Ayah Terkena Sihir

Assalamualaikum admin. Hari ni tergerak hati nak cerita pengalaman ayah aku yang terkena sihir hampir 13 tahun. Tapi aku bersyukur kerana ayah aku sakit tak sampai setahun dan pergi tiggalkan kami. Sebab kami tak sanggup nak tengok ayah tersiksa kesakitan dan kami berpuas hati dapat jaga dia dan kami terima takdir yang keluarga kami diuji sebegini.

Nama yang digunakan bukan nama sebenar, maaf panjang sebab kejadian ni tidak direka-reka.

Ayah aku seorang yang peramah, baik, tak pernah fikir yang tak elok pasal orang lain. Dan ayah juga seorang yang pentingkan kesihatan. Memang setahun 2 kali tak pernah miss pergi buat full medical check up. Tapi takdir Allah takda siapa tahu.

Semuanya bermula pada bulan 5 2011. Kakak aku terkejut bila dia ke dapur dan nampak seekor ular sebesar orang dewasa. Tapi bila mak ayah tengok ular tu dah takde dan sangat tak logik ular tu boleh hilang sekelip mata sebab dapur rumah aku tak besar mana dan banyak barang, tapi barang langsung tak bersepah dan takdak lubang yang besar selain pintu dapur untuk ular besar tu keluar.

Seminggu selepas tu, Ayah aku tak sedap badan, muka pucat. Bergegas la mak aku bawak ayah aku pergi hospital. Ambik d***h, tapi akhirnya tiada masalah, kata doktor. Ayah aku sakit yang berulang selama 2 bulan dan berulang alik pergi hospital 2 3 kali semiggu. Tapi penyakit tidak dapat dikenal pasti. Berat badan mula susut, kerja dah tak pergi, nak jalan pun tak larat. Ayah aku sampai tak boleh nak berdepan dengan orang sebab malu dan rendah diri sebab tiada daya.

Setelah 2 bulan sakit tanpa tahu sebab, mak aku bawak pergi kat specialist dan doktor sahkan ayah aku ada kanser tahap 3. Dan tak sampai sebulan lepas tu ayah aku dah operate buang hati. Alhamdulillah ayah aku kembali sihat walaupun tak sepenuhnya. Masa operate tu bulan puasa dan kami boleh beraya bersama ayah. Luaran ayah nampak sangat sihat, luka kesan tebuk dah kering, muka dah merah segar, badan dah naik, tapi kesilapan ada di mana-mana. Doktor tak bagitahu apa yang perlu ayah pantang makan dan kami pun tak bertanya tentang tu. Ubat pun takde, kiranya macam lepas operate, sihat terus. Tapi ayah dan mak tak salahkan siapa-siapa. Kami terima dan usaha untuk lebih baik.

3 bulan lepas operate, appoinment untuk checkup dan doktor cakap ayah aku ada masa 3 bulan sahaja dan untuk bahagian sains memang dah tutup buku sebab kuman dah merebak ke semua tempat. Kelam rasa kehidupan kami, gelap pekat, seperti kami turut menunggu saat kembali.

Dan hospital di daerah kami cakap, bila-bila masa tak kira jam berapa, kalau ayah rasa tak larat boleh terus datang hospital dan pihak hospital akan highlight untuk kes ayah. Alhamdulillah. Memang ulang alik rumah dan hospital sebab bila di rumah ayah tak larat, tapi di hospital segar pulak. Perut ayah semakin membesar. Perut perlu ditebuk untuk buang air. Yang pelik, bukan air yang keluar, tapi d***h. Doktor dah hairan. Ayah pulak makan macam-macam, tapi bila muntah, hanya benda putih yang keluar. Biasa kalau kita lepas makan dan terus muntah, akan keluar makanan yang dimakan kan? Ni tak, makan mee goreng, keluar benda putih. Makan kuey teow, keluar benda putih.

Satu pagi, ada seorang doktor berpesan supaya mak aku bawak ayah berubat cara kampung sebab katanya ada benda lama yang dia nampak dekat ayah. Dan mak bersetuju.

Sebenarnya ayah dan mak tak percaya hal hal mistik ni tapi since doktor dah pesan, kami pun jumpa la merata orang yang pandai hal mistik ni. Dan ada jugak 3 4 orang yang tak pandai berubat tapi boleh rasa. Katanya ayah kena sihir dah lama. 10 thun lebih dah.

Orangnya orang kampung kami jugak dan bekerja bersama ayah. Bukan seorang dua yang cakap jadi kami rasa mungkin betul. Abang aku ada syak seseorang sebab ayah pernah cerita, kawan ayah datang jumpa dan marah ayah sebab katanya ayah yang buat dia kene tukar tempat kerja. Sebetulnya ayah bukan behagian yang tukarkan tempat kerja staff dan ayah dah terangkan kat orang tu. Jadi pada mulanya kami ingatkan orang tu yang buat. Astagfirullah, tapi abang aku dah pergi mintak maaf kat orang tu sebab salah anggap.

Lepastu ayah pergi berubat, ustaz bagi air suruh mandi, tapi tak dapat buat dengan konsisten sebab ayah sakit tiap kali nak mandi air tu, dia jadi malas, ayah masuk wad dan macam macam hal untuk tak boleh nak mandi air tu. Ramai ustaz yang ayah aku berubat, ada satu ustaz (Ustaz Haji) tu mintak ayah listkan nama 14 orang yang ayah aku syak. Ayah aku taknak buat sebab dia memang kalau boleh taknak curiga pada sapa sapa pun tapi selepas puas ustaz, mak pujuk akhirnya dia setuju. Ayah pun listkan dan salah seorang tu memang orang yang buat kat ayah.

Ustaz Haji kata, kebiasaannya pengalaman yang telah biasa terjadi pada pesakit dia, bila dapat tahu siapa yang hantar sihir tu, antara penghantar sihir tu yang meninggal, tak pun pesakit yang meninggal. Tapi Ustaz Haji kata jangan percaya sangat, serahkan pada Allah. Kita cuma ikhtiar.

Ada jugak ustaz yang kata penyihir tu tanam barang dan memang ada barang selepas dikorek tanah kat rumah aku tapi kami kurang percaya bab bab tanam barang ni. Ada yang kata benda baru, dan kami rasa masuk akal kalau ada benda baru menumpang sebab bila badan tak sihat memang cepat la benda benda datang.

Bersambung…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Salmah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

3 thoughts on “Ayah Terkena Sihir”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.