Pengalaman Berhantu Shopping Mall di Kelantan

Hi admin Fiksyen Shasha. Okay, so this is my very first time tulis cerita kat FS. Selama ni jadi pembaca je. Rasa terdetik di hati pulak nak share kisah aku.

So first of all, let me introduce myself. Nama saya Ally (samaran). By the way, aku mek Kelantan. So korang mesti boleh agak mall mana dlm cerita ni sbb dalam Kelantan tak banyak mall pun. Benda ni terjadi around 3-4 bulan lepas masa aku kerja kt mall sebagai “promoter” .

Orang cakap biasa la kan mall mana-mana pun “keras”. Tapak mall ni sebelum ni tanah lapang ibarat padang jarak padang tekukur, memang luas. Orang kampung tanam jagung, sayur-sayur, bela lembu, bela kuda. Baru je lagi mall ni. Kalau weekend confirm full orang, ada yang dri Terengganu, Gua Musang, jauh-jauh la datang nak spend time dengan family kan.

Pukul 9.45PM.
Aku & partner kerja aku tengah get ready nak “closing” untuk sales harini. Selalunya tepat 9.45 kitorang dah turunkan “shutter” butik, so customer alert la lagi 15 minit mall nak tutup. Tapi jarang-jarang ada je customer yang pukul 9.55 selamba rock masuk butik pilih baju, siap sembang dengan husband “eh abang mana cantik ni?” “baby, which one is the perfect match for our daughter?”, and I was like what to do mann, takkan nak halau. Customer always right. Takpela, think positive okay! Yg kerja butik tau la how does it feels huhu.

Pukul 9.55PM.
Masa ni mmg dah settle closing. Partner aku nama Joe (samaran)
“Eh Ally, gi la dulu. Kan nak punch tiket parking. Takut nanti lewat pulak”, Joe cakap kat aku. Joe ni dia layan aku macam adik dia. Memang kalau closing dengan dia, dia suruh aku balik dulu.

So aku pun amik bag, jalan keluar butik.
“Byeee, see u tomorrow!”, aku tinggal Joe sorang kat butik.

Sambil jalan, aku keluarkan tiket parking awal-awal sebab eh korang faham-faham la perempuan camne, dalam bag tu ada semua benda. Aku jalan pergi lift, tekan button naik atas sebab selalunya aku naik tingkat atas nak punch tiket parking. Machine yang kat floor bawah selalu full customer beratur, lagipun slow.

Tak sampai seminit, lift pun sampai. Aku melangkah masuk lift. Baru selangkah masuk, aku rasa macam pelik. Sejuk. Meremang, seriau sampai naik kepala. Perasaan tu like something wrong somewhere, cuma tak dapat describe. Aku susah nak rasa seram sejuk ni, tapi malam tu ya. Dalam hati aku “cepatla cepatla”, nak everything berlalu dengan cepat je. Selalunya masuk lift tu rasa biasa, normal. Tapi malam tu tak. Ye, perasaan aku je kottt, tapi still positive la, harap takde apa.

Aku tekan button R (rooftop). Pintu lift terbukak. Gelap, sunyi. Shutter & lampu tingkat R memang tak bukak kalau weekdays, time weekend je bukak. Aku pun keluar lift, jalan pergi kat machine. Gelap tu biasalah. Masukkan tiket, then tunggu jap tiket keluar tanda “valid”. Aku amik tiket tu, pergi kat lift.

Perasaan cuak & takut tu membuak-buak, still pelik kenapa sebenarnya rasa macamni. Tapi tulah, nasib baik lift tu stay je kat R, tak moving pergi floor lain. Tengok-tengok jugak kiri kanan takut takut ada orang, sebab zaman skarang ni manusia lagi menyeramkan dri hantu haha, takut if anything happen je.

Pintu lift terbukak. Aku masuk lift sambil tengok jam. 9.58PM. 3 minit je baru berlalu, tapi terasa lama sangat. Tengah mengelamun sorang-sorang, “aikkkk?”, bisik aku seorang diri. Baru perasan, pintu lift tak tertutup lagi. Selalunya masuk je lift tak kena tunggu lama, pintu lift dah tertutup sendiri. Ni tak, terbukak lagi.

Sekali lagi aku tengok jam jenama Casio di tangan aku.Seminit berlalu, tapi terasa seakan sejam…

Aku tunggu je dulu bila nk tertutup. Tapi tak tertutup. “aishhh main-main”. Aku pun tekan button tutup, guess what? Pintu lift tak tertutup jugakk. “alamak jangan la camni”, aku tekan-tekan lagi button tu. Tekan button G (ground floor) pun tak tertutup wehh apa masalah. Ketiak aku dah lenjun masa ni!

Takkan nak jenguk luar lift? Kalau ada “benda” macam mana? Memang tak la. Nampak yang merangkak ke takde kepala ke, pengsan situ la. Aku taktau dah nk buat camne, aku menyandar habis rapat dengan button lift tu sbb takut. Tawakal gila dah. Terlintas jugak dalam kepala aku, selalunya kalau lift tak tertutup ni sebab ada orang tekan button dri luar. Haihh!
Tiba-tiba je pintu lift tertutup sendiri. Sebelum pintu lift tertutup tu aku sempat jeling luar lift. Dan, nampak seorang budak lelaki, muka pucat. Sengih dekat aku. Kaku, aku tak terkata apa-apa. So, betul lah dia nak “gurau” dengan aku.

Lepas dari kejadian tu, aku tak pernah langsung naik tingkat R sorang-sorang, melainkan berteman. Sebelum tu memang aku pernah dengar cerita dari staff yang kerja kt situ.

Pengalaman dri pekerja bahagian maintenance, diorang nk buat wiring around 3AM. Ada budak lari-lari. Pelik, anak siapa? Takdela nak tegur.

Lepastu ada perempuan rambut panjang dalam fitting room butik. Yang aku & staf butik pernah alami, malam ni kemas stor, datang esok pagi bersepah baju!
Sampai sini je cerita aku, sorry kalau tak menarik. Bye!

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ally
Pengalaman Berhantu Shopping Mall di Kelantan
8.1 (80.94%) 128 vote[s]

Dah baca?Jom tonton video terbaru dari FS.

32 comments

  1. Bukan “how does it feels” tapi “how it feels” atau “how it must have felt”. Kalau nak tulis cerita dengan bahasa ‘ala’ atasan bercampur aduk dengan bahasa inggeris, tolong pastikan grammar tu betul dan tepat dulu. Kalau tak, baik tulis je dalam BM penuh. Tak yah nak tunjuk yg kau tu celik bahasa inggeris. Maaf, aku ni cikgu B.I. so you can guess how I feel when I spot such horrific grammatical error. Sekian

    1. Teacher Zainon Mat Kassim betulkan grammar tu pun dah bagi ilmu kat orang lain. Takpayah la kutuk maki ni. Dia pun nak belajar, nak mencuba. Jangan jatuhkan standard guru please 🥰

    2. Lol, dia ada ‘effort’ belajar bahasa inggeris. Tak salah. Dia nak kongsi cerita, bukan nak ambil periksa MUET atau TESL. Why so salty ?

    3. if you’re a teacher, then teach. don’t condemn others just because you’re better than them (or so you think). ayat berlagak gila. sekadar bangga dengan title ‘cikgu’ yet not acting like one. padahal bersepah je cikgu English zaman sekarang yang bengap grammar. mat saleh yg guna English as first language pun ada je yang grammar ke laut dalam. nak ajar, ajar elok2 je tak payah acah perfect.

    4. Apa yang ala atasan tu. Ko panggil tony stark dtg malaysia pun dia xkan reti ckp melayu. English ni language perantara je bkn utk ukur kepandaian. Jgn nk brag sgt. Kah3

    5. berlagak zainon anak mat kassim ni.macam die keluar dari perot mak die tu terus blh speaking.bahlol.dlm nk menegur org niat hati dah tersimpang .lancau .shame of u teacher.

    6. Poyo sial beruk ni. Nak meroyan speaking go to twitter la a**hole. Ini laman web santai fyi. Mesti la ada je mistake. Annoying as hell la

  2. Kelantan ckp kelantan je la..nak speaking2 konon..mall pun ada brp je kt sana dh nk speaking2 mcm ada pavilion kt sana..aku yg budu pun jd geli bila budu cuba nk speaking bila kt sana

  3. ok..seram dn best jugak,,teruskan menulis,,sha pon pernah jge butik…dh tau dh rse mcm mne..kdg2 ad rse nk hempuk pelanggan..haha

  4. Haha.. i feel u sis.. time kita nk closing, time tu baru customer sibuk nk masuk.. padahal 2~3 jam sblmnya, lengang langsung xde customer.. mungkin feel seronok shopping last minit dlm mall lbh seronok kot.. 😂😂

  5. Guys memang lah b.i dia banyak problem ..tapi normal lah org Malaysia sekarang memang suka campur aduk Kan b.m Dan b.i..jgn cakap macam you all x pernah buat plk.. at least dia Ade afford nak speaking English dari duduk bawah tepurung x Tau Pape..kalau nak kata nak tegur b.i dia tegur elok2 bukan cakap mcm kau org paling champion b.i Dlm dunia ni.. anyway cerita mmg scary Pon..so what.. sorry lah kalau terasa..tq..

  6. Korang ni komen pasal cerita dia ke pasal grammar dia. Apa yg kalot sangat ni? Komen pasal cerita dahla. Tak payah nak poyo betolkan grammar sangat la. Baca je cerita yang orang dok share tu diam-diam.

  7. korg jgnlah toucher dia sgt..tkpelah dia nk speaking pon..mne tau tiba2 ad pelanggan dri luar negara mnelah tau kan..kelantan pon mne tau one day dia akan gi overseas,,bolehlah dia speaking skit2..biasanya kn umi sha kata kalu kita tgok salah org tu lah sbnrnye perangai kita,,btul tk??ad spe nk btulkan..

  8. biarlah dia, janji cerita dia sampai n terpilih masuk fiksyen shasha….. jln cerita dia ok… wpun dia campur2 bahasa…. tp mudah fhm…. xde plk aku menyampah membacanya…. aku nk elakkan tulis campur2, nanti ade yg kecam n btlkan ejaan… hahahaha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.