Salam buat pembaca FS. Ini kisah pertama aku. Selama ni aku cuma silent reader je. Tapi kali ni aku terpanggil untuk kongsikan pengalaman seram yang aku sendiri alami. Sila baca dengan tenang.
Aku Oji. Kisah ni berlaku kira kira 8 tahun lalu. Aku ada kawan karib Imma namanya. Kami sekampung. Kemana mana pun kami mesti berdua. Kawan kariblah katakan, dan semestinya kami ada impian untuk mencari kerja di bandar besar. Dipendekkan cerita dengan restu mak abah aku berangkat ke bandar jb. Bersama ima, waktu tu sebenarnya aku teringin nak bekerja di singapura. Yelah aku bukan orang senang, mungkin dengan bekerja di seberang tambak macam kawan kawan aku dikampung sebelah tu, dapatlah membantu keluarga aku di kampung. Tapi modal yang ada pada aku dan ima, cukup cukup untuk makan dan sewa rumah je. Nasib baik kancil buruk aku dah habis bayar. Rumah sewa pun taklah mahal sangat waktu tu. Akhirnya kami buat keputusan untuk kerja di jb dulu sambil kumpul modal untuk ke singapura.
Cari punya cari, akhirnya kami berjaya dapat kerja di sebuah pasaraya. Oklah tu kan, buat sementara aku rasa ok. So, hari hari aku dan ima macam biasa pergi kerja balik kerja. Sedar tak sedar dah hampir nak masuk 3bulan aku kerja situ. Setiap kali gaji, aku asingkan separuh duit untuk mak abah dan selebihnya buat guna harian sambil menabung buat modal cari kerja di singapura nanti. Ima pun aku nampak seronok je sejak pindah ke jb ni. Cuma satu yang aku tak berkenan dengan perangai dia ni, boros dan suka berhutang. Ya, terlalu boros!! Pantang ada ‘sale’, mesti dia serbu. Bilik dia dah macam bundle dah aku tengok dengan beg, kasut, baju bagai. Yang jadi mangsanya aku, duit habis pinjam aku, takpun pinjam kakak kakak kat tempat kerja tu. Puas aku nasihatkan dia. Tapi macam biasalah, nasihat aku ni ibarat mencurah air ke daun keladi je.
Pagi tu kami pergi kerja macam biasa. Sebelum waktu rehat tengah hari tu aku nampak ima jumpa marvin. ok sikit tentang marvin. Supervisor store di tempat kerja kami. Dia berbangsa cina, Cina sabah. orangnya baik suka tolong orang termasuk pinjamkan duit. Sampai semua di tempat kerja gelarkan marvin ah long. Hahaha.. Ok sambung tadi, aku nampak ima jumpa marvin. “Ahh nak pinjam duit lah tu” bebel aku. Aku pun berjalan cari meja di food court sambil dengar lagu keroncong dari perut aku. Macam biasa aku akan bawa bekal, masak sendiri dari rumah. Di food court tu ada sorang makcik indonesia. Mbak lia namanya. Mbak lia ni baik orangnya, Peramah. Dia rapat dengan semua staff situ. Termasuk lah aku dan ima.. Dengar cerita dari member tempat kerja, mbah lia ni pandai mengubat orang. Oklah sambung pasal nak makan bekal aku tu, dari jauh aku nampak ima terkedek kedek datang ke meja aku. “Aik, bekal lagi kau ji?” Ngomel ima. “Yelah, jimat sikit lagipun mesti sodap aku masak. Hehehe. “Eh ima, kau jumpa marvin tadi buat apa? Kau pinjam duit eh?” Soal aku. “Alahhhhh ji, seratus je pun!” hehe Sambil tangan dia menayang nayang not rm100 pada aku. “Lantak kau lah ima..” degil!
Esok paginya. “Ji, jom teman aku pergi CS. Ada sale handbag lah”.. Hmm dah start dah tabiat murni dia ajak aku teman pergi shopping. (dalam hati) . “alaah aku malaslah ma, harini kan offday aku nak santai je kat rumah. Lagipun penat stock take semalam pun tak hilang lagi” serius pinggang aku macam nak roboh siapkan stock take malam tadi. Ima berlalu dengan muka merajuk. aku biarkan ima pergi sendirian. Esoknya sampai di tempat kerja, aku nampak kecoh kecoh. “Wei ravi ada apa ni?” Tanya aku pada satu satunya budak india di store kami. “Marvin accident! Teruk! Muka hancur, rahang tercabut!! Allah kecut jantung aku dengar benda macamni. Marvin mati di tempat kejadian. Yang si ima selamba, “jadi aku tak payahlah bayar hutang cina tu kan?” Sambil tersengih macam kerang busuk. Hmm..geleng kepala je aku mampu.
Seminggu lepas kejadian tu. Aku tengok ima macam sesuatu. Tak terurus, muka kusut. Bila aku tanya, dia jawab “aku okey”.. Aku biar dan diamkan dulu. Walaupun jujur aku tak sedap hati sebenarnya, sebab setiap kali aku dekat dengan ima ada bau serupa bangkai. Aku tak taulah kalau orang lain pun perasan ke tak. Malam tu balik kerja, macam biasa aku dan ima rehat sambil layan mr bean. Tiba tiba “pappp!” Aduhh blackout lagi bebel aku. Aku pun berlari keluar rumah dan aku pasti satu taman ni blackout. Tapi bila aku keluar, rumah lain semua terang. “Ehh. Takkan lah kena potong karen, aku baru bayar gaji haritu”! Geram betul aku masa ni tengah syok layan mr bean. Tiba tiba dari dalam rumah aku dengar ima menjerit jerit macam kena sampuk setan. “Eh, ima kau kenapa??!”.. “Pergiiiii.. Pergilahhh bodohhhh”!! Aik aku kena bodoh?? (dalam hati) Diselang seli dengan ima menangis. Mendayu je aku rasa.Tapi aku tau tu bukan ima.. Dengan rumah gelap aku capai hp bukak flash light. Terus kepala otak aku ingat mbak lia. Berjurai berjurai peluh aku time tu. “mbak lia, mbak kat mana? Tolong saya mbak. Ima kena sampuk. Saya takut! Dan mbak pesan tunggu hingga dia sampai. Sementara tu aku cepat cepat cari lilin kat laci dapur. Baru nak nyalakan.. Tiba tiba “papppp!”.. Ehh ada pulak lampu ni. fuhh lega sikit. Aku tengok ima dah meringkuk sambil menangis. Aku cuba mendekat. “Istighfar ma.. Baca al fatihah, ayat kursi ehh.. Baca!” Aku pun turut baca, di mulakan dengan al fatihah. Tapi… Kenapa ima baca al fatihah macam orang takde lidah! Macam pelat cina!! Masa tu aku punya meremang tak payah cakaplah! Nak nangis pun ada. “Assalamualaikum.. Ada orang bagi salam. Mbak lia sampai. Fuhhhh.. Legaaa aku masa tu. Mbak lia nampak tenang. Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Mbak perintahkan aku ambil besen yang diisi air separuh, aku turutkan je. lebih kurang 15minit..
Alhamdulillah keadaan ima makin tenang nampaknya. Besen berisi air separuh dah aku bagi pada mbak lia tadi. Kelihatan mbak lia keluarkan sesuatu dari beg selempang bonianya. Paku?! Ya paku panjang yang nenek nenek kita buat sanggul rambut tu. Ada 4 batang semuanya. Dengan ayat suci al quran mbak mulakan dan dia mencampakkan paku ke dalam besen. Mata aku tertancap pada paku dalam besen tu. Huruf “M”! paku dicampak tapi tersusun cantik huruf “M”? Aku dah seram masa ni. “Ima, kamu yang jujur ya ama mbak. Apa kamu ada berhutang ya ama marvin?” “jawab jujur!” Tenang tapi tajam soalan mbak lia pada ima dengan slang jawa pekat dia tu. Aku dah bisu seribu bahasa, rasa macam tengok magic live pulak. Tiba tiba “ye, saya ada hutang dengan marvin”.. Lemah je bunyi suara ima masa tu. Sekali lagi mbak lia membaca ayat suci hingga selesai. Mbak sarankan aku bawa ima berjumpa dengan keluarga marvin atau lebih tepat lagi mendiang marvin untuk selesaikan hutang ima padanya. kata mbak lia roh mendiang marvin tak tenang seperti nak tuntut sesuatu pada ima.
Otak aku serabut dah masa tu, mana aku nak cari family marvin ni. Kat sabah pulak tu! Adoi. aku cuba jumpa kawan kawan store marvin yang ada info tentang family mendiang ni. Dan yes, kata ravi, kakak marvin ada tinggal di kulai. Selang berapa hari, masa di janjikan tiba, aku bawa ima berjumpa kakak marvin dan pulangkan duit rm100 yang dia pinjam. Alhamdulillah semua kembali sedia kala. Sebelum tu ravi ada bagitau aku yang dia ada nampak sesuatu menyerupai marvin selalu mengikuti ima di tempat kerja. Ohh patutlah muka ima pucat, macam tak terurus siap package bau bangkai lagi. Aku nasihatkan ima balik kampung dan cuba berubat di kampung untuk pulih sepenuhnya. Ima menurut je nasihat aku kali ni. Dia sempat minta maaf atas sikap dia selama ni, yang suka berhutang dan boros. Aku harap dia sedar. Ima balik kampung dan buat keputusan untuk berhenti kerja. Aku pulak teruskan cita cita untuk kerja di singapura.
So hikmah yang aku belajar dari pengalaman aku ni. Elakkan berhutang dan boros. dalam surah al baqarah, Allah menyebut panjang tentang hutang. Kerana setiap sesuatu yang berlebihan itu memudaratkan. TAMAT
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Marvin Geoffrey Nati Usop ke?
Best..