ayahku seorang medical assistant

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh…..
Harini aku inigin menceritakan kisah yang diceritakan dari ayah aku kepada aku tentang pengalamannya yang bekerja sebagai askar medical assistant. Sebelum itu, untuk pengetahuan korang medical assistant ni kerja umpama seorang doktor dan juga seorang nurse. Ayah aku ni bekerja di resat kem askar yang terletak di Melaka. Kalau korang orang Melaka mesti tau kem yang famous di Melaka kan hehe…

Okay so nak dijadikan cerita ada satu hari ayah aku uruskan budak bawah dia yang meninggal masa buat latihan dekat hutan, then ayah aku sebagai medical memang kena ikut budak budak dia turun pergi buat latihan kat mana mana, so terjadi lah satu kes tu…. Ayah aku handle kes tu dari hutan tu sampai lah ke hospital. So dah settle semua ayah aku balik rumah dalam jam 11 malam dan masuk ke rumah mandi macam biasa. Pada jam 2 pagi ayah aku terbangun kerana haus dan masuk ke dapur, sebelum tu aku bagitau ruangan rumah kami jenis quarters askar, sebelum jumpa dapur tu korang akan lalu ruang tamu baru boleh jumpa dapur di bahagian hujung sekali.

Okay sambung, masa ayah aku nak masuk dapur tu dia ternampak macam ada kelibat lalu dekat ruang tamu berhadapan dengan tv pastu ayah aku buat macam tak nampak jela sebab ruang tamu memang gelap, lampu dapur je yang memang tak tutup bila malam. So masa ayah aku kat dapur tengah minum air depan coway dia nampak macam ada susuk tubuh lelaki tengah duduk kat sofa tengok tv yang tertutup…
Bulu roma aku dah start meremangg part ni….

Ayah aku pun dengan slamber & rilek keluar sambil jalan tu cakap dekat susuk tubuh yang sedang duduk di sofa “kalau lapar ke dahaga pegi cari makan & minum dekat dapur, dah kenyang tu balik. Jangan duduk lama lama kat rumah aku.” Lepastu ayah aku berjalan masuk bilik macam biasa & memang dah tak nampak apa apa lepas tu.
Ayah aku cakap, dia datang sebab nak berterima kasih & just nak bertegur sapa sebelum dia balik dekat tempat dia sebab budak yang meninggal tu anak buah ayah aku & kebetulan budak tu memang ayah aku banyak tolong dia masa tengah rekrut.

Seterusnya cerita kedua ialah pengalaman ayah aku bekerja di Lubnan.
Ayah aku dihantar untuk mengikuti budak rekrut menjalani latihan di Kem Lubnan, kemudian ada kes budak meninggal kena langgar dengan jentera besar di Kem tersebut. Jadi ayah aku la kena handle juga… So memang badan budak tu hancur lepas kena langgar tu sebab jentera tu memang besar, korang bayangkan jentera yang tolak salji untuk bagi jalan clear tu, ha jentera yang tu lah… so memang kes ni agak leceh nak handle sebab badan budak tu hancur then tempat tu bersalji memang jalan tu agak susah untuk cuci kesan kemalangan tu berdasarkan apa yang ayah aku cerita lah…

Kemas kemas siap semua dah settle hantar semua ke hospital di Kem Lubnan ayah aku pun balik menuju ke bilik di Kem tersebut untuk berehat setelah penat seharian bekerja. Ayah aku tertidur dan bangun ketika waktu maghrib dan bilik gelap kerana tidur petang … katil di dalam bilik tu katil double-decker & ada dua, bilik tu ada 4 orang termasuk ayah aku…ketika ayah aku terbangun pada waktu maghrib ayah aku perasan ada kawan dia duduk di katil belah bawah yang bersebelahan dengan katil ayah aku. Ayah aku bangun dan duduk check fon jam menunjukkan waktu Maghrib di sana. Ayah aku pun Tanya la dekat kawan dia tu “kenapa kau duduk dalam gelap ni, tak reti bukak lampu ke dah maghrib ni.. aku tertidur tadi lepas balik kerja.”

Selepas beberapa kali memerhati ayah aku perasan yang duduk di katil bawah tersebut bukan kawan ayah aku, dia diam dan tidak menyahut panggilan ayah aku. Dia hanya duduk dan memandang ke bawah. Untuk pengetahuan korang, sebagai prebet atau budak rekrut memang diorang tak boleh simpan rambut so memang diorang selalu botak je. So dari situ ayah aku perasan something.

Ayah aku pun bertegur la “kau nak apa datang jumpa aku ni?” then benda tu jawab yang dia tak boleh pergi lagi sebab sisa badan dia ada lagi dekat tempat dia kena langgar tu. Ayah aku apa lagi bangun turun katil dan terus call orang untuk buat pemeriksaan dan pembersihan dekat tempat tu sekali lagi……

Sampai sini jela buat masa ni, and aku rasa diorang dah jumpa sisa badan budak tu sebab malam tu ayah aku tidur dengan tenang dan takde gangguan apa apa… hehe jumpa lagi !!!! Terima kasih kerana membaca …..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “ayahku seorang medical assistant”

Leave a Comment