Hai FS. Sy Puan Ojie. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekiranya FS sudi menyiarkan kisah yang akan saya ceritakan ini. Kisah ini inspirasi daripada kisah benar. Harap semua pembaca ambil ikhtibar daripada apa yang terjadi.
Hai semua. Hari ni Pn Ojie nak ceritakan satu kisah seram kat korang semua. Ala untuk halwa mata korang mlm ni. Kang kalau cerita malam kang kita sama-sama takut. Haha. Soo Pn Ojie ceritalah malam ni jugak ya. Maka bertambahlah sikit rasa takut tu. Kikiki.
Ok cerita ni adalah cerita daripada cerita kepada cerita kawan kepada kawan kepada kawan Pn Ojie ea (berapa banyak kawan daa 🤣)
Pn Ojie panggil nama dia Ira dan Samsol ye (mls nak pakai nama sebenar sebab dorang tak izinkan) cowiee. 🤗
Ok kembali kepada cerita. Ira dan Sol ni pengantin baru ye. Dorang baru berpindah kat sebuah perumahan ni. Perumahan Semi D, tapi harga sewaan murah. Pelik kan, perumahan mahal tp sewaan murah. Korang pulak jgn terpedaya dengan tawaran sebegitu. Mesti ada yang something chicky 🤔.
Soo straight to the point. Rumah tu memang cantik sangat, siap ada perabot bagai. Maka bergembiralah si Ira ni. Yelakan tak pelu nak beli perabot sebab semua dah lengkap mengkap. Senang je kerja dorang. Tinggal lap, kemas dan susun atur balik ikut citarasa masing masing.
Malam tu, lepas dorang habis mengemas. Sol ajaklah Ira ni pergi makan kat kedai berdekatan. Sekitar jam 11.30mlm dorang pun balik selepas kekenyangan. Masa ni Sol nak masuk tidur dah sebab kepenatam seharian tadi mengemas. Ira pulak masih segar bugar, yelakan masih exited dapat rumah cantik murah pulak tu. Dia masih betah duduk di ruang tamu situ sambil mengagumi hiasan rumah yg dia dan suami siapkan siang tadi.
Memandangkan mata Ira belum lagi mahu lena. Ira pun memutuskan untuk menyambung menonton cerita korea di Netflix. Tengah ralit melihat drama korea yg lucu, tanpa di sedari jam di dinding menunjukkan pukul 2 suku pagi. Tapi bagi Ira masih awal lagi. Apalah salahnya melayan 1 2 episod lagi kan.
Ira ni jenis gelak mengekek tak ingat dunia tau. Tengah syok-syok Ira gelak menonton cerita korea tu. Tiba-tiba gelakan dia di sahut seseorang.
Bunyi gelak tu pelik. Seolah2 di tahan di dalam kerongkong.
Ira amati lagi. Bunyi tu mcm sayup2 kedengaran. Seolah2 ada di seluruh ruang. Bunyi gelak berdehem di dalam rekung. (Ala cam bunyi maya karin gelak dalam cerita pontianak harum sundal siang tu)
Hemhemhemhem…bunyi tu mengekek lagi…
Ira pun menukar Tv ke mode silent. Memang jelas kedengaran.
Tiba-tiba lama kelamaan bunyi tu semakin kuat dan mengilai dengan gembiranya..
Hihihiihi….(kemain ye kau nyah..makin kuat ye..)
Apalagi Ira, terperanjat babun dibuatnya. Cepat-cepat Ira melompat dari Sofa dan menuju ke bilik tidur. Terus sembunyi di bawah selimut dan tertidur dek kerana ketakutan.
Esoknya, Sol pun menggerakkan Ira. Tak pernah pulak Ira lambat bangun mcm hari tu. Ira bangun dengan mamai dan kepala Ira rasa pening sangat. Nak buat sarapan pun tak larat.
Lantas Ira teringat kejadian malam tadi. Dia masih mamai, sama ada itu mimpi ke realiti..akhirnya Ira beranggapan itu semua ilusi sebab mungkin dia penat sangat. Maka dia tidak menceritakan kepada suami dia pasal semalam.
Ira hanya berehat seharian siang tu selepas menelan beberap biji pil. Sakit kepala dia masih berdenyut. Ira tidur sampai senja.
Tengah tidur tiba-tiba Ira rasa kaki dia seperti di tarik kuat. Terkejutlah dia. Dia cuba bangun untuk melihat di kaki, tp kakinya tidak dapat bergerak.
Tengah bergelut dengan situasi. Tiba-tiba Ira melihat satu kepala lembaga keluar dari bawah katil di hujung kakinya. Lembaga itu berambut panjang beruban serta berpakaian lusuh. Muka lembaga jahanam itu tak nampak.
Pelan pelan lembaga itu merangkak ke tepi dan seterusnya ke dinding. Masa inilah badan Ira terdorong ke tilam sambil berbaring kemas terlentang. Lembaga itu siap-siap merangkak tepat di hadapan muka Ira di atas siling..tiba-tiba angin bau busuk menerpa lantas membuka muka lembaga itu disebalik rambut beruban yang kusut masai.
Kawasan matanya hitam pekat, bebola mata putih dan ad darah. Giginya yang berkarat menyeringai panjang. Mcm Valak dalam cerita Conjuring tu.
Masa tengah menjerit menyeringai itu, makhluk terkutuk itu seperti melompat terjun dari siling tepat ke muka Ira. Ira apalagi menjerit sambil mulut terngaga dan badan terpaku di tilam.
Masa inilah Sol cepat-cepat datang masuk ke bilik apabila mendengar jeritan Ira. Ketika Sol masuk bilik. Keadaan Ira sangat mengejutkan.
Ira mencekik dirinya sampai nafas tercungap-cungap. Bola mata Ira terbalik ke atas sehingga menampakkan putihnya sahaja. Mulut Ira pula ternganga sambil berbuih. Badan Ira pula panas. Sol cemas!
Akhirnya Sol pun membawa Ira ke hospital. Di hospital doktor sahkan Ira terkena sawan akibat panas yang melampau.
Sepanjang di hospital, Ira banyak termenung. Mukanya pucat dan langsung tidak bercakap..apatah lagi memandang muka Sol. Ira hanya memandang tepat ke depan tanpa memperdulikan orang sekeliling. Ira seperti mayat hidup yang tidak bercakap. Makan dan minum pun main paksa baru masuk ke dalam perut Ira.
Selepas beberapa hari di hospital akhirnya Ira boleh keluar. Masa ni tah kenapa Ira tiba-tiba boleh tersenyum..maka peliklah si Sol. Sol sudah memberitahu ibu ayah Ira di kampung. Katanya dua tiga hari ni barulah mereka ke KL utk menjenguk Ira.
Ira dan Sol pun selamat balik ke rumah. Sol terpaksa ambil cuti lama sedikit sebab nak jaga Ira. Mcm biasa Ira akan terus ke bilik dan tidur untuk tempoh yang lama.
Tepat jam 2 suku pagi. Tiba-tiba Ira membuka mata. Tah kenapa dia tersentak dari tidurnya. Perut pula tiba-tiba memulas. Mungkin sebab masuk angin sebab makan tak teratur. Masa nak berjalan ke tandas. Nampaklah Ira sehelai rambut kelabu berkilau di lantai. Panjang sungguh rambut tu. Ira fikir juga. Padahal rambut dia pendek. Sol apatah lagi kan.
Dek kerana perut dia terlalu sakit. Dia pun melemparkan rambut itu ke tepi dan terkocoh-kocoh masuk ke tandas.
Tengah syok meneran segala isi perut keluar. Belakang telinga Ira gatal. Beberapa kali jugak Ira menepis. Setelah selesai membuang hajat. Ira duduk termenung sekejap di mangkuk tandas. Tiba-tiba setompok rambut uban putih jatuh ke bahu Ira di sebelah kiri. Ira menoleh ke kiri. Eh rambut siapa ni?!
Seraya itu, pelan pelan Ira mendongak di atas siling. Lembaga itu melekap tepat di ats kepala sambil mengekek ketawa dan menampakkan barisan giginya yg tajam berkarat serta muka yang sangat buruk..
Hehh hehhh hehhhhhhh…benda itu ketawa seperti bunyi nenek kebayan ketawa dalam cerita Mak Lampir.
Ira terus keluar dari bilik sambil menjerit dan menunjukkan ke arah bilik air. Masa inilah Sol pun terkejut melihat keadaan Ira.
Ira menjerit ketakutan dan menunjuk nunjuk ke dalam bilik air. Masa inilah Sol sempat melihat kelibat org tua dalam beberapa saat sebelum lampu di rumah mereka berkelip2 dan seterusnya padam.
Ira terus memeluk Sol dan meminta agar mereka segera keluar daripada rumah tersebut. Sol menuruti sahaja dan sempat menyambar telefon bimbitnya.
Mereka keluar ke halaman rumah. Ira masih menangis di dakapan dan Sol pula menelefon kawannya untuk meminta bantuan.
Masa itulah Sol dan Ira mendengar bunyi mengilai2 di dalam rumah itu seperti berpuas hati.
Apalagi terus ke jalan besar mereka sambil menahan teksi. Nasib baiklah teksi ada ketika itu juga. Mereka berdua pun pergi ke rumah kawan Sol dan bermalam di sana.
Keesokannya, Sol menelefon mak ayah Ira dan menceritakan A sampai Z kepada mereka.
Rupa rupanya masa Ira menonton Tv masa hari pertama tu. Sol sendiri dahulu dikacau. Masa tengah mamai nak tidur, Sol melihat dari selimutnya ada lembaga seperti nenek kebayan jalan mundar mandir di dalam biliknya. Dia tahu itu bukan isterinya sebab kedengaran isterinya tengah gelak sakan di ruang tamu sambil melayan cerita korea. Sol ketakutan malam itu dan akhirnya tertidur. Sol tidak mahu menceritakan kepada Ira sebab takut Ira semakin ketakutan.
Ayah Ira rasa tak sedap hati. Mereka ke KL hari tu juga. Ayah Ira sempat membawa ustaz di kampung untuk melihat rumah yang di huni Ira dan Sol. Ternyata rumah itu berpenghuni sebenarnya.
Menurut Ustaz yg datang meruqyah rumah itu. Ada saka tak bertuan yang ada di rumah tu. Pemilik rumah itu meninggal dunia dan saka itu masih di rumah tersebut sambil mencari tuan baru.
Kebetulan Ira dan Sol org pertama menyewa. Saka itu berkenan kepada Ira untuk dijadikan tuan. Sebab itulah saka itu selalu memunculkan diri di hadapan Ira.
Malangnya badi saka itu telah melekat ke dalam badan Ira. Maka ustaz itu haruslah merawat Ira sebaik mungkin.
Menurut kawan Pn Ojie. Ira masih dalam rawatan sehingga sekarang. Sebabnya Ira kadang-kadang boleh terkena sawan bila bila masa sahaja. Tah mcm mana dia boleh dapat sawan tu. Dahulu badan Ira chubby, sekarang semakin kurus kering dia.
Saka tu kuat mahukan Ira. Walaupun mereka telah berpindah rumah. Namun sisa badi saka masih melekat kat Ira. Semoga Ira dapat sembuh seperti sedia kala dan ceria seperti dulu.
Tamat…..