Ayah

Assalamualaikum semua. Na is comeback haha. Aku ambil masa seminggu jugak nak siapkan cerita ni disebabkan aku adalah seorang student, jadi agak sibuk sikit.

Bagi yang belum baca kisah-kisah yang aku kongsikan, korang boleh tekan link yang aku share ni.

KEMBAR ULAR

KEMBAR ULAR

Kenapa nama tajuk ni aku letakkan sebagai “Ayah”? Supaya biar lah cerita ni menjadi memori sampai bila-bila. Sebab bagi aku ayah lah pelindung kami sekeluarga, selain menjadi ayah yang baik & penyayang.

Bismillah.
Cerita ni bermula bila sepupu aku bawa buah hati dia datang ke rumah pakcik aku. Aku namakan si buah hati sepupu aku tu “Iza”.
Hari tu pakcik aku ada buat BBQ sikit. Aku sekeluarga belum sampai lagi. Dalam lepas maghrib macam tu baru kami sampai. Masa tu, ayah cakap dekat aku, ibu & adik beradik lain “turun kereta dulu nanti baru ayah turun” kami semua pun okay.

Lepas turun tu satu benda yang aku perasan, ayah duduk dalam kereta lama jugak. Tak tahu lah orang lain perasan ka tak. Tapi ayah tak buka fon ka apa tau. Cuma muka ayah menghala tepat pada rumah pakcik aku. Lepas ayah turun kereta dan masuk rumah, terus aku tanya “ayah buat apa dalam kereta tadi” tapi ayah aku diam ja dan senyum.

Khabarnya sepupu aku ni akan bertunang dalam masa terdekat dgn buah hati dia. Jadi malam tu ada lah sikit sesi kenalan sebab ramai berkumpul kan. Aku perasan yang ayah aku ni tengok si iza ni lain macam. Bukan tengok nak mengorat, sebab aku tahu ayah aku macam mana. Tapi ayah tengok dalam keadaan ayah dah tahu “something” haaa gitew. Aku tau iza ni pun perasan jugak yang ayah aku syak dia sesuatu. Sebabnya dia macam takut nak bersembang dengan ayah aku. Tapi dia masih acah acah ketawa ayu depan semua orang konon nak “cover”. Yala orang baru nak masuk dalam ahli keluarga orang lain kan mesti kena “control” ayu.

Sebelum nak balik tu, ibu aku ada lah bersembang dengan si iza ni, tapi aku pulak yang perasan muka ayah aku macam marah. Mungkin ayah tak suka ibu rapat dengan si iza ni. Kenapa aku ja yang perasan semua benda tu haha. Habis BBQ terus kami balik. Adik abang aku entah ke mana dah dibuai mimpi. Aku ni yang susah sikit nak tidur, sebab aku nak jawapan dari ayah apa sebenarnya yang terjadi. Kenapa ayah tak banyak cakap masa dekat rumah tu tadi, kenapa ayah tengok si iza tu macam lain. Haaa aku nak jawapan tu.

Dah sampai rumah dengan aku pulak mengantuk. Tak cakap banyak basuh kaki terus tidur. Batal niat nak cari jawapan dari ayah hehe. Bila dah pagi aku pun bangun macam biasa, tengok ayah dah pergi kerja ibu duduk dekat ruang tamu. Ingat takda apa apa lah kan. Rupanya ada jawapan yang aku nak semalam tu.

Ibu minta kami semua berkumpul dekat meja makan. Ibu tak cakap banyak tau, kalau tak ibu la yang selalu bebel. Tapi hari tu tak. Lepas dah berkumpul semua, tengah makan tu ibu cakap,
“Ibu nak cerita ni semalam ibu kena kacau” Aku dan adik beradik lain macam…. hah? Tengah seronok makan nasi, dengar cerita macam tu pulak lagi rasa seronok laa. Padahal dalam hati takut.

Aku olah balik cerita supaya pembaca faham, tak perlu aku “detail” kan sangat cerita ni nanti jadi bosan dan panjang.

Okay kami sampai rumah dalam pukul 11 macam tu. Elok aku semua dah tidur, ayah buka cerita dekat ibu.

Kan aku cakap yang ayah suruh kami semua turun kereta dulu? Yaaa masa ni ayah nampak lelaki tua muka menyeringai, bongkok, lidah sampai kaki ada depan pintu pagar rumah pakcik aku. Tapi dia tak boleh masuk. Bau dia jangan kata la, ayah cakap busuk! Seorang lagi perempuan tua ada atas bumbung buruk muka dia ayah cakap, nauzubillah. Pada mulanya ayah musykil kenapa ada dua makhluk tu? Sedangkan pakcik aku adalah orang yang dikatakan agak baik reputasinya dari segi agama. Dan yang lagi pelik sebab keturunan keluarga tiada yang membela atau mengambil saka. Ayah aku ni dia boleh beza tau mana hantu biasa, mana yang saka dan apa apa saja. Jadi ayah baca kalimat Allah untuk hilangkan dua makhluk ni tadi la. Rupanya lepas ayah baca tu, ADA YANG PERASAN DAN ADA YANG TENGAH MARAH. Tahu siapa?

Si iza buah hati sepupu aku tu la. Jelas pada riak dan wajah ayah cakap. Tapi dia tak lepas marah dia depan depan masa ada dekat rumah pakcik aku tau. Dia lepas marah tu masa aku sekeluarga balik. Kiranya dua makhluk tu tadi ayah cakap adalah saka keturunan dia. Keturunan si iza ni membela saka. Dan saka tu dah diambil alih oleh iza. Aku ingat dah pupus pasal ambil saka ni, rupanya ada lagi.

Lepas ayah buka cerita tu, ibu dan ayah tidur.

4.00am
Kalau pembaca semua follow cerita “Pendua”, aku ada cakap pada kedua ayat terakhir, yang ayah aku sebenarnya dapat rasa dulu jika ada gangguan yang nak datang. Yaaa sebelum “kehadiran” benda tu, ayah dah dapat rasa dulu. Siapa yang akan kena?
Apa yang ayah aku buat?

Yang kena tu adalah ibu aku. Kononnya nak kacau ibu aku la sebab perempuan lemah semangat. Kalau gentle kacau la ayah aku, sekali dia bidas m**i kau. Geram pulak aku hehe. Apa yang ayah aku buat adalah, bangun, mandi, solat, minta pelindung dan bantuan dari Allah. Ayah aku cakap ayah dah sedia tunggu kalau apa apa jadi, sebab yang nak “datang” ni adalah saka yang paling kuat si iza ni hantar. Ayah tak solat dalam bilik, tapi ayah solat dekat ruang tamu sorang sorang.

Tup! Dah tiba masa. Tombol pintu dipulas. Ibu keluar bilik dan pergi ke dapur belakang. Ayah perati saja gelagat ibu. Ibu jawab “waalaikumsalam” dan mahu membuka pintu belakang. Lantas ayah tepuk bahu dan tanya,

“Siapa yang datang rumah dan bagi salam?”
“Nak bagi siapa masuk rumah?”

Terus ibu tersedar! Ibu cakap tadi ibu dengar ada suara nenek tua bagi salam. Tu yang ibu jawab dan nak jenguk. Ayah cakap tengok jam pukul berapa sekarang? Terus ibu tersentak. Mana mungkin orang nak datang rumah kita pada jam sebegitu kan? Ayah cakap ambil air sembahyang dan ibu pergi tidur semula. Ayah? Masih sama berada di atas sejadah dan bertafakur.

Tak henti di situ, dibelakang gagal didepan pulak dia ganggu. Dalam 10 minit, Tup! Tombol dipulas sekali lagi ibu keluar dan jawab “waalaikumsalam”. Sekali lagi jugak ayah perati gelagat ibu. Ibu berjalan ke ruang tamu dan mahu membuka pintu untuk membenarkan makhluk tidak berguna itu masuk. Tapi dihalang pantas oleh ayah. Ayah membaca kalimat Allah dan hembus pada ibu. Alhamdulillah ibu sedar. Kali ni ibu cakap dia dengar suara lelaki tua pulak. Tapi ibu kata suara dia seolah olah berada di depan pintu rumah. Bukan diluar pagar. Ayah cakap tak apa, masuk dan tidur semula.

Sebenarnya tu makhluk sama yang ayah jumpa dekat rumah pakcik aku. Apa yang jadi pada makhluk tu lepas gagal nak masuk dalam rumah? Ayah hantar semula mereka pada “tuannya”. Alhamdulillah jugak ayah cakap sebab ibu tak sempat tengok “rupa” makhluk tu. Kalau tak boleh demam tak pun trauma mungkin.

Apa yang jadi pada si iza? Yaa dia berkawin jugak dengan sepupuku. Kenduri dia? Kami tak jejak langsung. Ini bukan perintah ayah, tapi ini perintah aku. Aku tak mahu kami sekeluarga ada kaitan lagi dengannya selagi dia hidup. Keluarga aku turutkan saja. Lepas pada tu banyak benda yang jadi pada si iza. Yang kononnya ayu, bertukar pada panas baran. Bertukar benci pada suami. Bermaharajalela dalam rumah suami dan biarkan suami merempat di rumah orang. Yang lain? Cukup itu saja aku cerita.

Sesungguhnya janganlah kita berdamping dengan makhluk sebegitu. Kelak pasti akan merana. Selepas ayah aku meninggal, tidak lagi aku bersemuka dengan si iza. Bahkan aku minta pada sepupu aku jangan bawa dia datang melawat jenazah ayahku kerana aku yakin, pasti penumbuk aku yang akan dia dapat. Aku tidak berdendam, cuma aku hanya teringat pada apa yang terjadi. Dan sebelum ayah meninggal, ayah minta kami berdiam diri sahaja soal benda tu.

Masa aku tengah study jauh di negara orang, aku dapat khabar kematian ibu si iza ni melalui sepupu ku tadi. Dan ada berita yang disampaikan melalui whatsapp menyatakan kematian ibu si iza ni agak lain dari yang lain. Mesti pembaca faham kan. Wallahualam la kita doakan yang baik baik. Untuk si iza, hanya Allah saja yang dapat membalas segalanya.

Yang baik datangnya dari Allah SWT, yang khilaf datangnya dari aku sendiri. Terima kasih pada yang sudi baca, dan terima kasih pada admin seandainya publish cerita bertajuk “Ayah” ini.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Na

4 thoughts on “Ayah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.