Ayah Bawa Balik “Kawan”

Bismillahirrahmanirrahim.

Thank you, admin sudi publishkan cerita aku. Btw, sorry. Aku lebih suka guna perkataan “aku”. Mungkin rasa lebih selesa dengan korang.

Mari. Aku mulakan cerita.

Suatu waktu dulu, arwah ayah tiri aku salah seorang pengamal perubatan tradisional. So, kadang-kadang, sampai tiap-tiap malam orang datang rumah nak berubat dengan ayah aku. Kalau tak datang rumah kami, ayah yang akan pergi ke rumah diorang.

Dan aku? Aku adalah anak yang paling penyibuk kalau ada orang datang berubat.

2 tahun lepas, arwah ayah aku masa tu dah agak berumur. Dengan keadaan dia yang tak sihat tu, kitorang satu family memang tak galakkan untuk dia teruskan mengubat orang. Dan aku yakin, kalau korang jadi anak dia pun, korang akan buat benda yang sama, right?

Tapi tak. Ayah tak pernah berhenti nak bantu orang. Penat macam mana pun, tengah malam macam mana pun, kalau ada orang datang nak mintak tolong, dia akan tolong.

Then, one day. Ada sepasang suami isteri muda, which is, diorang ni anak kawan ayah aku. Datang rumah kitorang nak mintak tolong tengokkan si isteri.

Fyi, diorang ni baru kahwin dalam 2,3 minggu masa tu. Kejadiannya berlaku masa hari diorang bernikah. Ikut cerita diorang. Lepas selesai majlis semua, malam tu diorang decide nak buka terus hadiah daripada tetamu. Then, sampai kat satu hadiah tu, lepas bukak je hadiah tu, si isteri terus pengsan.

Kejadian Pengsan ni berlanjutan setiap hari selepas tu, sampailah sehari sebelum diorang datang ke rumah kitorang untuk berubat tu.

Lepas berubat, diorang tanya, siapa yang buat diorang, tapi ayah tak cakap. Ayah just cakap, “kita pagarkan saja rumah kamu tu”. So, diorang akur.

Esoknya, waktu lepas asar, diorang datang ambik ayah aku, bawak pergi rumah diorang. Nak pagarkan rumah. Ayah ajak aku pergi. Aku cakap taknak. Awkward weh, kalau kena pergi rumah orang yang aku tak kenal ni. Mak pulak taknak ikut, lagilah aku taknak pergi.

Gangguan yang terjadi kat aku bermula kat sini.

Alhamdulillah. Selepas ayah aku pagarkan rumah diorang, si isteri pun dah okey. Takde masalah dah.

Tapi! Rupanya benda tu tak habis kat situ je.

Masa kejadian ni, aku cuti semester. Semester 6 nak naik ke semester 7.

Setiap pagi, aku akan tinggal sorang-sorang dekat rumah. Mak aku keje. Akak aku keja. Adik aku kerja, sekolah. Ayah aku? Dia dah pencen. So, pagi adalah waktu dia sembang dan ngeteh dengan kawan-kawan sepersatuan pencen dengan dia.

Hari pertama kena, aku dengar something jatuh atas atap rumah. “gedebuk” bunyi dia. Pagi lagi, weh. Aku tak pikir pun pasal usik-usik ni. So, aku biar je. Aku teruskan dengan kerjaya tetap aku masa cuti, tidur.

Hari kedua.
Aku dengar orang berjalan dalam rumah aku. Kan aku dah cakap, takde orang kat rumah, melainkan aku. Rumah kayu, orang pijak sebelah sana, sebelah sini pun terasa jugak. Aku masa tu, takut-takut berani. Aku ambik kayu sendal tingkap yang 4×2 tu. Aku keluar dari bilik. Terus cari sape yang tengah berjalan tu. Aku tahu bukan ayah. Aku belum dengar kereta dia park kt depan.

No one, woi! No one! Rumah gelap gelita (aku tutup lampu tak buka tingkap). Habis, yang aku rasa orang pijak lantai tadi tu?
Aku just diamkan. Aku taknak pikir.

Perkara ni, aku biar berlanjutan sampai seminggu.

Lastly, aku bagitahu ayah aku sebab tak tahan sangat dah.

Kau bayangkan.

Kau tengah sedap melukis, tetiba terdengar dan terasa, dinding paling hampir dengan kau rasa bergegar dan rasa orang geselkan badan dia. Dari atas sampai bawah, dia gesel. Gesel mende aku tak tahu.

Bila aku cerita pada ayah, pasal kejadian yang bermula seminggu yang lepas, ayah terus mintak sediakan dua baldi air. Satu untuk aku mandi. Satu lagi untuk pagar rumah.

Masa ayah buatkan air tu, tetibe ayah tanya, “kau selalu terbangun tengah malam, kan? Selalu nak kencing kan? Selalu rasa macam ada orang tengah tengok kau, dalam bilik kan?”

What the heck?
Kenapa ayah tau semua. Orang baru nak simpan sikit.

Aku iyakan semua benda yang ayah cakap tu. Sebab aku alami semua tu.

Ayah cakap.
“Sebenarnya dalam bilik kau tu ada orang botak 2 orang. Perut buncit. ”

Aku diam.

“La. Orang ingatkan mainan perasaan je. ” Aku jawab tenang.

“Hambar betul hidup kau ni. Mende macam tu pun boleh simpan sesorang. ” kata mak aku. Haha.

So, bila ayah dah buat air untuk pagar rumah, ayah mintak adik aku tolong jiruskan keliling rumah. Ayah tak ikut sebab lelah.

Aku pulak, turun ikut adik aku pagar rumah. Tengah-tengah duk ikut adik aku tu, sampai je belakang bilik aku, adik aku suruh aku naik. Aku naik cepat-cepat. Dalam aku nak naik tu, aku dengar orang menangis. Aku tak layan. Aku tak cari. Yang penting, aku boleh sampai kat depan ayah aku yang tengah duduk kat ruang keluarga tu, sebelum jadi apa-apa.

Lepas settle, adik aku naik melenggang bawak baldi. Ayah tanya, macam mana? Adik aku dengan selamba cakap, “menangis jugak tadi tu. ”Β  maksudnya “benda” tula yang menangis. Tak Tahula sebab dia sedih tinggalkan rumah kayu ni atau lawan dengan air ayat AlQuran tadi.

Aku? Nak pergi mandi pun siap bagi amaran kat ayah aku. “kalau ayah tinggalkan orang sorang-sorang, orang jirus air kat ayah”. Haha.

Malam tu, buat pertama kalinya, aku tidur tanpa terkejut, tanpa rasa nak kencing, tanpa rasa ada sesuatu Yang tengah pandang aku.

Esoknya, ayah aku baru bagitahu, kenapa “menatang” tu boleh masuk dalam rumah dan buat onar.

Ayah cakap, salah satu sebab adalah masa dia lepas pagarkan rumah pasangan baru kawen tu, dia lupa nak lepaskan diri dia sendiri. Aku tak tahu istilah dia macam mana. Tapi, macam nak pagarkan diri sendirilah. Untuk elak gangguan. Tak nak ada benda yang ikut balik. Gitulah lebih kurang.

Faktor kedua? Ayah balik masa tengah azan maghrib. Ayah masuk rumah terus sebab nak terkencing.

Dan! Ayah cakap. Benda tu nak duduk dalam bilik aku sebab dia tahu, aku terkadang boleh nampak diorang.

Berderau darah aku bila ayah cakap gitu. Mujurlah ayah cover semula cakap yang benda tu, Ayah dah buangkan. Takkan ada lagi gangguan tu.

Alhamdulillah. Gangguan geser body dekat dinding dan berjalan dalam rumah tidak berterusan.

Okeylah, gais.
Aku rasa sampai sini dulu aku cerita pasal gangguan sikit-sikit ni.

Memang tak seram.

Sebab aku lebih seram memikirkan yang ada manusia durjana yang nak masuk rumah aku berbanding dengan syaitonirrojiim yang cuba melalaikan aku.

Tq, gais untuk kesudian membaca.

Ada masa, kalau ada sambutan untuk story aku yang ni, aku akan cerita lagi Pengalaman lain. Sama ada yang aku sendiri alami atau yang aku tengok masa proses pengubatan oleh arwah ayah aku.

Till then, take care everyone!

Sis masin.

#SisMasin
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

42 comments

    1. Kan. Benda yang ikut balik ni menakutkan masalahnya. Haha. Bukan boleh buat kawan pn. Hoho.

      Xpe, awak. Mungkin admin FS tengah baca awak punya tu. Sabar ye. Inshallah nanti publish.

  1. Emm please nak tau pasal yg pngatin tu.. adakah hadiah yg diberi kpd pngatin tu adlah perantara@santau yg diberi kpd pngatin tu??

    1. Oh. Mungkin saya lupa nak selit dalam cerita saya tu.

      Yes. Hadiah tu sebenarnya kain batik dan kain pelikat saja. Cuma, telah ditiupkan sihir pemisah antara mereka. Si wife plak jenis yg lemah semangat. So, bila kena terus Pengsan.

      Yang buat plak, org terdekat dengan wife dia. Mungkin taknak si wife tu bhagia. Kesian. Lama jugak diorang ambik masa nak pulihkan semangat tu.

  2. I dont mean to offend the writer tp aku rasa writer ni mcm betul x betul je cerita dia.. bapak kau pengamal perubatan tradisional kata kau, x kan setan dlm rumah sendiri pon x sedar. Cara kau cerita tu mcm bapak kau boleh tgk benda halus, tp x kan gajah depan mata x nmpk?????

    Secondly, kamon lah… Aku pon kerap kencing malam jgk.. itu kan sbb kau minum air sebelum tido. Kencing malam, okay. Jgn kencing org dikkkk

    Thirdly, pfffttt

    1. Pengalaman orang, masing2 tak sama..x boleh samakan pengalaman dan akal logik sendiri dengan orang lain..

      Baca aje..orang share kan..kalau betul, betul lah..kalau rekaan, rekaan lah..jangan kecam orang sangat boleh tak? Hehe..

      #bukanwriter #bacarelaksrelaksje #jangankecamkecam #hidupamandamai

      1. Xpe. Jgn bergaduh. Saya terima teguran beliau. 😊 Betullah tu, pengalaman masing² tak sama. Jadi, mungkin tak logik agaknya pada beliau. Inshallah, dalam entry lain nanti, saya akan kongsi semula kenapa macam tak logik pada beliau ye.

        Terima kasih sebab sudi baca.

        1. Sis org mnghina kta kta jgn mcm xkish ja sis. Org mcm tu mind dy mmg low sgt dy xlh fhm ap yg kta nk smpai kn.. Yg dy tau kecam ja dy blom kna kecam lg tu asyik dy ja kecam org nnt org kecam dy ha berakal lh tu.

      2. Kau pun sama bodoh.. x suka komen org jgn kexam sgt boleh x? Lol

        #adeakukesahhhh

        Dik sbb tu otak kau x berkembang, kau ni x dak critical thinking. Semua nk hauk bulat2 dlm kepala. Manusia mcm kau ni la nnt jd lauk macau scammer. Tau?
        πŸ˜‚

    2. Kesian kau ni. Otak sempit.

      Xsemua org yg blh berubat org tu blh nampak direct/jelas. Dan x semua yg blh nampak tu boleh/reti mengubat org.
      Nama pn fiksyen shasha..kalau x btl pn bace je sudahla. Nak semua ikut logik g baca buku teks sejarah. Bkn kat sini.

      Maaf bkn nak kecam…pffftt

  3. Lepas baca kisah ni, teringat sy pernah mimpi orang lelaki kulit kelabu gelap dan berperut buncit, berambut panjang paras bahu. Rupa mcm manusia tapi bukan manusia. Yang tak boleh blah tu dalam mimpi tu dia cakap dia lama perhatikan sy.. So boleh relate ke mimpi sy dgn sihir pemisah ni? Curious jugak ni sebab belum pernah pegi berubat.. Tapi takde pulak gangguan yg ekstrem..

  4. Dekat u dulu, amek pendidikan ke? Hehehe. Sbb dlm cerita, cuti semester. Sem 6 nak masuk sem 7. Kat komen, skrg tngh busy sekolah buat hari kecemerlangan. Cikgu ek? Hehe tanya jurrr πŸ˜†

  5. Cte nye best. Xsabo nk bace kisah pnglaman seram writer yg lain. Sy suke bace n dgr cte seram. Tp tgk cte seram xbrani. Huhu! Drpd komen yg sy bace, skg writer dh jd cikgu la ye? Best nye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.