Penghuni Blok Kosong

Cerita aku berlaku masih belajar kat university dulu, dalam 5 tahun lepas. Since aku ni student BSc memang banyak lab dan field trip. Tapi aku ni first year kan tak dah lab sangat, banyak kelas je, so aku mula active kolej kediamanan (hostel) je lah. Kami terpaksa active kolej, kumpul merit untuk dapat kolej for next semester.

Cerita dia bermula macam ni, untuk kumpul that dumb merit tu aku join lah Jawatankuasa Exco Keselamatan kolej aku. Entah kenapa dalam banyak-banyak exco aku boleh join Exco Keselamatan, mungkin takdir dah ditentukan kot. Since aku junior dapat jadi AJK je lah, kira ‘ikan bilis’ lah, paling bawah dalam organisasi Exco. So kami ni diarahkan untuk buat rondaan tiap-tiap hari dari pukul 1-2am, tengah malam beb.. tapi sekreteriat (orang atasan AJK) dah buat jadual siap2, ada 7 kumpulan, setiap kumpulan ada hari dia sendiri, so maksudnya seminggu sekali je lah kitorang turun bertugas.

Kami buat je lah rondaan macam biasa, tegur orang berdating malam2, datang suka2 je lah, dapat merit lagi kan, tak serious pun tapi keadaan jadi serious pada satu hari ni.. Sebenarnya, kolej kitorang ni kosongkan satu block untuk renovation. Satu block tu memang kosong lah, dah lama orang tak dok kat situ, kalo siang tukang datang buat renovation dan malam memang tak dah orang langsung kat situ..

Pada satu hari tu, macam usual day kami turun bertugas, aku dengan kawan aku ni nama Ema buat rondaan bawa block tu, sunyi je malam tu, student pun tak lalu lalang, sebab block tu agak terpencil compare to block2 lain.

Time tu dalam pukul 1.15am, sambil jalan2 kat bawa block tu, tiba2 dengar bunyi..

Paaaaaakkkk……!! Aku tengok Ema, Ema tengok aku… bunyi macam orang tutup pintu secara kuat, tapi tak kan orang tutup pintu dari block ni kan? kan block ni tak dah orang… angin ke..?

tapi aku tak rasa pula angin. cuaca baik je malam ni. kami berdua bisik2 each other dengan penuh tanda tanya. so untuk clear view apa yang berlaku kat block ni, dari bawah banguanan kami lari kearah koridor, dari koridor ni memang nampak seluruh blok dan setiap tingkat. Dalam beberapa saat, kami berdua berdiri depan block tu, tengok dari atas ke bawah bangunan. Kami tengok dengan teliti samaada ada activity manusia ke, yelah tempat sunyi mana tau ada student nak buat maksiat ke kat block kosong ni…

Sekali lagi, Paaaaaakkkk……!!

Time ni aku memang aku nampak pintu kat tingkat 3 tu tutup sendiri macam ada orang tarik dari dalam, mata Ema dah berair dah mungkin rasa takut sangat time tu…

Ema terus bisik, ‘Beb, aku rasa yang ni bukan kerja manusia lah, aku takut jom balik wey…’

Tapi aku ni degil sikit, tak berapa percaya benda macam ni. Time tu aku just beletir je Ema, dok pertikaikan dengan dia, yang ni kerja budak2 jahat je, just nak permainkan kita. Tapi punya lama aku tengah bercakap, Ema tak respon langsung, geram gak time tu. Ema kaku macam tunggul kayu, mata terbeliak kearah bangunan kosong. Aku dah cuak dah, risau Ema ni dah kenapa, kena strok ke apa, keras semacam je.. Then aku pun tegur,

‘Ema, hang ok ke tak ni…?’ Ema tak respond langsung, dia masih menghadap block kosong tu. Aku dah hilang sabar, aku tepuk belakang Ema sambil berkata

‘Wey mangkuk hang jangan buat lawak lah..’

Ema angkat tangan kanan dia, tunjuk jari telunjuk kearah pintu yang tertutup tadi. Dia stay kaku dalam position tangan terangkat tu dekat 10 minit gak. Aku tengok lah arah yang Ema tunjukkan, sumpah aku tak nampak apa, just pintu yang tertutup tadi terbuka sikit, mungkin angin kot. makin lama aku rasa makin marah, aku rasa Ema nak perbodohkan aku dengan drama kaku sambil tangan terangkat, ingat Liberty Statue kah..?

Aku hilang sabar, aku tarik tangan Ema sambil berkata ‘Stop semua ni Ema..! Hang nak balik ke tak ni..?’ Bila aku tarik je tangan dia, Ema jerit kuat, kuat yang nyaring, macam orang jerit kat microphone tu. Lepas dia jerit, dia pusing kepala dia ke arah aku. Muka Ema pucat sangat, anak mata naik keatas sampai mata dia jadi putih sepenuh je. Dia senyum sinis kat aku, tup. Ema terus jatuh pengsan…

Apa pula sekarang ni…? Aku cuba gerak Ema, tapi badan dia sejuk macam ais batu. M**i ke budak ni..?? Aku makin takut, bukan sekadar butterfly, dragonfly dan segala fly in my stomach. aku buntu kejap, nak pi minta tolong orang tapi tak kan nak tinggal Ema seorang je, kalo nak usung dia sekali memang tak lepas lah, Ema dah lah badan jenis ‘comey’ gitu.

Sambil fikir tu cuba gerak kan Ema, tapi tak dah respone. Selamat lah ada AJK lain dan sekreteriat dengar jeritan Ema, mereka semua datang nak tengok apa yang terjadi. Aku minta tolong mereka dan jelaskan apa yang berlaku. Sekreteriat bawa Ema ke bilik sakit, ada ustaz datang berubat katanya.. Aku pula diarah balik ke bilik sebab dah lewat malam sangat dan ada lagi AJK lain untuk teman Ema..

Balik bilik pun aku tak boleh nak lelapkan mata, asyik terfikir Ema je, entah dia ok ke tak. Keesokan harinya, aku bangun pagi dan pergi kelas macam biasa. Petang masa aku balik dari kelas terserampak Ema kat cafe kolej, duduk seorang makan Nasi Ayam Mayonaise. Aku pi jumpa dia konon nak tanya khabar…

‘Ema aku ingat nak mesej hang tadi, sekali terserampak kat sini, hg okey ke dak, awat semalam tu…?’

Lepas nampak muka aku terus Ema nangis pegang tangan aku, aku cool down kan dia dulu, then baru dia start cerita lah apa yang terjadi. Semalam Ema nampak sesuatu kat blok kosong tu, kat pintu tertutup sendiri, dari situ lah startnya cerita dia. Menurut Ema pintu yang tertutup dengan kuat buat kali kedua terbuka sendiri secara pelahan, time tu memang aku tak perasan pintu ada terbuka again.

Ada seorang lelaki tua yang sangat uzur keluar dari bilik tu, lelaki tua tu kepala botak bertompok, badan kurus sangat, tinggi dia dalam 4kaki, pendek juga lah, tak pakai baju. Muka lelaki tua tu samar je sebab jauh sikit, tapi structure badan dia memang tak normal, badan dia bongkok dan lutut dia menghadap kebelakang.

Lelaki tua tu keluar dari pintu tadi, dia mengesot dan panjat balkoni secara pelahan macam orang tak larat yang tak makan berhari-hari. Benda tu panjat dan bercangkung kat balkoni sambil perhatikan kami berdua, masa tu lah kawan aku dok tunjuk2 kearah bangunan tu, tak sangkah pula time dia nampak sesuatu yang abnormal. Selepas bertenggek dan perhatikan kami berdua, tiba-tiba benda tu terjun dari tingkat 3 dan safely landed dengan gaya bercangkuk juga, wow macam Superhero Marvel…

Ok be serious, then benda tadi bangun dan berlari laju kearah Ema. Masa tu Ema tak dapat buat apa2, nak lari dari situ tapi seluruh badan dia tak boleh nak gerak macam kena ikat, kaku je. nak baca kalimah Allah, memang tak sempat dah sebab benda tu lari kearah Ema begitu pantas, kalah Usain Bolt. Benda tu dah dekat dengan Ema, time tu Ema m**i akal tak tau nak buat apa. Muka benda tu agak jelas sekarang sebab dekat sangat, benda tu tak dah muka cuma ada mata putih je, anak mata hitam memang tak dah.

Time tu terfikir gak, semalam masa Ema sebelum pengsan, mata dia pun macam tu juga, tapi aku diam je lah, satgi makin takut budak tu. Bila benda tu makin dekat, Ema bau yang sangat busuk, macam telur basi. Dalam beberapa saat je, benda tu lari sepantas kilat menembusi Ema.. tup…!! Sedar2 kat bilik sakit… Aku diam je dengar cerita Ema, aku tengok Ema cerita dengan penuh perasaan, rasa takut sambil menangis, tapi aku masih tak tau kesahihan cerita dia. Tapi apa pun sejak kejadian tu aku memang tak join dah AJK Exco Kelamatan dah, serik dah nak buat rondaan tengah malam..

Lagipun aku makin busy dengan assignment dan exam week, jarang terlibat dalam activity kolej. Ema pun lama aku tak jumpa, tapi dengar khabar dari housemate dia, sejak kejadiaan tu Ema suka jerit tengah malam, bangun pukul 3-4 tengah malam lari ke block kosong tu, bila azan bercangkuk menangis atas meja study, since ustaz yang kat kampus ni mostly ustaz academic, hanya boleh merawat buat sementara, tapi kalo dah lama, benda tu macam mai balik kat Ema..

Dah hampir 2 bulan sejak kejadian itu, aku tak jumpa Ema dah. Aku pun macam makin lupa kejadian ni. Satu hari aku terjumpa Ema dekat majlis bacaan yasin dan solat hajat sempena final exam, time tu aku tegur dia

‘Ema, lama tak jumpa, hang dah sihat ke…?’ Ema senyum dan just jawab ‘Alhamdulillah’..

Mungkin time tu busy cari tempat duduk, kami tak sempat sembang banyak lah, Ema pun macam tak nak cakap incident itu. Sehari kemudian, aku mesej housemate Ema saje kepochi nak tanya khabarnya Ema, kalau mesej Ema terus segan lah pula kan.

Menurut housemate dia, Ema balik hometown dia kat Kelantan untuk berubat masa study week haritu. Sejak balik berubat tu, Ema nampak makin sihat dah dan sekarang tak duduk kolej dah katanya, Ema sewa bilik kat luar dengan course mate dia. Finally Ema dah sihat tapi kejadian supernatural kat aku time kat lab fakulti and fieldtrip ada je banyak.

InsyaAllah nanti kalau aku free, aku karang lagi ye.. Since lama aku tak tulis karangan, bahasa aku ni semput sikit, harap korang semua faham ye, saje nak kongsi2 pengalaman, sharing is caring…

SAHS ~

.

SAHS
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 comments

  1. tak kisahlaaa kalau post cerita yg sama..tapi kadang2 dpt kawan terlebih berani ni agak menakutkan sbb mulut dab gaya diorg ni sgt konfident….and sbb kata2 dan kelakuan org2 camnilaaa yg menyusahkan org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.