Bahana Taksub Ilmu Silat Petir

Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca sekalian.

Mengimbau kembali pada tahun 2010, ketika itu saya selalu pergi menghadiri dan melihat-lihat sparring silat di beberapa gelanggang. Saya hanya minat tapi tak pernah nak belajar (jangan ajak saya sparring, saya x tahu silat). Kejadian berlaku di salah satu daerah di selangor iaitu di Serdang. Terjadi kepada salah seorang rakan seperguruan sahabat saya yang berada dalam dunia persilatan namanya Ali. Tidak dinafikan Ali dan sahabat saya Abu sudah lama dalam dunia persilatan sejak dari umur 10 tahun tak silap saya. Mereka berdua sudah taraf guru dan boleh mengajar orang lain seni silat yang di bawa.

Saya kagum dengan seni permainan dan persembahan silat mereka.Penuh dengan buah-buah pukul yang bahaya dan mengancam gerakannya. Ali dan Abu berbeza cara dan perwatakan mereka, Abu agak lembut caranya dan defensive manakala Ali agak agressive dan kasar sama ada dalam atau luar dunia persilatan mereka berdua ni.

Saya selalu mengikuti Abu ke acara sparring/ malam pengasah ilmu silat mereka. Saya tertarik dan suka tengok sahaja, kuda-kuda pun saya xtahu buka,makan kacang kuda je saya pandai (hahaha).

Suatu hari Abu mengajak saya pergi ke kawasan berbukit untuk melihat Ali yang katanya ada buah pukul yang baru nak di tunjukkan. Bersemangat saya nak tengok, maka dengan pantas saya terus ikut Abu naik keretanya. Sesampainya kami dilokasi, terlihat Ali sudah bersiap dengan pakaian silatnya, kain dililit di kepala berwarna merah dan dengan tegap dan gagah Ali berdiri memandang kami.

Kami berdua pun duduk di atas batu berdekatan dan mula melihat Ali membuka langkah. Setiap susun atur langkah dan gerakkannya lancar dan stabil. Penuh dengan gerakan yang merbahaya pada pihak lawan. Tiba2 Abu bersuara, seperti ada benda yang tak elok akan berlaku. Abu suruh saya berhati2 akan keadaan sekeliling. Lantas saya pun buka gerakan cem-pua untuk melindungi diri dengan beberapa potong ayat yang saya ingat.

Tidak semena-mena, Ali menjerit dan menumbuk ke udara,dan ada kilat yang menyambar penumbuk Ali sekelip mata. Ali terus tumbuk ke atas tanah dan sekelilingnya telah hangus terbakar tanah itu. Kami berdua terkejut dan tergamam sambil mulut menganga.Seperti tidak percaya, kami diri diam beku membisu tanpa apa-apa kata.

Kami perlahan-lahan melangkah dekat dengan Ali yang masih sedang berlutut di tanah. Kemudian dia membuka genggamannya, ada sebiji geliga/batu cincin yang berwarna biru berkilat, seperti batu pecah bila disuluh yang biasanya orang panggil. Ali sangat gembira kerana berjaya mendapat batu petir yang sebenar. Dia kata, lepas ni ilmu silatnya akan lebih padu dan berkuasa dengan memakai batu ini sebagai cincin.

Sejak dari itu Ali selalu mendabik dada bila berbicara tentang ilmu silatnya.Abu selalu menasihati Ali akan ketauhidannya dan niatnya dalam sesuatu perkara seperti persilatan dan kehidupan. Memberi nasihat bahawa bukan kita yang kuat atau batu itu yang kuat. Semau atas izni Allah swt dan izinNya sahaja.Ali sudah bongkak dan berlagak, boleh dikatakan jika malam pengasah ilmu, dia akan selalu mempraktikan ilmu silat dengan bantuan batu petir itu. Sungguh ujub dan takabur Ali ketika itu.

Hendak dijadikan cerita,kuasa Allah itu lebih sangat-sangat Maha Besar, suatu hari batu petir yang selalu dipakai oleh Ali telah hilang selepas dia balik dari menghadiri suatu majlis kenduri kahwin. Kelam kabut Ali mencari, katanya semasa makan kenduri, dia ada membuka cincin dan simpan didalam poket semasa hendak makan. Seperti cacing kepanasan, Ali menggelupur kerana kehilangan cincinnya. Ali demam dan badannya lemah, dibawa ke hospital, doktor cakap hanya demam biasa saja.

Selama seminggu keadaan Ali begitu, akhirnya keluarga Ali bawa dia berubat kampung/tradisional. Ali berjaya dirawat oleh seorang tok moh dari selatan tanah air x silap saya. Walaubagaimanapun,demam dah hilang tetapi Ali dah gila/isim akan akibat tiada pendamping/kekuasaan dari cincin batu petir yang hilang itu.

Semenjak itu, jika Ali terlihat sebarang kain berwarna kuning, dia akan menangis seperti kanak-kanak yang sakit dipukul.Sehingga hari ini, dengar cerita Ali masih lagi begitu walau sudah hampir menjangkau 10 tahun..

p\s Pengajaran : Menuntut ilmu itu fardhu ain, walaubagaimanapun tuntutlah ilmu-ilmu yang halal,berguna dan x memudaratkan diri. Elakkan pendamping/saduran/[email protected] yang pelik tauhidnya yang bukan pada Allah s.w.t itu sendiri. Namun jika sudah berserah pada Allah swt 100% dan apa yang diberinya untuk kegunaan kita makan gunakan sebaiknya. Bukan memohon tapi berserah dan barulah bermohon padaNya,jenis apa ilmu/perlindungan yang nak diberi, itu semua hak Dia..Siapa kita nak arahkan Allah swt atau memilih ilmu hak Dia apa yang kita nak?? Tapi pilihlah Allah swt makan nanti inshaa Allah Dia bagi pilihan Dia yang sentiasa terbaik untuk kita.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Syed As Siddiq
FOLLOW FB KAMI.

3 comments

  1. berbaliklah kepada Dia Maha Pencipta, Sesungguhnya Dia yang mencipta segala galanya. Apa sekalipun yang berlaku atas Izin dia. Ilmu persilatan atau ilmu mempertahankan diri ini adalah ilmu turun temurun dari tok nenek moyang kita yang terdahulu. Namun ada dari sesetengahnya sudah digunakan dalam unsur tahyul dan khurafat. Kita sebagai umat Islam tak seharusnya terjerumus untuk mempertahankan diri dengan menggunakan jin dan sebagainya. Memang wajib untuk kita mempertahankan diri. Akan tetapi amatlah bercanggah dengan Islam jika bergantung harap kepada sesuatu selain Dia Tuhan Pencipta Alam.

    Sekian dari saya hamba Allah yang hina.

    #SesungguhnyaSetiapGerakHanyalahDariIzinNya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.