Kampungku – Penanggal Bermalam di Rumah

Ini first time aku tulis kisah seram aku dekat Fiksyen Shasha. Selama ni jadi silent reader je (time read tu memang silent, tapi tangan ni gatal nak bisingΒ² dalam ruangan komen. Haha).

Okay, aku akan ceritakan pengalamanΒ² seram aku dekat kampung dulu. Nama kampung terpaksa dirahsiakan. Maaf ya pembaca semua.

Waktu first time datang ke kampung tu untuk menetap, perasaan teruja tu memang dah ada dalam diri. Sebab kampung ni kawasan dia macam hutan. Rumputnya panjangΒ² dan pokoknya tinggiΒ² (kalau kau pendek memang kau tenggelamlah oleh rumput yang panjang). Aku memang seorang yang sukakan hutan dan haiwan. Nature-boy lah katakan. (ada ke istilah tu?)

Penduduknya pun sangat sedikit. Ada dalam tujuh keluarga sahaja. Disebabkan kampung ni rumah setinggan plus rumah batu dan flat, kami tinggal pilih je tingkat berapa kami nak. It’s free for life. Haha. Bekalan elektrik pula kami “curi” dari jiran kami yang rataΒ² nya penduduk kaum cina. Rumah mereka semuanya rumah teres. Tak ada satu pun kaum cina yang duduk kat flat kami tu.

Oh ya, sebelum tu, rumah flat ni ada empat tingkat. Selepas beberapa tahun, banyak jugalah orang yang datang ke kampung kami tu untuk tinggal dan jadi jiran kami yang peramah. Orang-orang yang baru berpindah ke kampung kami tu selalunya akan mengisi kekosongan tingkat paling bawah, termasuklah kami. Sebab tingkat paling bawah ni ada halaman dia sendiri lagi. Oleh sebab tu, tingkat yang ke-4 majoritinya kosong (kosong dari manusia, tapi penuh dengan jin dan syaiton).
Tanpa membuang masa, let’s begin…

#1. PENAMPAKAN PONTIANAK

Sudah menjadi rutin seharian kami (aku, kakakku dan dua orang adikku) untuk “menjemput” ayam ternakan kami masuk ke dalam rebannya pada waktu petang dekatΒ² jam 5 begitu. Tapi tidak kali nie. Kami terlupa waktu tu. Mungkin sebab terlalu kusyhuk layan game PS2, sampai lupa masa berlalu begitu pantas. Ayah aku apa lagi, suruh kami pergi luar “jemput” ayam tu.

Waktu tu dah jam 8:30 malam. Kami tidaklah takut sangat, sebab ramai, kan? Walaupun hanya berempat je. Haha. Sampai sahaja kami di halaman, masingΒ² mencari ayamΒ² kesayangan kami tu dengan berpandukan cahaya dari torchlight. Cari punya cari, dapat jugalah “jemput” kesemuanya masuk ke dalam reban.

Kakak dan adikΒ² aku masingΒ² berbual-bual lepas ayam tu semua dah masuk. Entah apa yang dibualkan dorang tu, aku pun tak tahu. Mungkin tentang ayamΒ² tu kot. Aku pula dalam otak memang dah fikir nak balik dah (nak sambung main PS2).

Sedang aku berpaling, tibaΒ² aku ternampak kain putih terbang. Atas pokok yang memang dah m**i dan tidak berdaun itu yang terletak di belakang dan sebelah kanan tandas, berjiran dengan pokok pisang. Aku memang bukan jenis penakut. Aku tengok je pontianak tu terbang. Pontianak tu muka dia tidaklah jelas sangat. Hitam je aku nampak. Tapi dia pun pandang aku juga time tu dengan memalingkan mukanya ke arah aku. Tak seriau kau?

Aku pun bagitahulah dekat adik-beradik aku apa yang aku nampak. Tapi dorang berbual tu kusyhuk betul tentang topik ayam. Dari ekor mata aku pun pandang balik ke arah “benda” tadi tu hantu. Masih ada. Pandangan dia tu… hish!

Pontianak tu terbang macam tengah mencari sesuatu. Bagai helang yang terbang tinggi sambil berputarΒ² mengelilingi dan memerhati. Entah apa yang dicarinya, aku pun tak tahu.

Lepas dia buat satu pusingan tu, dia berpaling dan terus terbang ke arah rumah jiran cina kami. Tepat ke arah pokok mangga yang tertanam di halaman rumah cina tu. Sedang aku memerhati je kalauΒ² pontianak tu terbang balik sambil menggendong buah mangga, kakakku panggil nama aku. Suruh balik. Eh, dah habis rupanya topik diorang pasal ayam tu.

Lepas dari tu, aku diamkan saja. Bukan apa, tak nak takutkan adik-beradik aku. Tapi aku agak pasti yang pontianak tu memang tengah mencari sesuatu. Dengan mata dia yang melirik ke setiap sudut. Hish!

#2. TAKKANLAH KELAWAR?

Jam sudah menunjukkan pukul enam pagi. Alarm pun berbunyi memainkan lagu Bad Name, nyanyian Bon Jovi. Tandanya aku dan adikku yang pertama kena mandi untuk ke sekolah. Aku kejutkan adik aku tadi untuk mandi, sebab dia ni jenis tidur m**i. Kau rembat dia pun, dia takkan terus bangun.

Lepas dia bangun tu, aku suruh dia mandi dekat bilik air yang berhampiran dengan dapur untuk memasak tu. Biar aku pula ganti dia mandi dekat luar. Selesai sahaja packing sabun dan berus gigi beserta Colgate (amatlah jarang aku dengar orang sebut ubat gigi), aku pun terus melewati dapur (dapur untuk cuci piring) dan kemudian keluar.

Tangki air rumah aku ni memang betulΒ² ada di sebelah pintu dapur. Tangki jenis segi empat tepat untuk menampung air hujan dan telah diletakkan benda kuning seperti bentuk sabun (untuk menjamin kebersihan air).

“Splash!” (anggap sahaja tu bunyi air time kau simbah dekat badan kau). Pergh, sejuk gila! Ditambah pula dengan kedinginan pagi tu, memang sejuk habis. Sabun punya sabun, sampailah part menggosok gigi. Tengah nak gosok gigi tu, tiba-tiba aku ternampak benda terbang melintas dekat belakang tandas (tandas duluΒ² kan dekat luar).

Dahlah belakang tandas tu penuh dengan pokok pisang. Memang nampaklah daunΒ² pisang tu bergerak-gerak bila ada sesuatu yang lalu. Aku cuba untuk melangkah ke depan bagi jelas sikit nampak benda tu. Dan sekali lagi, benda tu lalu. Kali ni jelas apa yang aku nampak.

Apa yang aku boleh imagine, benda tu macam kepala orang, dengan rambutnya yang panjang menggerbang. Nak kata penanggal, tak ada pula usus, jantung, hati bagai. Cuma kepala je. Muka jangan cakaplah, hitam dan buruk (nasib baik bukan muka badut. Kalau tak, mungkin aku dah pengsan dekat situ dalam keadaan telanjang).

Part yang pelik tu, bukannya seekor je yang aku nampak, tapi dalam lima ekor benda tu lalu lalang dengan rambut yang menggerbang. Dah kali kelima tu, aku pun apa lagi, packing balik alat mandi tu semua, terus blah masuk rumah. Petang tu, time balik dari sekolah, aku pun ceritalah apa yang aku nampak pagi tadi tu dekat adik aku. Rupanya dia pun pernah nampak juga benda tu! Patutlah hari tu dia sekejap je mandi dekat luar tu. Hmm. Harap muka je nampak gangster. Tapi penakut.

#3. TINGKAT 4

Okay, time ni kami, iaitu aku, kakak, dua orang adikku dan dua orang kawanku (lelaki dan perempuan) merancang untuk bermain layangΒ² buatan adik aku yang pertama. Aku mana reti buat layangΒ². Adik aku pun belajar buat layangΒ² dari pak cik aku.

Lepas adik dah siapkan layangΒ² untuk kami semua (termasuk dirinya sendiri), dia pun agihkan kepada kami layangΒ² tu. Masing-masing memiliki satu set layangΒ² yang sama jenis. Cuma tinggal nak dihiaskan je. Layang-layang aku memang aku biar “default” je. Tak nak dihias bagai. Tak boleh terbang nanti, tak guna juga. Layang-layang dorang je yang penuh dengan hiasan (tambah ekorlah, lukisanlah, apalah). Ini nak buat pertandingan layangΒ² tercantik ke, atau layangΒ² terbang paling tinggi? Pulak dah.

Semua dah set, kami pun nak start melonggarkan gulungan tangsi supaya layangΒ² terbang ke atas (tak payah berlari, sebab angin kuat time tu). Tapi  dihalang oleh kawan aku yang lelaki nie. Nama dia Putut (bukan nama sebenar), sebaya dengan aku.

Dia cadangkan supaya kami main layangΒ² di tingkat 4. Aku setuju je, sebab yang lain pun dah setuju. BIt wait… aku pergi rumah dulu… nak ambil mainan kesayangan aku (figura Ultraman), kut-kut layangΒ² putus tali kan, boleh juga hilangkan bosan main dengan figura tu (time kanak-kanak kan). Lepas tu, aku pun menyusul langkah dorang yang sudah mula menaiki tangga untuk ke tingkat empat.

Sampai je kat sana, bolehlah lihat pemandangan yang cantik. Pokok-pokok tinggi di hutan, rumahΒ² jiran cina kami dan juga boleh nampak tingkat empat yang lain (yang turut sama kosong macam blok rumah aku). Semuanya boleh dilihat melalui tingkap yang kosong tu.

Kami pun apa lagi, start-lah pertandingan time tu. Si Putut ni pulak memang tak puas hati dengan kami sebab layangΒ² dia tak boleh terbang tinggi seperti yang diinginkan. Dia pun cari port yang bagus. Pergi ke tingkat empat blok sebelah kami (seorang diri).

Tidak berapa lama kemudian tu, si Putut berlari ke arah kami semua. Muka pucat habis. Tangan pulak terketar-ketar. Kata dia, dia ternampak bayangan hitam lalu time dia toleh belakang, sebab ada orang panggil dia. Kata dia lagi, orang yang panggil dia tu, suaranya sama macam suara dia sendiri.

What the hell?! Aku tak pasti sama ada aku patut ketawa atau menangis time tu. Tapi disebabkan semua mentertawakan si Putut ni, aku pun apa lagi? Join sekalilah ketawakan dia. Yelah, waktu tu siang kot! masingΒ² tak percaya yang siang-siang ada hantu. Sampailah ada benda putih seperti kain lalu belakang si Putut tu. Nah! Nak lari pun kena guna sekuat tenaga (tanpa sedar). Sebab apa? Sebab lutut jadi longgar. Siapa yang ada pengalaman nampak benda-benda macam tu mesti faham.

Lintang pukang kami lari nak keluar ikut arah kami masuk tadi. Tapi toba-tiba, “Bammm!” pintu utama tibaΒ² tertutup sendiri (pintu diperbuat dari papan sahaja. Boleh panjat untuk masuk/keluar bila pintu bertutup). Walau bagaimanapun, kami memang dah tak dapat kawal ketakutan kami time tu. Kami pun berlari ke arah belakang, sebab satuΒ² nya jalan keluar yang kami fikirkan adalah dengan menyeberang ke sebelah tingkat empat (tempat si Putut main layangΒ² tadi), ikut jalan belakang.

Jalan belakang ni agak berbahaya sebab ada sebuah lubang yang tak bertutup direct terus ke bawah (tanah). Kalau jatuh, memang nama depan akan diletakkan ‘arwah’. Tapi time tu cuma pikir tentang nak lari je. Jadi, kami bergilir-gilir melompat ke seberang (mungkin kalau time tu ikut pertandingan olimpik, lompat jauh, nescaya kamilah yang akan merangkul pingat emas).

Orang paling last lompat tu adalah aku. Sebab aku gayat. Jadi aku lemparlah dulu mainan aku tu (Ultraman yang aku bawa sekali tu) ke arah kakak. Aku harapΒ² dia sambut lah. Tapi yang pelik nya, mainan aku tak sampai pun ke seberang. Bagai ada sesuatu yang menghadang di depan aku (padahal jarak dekat sangat). Mainan aku jatuh ke bawah (tepat ke arah lubang dan terhempas ke tanah). Tahi betul!

Apa lagi, panik punya hal, aku terus je melompat ke seberang. Jejak saja kaki aku atas lantai, cepatΒ² kami menuju ke pintu keluar/masuk. Beberapa detik kemudian, kami berjaya sampai ke pintu keluar (tingkat empat sebelah ni tak ada pun pintu). Kami cepatΒ² turun ke bawah sambil menjerit-jerit (aku tak termasuk. Perempuan je yang menjerit tu. Hehe).

TibaΒ² pak cik Upin (nama sebenar ni tau!) dengan mata merahnya sebab baru bangun dari tidur, terus buka pintu dan berdiri sambil marah kami sebab buat bising (pak cik Upin tinggal di tingkat tiga). Kami terdiam. Lepas berkira-kira, kami pun minta maaf dan perlahan-lahan turun sampailah ke bawah. Terlupa sebentar tentang kejadian tadi. Sejak dari tu, kami dah tak ke tingkat empat lagi.

#4. PENANGGAL

Sepupu aku dulu pernah tinggal di tingkat tiga flat yang jauh dari kami, tapi sekarang telah berpindah disebabkan trauma dengan kejadian yang menimpa dia. Katanya, satu hari tu, ada seorang perempuan datang ke rumahnya, mengaku kawan dia.

Dia nak menumpang sekejap selama semalam dalam rumah tu atas alasan masih mencari rumah sewa. Sepupu aku pun okay sajalah, sebab kawan dia juga. Walaupun dia sebenarnya tak ingat betul ke atau tidak dia pernah kenal dengan perempuan tu (pelik, kan?). Bagi menyedapkan hatinya sendiri, dia pun cuma menganggap bahawa perempuan tu kawan dia time sekolah rendah dulu sebab nama sama, tapi tak berapa rapat sangat.

Lagipun, dalam rumah tu, dia duduk sorangΒ² je. Ada baiknya juga kawan dia ni tumpang tidur di rumah dia. Tak adalah rasa sunyi dan seram. Sepanjang hari tu memang kawan dia ni senyap sahaja. Tak ada hati nak berborak-borak ke, bergosip ke. Tak ada. Macam orang bisu.

Waktu makan malam, kawan dia tu makan sikit saja. Okay jugalah tu, jimat sikit nasi. Lepas makan malam, kawan dia minta diri untuk tidur. Sepupu aku pun bagilah pinjam tilam lama dia berserta bantal dan selimut. Lepas tu, kawan dia tu minta sepupu aku ni tidur samaΒ² dengan dia, seba takut tidur sorangΒ². Sepupu aku pun tak jadi tidur dalam bilik dia. Terpaksalah dia dan kawan dia tidur di ruang tamu malam tu.

Zzz…

Jam menunjukkan pukul dua setengah pagi. Sepupu aku terjaga sebab terdengar bunyi tingkap dibuka. Dia buat tak tahu je. Dalam hati dia, mungkin cuma perasaannya sahaja. Tak lama lepas tu, dia cuba untuk sambung tidur.

Pejam, celik, pejam, celik, tak juga dapat tidur. Jam dah pukul 2:55 pagi dah time tu. Sepupu aku pun tengoklah ke arah tingkap… memang terbuka.

Sepupu aku rasa cuak dah time tu. Dia jeping ke arah kawan dia. Masih tidur. Aman juga dia rasa, tapi dalam masa yang sama, pelik. Kawan dia ni kesejukan ke? Berselimut satu badan sampai kepala. Lagi pelik tu, bahagian kepala yang diliputi selimut tu tak ada nampak pun bentuk kepala.

Sepupu aku dah rasa tak sedap hati. Perlahan-lahan dia mendekati kawan dia tu. Dengan rasa ingin tahu yang tinggi, dia pun buka selimut tu dengan mata yang tertutup. Bila dia buka je mata, oh my God! Terus istighfar banyakΒ² dek kerana terkejut. Kepala kawan dia tak ada! Cuma badan sahaja yang tinggal. Sepupu aku pengsan lepas tu sebab terlampau takut.

Pagi tu, bila sepupu aku bangun, terus dia teringatkan hal tadi. Tapi kawan dia dah hilang. Tak ada dah kelibat dia pagi tu. Mungkin dah lari sebab rahsia dia dah diketahui. Tapi disebabkan hal itu, sepupu aku trauma. Tak boleh bercakap selama tiga hari. Lepas sepupu aku dah pulih dari trauma tu, dia pun berpindah ke tempat lain. Tak nak kejadian macam tu berulang kembali.


Aku sekarang dah tinggal di rumah kampung yang berjarak lima batu dari kampung asal aku tu (lepas peperiksaan UPSR tamat). Sebab berpindah adalah kerana kawasan rumah baru tu dekat je dengan sekolah menengah aku. Pernah juga kami sekeluarga melawat ke kampung aku tu, tapi dekat pinggiran je, sebab kawan ayah aku tinggal di situ.

Kami pergi pun atas urusan kenduri yang diadakan oleh kawan ayah aku tu. Aku pula senyapΒ² pergi ke rumah lama kami time semua orang tengah syok makan. Hehe. Sampai sahaja dekat sana, aku tengok seluruh flat tu kosong! Hampir tiada langsung manusia yang tinggal dekat situ. Flat yang lain pun kosong juga sekilas pandang. Aku cuba tinjauΒ² kawasan sekeliling rumah aku, penuh dengan semak samun.

Aku cuba pula untuk naik ke tingkat empat tu lagi. Tapi baru saja menapak dua anak tangga, tibaΒ² ada lelaki tua teriak dekat aku. Rupanya masih ada lagi manusia yang tinggal dekat situ. Dia bagi amaran, jangan ke sana sebab orang baru tak tahu apaΒ² tentang kampung tu. Eleh, aku dah lama kot duduk dekat kampung tu. sebelum orang tua tu tinggal dekat situ aku dah ada. tapi aku akur sajalah dengan arahan orang tua tu. hormat. Aku pun terus kembali ke rumah kawan ayah aku.

Itulah kali terakhir aku pergi kampung aku, iaitu pada tahun 2013. Menetap dekat sana dari tahun 2003 – 2010.

Sekian sahaja dari aku. Andai tak seram, maaf diucapkan.
Andai ayat berterabur dan kurang faham, mohon dimaafkan juga ya.

**Banyak lagi halΒ² seram yang berlaku sebenar nya..tapi cukup lah 4 cite dulu..kalau ada feedback minta part 2..mungkin aku sambung lagi cite halΒ² mistik yang terjadi sepanjang aku tinggal d sana..(x janji ok..haha)

**Terima kasih kepada admin sebab publish cite aku nie.. hehe
**Terima kasih juga kepada reader Fiksyen Shasha sebab baca cite aku nie.. hehe
**Terima kasih juga d ucap kan kepada mamifynana.. kerana telah mendorong aku untuk menulis kisah aku nie.. hehe

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

392 thoughts on “Kampungku – Penanggal Bermalam di Rumah”

  1. kalau nk mengarut dkt sini selain komen yg berkaitan dgn cerita boleh x kahkah.. anyway banyak betul pengalaman kau dgn hantu nk dibandingkan dengan zaman aku kecik2 dulu.. dah besau baru nk dpt tgk live benda ni huhuh..yg part kalau bkn kelawar tu kalau bukan penanggal amende weh? sampai skrang kau xtau?

    Reply
  2. Cerita ko ok RC.
    Cuma banyak sangat kau describe yang tak ada kena mengena dan tak membantu cerita.
    Kalau orang yang malas baca, dia akan skip dan maybe terlepas point penting.

    Sebagai contoh:

    ”Lepas dia bangun tu, aku suruh dia mandi dekat bilik air yang berhampiran dengan dapur untuk memasak tu. Biar aku pula ganti dia mandi dekat luar. Selesai sahaja packing sabun dan berus gigi beserta Colgate (amatlah jarang aku dengar orang sebut ubat gigi), aku pun terus melewati dapur (dapur untuk cuci piring) dan kemudian keluar.

    Tangki air rumah aku ni memang betulΒ² ada di sebelah pintu dapur. Tangki jenis segi empat tepat untuk menampung air hujan dan telah diletakkan benda kuning seperti bentuk sabun (untuk menjamin kebersihan air).”

    Dua perenggan ni aku rasa tak membantu cerita.
    Better kau cakap,

    ”Setelah bangun dari tidur, adik aku mandi dekat tandas dalam rumah, manakala aku mandi di tandas di luar rumah yang terletak jauh di belakang. Keadaan tandas luar yang gelap dan sunyi mengundang rasa seram.”

    Itu lebih padat dan membantu jalan cerita.

    Ikhlas,

    Your Timbalan Penghulu.

    Rate 6/10

    Reply
  3. Kami pergi pun atas urusan kenduri yang diadakan oleh kawan ayah aku tu. Aku pula senyapΒ² pergi ke rumah lama kami time semua orang tengah syok makan. Hehe. Sampai sahaja dekat sana, aku tengok seluruh flat tu kosong! Hampir tiada langsung manusia yang tinggal dekat situ. Flat yang lain pun kosong juga sekilas pandang. Aku cuba tinjauΒ² kawasan sekeliling rumah aku, penuh dengan semak samun.

    Apsal ko x gi cari figura ultraman ko yg jatuh tu…heheheh

    Reply
  4. commentator become writer now..

    Ayah bangga dengan anak sulung abah ni.. sesungguhnya kau mengikut jejak papa sebagai seorang penulis..Walau pun baba x baca lagi setori ni, daddy drop komen dulu.. lepas ni baru walid baca.

    Reply
  5. Ak klo baca cite mcm ni aku ttp lampu bg gelapppp bgi senyap sunyi pastikan keadaan seram baru ada feel yes! Aku rasa meremang pasal penanggal

    Reply
    • Owhh..bagus lah macam tu kak..nampak keberanian tu..hehe
      Kalau RC pula suka baca cite seram time jam 1 pagi..bagi feel seram and sejuk tu..hehe

      Reply
  6. Tahniah RC. Cerita kau paling populer harini.
    Tak sia2 aku kenal ko.kahkahkah.

    Dah femes nanti jangan lupa kami ye..

    Reply
  7. assalammualaikum….salam perkenalan….all this while baca FS as silent reader without commenting and publishing….keep it up writers…you guys are awesome.

    Reply
  8. . Rumputnya panjangΒ² dan pokoknya tinggiΒ² (kalau kau pendek memang kau tenggelamlah oleh rumput yang panjang) kalau cikbunga kat dlm rmput tu mmg tengelam lah kan rc hahaha

    Reply
  9. RC si perantau anak tiri ku ~

    Cik FF tak sangka kau ada bakat dalam penulisan nak. Huhu. Kemas penulisan kau. Cik FF suka baca. Teruskan menulis ye nak~ kalau itu yang terbaik untukmu.

    Tinggi tinggi gunung kinabalu ~ Eh maaf lah TERnyanyi pulak. Hahahahaahhhahahaha

    Reply
    • Ye saya..

      Terima kasih ibu F.F..semua nya adalah hasil daripada ajaran ayah yang telah lama mendidik RC untuk menceburi bidang penulisan..nampak nya bakat ayah telah RC warisi dengan begitu cemerlang..uisehh..haha
      Pesanan ibu tiri akan RC hargai dan ingati selalu..

      Alaa..kenapa x sambung nyanyi je..hahaha

      Reply
      • sama sama nak.. ayah kau tu mewarna je pandai nak.. sebab tu ayah kau selalu conteng dinding rumah. penat ibu nak padam balik. haha

        **hm. Lirik seterusnya rasanya cik bunga yg patut nya hahaahahaahahahaha

        Kuajaq ko panggil aku ibu hahhahhahaahhhahhha

        Reply
        • Patut lah adikΒ² RC semua mengadu pensel warna dorang hilang..nie mesti kerja ayah nie..duit dari pak cik pepatung tu ayah x buat beli warna sendiri ke..ishΒ³

          Cik bunga hilang lagi..uhukΒ²
          Walau pun ibu F.F cuma ibu tiri..tapi RC dah anggap macam ibu sendiri..hahaha

          Reply
          • hmm. ayah kau lah tuuuu ~ jenuh ibu pujuk adik2 kau nangis sebab pensel warna semua ayah ko yg control. Huhu

            Hm. Ibu pun sama nak. nanti ibu cari bunga lain utk kau ye nakk~

          • Tapi dinding rumah kita x ada pula kotor hasil dari “seni lukisan” ayah..
            Ayah buat apa dengan semua pensel warna tu..hmm..mas be samting werong samwer..

            Alaa ibu..RC nak bunga yang sama..uhukΒ²

          • Dengan menggunakan pensel warna..ayah memang ohsem..haha

            Cinta tidak d restui ibu tiri.. uhukΒ²

  10. aku baru baca cite ko RC. Tapi tak tahu nk komen apa. Yg aku tahu aku faham cite ko. pandai ko karang. BM dulu A++ ke? hihi

    rajin pulak aku baca

    Reply
  11. rc.. kakmami baru baca cite rc.. best sangat.. buat part 2.. ke dah ada? kakmami busy sangat dari bulan 11 pindah rumah.. tq rc tunaikan hajat kakmami nk baca cite rc.. hilang mengidam mak buyung..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.