Atas Pagar

Assalamualaikum. ok,aku kenalkan diriku Jemy ya. ok, kisah ni berlaku ketika aku tingkatan 3 tahun 2003. Oh ya, kisahnya tak seram sangat la kot tapi jika terkena pada ketika itu,memang menyeramkan.
Ok, ketika kejadian, aku, adik-adik dan ibuku tinggal di rumah nenekku. ayah ketika itu ada hal di Kuala Lumpur, maka kami tumpang seminggu di rumah nenek.

Rumah nenek ku sekeliling ketika itu memang hutan. depan rumah ada parit, sebelah rumah pun parit. belakang rumah memang ada hutan kecil atau belukar. rumah jiran memang jauh.belakang rumah nenek juga ada sungai besar dan sebelah sungai tersebut ada reban ayam yang besar. penternakan ayam daging.

Suatu pagi itu, aku tersedar dalam pukul 5 pagi lebih. ketika itu, nenek sudah bangun dan siap-siap untuk solat sunat. aku tidur di sudut dapur. sudut dapur tersebut ada katil single nenek dan aku tidur di tepi katilnya.

Pagi itu tiba-tiba sakit perut. Oh ya, tandas rumah nenek berada diluar pagar rumah. Pagar rumah dibuat daripada papan/kayu yang panjang. (biasa kalau di rumah kampung belah pantai timur)
Jadi tandas tersebut berada di belakang rumah. Bilik paling belakang adalah bilik ibuku. Nak ke tandas, kena keluar dari rumah dan pagar rumah. Aku pulak sejenis mudah bayangkan ada katak melompat ke, ular belingkar ke atau cicak terjun atas aku ketika dalam tandas tu. Tandas itu, dindingnya papan, pintunya pakai zink.

Jadi disebabkan imaginasi haiwan-haiwan yang menggelikan itu, maka aku turun ke area belakang rumah, mencari cangkul dibawah pokok inai yang besar di belakang rumah. Oh, lega..jumpa cangkul.
Aku turun seorang diri sebab ketika itu aku dan nenek sahaja yang baru bangun. Nenek dah siap mandi dan solat di dalam rumah.

Jadi aku carilah kawasan yang selamat untuk aku cangkul tanah. aku cangkul tepi pagar, berdekatan dengan tandas. Bawah sedikit pokok inai. Tak keluar dari pagar rumah lagi lah. Kebetulan pagi itu sangat gelap. Yang terang dari belakang rumah adalah bahagian dapur. Nampak samar-samar cahaya lampu dapur.

Setelah selesai mencangkul, aku duduk mencangkung. Tengah ralit melayan sakit perut, tiba-tiba mataku terpandang cahaya berwarna oren di atas pagar bertentangan dengan bilik ibuku. Hujung pagar tersebut ada hutan kecil dan parit.Tapi dalam gelap malam, mmg tak nampak apa lah.

Mataku tertancap pada cahaya oren di atas pagar. hairan. biasan dari bilik ibuku kah?
Aku tengok kearah bilik ibuku, gelap gelita.
Aik..tak ada cahaya pun keluar dari celah-celah bilik ibuku.
Mataku kembali melihat cahaya oren di atas pagar belakang itu.

Lama kelamaan aku nampak jelas cahaya oren tersebut berbentuk seorang lelaki yang mencangkung di atas pagar kayu yang nipis itu. aku perhatikan betul-betul, cahaya tersebut berbentuk badan lelaki dewasa yang mencangkung.

Aku tunduk. terkelu..betulkah apa yang aku nampak itu? dan aku angkat muka sekali lagi. aku perhatikan lagi cahaya tersebut. dan makin jelas. aku perhatikan riak wajahnya yang mengadap ke hadapan (maknanya aku dibelah sisi kanannya. perlahan-lahan aku nampak lirikan senyuman dari bibirnya dibelah tepi. Tetapi dalam keadaan dia masih mengadap ke hadapan.

Aku kaget! aku tunduk..benarkan. alamak! macam mana nak lari masuk dalam rumah ni? nasib baik aku mencangkung sambil tutup semua kakiku dengan kain sarung sebab takut nyamuk.

Sekali lagi aku angkat kepala dan aku lihat jelmaan bercahaya oren itu semakin melebarkan senyuman! Aku sudah rasa seram sangat. Perlahan-lahan aku bangun dan jalan perlahan-lahan masuk ke pintu dapur rumah. Ketika itu,lubang pun aku tak sempat kambus.

Sampai dipintu dapur, aku panggil ibuku!
“Ma,ma!ada hantu kat pagar belakang rumah!”
Mak aku datang dan terus pegang tangan aku! Automatik badan aku menggeletar seperti terkena renjatan elektrik sampaikan ibuku kalut melihat keadaanku.Dipeluknya aku. Tangan aku tunjuk-tunjuk ke arah belakang rumah.

Tiba-tiba nenekku terdengar seperti ada sesuatu yang lari di belakang rumah. Nenekku panggil pakcikku untuk melihat apa yang ada dibelakang rumah, tapi tiada apa-apa yang dijumpai.

Setelah aku bertenang, aku ceritakan pada ibu dan nenekku. alhamdulillah, hari itu aku tidak demam. Aku dapat ke sekolah seperti biasa. Balik dari sekolah, aku pergi ke pagar belakang dan ku lihat kayu tempat cahaya semalam itu seperti ada kesan terbakar sedikit.

Rupanya malam tersebut katanya ada upacara pemujaan di sungai belakang rumah nenekku di kawasan reban ayam. Kononnya mereka di sana menjamu kepala kambing yang di bakar kepada penjaga untuk menjaga reban ayam tersebut. Dan kebetulan rumah nenekku adalah laluan jin. antara ruang tamu dengan tangga dapur itu merupakan laluannya.

Kesian nenekku, jika tiada orang dirumah, kadang-kadang jin berbentuk beruk datang menyerang nya sehingga esoknya lembik nenekku. nenekku sudah tua dan selalu membaca al-quran, mungkin itu antara penyebab jin-jin kafir ini datang untuk menganggunya.

Ok, itulah sedikit pengalaman aku yang tak boleh aku lupakan. Oh, aku kambus lubang tu setelah aku balik sekolah. nasib baik, tak ada siapa-siapa jatuh dalam lubang tu. haha

Jemy

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

jemy
Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

1 thought on “Atas Pagar”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.