Hai, assalamualaikum, aku Nurul. Terima kasih bagi pihak Fiksyen Syasya yang post 3 cerita sebelum ni. Mohon rakan-rakan pembaca kalau boleh bagi komen membina insyaallah akan aku guna sebagai semangat dan lebih berusaha memperbaiki penulisanku. Baik kalini aku nak bercerita pengalaman kakak senior dan abang-abnag senior di kolej aku. Kolej Keenam.
Alhamdulliah aku sangat gembira setelah mendapat maklumat yang aku berjaya melangkah ke pengajian yang lebih tertinggi dalam bidang yang memang menjadi idaman aku selama ini. Sampai sahaja di university, aku ditemani ibu dan ayahku bergerak ke kolej keenam dalam university. Selesai sahaja pendafataran, ibu dan bapaku melambai pergi. Tinggallah aku bersama pelajar yang lain. Dalam masa semiggu orientasi, kami diberi taklimat dari akak dan abng senior berkaitan kolej dan fakulti masing-masing.
Di situ, aku berkenalan dengan Kak Asiah. Dari cerita Kak Asiah dia bagitahu ada waktu minggu orientasi, seorang pelajar diberikan prank oleh rakannya dengan mengunci dari luar sewaktu rakannya sedang tidur. Sewaktu akak fasilitator datang dan memberitahu dari luar blok supaya segera turun untuk menjalankan aktiviti seterusnya. Panik kerana tidak dapat membuka pintu, pelajar tersebut segera terjun dari tngkap biliknya bagi mengelakkan dari dirinya didenda oleh akak dan abang fassi. Akibat terjunan tersebut, pelajar tersebut patah kaki kanan dan tangan kanan. Aku hanya sekadar menggeleng kepala dan merasakan tindakan yang tidak sepatutnya dari rakan yang mengenakan prank tersebut.
Selesai sahaja minggu orietasi kami diberi peluang berehat sebelum ninggu kuliah bermula pada keesokakan harinya. Aku mengambil peluang ini pergi bertemu dengan Kak Asiah yang sedang berehat di bawah di Anjung Ilmu. Aku yang sangat suka dengan cerita-cerita seram asrama bertanyakan perkara tersebut kepada Kak Asiah. Aku bertanya kepada Kak Asiah kenapa sewaktu aku ada membeli barang keperluan di kedai serbaneka berdekatan dengan university. Sewaktu membayar, ada seorang pakcik bertanyakan dimana kolej yang akan aku diami nanti. Setelah menmberi jawapan kepada pakcik tersebut dia menjawab “Ooo ..kolej berhantu tu ye..jaga-jaga ye..” ujar pakcik tersebut. Kata-kata dari pakcik tersebut menjadi persoalan kepadaku sehinggalah akhirnya di jawab oleh Kak Asiah. Ini pengalaman dari Kak Asiah sewaktu mendiami kolej keenam ni.
Sewaktu Kak Asiah dalam semester kedua atau ketiga, dia terpilih untuk terlibat dalam festival yang sememangnya sangat penting untuk setiap kolej di university tersebut. Aku pernah melihat rakanku yang terlibat sebagai pelakon dalam festival tersebut keletihan yang teramat kerana jadual training yang sangat ketat. Selalu juga aku melihat dia pulang ke bilik dalam pukul 3-4 pagi. Walaupun merit yang dapat sangat besar nilainya untuk mereka yang terlibat dalam apa jua festival dan aktiviti di kolej tetapi hati yang kental dan mempunyai kesabaran yang tinggi sahaja yang terlibat dalam aktiviti tersebut.
Sewaktu Kak Asiah terlibat dalam festival ini, Festival Filem Pendek. Festival ni berjalan macam ni, setiap kolej yang terlibat perlu membuat satu filem pendek yang sekurang-kurangnya mempunyai pengajaran di akhir filem. Selesai membuat filem tersebut, pelajar-pelajar akan beramai-ramai melihat tayangan setiap filem dari setiap kolej. Setelah tayangan , pelajar diminta untuk membuat undian filem yang mereka rasa terbaik. Filem terbaik akan dilih mengikut undian tertinggi.
Sewaktu Kak Asiah terlibat dan kali pertama kolej keenam terlibat kali pertama dalam Fesfik (nama pendek untuk festival ni), kolej mengalami bajet yang sangat terhad. Mereka yang terlibat diminta untuk mencari inisiatif yang perlu bagi mengatasi bajet tersebut. Mereka dibahagi dalam beberapa kumpulan. Kumpulan solekan, pakaian dan teknikal. Bagi mengatasi masalah ni, pelajar dari kumpulan pakaian membuat keputusan dengan mengambil baju yang terdapat dalam muzium yang terletak di Fakulti Bahasa. Kalau orang yang tahu pasal Muzium dan Fakulti Bahasa ni mesti mereka tahu university yang aku diami sekarang ni. Dalam cerita ni aku bahasakan sebagai Kak Asiah ye. Kak Asiah ditugaskan dalam kumpulan teknikal bersama seorang lagi abang senior namanya Bad ye. Bagi kumpulan pakaian ni aku namakan Ayu.
“Wei, Ayu, acaner dengan kumpulan kau? Dapat dah ke pakaian pengantin?” ujarku bertanyakan kepada Ayu yang kelihatan keletihan selepas sehari suntuk mencari pakaian yang sesuai bersama kumpulannya. “Dapat dah ni ha. Nasib baik jumpa juga kat dalam museum tu. Penat dorh.!” Kata Ayu sambil membelek-belek baju pengantin yang diambilnya dari museum. Tanpa izin ke tak tu taktaula. Haha. “Ni baju pengantin Minangkabau ni!” “ Aku pernah pergi melawat museum tu dengan member yang lain. Kau tau tak usia baju tu?” kata Bad sambil mengambil baju penganting tersebut.
“Tak taula . Aku tengok cantik je. Berkenan pulak. Haha.” Ujar Ayu sambil mengangkat bahunya tanda tidak tahu. “100 tahun! 100 tahun baju ni tau. Kau jangan main-main.”.”Bereh Bos!” kata Ayu sambil sambil tangannya mentabik hormat kepada Bad yang memandang dengan raut wajah yang serius. Aku ditepi hanya mampu tergelak kecil memandang keletah mereka yang agak lucu. Macamni la ragam kumpulan Fesfik kami. Walaupun ramah dan dekat antara satu sama yang lain tetapi dalam bab kerja kami sangat memandang serius dan tahu tanggungjawab masing-masing. Training berjalan macam biasa. Kami putuskan untuk membuat training kami di dalam dewan kolej kerana terdapat fasiliti sound system di dalam bilik dewan. Hari pertama berjalan dengan lancar. Tetapi masuk hari kedua sewaktu sesi training dilakukan ada masalah dalam sound system.
Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi, aku yang bersama-sama dengan Bad tekun di dalam bilik system memastikan semua berjalan dengan lancar. Tiba-tiba, sound system mengeluarkan suara yang menunjukkan yang system tersebut ada masalah. Aku menyatakan Bad perkara tersebut. Sambil meneliti masalah tersebut, aku melihat di pintu dewan sebelah kanan seperti ada sesuatu di situ. Mataku mengamati dengan lebih jelas untuk memastikan apa banda yang kelihatan sembunyi-sembunyi berdiri di pintu kanan dewan yang dibiarkan terbuka.
Setelah meneliti dengan lebih jelas, benda tersebut adalah kain putih yang agak lusuh dengan rambut berjurai panjang. Kedudukannya membelakangi kami kerana aku tidak dapat melihat wajahnya. Mungkin dihadang oleh pintu dewan. Tanpa semena-mena semasa focus melihat kelibat tersebut, tiba-tiba blackout! Aku pikirkan hanya blackout hanya di kolej kami sahaja tetapi blackout satu university!! Sebab tu lah kejadian ni famous sampai orang luar pun tahu. Berbalik pada cerita tadi.
Bad keluar menuju ke dalam dewan. Dia segera melaungkan azan kerana aku kira dia pun nampak benda yang sama macam apa yang aku nampak tadi. Pelajar perempan yang lain ada yang menangis ketakutan. Aku hanya berdiri di dalam bilik system sambil mataku terus memandang kelibat tersebut yang berdiri di pintu dewan. Tiba-tiba datang satu suara yang sangat kuat dan menakutkan sehingga kami yang berada di dalam dewan mendegar suara tersebut. “Pulangkan! Pulangkan semula hak aku!” “Pulangkan!!” kata-kata dari suara tersebut. Makin kuat suara tangisan dari pelajar perempuan namun ditenangkan oleh pelajar lelaki yang lain. “Kau ambil tanpa izin! Kepunyaanku! Pulangkan semula !!”
Setelah mendengar kata-kata dari suara tersebut, tahulah kami apa yang dimaksudkan oleh suara tersebut. Ini mesti berkenaan dengan baju pengantin Minangkabau yang diambil oleh Ayu sebelum ni tanpa izin. “Alahai..Ayu..Ayu….pasal kau lani!” getusku di dalam hati. Geram!.
“Sebelum Subuh letakkan semula! Pulangkan semula hak Aku!” Kata-kata dari suara tersebut mengarahkan agar baju terbut dipulangkan segera pagi tu juga! No kompromi guys! Setelah itu, lampu terpasang semula dan suasana kembali reda. Kelibat perempuan tadi pun menghilang. Kami berasa sangat lega. Namun setelah berbincang kami putuskan untuk Bad dan seorang lagi pelajar lelaki segera mengahantar baju tersebut ke muzium dengan menaiki motor. Memang hati keras betul budak dua orang tu! Kalau akula memang tak dan la nak hantar baju tu balik. Haha.
Lepas kejadian tu, Ayu and the geng kena tazkirah beramai-ramai dengan kami semua. Kesian juga melihat Ayu time tu tetapi mereka kena ambil pengajaran jugakan. Berkenaan baju tu kami ambil baju penganti yang lain pinjaman dari pelajar kolej tu juga. Walaupun tidak memenangi festival tersebut, tetapi nama kolej kami naik sebab apa? Sebab kolej yang menyebabkan satu university blackout!.
Baiklah sampai disini dulu kisah yang aku ceritakan. Bagi sesiapa yang nak tau rupa baju pengantin Minangkabau macam mana. Bolehla Google ye. Tak silap aku baju tu berwarna merah. Baik. Pengajaran nya kat sini, jangan ambil barangan atau pinjam apa-apa pun tanpa izin tuan punya barang. Kita tak tahu sekiranya barang yang dah berusia puluhan tahun berpenunggu atau tak. Sekian.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
UPM ke??? Saya batch 2009/2010 Kolej Canselor.
Betul tue saya di Kolej Keenam.