Bahana Gamelan

Assalammualaikum wbt. Pertama sekali terima kasih banyak ke atas pihak Fiksyen Syasya andai kata cerita yang aku tulis ni disiarkan.Baiklah, cerita kali ni sebenarnya aku saja je nak share. Cerita yang betul betul berlaku tapi aku ubah nama wataknya takut ada yang tersinggung hati pulak nanti.Sebelum tu, maaf kalau ada typo atau ayat yang tak difahami sebab sejujurnya aku lemah sikit dalam bab bab menulis ni.

Aku seorang pelajar sekolah menengah berasrama penuh. Yang aku nak cerita ni bukan based on pengalaman aku sendiri, cuma cerita ni disampaikan oleh salah seorang kawan baik aku ketika kiteorang semua tengah lepak waktu prep malam ye gais.Taktau lah seram ke tak, mintak maaf ye kalau tak seram.

Ceritanya macam ni, kawan baik aku ni namanya Amirul (bukan nama sebenar). Dia ada join kelab gamelan dan ada wakil ke festival muzik atau lebih dikenali dengan nama Karnival Seni Muzik Tradisional beberapa bulan yang lalu. Aku tak ingat bulan berapa tapi karnival ni dianjurkan di Taiping kalau tak silap. So nak dijadikan cerita, berangkatlah geng geng gamelan ni ke sana (diorang main gamelan tau, nama pun muzik tradisional hehe) . Tapi cerita ni bukan terjadi di sana ye gais hehe saja je nak buat suspense. Benda ni jadi time diorg balik semula di sekolah kami walaupun cerita ni berkait.

Okay so based on cerita Amirul ni, sebenarnya dalam geng gamelan tu ada yang berpasangan, couple lah kiranya. Aku letak nama dia kat sini Sarah dan Afiq. Dekat sekolah kiteorang ni ada satu bilik dekat dalam dewan yang ditempatkan khas untuk letak barang barang gamelan. Yelah sebab selalunya memang ada performance gamelan pun incase ada event dekat dewan besar tu. Satu hari, lepas diorang balik dari karnival muzik ni, peserta gamelan ni semua termasuk lah Amirul berkumpul di dewan besar. Aku tak ingat kenapa kena berkumpul rasanya untuk kemas barang kot. Tapi apa yang buat diorang ni pelik, lepas habis perjumpaan si Sarah ni terus lari ke dalam bilik gamelan dan kunci pintu bilik tu. Waktu ni dah malam gais, bilik tu pun dekat belakang dewan so of course lah keadaan nya gelap sikit. Tapi Sarah ni berani pulak pegi kunci diri dia dalam tu. Jadi Afiq sebagai boyfriend dia pun dah start risau.

Afiq terus pegi ketuk pintu bilik tu and tanya keadaan Sarah. Afiq ajak Sarah untuk balik ke asrama tapi Sarah tak nak. Dia bertegas suruh Afiq balik dulu. Taktau lah kenapa tapi geng gamelan ni semua cakap Sarah nampak macam letih and badmood je satu hari tu. Akhirnya Sarah bukak pintu bilik tu setelah dipujuk rayu oleh Afiq dan mereka pun duduk kejap dalam bilik tu. Duduk dua orang je tau. Geng gamelan yang lain ni macam risau lah takut diorang buat yang bukan bukan pulak dalam tu dahla nama pun couple. So after a few minutes diorang pun pegi ketuk bilik tu ajak diorang balik. Si Afiq and Sarah pun keluar dari bilik tu sebab Afiq cakap Sarah macam dah okay sikit lepas dia dah slow talk. Tapi Sarah ni cakap dia nak balik lalu pintu tepi dewan tu. Diorang pun ikutkan aje. Mungkin Sarah penat sangat kot. Afiq pun suruh lah Sarah ni jalan dulu. Tinggal lah Afiq dengan sorang lagi kawan dia namanya Ahmad. Diorang ni stay kejap untuk tengok tengokkan keadaan Sarah tu sebab diorang rasa macam Sarah pelik sangat haritu.

Dah sampai separuh jalan, Sarah tiba tiba patah balik ke arah dewan. Afiq dengan Ahmad yang memerhati time tu terkejut jugak lah walaupun mula mula diorang relax je. Dahla dah malam, apa pulak lah si Sarah ni nak buat dengan patah balik kat dewan tu? Dewan tu pun seram sikit dengan keadaan yang gelap plus pintu pintu terbukak menampakkan bahagian dalam . Afiq pun ajak Ahmad patah balik sebab dia kata tak sedap hati tengok Sarah macam tu. Diorang pun follow lah si Sarah ni and Afiq sempat catch up langkah Sarah terus ditanya “Sarah nak pergi mana ni?”. Sarah jawab nak pegi tengok lukisan mural dia dekat bahagian depan dewan. Dewan ni memang penuh dengan mural yang dibuat oleh pelajar and salah satu mural yang ada tu adalah lukisan milik kumpulan Sarah. Afiq dengan Ahmad pun ikut je.

Aku assumed based on cerita Amirul ni dah pukul 10 lebih malam lah. Sebab kawasan blok akademik dah takde orang katanya. And dewan ni pulak betul betul terletak sebelah blok akademik. So bila semua pelajar dah balik, lampu dekat blok akademik ni akan ditutup. Yang terbukak pun hanya certain je maybe untuk memudahkan pak guard round atau nak cekup orang buat projek kot.  Memang keadaan gelap lah kiranya samar samar je. Back on the situation, sampai je dewan tu Sarah terus pergi dekat mural dia tu. Ahmad pun biarkan Afiq dan Sarah untuk bagi ruang dekat diorang. Ahmad lepak dekat wakaf tepi dewan tu sambil pandang diorang. Afiq ni pun tanya lah “Sarah ni kenapa okay ke tak?”. Sarah diam. Tiada jawapan diberikan.

Sarah cuma pandang je mural dia. Lepastu Afiq pun ajak Sarah balik ke asrama semula. Tapi Sarah ni terus jalan and dia duduk dekat wakaf tempat Ahmad duduk tadi. Dia cakap dia tak nak and dia suruh Afiq and Ahmad balik dulu. Dia nak duduk sini (wakaf). Afiq memang try hard gila pujuk Sarah ni untuk balik sebab yelah dah malam kot and takkanlah dia nak tinggal pulak gf dia dekat situ. Sarah bangun dengan tiba tiba and Sarah cakap dia nak jalan pusing kawasan sekolah tu. Terkejut Afiq dengan Ahmad.

Malam malam macam tu memang takde orang yang berani nak jalan satu kawasan sekolah. Dahla gelap, banyak pokok pokok. Bahaya kalau nak biarkan si Sarah ni sorang sorang jadi diorang pun pujuklah sampai Sarah ni agreed untuk balik asrama. Diorang pun lalu lah blok akademik sebab cepat sikit sampai aspuri (asrama puteri) . Walaupun dewan dekat dengan aspura(asrama putera), tapi Afiq dengan Ahmad ni follow je Sarah sebab diorang risau.

Dalam perjalanan diorang, tiba tiba je Sarah ni berlari. Diorang cakap diorang memang terkejut tapi diorang cuma biarkan je Sarah berlari tanpa ada niat nak kejar sebab diorang macam curious kenapa Sarah macam tu. Sarah ni berlari satu bangunan akademik tu gais. Dia keluar masuk semua kelas yang ada dekat aras 1. Dahla gelap ya allah aku yang sekolah sini pun meremang bulu roma memikirkan dia berlari macam tu sebab blok akademik ni memang keras sikit terutamanya bila malam. Selesai je dia lari dalam semua kelas tu dia dengan selamba je jalan balik asrama. Afiq dengan Ahmad memang dah speechless lah and diorang jalan je. Ok cerita tak habis macam tu je.

Bila sampai asrama, Afiq pun cepat cepat lah call Sarah disebabkan risau yang amat. Siapa je tak risau tiba tiba gf buat perangai macam tu dahla down satu hari ye tak? Sarah pun angkat call. Afiq cakap waktu tu Afiq tanya macam macam tapi Sarah diam je. Sampai satu tahap Sarah tu menjerit “diam lah bising tau tak”. Afiq dah fikir lain macam and dia cakap time tu Sarah macam bukan Sarah.

Afiq tanya lagi “Sarah okay ke tak?” and tau dia jawab apa? Sarah cakap “taktau. Tanya lah tuan badan”. Afiq pun terus baca ayat kursi berulang kali through phone call tu and Sarah gelak je. After a while baru lah Afiq tanya “Sarah kat mana sebenarnya?” and suara dari phone tu jawab “Sarah ada dekat dewan. Dekat bilik gamelan”. Afiq tak tunggu lama dia terus lari ke dewan. Tapi dia tak masuk lagi. Dia tunggu dekat pintu yang Sarah keluar waktu first tu (pintu tepi dewan). And waktu tulah dia teringat yang bilik gamelan dah dikunci lepas diorang balij. Kunci tu pada salah sorang ahli gamelan yang lain.

Kiranya Afiq dah kena trick lah dengan benda tu. Afiq call Sarah semula and tanya “Sarah kat mana sebenarnya ni?” and Sarah cakap dia dekat bilik. In the same time,  Afiq nampak Sarah atas stage dalam gelap , tengah duduk depan alat gamelan yang dia main sorang sorang. Tak bergerak. Afiq terus lari balik asrama and bila dia call Sarah balik, tak berjawab. Afiq ada mintak tolong batch mate dia untuk tolong tengokkan Sarah sebab roommate Sarah yang lain dah tidur

Batch mate dia cakap Sarah ada sebab selipar dia ada dekat depan bilik. So Afiq pun lega lah and dia text Sarah macam macam. Tiba tiba Sarah reply “shhh diam”. Terkedu Afiq. Tak pernah pernah Sarah jadi macam tu tiba tiba je dia pelik haritu. Afiq call Sarah and waktu tu Sarah angkat tapi dia diam je macam biasa. Akhirnya Sarah cakap macam ni “Dahlah satu je nak cakap, lain kali main tu biar beradab” and mati kan call. Esok paginya, Sarah ni tanya lah Afiq kenapa banyak sangat text and missed call. Afiq pun cerita semua benda yang jadi dekat Sarah. Termasuk lah text “shhh diam” yang Sarah tak sedar pun dia hantar benda tu.

Sarah cakap sebenarnya sejak dia masuk bilik gamelan and kunci diri dia dalam tu, dia dah macam separuh sedar. Dia tak ingat pun yang dia berlari dekat blok akademik tu semua. Cuma dia cakap dia tahu yang dia ada call Afiq malam tu and bila dia try nak mintak tolong, dia rasa tak boleh. Macam ada benda dalam diri dia yang menghalang. Dia rasa macam diri dia kena control dengan benda lain. Sebab tu dia tanya Afiq apa jadi.

Bila kisah ni diceritakan balik dekat ahli gamelan yang lain, diorang pun seriau jugak. So diorang buat assumption adalah tu yang si Sarah ni maybe terlanggar pantang larang waktu main gamelan. Sebab berdasarkan apa yang aku dengar dari budak budak kelab gamelan ni semua cakap yang gamelan ni alat antik.

Permainan muzik traditional ni biasanya kena hati hati sikit. Sebab biasanya ada penunggu tak pun ada benda yang menjaga. Pantang larang dia aku tak sure sangat tapi antaranya tak boleh melangkah gamelan ni. Sebab dulu dekat sekolah yang sama jugak pernah ada kes histeria beramai ramai angkara ada pelajar yang melangkah gamelan tu and buat penunggunya marah. So nasihat aku, kalau dengan barang2 antik ni berhati hati lah ya. Baca bismillah and hormat adab adab tu insyallah tiada apa apa berlaku. Kepada peserta gamelan di luar sana, jangan takut lepas baca ni. Kena yakin dengan diri sendiri dan semoga korang dijauhkan dari benda benda macam ni. Semoga dapat dijadikan iktibar buat semua. Sekian sahaja  dari saya.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mystical Queen
FOLLOW FB KAMI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.