B4-05-10, PERDANA SEKSYEN 13 (Sarah)

Assalamualaikum peminat FS semua, aku Sang Algojo penulis citer “Pangsapuri Perdana Seksyen 13 (Kerusi Rotan)”. Hah, siapa2 yang belum bace tu cerita tu ape lagi, klik lah tajuk tu. Then baru lah proceed kt cerita nih. Ok, first of all tq kepada admin kerana telah mempublishkan cerita aku and aku nak mintak maaf sangat2 kat reader2 semua kalau cerita aku haritu tak seram, lambat klimaks, seram sikit ke, banyak merapu.

Cerita kali ni bukan sambungan dari cerita haritu ye, ni cerita lain tapi tempat yang sama, tahun yang berbeza, kisah sebelum tragedi kerusi rotan. Jangan korang salah paham pulak anggap cerita ni sambungan haritu. Untuk makluman korang, yang part last sekali tu,“serigala”,memang takkan bersambung. Haah. Memang serigala lah cik kak oi, bukan segalanya. Ape pulak segalanya, ingat ni Haqim Rusli ke, segalanya masih lagi tak memadai. Betul, memang aku x salah dengar sebab time tu memang aku dah duduk dekat sebelah Abe selepas terdengar bunyi dia tengah bercakap dalam tido. Ade jugak yg tanye hantu tu laki ke perempuan? Time kitorang bersembang haritu, tak terfikir pulak aku nak tanye jantina dia laki ke perempuan, dah takut sangat. Sory banyak2 ye.

Camni lah aku ceritakan sikit. Serigala yang di maksudkan tu adalah saka Abe. Buat akak yang tertanya2 haritu, tahniah! tekaan akak betul. Yes, aku tau mesti korang x percaya sebab “serigala”,macam tipu je kan, ingat ni Twilight?Logan?..haa, terserah lah kat korang sendiri nak percaya ke tak. Aku pun mula2 memang tak percaya, yelah rata2 saka ni dari harimau jer femes. Tak tau pulak serigala ade sekali. Aku pernah jugak la search pasal saka serigala ni kat gugel, tapi semua nya kat negara Eropah. Takkan lah Abe dapat saka tu dari Eropah kot. Yang aku pasti, Abe sendiri tak tau yangg diri dia ade saka serigala tu dan dia pun tak tau dari mana dia dapat dan jugak memang bukan dari family dia. Aku mula percaya saka serigala ni wujud bila nampak simpton2 kat diri Abe yang saka dia tu tengah aktif. Sebelum ni takde lah pulak muncul, kali ni tiba2 muncul pulak kononnya nak jaga Abe sebab time tu Abe baru lepas kene rasuk teruk, memang teruk dari dia kena sebelum2 ni. Kalau ade rezeki, aku citerkan jugak part dia kena rasuk teruk ni untuk cerita lain nanti.

Simptom2 tu memang aku sendiri nampak dengan mata aku.Tiap kali malam (start maghrib), Abe mula rasa tak selesa especially malam Jumaat. Abe bagitau yang malam Jumaat tu dia bertukar sepenuhnya jadi serigala. Yang tu aku tak pernah nampak, sebab Abe ni dah tau dia jadi camtu, dia lari ke tempat yang jaoh dari orang supaya org tak nampak rupa dia transform. Aku cuma nampak bile dia start nak transform, mulut dengan mata dia akan keluar darah, meleleh macam org tengah nangis airmata darah. Kuku dia akan tumbuh jadi panjang, bukan kuku yang ori jadi panjang dan bukan jugak macam wolverine yer. Kuku dia tu tumbuh di hujung setiap jari bila bertukar. Maknanya dia ade 2 kuku lah time tu, satu kuku ori, satu lagi kuku serigala. Dan, suara Abe pulak berubah menjadi garau. Bila dah jadi garau tu,memang bukan Abe lagi dah, saka dia yang ambik alih badan dia. Bila dah jadi camtu, cara dia berjalan pun terbongkok2, kaki macam nak melutut kat lantai je cara dia berjalan. Nasib baik time ni aku sorang je yang nampak.

Pernah sekali Abe ni lompat dari beranda rumah kitorang time tengah malam. Sebab malam tu ade bunyi anjing menyalak ramai2, Abe cakap ade yg tak kena bila dengar bunyi anjing tu. Pastu dia terus g beranda rumah, bila aku follow terkejut aku tengok dia dah takde kat beranda tu, mak aih aku terfikir sama ada dia ni lompat ke bawah ke atau panjat bumbung kat atas. Bila dia dah balik tu, aku x tido lagi, memang aku dengan Abe je belum tido dari tadi sebenarnya. Aku sempat tanya Abe dia lompat ke panjat? Ape yang jadi sebenarnya? Abe cakap dia lompat ke bawah and bunyi anjing menyalak tu ade orang yang hantar benda kat dalam badan anjing tu, sebab dia nak cabar Abe (org yg hantar tu memang tau Abe ade saka serigala), so mengikut kesimpulan aku untuk cerita haritu, maybe jin kat kerusi rotan aritu pun nak cabar Abe jugak kot, ataupun dia nak berkolaborasi dengan Abe sekali.

Aku tak tau camne Abe setelkan anjing2 tu, dorang bertumbuk ke bercakaran ke aku tak pasti. Memang sengsara lah hidup Abe time tu, kesian aku tengok. Siap lepas dia transform, dia balik umah tu aku ade la tengok jari dia. Memang nampak kesan luka dalam dari tempat tumbuh kuku tu. Setakat tu je lah aku boleh citer kat korang, sebab kalau aku nak citer lebih pun, aku tak tau penghujung dia macam mane. Aku just tau setakat ni je lah. Pasal benda ni pun aku sorang je yang tau Abe camtu sebab aku yang paling rapat dengan dia. Member2 lain taktau langsung pasal ni sampai lah sekarang, sebab takut masing2 menjauhkan diri dari dia time tu. Bila dah aku cakap camni, secara tak sengaja korang pun tau jugak kan sebab aku dah bagitau. Jangan cerita kat orang lain pulak, rahsia ni. Sekarang ni aku pun tak tau keadaan Abe macam mane, maklumlah sekarang masing2 dah ade life sendiri sejak kitorang berpecah dari Shah Alam. Walaupun semua dah berjauhan, tapi kitorang still lagi berhubung walaupun jarang. Abe ade cakap dengan aku, saka dia hilang camtu jer. Aku pun tak pasti sama ada hilang terus ke atau hilang sementara. Harap2 takde lah lepas ni. Ok cukup lah untuk korang paham pasal serigala yang dimaksudkan tu.

Kisah kali ni pulak tentang Abe kena rasuk kat rumah sewa kitorang, pangsapuri perdana seksyen 13. Yang ni memang citer mula2 sekali Abe kene rasuk masa kt rumah tu, sebelum wujudnya kisah kerusi rotan dan masa first kitorang menyewa kt rumah tu jugak, sebelum ni kitorang duduk hostel. Ok, cerita ni member aku pernah tulis kat blog dia dulu, lame dah time tu tahun 2012. Siapa ade terbaca blog member aku tu kat gugel, haa ni lah citer nye, kalau ade yg terbace lah. Tapi aku rase 3,4 orang je kot bace blog dia tu.(krikkk3..) aku rase jer lah, jangan lah marah aku Mad. Maklumlah fiksyen shasha masa tu mane wujud lagi. Untuk versi citer aku ni, aku gabungkan dari side dia dengan side aku supaya nampak lebih details lagi. Dalam blog dia tu just citer dari side dia je dan tak berapa menarik sangat, keh3. Macam lh citer aku menarik sangat. Mempersembahkan, jeng3…

Aku : eh sorry susahkan ko, aku first time transfer duit guna mesin atm ni, dah lah ramai orang beratur..

Kata aku selepas Abe temankan aku di maybank seksyen 14

Abe : takpe, hal kecik je.. tak nak gi mane2 ke? jom lah singgah PAS kejap, dah alang2 dekat ni

Aku : ko ok ke? Macam penat je aku tengok

Abe : badan rasa panas sikit, rasa macam nak demam

Aku : kalau camtu kita singgah kejap je lah kat PAS, tak yah lame2…pastu kita balik

Setelah balik dari PAS, Abe terus baring d ruang tamu rumah dan tertido. Penat sangat kot, badan pn lesu je sebab demam. Aku tengok jam nak dekat pukul 6 petang. Masa tu Fizi, Mad, Jali jer kat rumah.

Aku : mane yang lain Fizi?

Fizi : Jibab, Udin, Pie degnan Acap dah balik rumah dorang dah

Aku : korang tak keluar ke? Aku nak keluar lagi pasni

Fizi : baru je balik, takkan keluar lagi ko

Aku : nak jumpa member aku jap, pastu g makan

Jali : aku dengan Mad kejap lagi keluar, pukul 7 lebih camtu

Aku pun g jumpa member aku, makan malam sambil lepak2 kat kedai dekat2 situ je sampai lah pukul 8 lebih, aku balik rumah. Sesampai je aku kat pintu rumah sewa kitorang, baru je cucuk kunci kat pintu, belum sempat pulas kunci lagi, “arghh..!!” bunyi suara orang menjerit dalam rumah. Terus aku terbantut nak masuk ke dalam rumah. “Eh, dorang ni gaduh ke? Suara sape pulak menjerit ni?” getus hati aku. Aku pun blah dari situ pastu tunggu kat beranda yang bersebelahan dengan lift. Aku mesej la Jali kot2 dorang ade masalah ke dalam rumah tu.

Aku : Jali, korang ok ke kat dalam rumah tu?

Jali : ok je, ko kat mane ni?

Aku : aku kat beranda dekat dengan lift ni, tadi baru je nak masuk rumah, aku dengar suara orang menjerit kat dalam rumah, korang bergaduh ke kat dalam?

Jali : masuk je, kitorang tak gaduh pun

Aku rasa pelik la, pahal pulak bunyi suara orang menjerit tadi. Aku pun masuk rumah sambil tertanya2 pasal suara tadi. Baru je aku bukak pintu, dorang semua pandang aku dengan muka cuak kecuali Abe je takde kat ruang tamu. Bila aku masuk lalu bilik air, dengar bunyi orang tengah mandi “Abe lah mandi tu kot”, kata aku dalam hati.

Aku : wey, pahal korang tengok aku camtu?

Mad : Abe kerasukan…(dengan pelat Sabah nya)

Bisik Mad kepada aku,

Aku : haa..patut lah tadi aku dengar suara orang menjerit, aku ingat korang bergaduh, sebab tu lah aku mesej Jali

Jali : aku saja je tak nak bagitau, takut ko tak nak masuk dalam rumah pulak

Aku : macam mane pulak boleh jadi camni?

Mad : kitorang balik rumah tadi dia dah kena, Fizi yg kol tadi suruh kitorang balik cepat

Fizi : tadi masa korang semua dh keluar, aku dengan Abe je kat rumah, aku tengah tengok tv…

Cerita Fizi masa mula terjadi

Abe elok je tengah tido tiba2 berguling2 kat lantai, pastu bangun dengan tiba2 sambil tersenyum. “Abe ko ok ke ni?” tanya aku sebab dia secara tiba2 berkelakuan pelik. Lepastu dia cakap “aku nak jumpa kawan aku, dia tunggu kat bawah…”, punya lah terkejut tiba2 cakap member tunggu kat bawah sambil senyum, pastu dia sambung tido balik. Aku memang dah takut giler tengok dia camni, dah lah aku dengan dia je kat rumah ni. Tanpa berlengah lagi aku terus kol Mad supaya dorang balik cepat. Masa tengah tunggu dorang balik tu punya lah lama, Tuhan je tau perasaan takut aku masa tu macam mane, siap aku doa lagi harap2 pintu rumah tak berkunci, Mad dengan Jali keluar tak bawak kunci. Aku punya takut nak berganjak g mane2, sampai aku terpaku je kat kerusi sambil buat2 tengok tv dengan hati yang berdebar2. Lepastu dorang 2 pun datang ke rumah, aku lega sangat2 sebab pintu tak berkunci masa tu. Jali datang terus kejutkan Abe bangun dari tido, bila dia di sentuh je terus berguling2 macam tadi jugak. Jali try suruh dia tido di bilik, tapi bila kat bilik tu dia macam tengah pandang sesuatu kat pintu, pastu Jali bagi dia minum air kosong mana tau kot2 sedar ke, maklumlah masa tu kitorang tak tau nak buat ape, masing2 takde pengalaman. Bila dia minum tu dia cakap air tu pahit? Pahit ape nye, air kosong je kot.

Sebaik saje Fizi citer kat aku, terus kitorang terdengar bunyi pintu bilik air di ketuk2. “wey, tolong bukak pintu wey, jangan lah tutup lampu” kedengaran suara Abe ketakutan di dalam bilik air. Macam mane pulak pintu tak dapat bukak, kalau kunci pun, kunci dari dalam, dia sorang jer lah dapat bukak. Lampu pulak kitorang tengok kat celah pintu kat bawah tu menyala je. Apa lagi, semua berlari lah g depan pintu bilik air sebab nak bukak pintu. Salah sorang dari kitorang pulas tombol pintu, tapi tak dapat nak tolak.

Jali : Abe..ko pegang tombol ke?

Abe : tak, aku tak pegang…gelap ni..

Masing2 try nak bukak pintu tu, tapi masih tak dapat jugak. Abe dah macam nak nangis kat dalam tu sebab takut sangat. Tak sampai 2 minit camtu terus pintu dapat di tolak, Abe meluru keluar dari bilik air tu. “sape kunci pintu? tutup lampu?” tanya Abe kat kitorang. Kitorang terdiam sambil berpandangan sesama sendiri. Abe terus g duduk kat ruang tamu dalam keadaan macam orang gila, susah aku nak describe camne. Kejap pandang sekiling, kejap tunduk muka sambal duduk mencangkung pelok kaki, kejap macam nak nangis, kejap senyum sampai lah dia tertido. Tapi kitorang belum berani nak tido lagi, masing2 berjaga takut apa2 terjadi. Kitorang tengok lah tv dalam keadaan terpaksa supaya tak tido, aku ingat lagi time tu kitorang tengok kung fu hustle tv 3, masing2 senyap je walaupun ade scene2 lawak dalam citer tu.

Dalam pukul 2 pagi camtu, Abe tiba2 terbangun lepastu nangis. Kitorang tanye lh apehal? Dia cakap paha dia kena gigit, mula2 kitorang ingat kena gigit nyamuk ke, serangga ke. Rupa2 nya bukan, dia cakap benda tu gigit paha dia, kitorang nak tengok tapi dia tak bagi. Mula lah meracau2 balik, menjerit2 cakap nak keluar, nak keluar g mana pulak dah pukul 2 pagi lebih dah. Kitorang pun kol ustaz yang selalu jadi imam kat surau perdana tu, ustaz tu x tinggal kat perdana, dia tinggal kt TTDI Jaya. Lame jugak lah tunggu ustaz tu nak datang, kitorang takut Abe jadi agresif je sebelum ustaz sampai. Sesampai je ustaz kat rumah, terus ustaz tu mengadap Abe.

Ustaz : Assalamualaikum..

Abe : …………..(diam)

Ustaz : sapa nama ko?? kenapa ko ganggu budak ni?

Abe : ………………(diam)

Ustaz pun terus pegang bahu Abe sambil menekan jarinya. “arghhh!!” Abe menjerit.

Ustaz : aku dah tanye elok2 tapi ko tak nak jawab, kenapa ko ganggu budak ni?? Ko nak aku paksa ko keluar atau ko keluar sendiri?? (sambil menekan bahu Abe)

Abe : aku keluar!!

Ustaz : kalau camtu ko kena janji dengan aku..sapa nama ko? Ko Islam ke?

Abe : aku Sarah…bukan Islam (dengan nada suara yg lemah)

Ustaz : ikut suara aku..

Ustaz lafaz 2 kalimah syahadah di ikuti suara Abe (Sarah) untuk mengislamkan jin bernama Sarah tersebut.

Ustaz : sekarang ko dah masuk Islam. Ko berjanji dengan aku jangan kacau budak ni lagi, tempat ko bukan kat sini. Kalau ko mungkir janji ko langgar perintah Allah dan aku akan bakar engkau!

Ustaz baca ayat2 suci Al-Quran untuk menghalau Sarah keluar dari badan Abe, sambil suara Abe menjerit2 menahan kesakitan. Abe pun pengsan sekejap. Ustaz mintak lah air dengan kitorang untuk renjis kat muka Abe sebab nak sedarkan dia. Bila Abe dah sedar

Ustaz : Assalamualaikum..

Abe : Waalaikummussalam…

Ustaz : sapa nama?

Abe : (Abe pun sebut nama sebenar dia, bukan dia jawab “Abe”, Abe tu nama panggilan je)

Ustaz pegang bahu Abe dengan menekan jarinya macam tadi sambil mulut terkumat kamit. Untuk test jin Sarah tu betul2 dah keluar ke belum. Alhamdulillah, memang Abe dah sedar dan jin Sarah tu takde dalam badan dia lagi. Ustaz tanya lah soalan2 dengan Abe, tapi aku tak berapa nak ingat sangat soalan dia, yg aku ingat dia tanya Abe sembahyang tak, lepastu dia suruh Abe dengan kitorang semua sekali g sembahyang sunat taubat pagi tu jugak. Setelah ustaz balik, kitorang pun masing2 ambik wuduk nak g sembahyang. Lepas sembahyang tu, kitorang nak terus g tido, Abe mintak izin nak baca Yassin, kitorang pun tido kat ruang tamu pagi tu termasuk Abe.

“Eh, pahal pulak pintu terbukak tu, baru pukul 9.30 pagi, ada orang keluar ke tadi?” tanya ku dalam hati. Bila aku tengok kat sebelah, semua ada, tengah tido lagi. Sapa pulak yang bukak pintu rumah ni? Rasa nya semalam dah kunci.

Aku : Mad, Fizi, Jali…bangun2, oi cepat lah bangun..tengok tu, pahal pintu terbukak?

Mad : entah lah..

Fizi : x tau

Jali : Abe kot..

Haish..takkan lah Abe, dia nk g mana awal2 pagi sabtu ni? sekarang baru 9.30. Dorang pun sambung tido balik, aku tengah gelabah dorang sedap2 je sambung tido. Aku pun g tutup pintu rumah tu balik, tengok pagar still berkunci lagi. Nak tanya Abe, tak nak ganggu dia tengah tido, biarlah dia rehat dulu. Bila dah petang sikit tu, baru aku tanya Abe, dia keluar ke pagi tadi sampai pintu tak di tutup time masuk rumah? Dia cakap tak g mana2, dia tido je pagi tadi. Terkejut jugak lah aku, abistu sape yang bukak pintu? Takkan lah dia belum sembuh lagi, sepanjang hari tu ok je aku tengok. Bila aku cerita kat member lain, dorang pun terkejut jugak. Tapi kitorang dah tak syak ape2 lagi sebab dah tengok dia kembali normal. Siap beli barang lagi kat giant, beli buah tembikai. Yang tak ok nye, dia makan tembikai tu pukul 3 pagi, Ahad. Malam tu kitorang dah tido dah kt ruang tamu, Abe je tido dalam bilik, Mad perasan dia keluar bilik terus g dapur, Mad kejutkan kitorang lepastu kitorang tengoklah Abe tengah potong buah tembikai pukul 3 pagi, ape mengidam sangat budak ni sampai pukul 3 pagi sanggup bangun nak potong makan buah tembikai. Lepastu, bila siang nye pulak dia tanya kat kitorang “sape beli buah tembikai ni?”. Kitorang pelik, cakap lah yang dia beli semalam, pastu makan pukul 3 pagi. Dia cakap “eh, yeke?”. Boleh pulak dia jawab camtu, kitorang dah seriau tengok kelakuan dia, sampai dia tak ingat benda dia sendiri buat. Ke bukan dia yang beli dan makan tembikai tu?

Petang Ahad tu member2 lain (Pie, Jibab, Udin & Acap) semua dah balik rumah sewa, dan kitorang pun cerita lah kat dorang camne kejadian tu berlaku masa dorang takde. Pastu Pie ni pesan lah kat kitorang semua supaya tak menjauhkan diri dari Abe, Pie ni kira kuat agama jugak lah orangnya. Kehidupan Abe kembali normal tanpa sebarang gangguan sampai lah hari selasa malam. Malam tu Abe keluar g makan sorang2, bila Pie ni dapat tau Abe keluar sorang2, dia tanya lah apasal biarkan Abe sorang2, dah lah dia baru lepas kena ganggu. Sesampai je Abe kt rumah dia terus masok bilik, kitorang nampak keadaan Abe lemah je, sampai bibir dia nampak pucat. Pie g lah bilik Abe tanya dia,

Pie : Abe, ko g makan dengan sape tadi?

Abe : dengan kawan…(suara lemah je)

Pie : kawan yang mane? Sape?

Abe : Sarah…

Pie ape lagi terkejut terus dia blah dari bilik Abe sebab nak bagitau kat kitorang. Kitorang semua berkumpul kat ruang tamu tu ramai2 nak bincang benda ape perlu di buat. Pie pun tak tau nak buat ape, dia just cakap dia mampu lemahkan jin tu je kalau dia jadi agresif, tapi tak tau nak keluarkan macam mane. Kitorang tunggu nak kol ustaz je masa tu, tapi Pie suruh tunggu dulu. Pastu, Jibab pulak nak tengok keadaan Abe kat bilik macam mane, tapi dia bukan masok ketuk pintu bilik, main jenguk2 je kat pintu, bila Abe nampak dia punye lah terkejut, time tu terus Abe jadi agresif terjerit2 dalam bilik pastu dia duduk mencangkung sambil peluk kaki, muka tunduk kat lutut.

Jibab memang rasa bersalah sangat sebab buat Abe jadi camtu, dia rasa macam dia patut bunuh diri je time tu, yang ni aku tambah ek, bukan betul2. Kitorang ramai2 g bilik Abe suruh dia duduk kat ruang tamu, supaya dia tak takut sangat. Tengah pujuk tu, Abe sempat cakap yang dia dengar bunyi kucing kat luar tu buatkan dia takut. Kitorang just cakap bunyi kucing liar kat luar tu kot, sebab memang banyak kucing liar kat luar tu. Tapi Abe bagitau bunyi kucing ni lain macam. Pastu kitorang g lah duduk kat ruang tamu, tunggu dia sendiri keluar dari bilik.

Tunggu punya tunggu, Abe pun keluar dari bilik, dia tanya Jali, “Jali…mane yang lain??” hah! Kitorang ramai2 duduk kat ruang tamu tu, dia boleh nampak Jali sorang je? Pastu dia nak blah masuk bilik balik, Acap terus g berdiri kat depan dia nak tahan, tapi Acap belum pegang tarik tangan dia lagi, just berdiri depan dia je. Bila Abe tengah jalan tu, dia g langgar je Acap, pastu dia terkejut dan pelik. Seolah2 dia langgar sesuatu benda yang dia tak nampak, makna nya dia tak nampak badan Acap yg besar tu berdiri depan dia. Bila nampak je respond Abe camtu, baru lah Acap g tarik tangan dia supaya dia stay kat ruang tamu tu je, Abe ape lagi meraung2 tak tentu pasal pastu terduduk nangis kat ruang tamu. Time ni memang dah nampak dah bukan diri Abe. Tengah Abe nangis tu, dia terus pandang kat pintu rumah, dia ambik barang pastu baling kt pintu tu sambil tengking, “ko nak ape Sarah!”.

Bukan main terkejut lagi kitorang, memang dah sah Sarah g ganggu dia lagi. Aku pun tertanya jugak lah dalam hati “eh Sarah ni nak kena bakar ke ape, dia lupa ke ustaz aritu cakap ape” …bila aku fikir2 balik, macam bangang je aku tertanya2 camtu, nama pun dah jin, bukan boleh percaya sangat. Pastu Pie arahkan kitorang semua ambik posisi masing2 di setiap penjuru rumah pastu azan dengan serentak. Hah, kali ni takde yang tersasul g iqamat ye, Atan time ni belum join rumah ni lagi, kalau ade mesti dia yang tersasul g masuk iqamat.

Makin kuat suara Abe menjerit, makin kuat jugak lah kitorang azan sampai Abe nak larikan diri keluar rumah, nasib baik kitorang sempat tahan dia kat pintu. Selesai je azan, Abe nampak normal sikit tapi masih dalam keadaan lemah. Pie sarankan kitorang g kol ustaz, sebab dia lemah sekejap je, nanti Sarah tu datang merasuk balik. Tengah tunggu ustaz ni datang, member kitorang mintak tolong dengan budak rumah depan, member dari poli jugak. Maklumlah tenaga Abe ni kuat sangat sampai kitorang tak mampu nak tahan. Time nak keluar g umah depan tu, Jali try nak bukak pintu tapi tak dapat, macam ade benda g tahan pintu dari luar. Punye lah kuat sampai sorang2 dari kitorang try nak bukak pintu tu, still tak dapat jugak. Last2 Jali bace ayat Kursi sambil bukak pintu tu kuat2. Akhirnya terbukak jugak pintu tu, sampai engsel pintu bahagian atas dah tertanggal sebab kuat sangat terhentak masa Jali bukak.

Setibanya ustaz kat rumah, dia pesan kat kitorang ramai2 supaya baca ayat Kursi dengan 3 kul untuk pendinding diri. Tengah kitorang kumat kamit membaca doa, ustaz pun baca sesuatu kat depan Abe sampai Abe meraung kesakitan. Abe masa tu terbaring, pastu ustaz tekan jari dia kat badan Abe. Disebabkan Abe sakit sangat, time terbaring tu pn dia mengengsot nak larikan diri, nasib kitorang ramai2 tahan dia. Time tu tak payah cakap lah, kitorang campur lagi dengan budak rumah depan still lagi tak dapat pegang dia sangat, kuat betul tenaga dia tu. Tapi dapat jugak lah kitorang seret dia g ruang tamu balik dengan bantuan ustaz, sebab ustaz g tekan jari dia kat badan Abe berkali2 tapi di berlainan tempat. Aku tak tau lah camne ustaz tu buat, orang yang ilmu agama nya tinggi tau lah kot.

Ustaz : ko Sarah ke?

Abe : …… (senyum)

Ustaz : kenape ko kacau dia lagi?

Abe : …….. (diam)

Ustaz : engkau tu jin, tempat ko bukan kat budak ni…ko nak aku paksa ko keluar ke, atau ko keluar sendiri?

Abe : …… (diam lagi)

Ustaz pun baca ayat suci Al-Quran sambil tekan jari dia kat badan Abe. Menjerit2 Abe menahan sakit sampai menangis.

Ustaz : ko nak keluar tak?

Abe : tak nak!

Ustaz : ko nak aku tikam ko ke? (ustaz baca ayat2 sambil tangan dia mengangkat ke udara macam memegang sesuatu untuk menikam Abe/Sarah)

Abe : jangan2…tolong jangan tikam aku!

Ustaz x mengendahkan rayuan Abe/Sarah, tangan dia terus menunjukkan isyarat hendak menikam Abe/Sarah di bahagian perut. “Argh…!!!” suara Abe menjerit kesakitan. Walaupun kitorang tak nampak tangan ustaz tu pegang apa, tapi memang jelas nampak yang Abe berasa sakit lepas kena tikam dengan ustaz. Abe tak pengsan, cuma dia lemah dan Sarah tu masih lagi kat dalam badan dia.

Ustaz : ko tengok tapak tangan aku ni (ustaz baca ayat2 suci sambil tunjuk telapak tangan dia kat depan muka Abe)

Abe : jangan2, aku takut….(menjerit)

Ustaz : kenapa ko rasuk budak ni?

Abe : dia baik dengan kucing aku!

Ustaz keluarkan Sarah dari tubuh Abe, yang aku nampak ustaz pegang kaki dia sambil baca ayat2 suci, lepastu ustaz tarik keluar. Kali ni memang teruk aku tengok Abe tahan sakit sampai nak terkeluar airmata aku tengok keadaan dia, suara dia sampai serak2. Kuat sangat menjerit kot sampai tekak dia luka. Setelah selesai, macam haritu jugak ustaz tanya Abe, bagi salam, tanya nama pastu tekan bahu Abe, nak check sama ada Sarah betul2 dah keluar ke tak.

Habis je, ustaz mintak air untuk bagi Abe minum. Ustaz bacakan ayat2 suci kat air tu bagi kat Abe, dia pesan jugak kat kitorang suruh renjis air tu di setiap penjuru rumah, jaga sembahyang dan jugak tolong jaga kebersihan rumah. Kalau rumah kotor pun tak guna jugak. Malam tu jugak family Abe datang ambik dia bawak balik ke rumah dorang. Seminggu jugak lah Abe bercuti, family dia cakap dorang bawak Abe g berubat kat tempat dorang. Malam kejadian tu aku tak pasti sama ada ustaz g bakar Sarah atau dia just keluarkan Sarah tanpa di bakar. Yang pintu terbukak dengan makan tembikai waktu pagi tu sampai sekarang tak terungkai. Kalau ade yg persoalkan ustaz Islamkan si Sarah tu, aku pun tak tau kenape, maybe dalam masa yang sama dia berdakwah kot.

Setelah Abe balik dari bercuti, aku sempat tanya kat Abe beberapa soalan,

Aku : Abe, ko ingat lagi ke masa mula2 benda ni jadi

Abe : ingat2 lupe lah..yang aku ingat, petang Jumaat tu aku balik rumah, baru je sampai kat bawah blok pintu lift terbukak, tapi takde orang keluar. Pastu aku guna tangga, kat tingkat 2 ke 3 aku nampak sorang perempuan ni tengah duduk main kucing, kucing tu tengok aku tapi perempuan tu tak. Muka perempuan tu pun aku tak tau, sebab muka dia di tutup rambut. Tu je aku ingat, aku sedar2 je dah hari Rabu masa tu.

Bila aku ingat balik, masa balik tu pun takde pulak aku nampak lift terbukak, tapi time tu lift memang tengah rosak, sebab tu pakai tangga. Otw naik tangga pun aku tak nampak perempuan main dengan kucing. Abe ni ingat ke tak yang dia balik sama2 dengan aku time tu, ke dia memang dah kena rasuk time otw balik atau yang jalan dengan aku tu bukan Abe sebenar. Haish, pening kepala nak pikir. Ok, just nak bagitau member2 aku yang menyewa kat rumah tu ada yang keluar masuk, jadi jangan konfius lah kenapa watak dalam citer kerusi rotan tu orang lain, kat dalam ni ada orang lain. Atan pun belum wujud lagi masa ni.

Sekian lah citer dari aku, aku mintak maaf kalau cerita kali ni pun tak seram dan tak menarik minat korang jugak. Di sebalik kesibukan bandar, terselit kisah misteri di sini.

Sang Algojo
B4-05-10, PERDANA SEKSYEN 13 (Sarah)
9.2 (92%) 25 votes

5 comments

  1. Normal bagi pengamal perubatan Islam akan cuba islamkan Jin yg merasuk. Kadang2 ada yg dah Islam tetap mengacau. saya rasa mcm manusia jugalah. Islam tapi belum tentu hati bersih.

  2. x dinafikan kawasan perdana tu memang agak keras sikit. Sbb beberapa orang kawan terkena…siap main anting kt kaki lagi waktu tido…plus bile tgk kawasan apartment tu usang dan belakang plak ade tasik terbiar..so memang kawasan kegemaran mereka la…ade juga story tp malas na tulis haha…

      1. Betul2, sepupu saya dia ada saka serigala putih. So tak mustahil, sbb bila saka tu masok badan dia, dia jadi mcm serigala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.