Nama aku Sofi.Seorang wanita. Aku ada 5 orang ahli keluarga. Kami semua jaga atok dari mak dan ayah berkahwin sampailah sekarang. Umur aku 22. Sebenarnya, atok kitaorang tu nenek, tapi kami panggil atok. Tak tahula sebab apa panggil atok. Orang kata kalau keturunan jawa memang panggil atok. Aku nak cerita sikit tentang aku,atok dan lukisan. Mungkin cerita aku tidaklah seseram mana tapi niat untuk berkongsi apa yang pernah aku lalui.
Cerita bermula pada aku berumur 14 tahun. Dulu waktu sekolah, aku memang suka melukis. Pada waktu tu, pelajar tingkatan 2 bersekolah pada waktu petang. So, aku adalah masa sikit untuk tidur lambat. Setiap malam aku akan melukis, setiap malam okay!. Aku pun tak tahu kenapa obses sangat aku dengan melukis ni. Lukisan aku tidaklah secantik mana. Sekadar standard budak sekolah rendah je. Tapi, dah minat nak buat macam mana kan?
Selalunya aku ada je idea untuk melukis. Tapi satu malam ni, aku rasa lain, Fikiran aku masa tu hanya satu je aku nak lukis! ‘orang tua bermata merah’. Biasanya aku lukis pokok, rumah, awan dan pelbagai. Kadang tu aku repeat lukis benda yang sama Cuma warna je lain-lain. Aku sedar apa yang aku fikirkan masa tu, tapi hati aku membuak-buak untuk lukis seperti yang aku gambarkan.
Pada malam tu memang aku sorang-sorang dekat ruang tamu yang lain semua dah tido di bilik. Aku selalu akan melukis sambil menonton tv. Tapi waktu itu, memang aku tak fikir tv dah. Yang aku rasa Cuma tak sabar nak lukis benda tu. Dalam pukul 11 lebih aku dah start melukis. Waktu tu, memang tangan aku lancar gila melukis, aku seperti antara orang sedar dan tak sedar masa tu. Tapi yang pasti aku leka dan tak boleh berhenti.
Aku macam tak percaya lukisan ini yang aku lukis. Badan aku menggigil, tangan kiri aku sakit dan sejuk. Ternyata benar apa yang aku gambarkan sebelum ini. ORANG TUA BERMATA MERAH. Aku dah rasa lain macam. Aku seakan sedar dari apa yang aku buat. Aku mulai takut, gelisah dan rasa seperti ada yang memerhati. Tapi aku kuatkan juga, aku start kemas apa yang patut, aku royok kan kertas lukisan yang aku lukis. Aku mula tutup tv. Bila pandang belakang nak ke bilik, ATOK aku! Berdiri terpaku sambil tersenyum dengan bermata merah.
Aku terkejut! Atok aku start bersuara. “akak tak tido lagi? Dah pukul brapa ni?” dia bertanya sambil tersenyum. Aku terkaku diam sebab rasa sangat terkejut. Dia nampak aku senyap tak berjawab. Yelakan? Siapa nak jawab kalau atok kau sama macam dalam lukisan. rambut panjang, mata merah, tersenyum gitu. Dalam beberapa saat tu, dia angkat tangan tunjukkan dekt belakang aku. Dia cakap ‘tengok tu sana dah pukul brapa? Tengok la tu’. (sambil suara perlahan dan sopan).. Guys jam rumah aku betul-betul dekt depan mata aku masa tu. Belakang aku hanya ada tv dan tingkap yang hala ke hutan semak. Btw, dulu aku duduk kampung. Sekarang rumah tu disewa atas sebab tertentu. Atok aku pun ikot sekali kitaorg duduk rumah taman.
Banyak kali dia tunjuk dan suruh tengok. Aku beranikan diri juga tengok apa yang dia tunjuk kan tu. Aku perlahan-lahan pandang belakang! takde apa pun. Tingkap elok je tertutup dengan langsir. Aku rasa lega lah kan sebab takde apa. Tengah sambil nak pusing untuk pandang atok, sekali! Atok aku takde.dia takde!! Serius aku cakap masa tu memang bulu roma aku naik. Takut dia jangan cakap lah.
Aku dah tak fikir apa lagi dah!! Aku kemas semua barang terus ke dapur nak buang lukisan yang aku lukis. Niat masa tu nak cepat-cepat masuk bilik.
Karang kalau biarkan esok pagi tak pasal-pasal kene marah dengan mak. Dah buang sampah tu, aku tergerak nak jenguk atok aku. Bilik atok aku dekat dapur. Sebelum nak masuk bilik aku untuk tido, aku jenguk la sikit mana tahu dia tak tido lagi ke apa kan? Tolak pintu perlahan-lahan, aku tengok atok aku sedang nyenyak tido!! Aku fikir takkanlah senang-senang dia nak tido balik kalau dah bangun. Sebab atok aku ni jenis susah nak tido balik kalau dah tersedar. Melainkan dia betul-betul penat.
Aku buat macam biasa masuk bilik tido. Esok paginya aku Tanya atok aku, ‘atok? ada terbangun ke tengah-tengah malam tadi tengok akak melukis?’ dia boleh jawab ‘atok pukul 10 dah tido kak, atok sedar pun waktu subuh tadi’ sudah!! Siapa pulak yang datang malam tadi?? Aku tak puas hati, aku cek tempat yang aku melukis semalam. Aku cek tingkap yang hala ke hutan semak samun tu, sekali!! Aku Nampak ada satu cakaran panjang dekt tingkap kayu tu. Tak mungkin binatang yang cakar. Sebab rumah kampong aku tinggi. Aku cerita dekat mak aku, tapi aku yang kene marah sebab tido lambat sangat.
Sampai sekarang benda ni jadi satu misteri. Mak aku pun macam layan tak layan je masa aku cerita semua ni dekat dia. So, tak mau la lepas ni tido lambat kalau ada rumah dekat kampong… Sekian sahaja cerita yang tak semegah mana. Terima kasih.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Mak lebih menakutkan dari hantu..
Mak mak ni benornye kan, bukan die buat x endah bile kita cerita pepelik camtu…
Benornye diorg pn ssh hati gak…
Tapi xnak tunjuk kat anak2…
Xnak anak2 tambah takot atau risau…
Samelah mcm akak, bile anak yg kecik tu cerita die nampak gitu gini, akak cakap kat die XDE PAPELAH TU…
Hakikatnya, hakak is serem gak wooooo…
Hahahahahaha…
Mak akak buat layan xlayan mungkin penceritaan akak masa tu kurang penghayatan dan pitching lari ke hutan semak-samun melalui tingkap so mak akak masa tu xdpt rasa apa yg akak cuba sampaikan dengan kata lain roh cerita tu xde. Pape pun teruskan melukis jgn sia2kan bakat yg telah dikurniakan dan abaikan dari tengok jam kat rumah walau disuruh tengok oleh xkira la sapa pun, tengok je kat astro klu nak tahu jam dah kul berapa.
umor 14thn sekolah rendah ke aku slh umur ni or slh baca???
Dia form 2 tp dia lukis standard dak sekolah rendah. Ko tak paham ke