Atas Almari

Assalamualaikum & hello semua! Ambarsari kembali lagi dengan kisah seram. Sebelum aku start story aku yang seterusnya, aku nak jelaskan beberapa statement. Satu, aku ni perempuan. Dua, ada yang sedar aku guna nama Ambarsari dari novel Jangan Biar Dia Masuk by A.Darwisy. Sebenarnya, aku and kawan aku obsessed sangat dengan cerita ni sampai kteorang guna nama character sebagai nama commercial (gituuuu).

Okay okay okay, kisah dia start cenggini. Aku telah menyambung diploma ku di Politeknik Kuching Sarawak. Seperti yang diketahui semua, sem satu memang wajib duduk asrama. Bilik aku terletak kat block B, depan sekali, selang 2 bilik dari bilik mandi. Bertuahnya nasib aku, aku ditempatkan satu bilik dengan kawan baik aku dari sekolah, Ambarningsih (bukan lah nama sebenar). Benda ni start pada satu malam ni, 2 orang kawan kteorang lepak kat bilik. Kteorang share la cerita lawak kan, gelak tak ingat dunia. Around pukul 12 lebih, aku suruh dorang temankan aku pergi toilet. Masa kteorang pergi toilet, hallway dah sunyi. Budak semua dah tidur. Time aku masuk, dorang tunggu kat luar.

Jin 3 orang ni kacau kacau la aku, buat suara hantu la, ugut aku nanti hantu kacau la. Sampai la satu point, dorang tak puas hati sebab aku tak beri sebarang reaksi. Masa aku cuci tangan, dorang tutup lampu toilet (jangan cari member jahanam macam ni). Masa tu, cahaya dari luar je ada tetapi di depan aku, tercegat seorang perempuan yang tak bermuka, berambut hitam panjang. Aku terdiam tetapi air mata aku bergenang sebab aku terlampau takut nak buat apa apa. Nafas aku pun dah start sesak sebab aku hidu bau bangkai dari lembaga tu. Lepas tu dorang on balik lampu sambil gelak gelak, lembaga tu pun hilang. Aku keluar dan jalan menuju ke bilik tanpa mengeluarkan satu patah perkataan pun dengan dorang. Dorang pun hairan la kenapa mulut si murai ni pandai diam pulak? Bila sampai kat dalam bilik, Ambarningsih tanya la aku

“Babe kenak you? You okay sik?” (babe kau kenapa? Kau okay tak?)

Aku just tunduk, diam tak nak cakap apa apa. Air mata aku je mengalir deras. Ye la, yang hantu tu pergi terjah zass aku betul betul depan muka aku, apehal? Memang la aku terus bisu traumatized . Dorang dah start rasa guilty and mintak maaf dengan aku sebab gurau melampau sangat. Aku pun start cerita apa aku jumpa masa dalam gelap. First dorang tak percayakan aku and dorang ingat aku nak kenakan dorang balik. Lepas tu, aku tak dapat kawal lagi, aku menangis teresak esak.

“Kempang ati kitak orang tutup api. Bukan kau nemu benda ya, tapi aku eh” (sampai hati korang tutup lampu. Bukan korang yang jumpa benda tu, tapi aku)

Dorang dah start tak senang duduk dan start pandang benda tu serious. Aku ni kalau dah takut, aku takut sangat sampai menangis. Disebabkan aku terbawa bawa sangat perasaan dan bayangan tu masih lekat dalam minda, aku buat keputusan nak tidur kat bilik Ummie. Ummie ni ada baik sikit dari kiteorang. Hati teguh, iman kuat. Bilik dia selang 1 bilik je dari toilet. Jadi aku bawak bantal and selimut aku, pastu aku pindah tidur bilik Ummie. Nasib la roommate dia takde, jadi aku pun tidur terus tanpa sebarang gangguan. Ummie macam faham je aku takut, dia biarkan bacaan Al-Quran kat phone. Ambarningsih? Biar la dia tidur sorang. Padan muka dia. Malam tu aku marah sangat dorang sampai hati buat aku macam tu (Dengar cerita brother tak dapat tidur sampai pagi hahahahahahaha)

●●●

Beberapa minggu selepas nenek tu menjelmakan diri, keadaan dah reda macam biasa. Aku dah balik bilik sendiri, dah berbaik dengan Ambarningsih. Malam tu, kteorang tidur macam biasa tapi kteorang gabungkan katil sejak kejadian nenek tu hari tu (maaf ye warden kalau membaca. Kteorang takut sangat time tu huhu). Kebetulan kteorang tidur awal sebab nak elak stay up late. Tak tau la kenapa aku terbangun dalam pukul 1 pagi. Masa tu gelap dan aku try nak tidur balik tetapi telinga aku mengangkap bunyi yang datangnya dari almari yang terletak di hujung katil aku. “Kreakkkk” macam ada benda memanjat almari aku.

Aku pun duduk, cuba nak tengok apa yang berbunyi tu, mane la tau biawak kan. Dalam gelap, aku suluh dengan torchlight handphone. Takde apa apa pun. So dalam keadaan mamai, aku baring balik. Pernah tak korang rasa kehadiran benda tu? Kau dapat rasa yang dia ada kat situ, perhati korang. Tu la yang aku rasa. Aku memang dapat rasa dia perhati kteorang. Meremang satu badan and diperhatikan dari atas almari tepi aku. Almari tu tinggi, ada sedikit jarak je dari siling. Time tu aku dah perasan ada benda lain dalam bilik tapi aku buat tak tau and nak teruskan tidur tapi perasaan takut tu makin menebal.

Aku duduk dan aku pasang lampu study kat tepi aku. Pastu aku tengok kat atas almari, takde apa apa pun. Lampu aku biar pastu aku baring balik. Baru nak melelapkan mata, aku dengar bunyi “kreakkkkk”. Lama je bunyi dia. Kali ni aku tak nak tengok lagi dah. Aku pasang Ayat Kursi kat handphone aku sebab lidah aku dah kaku. Nak call boyfriend, takde guna jugak. Aku pejam mata dan tutup telinga. Lepas tu, aku tak tahu mana aku dapat semangat nak tengok atas almari tu. Keputusan paling bodoh aku pernah buat. Aku beranikan diri menoleh ke arah atas almari tu, ditemani bacaan Ayat Kursi. Aku nampak lembaga hitam, tenung kteorang tidur. Masa ni, aku kaku hilang kata kata. Takkan aku nak baring balik and buat tak tau? Tapi takkan aku tercegat hadap muka benda tu sampai pagi? Aku goyang goyangkan badan Ambarningsih supaya dia bangun. Tapi dia tak sedar sedar jugak. Sampai kan aku guna kedua dua tangan, aku goncang badan dia sambil jerit

“BANGUN LAH BODO”

Dia tengok aku dengan reaksi marah. Dia tolak tangan aku.

“Kenak kau tok. Malam ari aih” (kau ni kenapa. Malam malam ni)

Walaupun aku marah tetapi aku hanya mampu menangis depan dia sambil isyaratkan supaya dia tengok atas almari. Time Ambarningsih menoleh ke arah tersebut, dia terkejut dan takut dengan benda tu. Ambarningsih tolak aku supaya aku baring balik. Aku harapkan dia dapat tolong halau benda tu tapi dia pun takut. Seriously guys, masa tu aku tawakal dengan tuhan sebab aku terlalu takut. Ambarningsih pergi bukak lampu besar bilik. Syukur Alhamdulillah benda tu hilang tapi bila Ambarningsih baru nak jejak katil, almari aku berbunyi lagi. Aku tak nak tengok lagi dah. Aku serah semua kat Ambarningsih. Ambarningsih pun duduk tenang sambil baca surah. Dia usap usap kepala aku sebab tangisan aku menjadi jadi.

“Dahlah tidur jak you” (dahla kau tidur jela)

Tak lama lepas tu, aku pun melelapkan mata sampai esok pagi. Keesokan harinya, kteorang start berubah supaya benda tu tak kacau lagi. Kteorang start jaga solat dalam bilik. Dan kteorang start jaga kelakuan. Takde lagi nyanyi kuat kuat or buat bising. Ambarningsih pun takde dah mandi lewat malam. Benda ni kteorang tak nak cerita kat orang lain sebab tak nak dorang takut. Lepas tu, kteorang ajak kawan dari block A tidur bilik jugak sampai hujung sem sebab tak nak kena kacau lagi (lagi sekali, minta maaf para warden yang ku sayangi). Lucunya, aku tak dapat asrama sampai la sem ni. Huhu.

Tapi kalau diingatkan balik, kteorang jenis yang perangai gila gila, suka nyanyi kuat kuat tak pedulikan jiran yang duduk kiri kanan kteorang. And kteorang suka cakap jerit jerit dalam bilik. Dan habit roommate aku ni, dia suke sangat mandi lewat malam. Tak kisah pukul berapa, semua dia boleh. Dan biasanya lepas class, kteorang tidur dari Asar sampai masa Maghrib dengan tingkap semua terbukak. Kira nya, banyak jugak pantang larang yang kteorang langgar & kteorang boleh dikatakan tak beradab langsung di tempat orang. Kadang kala kita tak sedar, benda yang simple macam tu boleh jadi punca kita kena kacau.

So guys jaga mulut, jaga adab. Hormat tempat orang. Hope you guys enjoy reading. Assalamualaikum & bye bye 🙂

.

Ambarsari
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.