangkah terkejutnya saya apabila melihat sosok lembaga hitam , berbulu dan bermata merah yang memang tepat berada diatas kepala. Saya terus menjerit dan berlari ke arah katil makcik saya.

Makcik saya tahu. Dia menyuruh saya untuk bertenang dan tidur sekali dengan dia. Saya pun bertenang dan berdoa agar benda tadi tidak mengganggu saya lagi. Tanpa saya sedar , saya pun tertidur.

Keesokkan harinya, saya pun menceritakan hal tersebut dengan makcik saya. Makcik saya pun berkata “Ya aku tahu kerana aku pun diganggu semasa kau pergi ke tandas malam tu.” Saya agak terkejut apabila dia berkata demikian , patutlah makcik saya diam semasa kejadian.

Hari minggu pun menjelang. Pada hari ahad, murid asrama mulai penuhi dorm masing-masing. Perasaan saya jadi lega kerana dorm tidak lagi kesunyian dan saya berharap agar kejadian tidak elok disekolah dan asrama ini tidak ada lagi.

Saya dan makcik saya pergi ke pondok ‘guard’ sebab nak ambil makanan yang dikirim oleh datuk dan nenek saya. Dalam masa yang sama, kami berdua melihat Tiara yang turun dari kenderaan dan ditemani oleh ayahnya. Yang peliknya dengan Tiara , dia turun dengan beg sekolah dan bagasi sekali.

“Eh Tiara, kenapa kau ada disini?”
Tiara pun berkata , “Ya, aku dari kampung ni. Tak nak lah aku tinggal dekat asrama lagi-lagi lepas kejadian histeria yang menjadi-jadi dekat asrama. Oh ya, kamu berdua tinggal di asrama bukan? Uishh beraninya kamu berdua. Macam mana? Ada cerita seram ke? Kalau ada nanti cerita dekat aku, aku pun nak tahu lah.”

Ya saya percaya kerana Tiara ceria orangnya , sangat kecoh orangnya dan bukan jenis pendiam. Masa tu jugalah makcik aku pandang aku, kami saling berbalas pandangan. Persoalannya “siapakah yang dengan kami pada masa itu?,”

Sampai disini sahaja cerita saya dan sekian terima kasih..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Yan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 26 Average: 4.6]

2 thoughts on “Asrama Tanah Pusaka”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.