Balasan Menyamun Wanita

Dihantu kebayan hodoh

Cerita ini tentang sepupu aku. Berlaku lima tahun lepas. Waktu ni sepupu aku Ijam baru lepas spm.

Ijam ni memang bermasalah sikit. SPM dia pun banyak gagal. Masalah ponteng, masalah isap rokok dan merempit.

Lepas SPM perangai buruk dia makin teruk. Dah mula ambil air ketum. Dah tu malas kerja. Harap duit mak ayah. Mujurlah ayah dia kira orang berduit jugaklah sebab berniaga macam-macam.

Satu hari Ijam gaduh dengan mak ayah dia. Sebab dia tak pergi belajar. Pak Teh aku risau dengan masa depan anak dia. Disebabkan geram, Pak Teh tak nak dah bagi duit kat Ijam.

Ijam ni jahat-jahat pun dia takut juga dengan ayah dia. Mau melawan kang kena penerajang. Sebab ayah dia tahu silat.

Satu hari Ijam balik rumah terus masuk bilik tak keluar-keluar sampai esoknya. Bila mak dia tengok, Ijam demam panas. Meracau dan menggigil macam orang ketakutan.

Lepas demam dia kebah semua. Ijam berubah. Dia makin jadi penakut. Kadang tu tengah tengok tv dengan keluarga, Ijam menjerit macam nampak hantu.

Pak Teh cerita kat aku, kadang time malam Ijam melompat masuk bilik mak ayah dia, berhimpit nak tidur sekali. Dia kata dia takut, nenek kebayan duduk bawah katil.

Bila bawa jumpa ustaz, ustaz kata ada benda yang Ijam ambil dari nenek tu. Jadi dia datang nak tuntut barang tuan dia balik.

Tanya punya tanya, Ijam mengaku ada hari tu dia dan Anuar ada samun beg sorang budak perempuan.

Aku sebagai Ijam.

++++

Aku tak ada duit nak join race motor. Race kali ni mahal, kena bayar dulu baru boleh join .Masalahnya bapak aku dah tak nak bagi duit. Aku memang pokai. Satu sen pun tak ada. Aku bukannya tak nak kerja, tapi aku nak enjoy dulu.

Aku nak sangat join race tu sebab kalau menang memang syok habis la. Seratus satu kepala, kalau sepuluh kepala join. Menang dah berapa dah dapat? Banyak kot.

Jadi aku dengan Anuar dapat satu plan. Kitaorang samun beg kat pekan tu. Cepat sikit dapat duit. Aku pun tak tau apa fikir sangat, mungkin kemaruk nak dapat duit banyak jadi aku sanggup nak buat semua tu.

Dalam takut-takut tu aku ngan Anuar buat juga. Kami aim perempuan muda sebab tahu perempuan muda mesti ada duit banyak berbanding mak cik tua.

Mangsa pertama sorang perempuan muda yang baru ambil duit dari ATM. Masa tu perempuan tu berjalan ke kereta dia sambil masukkan duit dalam beg. Masa tu lah Anuar pecut motor dan aku tukang sambar. Senang je rupanya.

Tapi kecut jugaklah bila aku pusing belakang perempuan tu tersungkur kat jalan. Lepas tu tak nampak dah apa jadi. Sebab motor kitaorang makin jauh.

Malam tu aku tak balik rumah lagi. Melepak di port kami macam biasa. Hisap rokok sambil bahagi duit yang kami dapat. Banyak juga duit, kalau total semuanya tujuh ratus. Kira sorang dapat tiga ratus lebih.

Masa tengah lepak lagi tu. Aku mula perasan orang tua bongkok tiba-tiba je ada kat tepi jalan. Dalam gelap dengan pakai tongkat dia jalan pelan-pelan. Mulanya aku malas nak ambil peduli. Tapi bila aku toleh kali ke dua, dia dah makin dekat. Yang peliknya tak kan jalan terhegeh-hegeh macam tu boleh cepat sampai. Dia lari ke apa.

Masa tu aku malas fikir. Aku layan si Anuar cerita pasal awek awek yang pernah date dulu. Tiba-tiba ada bau busuk gila, busuk macam bangkai anjing mampus.

Aku dan Anuat kembang kempis hidung dok cari bau datang mana. Mulanya ingat Anuar tu kentut. Dia pun tuduh aku kentut. Tapi tak masuk akal la kentut manusia bau busuj tahik je, ni bau bangkai tak hilang-hilang.

Lepas tu aku perasan nenek tu dah tak ada. Patutnya dia mesti melintasi aku dan Anuar. Tak kan pulak dia patah balik, kalau patah balik pun belum tentu dah pergi jauh dalam keadaan dia macam tu.

Tengah aku dan Anuar dok cari bau tu. Kami dikejutkan dengan nenek tu yang muncul dekat dengan motor Anuar. Masa ni aku rasa nenek ni bukan orang. Lain macam. Muka dia aku tak nampak sebab dia berdiri membelakang lampu jalan. Nenek tu berdiri je tengok kami.

Aku apa lagi terus start enjin motor nak blah dari situ. Hampir je aku tinggalkan Anuar. Dia tu pulak tak berani nak pergi dekat dengan motor dia sebab nenek tu ada sebelah je dengan motor dia.

Jadi aku pecut motor dengan Anuar bonceng belakang. Sepanjang tu aku dan dia diam je. Rasanya muka aku sama pucat dengan Anuar. Lepas hantar Anuar balik, aku terus pecut balik rumah.

Sampai kat selekoh tu aku nampak lagi nenek tu berdiri tepi selekoh. Macam tunggu aku je. Lepas tu lagi la aku pecut. Kalau malam tu malam race, memang aku boleh menang kot.

Sepanjang jalan tu aku asyik nampak nenek tu saja. Kejap kejap muncul tepi jalan. Last yang paling gerun dan hampir buat aku nak terbabas bila nenek tu duduk tengah jalan. Nasib aku la tak baik, sebab jalan tu pulak sunyi, malam pun dah pukul satu.

Aku jerit nak pecut lagi. Masa elak tu aku hilang kawalan. Nasib boleh kawal. Sampai rumah aku terus masuk bilik. Sepanjang malam aku tak tidur sebab dengar orang ketuk pintu panggil nama aku.

Esoknya aku demam. Aku ingat gangguan tu kejap je. Benda cuma usik aku. Tapi dia muncul lagi. Masa maghrib aku tidur kat bilik. Mak panggil aku, aku tak bangun sebab rasa lemah dengan demam tak kebah lagi.

Tengah lali tu aku dengar bunyi krek bawah katil. Lepas tu ada bau busuk bangkai. Cepat-cepat aku bangun lari keluar dari bilik. Sempat aku toleh tengok bilik aku. Rupanya benda tu duduk atas almari.

Sebab takut sangat aku terus terjah bilik bapak aku. Tak kira la bapak nak marah ke tak. Aku dah tak sanggup.

Lepas cerita esoknya, bapak dan mak tak percaya. Diaorang kata aku igau sebab demam. Siap kena marah lagi sebab aku balik malam.

Petang tu aku dok tengok tv dengan mak dan kakak. Tiba-tiba pintu bilik aku terbuka. Semua orang kat ruang tamu boleh nampak bilik aku sebab bilik aku dekat je dengan ruang tamu. Pintu bilik tu terbuka sendiri lepas tu katup sendiri. Nak kata angin, mana ada angin.

Leka tengok pintu bilik aku, bila aku toleh nenek tu berdiri kat depan tv. Kali ni jelas nampak muka dia. Berkedut gila dengan mata merah berurat. Ketawa mengekek.

Apa lagi aku jerit la terkejut. Tapi mak dan kakak tak nampak. Diaorang cuma boleh bau je, bau busuk bangkai memang kuat satu rumah. Mak pula tak henti gosok bulu roma dia yang menegak.

Malam tu dengar ada orang hembus telinga aku. Bisik nak barang dia balik atau dia nak nyawa aku. Aku nak bangun tak boleh, tapi aku sedar semua ni. Katil aku macam kena goncang. Bila aku buka mata dia betul-betul duduk sebelah aku. Aku jerit minta tolong pun tak mampu. Suara macam hilang.

Aku pejam mata sampai aku tak sedar esok dah siang. Bila bangun ada bapak kat sebelah. Rupanya malam tu aku kena sampuk. Aku meroyan minta barang aku balik. Membebel macam orang tua lepas tu mengekek gelak.

Nasib baik ayah aku tau jugak sikit nak ubat orang kesampukan ni. Jadi keadaan terkawal. Tapi bila malam aku nak kena balik. Aku rasa tangan kaki aku kebas semacam. Hidung aku sorang je bau busuk bangkai.

Malam tu jugak ustaz kat masjid datang. Ustaz kata dia dah dok dalam badan aku dah pun. Ustaz tekan ibu jari aku mula rasa sakit. Sakit gila kot, padahal ustaz pegang je pun.

Lepas ustaz baca doa aku pun tak ingat apa jadi.

(Tamat aku sebagai Ijam)

Melalui cerita Pak Teh, benda tu minta pulang balik milik tuan dia atau dia akan bersarang dalam badan Ijam. Masalahnya nak pulang balik macam mana, tuan dia pun kita tak kenal.

Benda tu pun marah sebab tuan dia tercedera. Patut Ijam dan Anuar kena benda sama macan tuan dia kena.

Dua hari juga berubat Ijam, dalam masa sama bapak Ijam telephone Anuar nak tanya khabar. Rupanya Anuar pun teruk kena.

Jadi malam tu family Anuar pun datang rumah. Berubat sekali. Malam ketiga ni aku pun ada sekali. Rumah aku tak jauh sangat. Jadi aku dan abang datang nak tolong apa yang patut. Sebab bapak Ijam ni pun baik dengan kami.

Masa ustaz baca doa tu, Anuar mengekek gelak. Part ayat kursi tu dia ikut macam mengejek, tapi sampai kat ayat akhir tu dia tak ikut pun. Ustaz baca sambil tangan dia macam tarik benda keluar.

Tak lama tu Anuar muntah keluar uban putih. Bau dia busuk, betul sangat busuk. Lepas muntah tu Anuar terbaring lemah.

Sampai kat giliran Ijam, Ijam mula mengganas. Dia nak tendang ustaz tapi tak dapat.

Benda tu kata kalau nak dia balik, kena bagi sikit darah Ijam dan darah Anuar. Lepas tu dia balik. Ustaz tak nak kasi.
Ustaz buat benda sama macam kat Anuar. Tak lama tu Ijam muntah dan keluar uban.

Lepas tu ingat semua okey. Selang dua hari Ijam jadi balik. Benda tu tak akan putus asa selagi barang tuan dia tak dipulangkan balik.

Dia kata tuan dia susah sebab Ijam dan Anuar ambil barang tuan dia. Panggil ustaz, kejap je dia hilang lepas tu dia datang balik.

Dekat sebulan jugak Ijam kena. Badan pun makin kurus. Kalau tak ubat juga mungkin boleh gila atau mati.

Sampai satu malam, Pak Teh aku mimpi benda tu suruh Pak Teh aku letak duit tujuh ratus kat belakang rumah sekali dengan darah ayam.

Pak Teh aku buat juga. Dia letak duit tujuh ratus tu tapi dia bagi darah ayam.
Esoknya duit berbungkus kuning tu hilang. Entah orang ke atau benda tu ambik.

Lepas tu Ijam dan Anuar dah okey. Tak lama lepas tu Pak Teh mimpi benda tu nak darah Ijam dan Anuar sebab diaorang dah tumpahkan darah tuan dia.

Esok malam tu dapat berita Ijam dan Anuar kemalangan masa race. Ijam koma seminggu dan Anuar terkoyak perut. Tapi Alhamdulillah diaorang masih bernyawa dan diberi peluang untuk berubah.

Lepas pada tu, dah tak ada lagi gangguan. Ijam dan Anuar sekarang dah berubah. Kedua sahabat baik tu sambung belajar di giat mara dan sekarang dah kerja. Ijam pulak sambung belajar diploma di UiTM. Race semua tu dah jauh tinggal.

Ambil la pengajaran daripada cerita ni. Cerita la kat anak remaja kita sebagai pengajaran. Yang baik dari Allah dan yang buruk dari aku.

Sekain…

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

ZRUL
FOLLOW FB KAMI.

10 comments

  1. Mmg bangsat lah perangai dok ragut meragut menyamun ni…pastu pulak kt pompuan…nasib x kojol…lain kali buat lg…kemaruk nk berduit pi kojer lah…bangang

  2. Masa lepas kena ragut dulu tu…ada gak la terpikir x de ke hantu dtg usik2 diorg ni…x kisah la hantu sesat ke kan.. Eh ada yg kena rupanyer.. Kebetulan plak dia rompak org ada penjaga huhu….

  3. pergh.. dasyatlaa crita ni.. mmg terbaek.. hrp dodua malaun tu insaf la smpai ke sudah,, geram btol aku dgn prangai suka ngambek brg org ni. ni kn pulak menyamun. mmg mndapatlaa.. patut hantu2 ni ngacau perompak penyamun cmni ja, ada jgk faedah. drpd ganggu org yg xda kaitn

    1. Itu la… Dah kena hampir nak mampus baru tersedar… Ragut org bukan main berani.. Lumba haram tak takut mati… Sekali hantu datang takut pula nak mati.. Pengajaran yg terbaik bagi yg susah nak terima ajar… Tahniah kerana berjaya berubah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.