Basikal Tua Atok

Assalammualaikum warga FS yang dikasihi. Aku Nick. Ok aku ada kisah yang tak seberapa seram nak dikongsikan disini (maaf la ye kalau ayat berbelit²). Kisahnya bermula apabila aku sekeluarga berpindah ke sebuah pekan kecil di daerah Batu Pahat. Kami sekeluarga tinggal di kampung dan berjiran dengan seorang atok yang sangat daif kehidupanya. Aku panggil dia Tok Leh, orang kampung panggil dia Angah Leh. Tok Leh ni duda anak 4, tapi kata orang kampung tak da sorang pon anak dia yang pernah lawat dia lepas kematian isterinya. Anak-anak Tok Leh semua kerja baik. Tok Leh kerja menoreh getah, tiap awal pagi Tok Leh pergi noreh dengan basikal usang dia.

Kisah seramnya terjadi apa bila Tok Leh meninggal dunia secara tiba-tiba dirumahnya. Disebabkan aku berjiran dengan Tok Leh dan rumah kami jaraknya boleh dikatakan sangat dekat, memang macam macam bunyi lah boleh dengar. Selepas seminggu kematian Tok Leh, banyak perkara mistik berlaku kepada keluarga kami. Antara yang paling kerap ialah bunyi basikal usang Milik Tok Leh dikayuh. Gangguan ini akan berlaku sekitar jam 5 pagi. Pernah suatu hari ayah ternampak basikal Tok Leh ‘bergerak’ mengelilingi kawasan rumah Tok Leh seperti ada ‘sesuatu’ yang mengayuhnya. Tiap malam juga adik aku akan menangis sambil jarinya menunjuk ke arah sesuatu yang tidak pasti ‘apa benda’.

Bukan setakat adik je yang dikacau, tapi satu keluarga pernah termasuk aku. Aku diganggu beberapa malam sebelum exam. Normal la bila study sampai lewat malam kan? So aku akan tidur jam 1 ke 2 pagi gitula. Aku ni jenis yang ada masaalah ‘buang air’ tak lawas, nak dijadikan cerita malam tu aku kerap ke tandas. Masa tu entah kali ke berapa aku ke tandas aku ‘disapa mesra’ benda tu (tandas letaknya kat bahagian dapur ).

Masa nak ke tandas tu macam ada bayang hitam bertenggek atas peti ais. Aku pon tak lah ambik kisah sangat sebab dah malam kan mungkin aku pun memang dah mengantuk sangat, tapi yang seramnya bila benda tu mengilai pulak dah T_T. Masa tu rasa macam nak menjerit dan lari laju laju, tapi lidah rasa kelu, badan terus kaku bila benda tu betul² muka dia lebih kurang 3 inci dari muka aku (huhuhu) muka dia warna hijau lumut berlendir, rambut serabai, ada darah hitam busuk gila keluar dari mulut dia.

Sampai sekarang tak boleh lupa bau dia. Aku terus pejam mata dalam hati baca macam² doa & surah yang aku ingat. Tak lama lepas tu benda tu hilang rasanya sebab bau busuk tu pun dah takda, aku terus lari masuk bilik. Tak cukup dengan tu kat bilik pon dia nak kacau daa. Masa masuk bilik nak baring kat katil, dah tutup lampu dng pintu tiba tiba ada ‘suara’ panggil nama aku, terus bangun bukak lampu. Satu malam dengan lampu terpasang sebab dah takut sangat.

Esoknya aku terus demam panas dan dituruti oleh adik dan ibu. Disebabkan tu ayah pun terus bawa ustaz datang rumah (ustaz tu, ustaz kampung tu jugak). Baru lah kami sekeluarga tau yang arwah isteri Tok Leh tu dulu mengubat orang, benda tu marah dengan arwah isteri tok leh sebab pisahkan dia dari tuan dia. Benda tu jugak yang yang menyebabkan Kematian Tok Leh. Benda tu tolak Tok Leh sampai jatuh dan terus meninggal. Masa ustaz tu nak halau ‘benda’ tu pergi, dia tak nak. Sebab dia sayang dengan basikal tua Tok Leh tu.

Basikal tu bekas tuan dia yang hadiahkan kepada isteri Tok Leh dah lama dulu sebab isteri Tok Leh tak kan terima apa apa bayaran, jadi dia bagi basikal tu sebagai tanda terima kasih kepada arwah isteri Tok leh. Lepas kejadian tu benda tu dah tak ganggu sangat dah, setakat bunyi ketuk tingkap dengan bunyi basikal dikayuh tu je lah memang dah selalu. Sekarang pun kitorang dah tak tinggal kat rumah tu sebab ayah dapat pindah daerah lain.So sampai sini jelah cerita aku yang tak seram ni maaflah kalau bahasa terabur. Sekian.

2 comments

  1. Gempaq tu beskal auto cruise, canggih woo leh gerak sendiri, heheheheee…

    High of sentiMENTEL value plak benda tu yer…
    X dpt berdamping ngan tuan, ngan beskal pon jadilah utk melepas rindu…
    Sgt setia…terharu sebak plak tetbe…
    Manusia pon x sesetia itu…memilih…
    Ape brg beskal2 kan…
    Bmw nak ler…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *