Bawah katil ada apa?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca FS yang tegar sekalian. Hehehehehe. Aku tak tahu ni dah kali ke berapa aku hantar cerita untuk dipublish. Maybe sebab cerita aku tak seram tambah lagi dengan jalan cerita yang tak ummph kan. Hahahahahah.

So, aku decide nak hantar lagi sekali. Terima kasih sangat sangat admin FS kalau kali ni cerita aku di publishkan. Heheheheheheh. Nama aku Ain. Nak panggil Comel pun boleh hahahahaha. Okay! Kali ni aku nak cerita pasal kenangan sewaktu aku menuntut di salah sebuah matrikulasi di utagha tanah air. Pepandai hampa la nak teka hat mana satu noh.

Benda ni mula jadi bila kami semua masuk semester kedua kat sana. FYI, aku menetap dekat blok B. Masa ni ntah macam mana kan, femes gila dengan kisah candy. Ala candy hat bunjut tu aka poc***. Ada jugak sorang member aku ni, dia siswa duduk dekat blok A jadinya satu malam tu dia turun nak pi laundry baju.

Kalau korang nak tau, nak sampai bilik laundry ni kan ada satu lorong jauh sikit ada la dalam 50m atau kurang gamaknya baru sampai tempat laundry tu. Jadinya, dia pun jalan ler sensorang. Oh lupa nak bagitau belakang blok A dengan B ni betul betul menghadap ladang kelapa sawit gais. Dipisahkan oleh pagar je. And yes! Bilik laundry kami memang akan nampak ladang tu. Guess what, kawan aku tu ditakdirkan nampak candy ni haa. Yang best, bukan satu, bukan dua tapi tak silap aku 3 atau 4 cenggitu. Apa lagi, lintang pukang member aku lari naik bilik kan. Tak cukup tanah berlari.

Dia cerita balik candy tu macam bawak family sebab ada tinggi ada rendah macam mak ayah bawak anak anak gitu haa. Cuak tau member aku haa Alhamdulillah tak demam.

Berbalik pada kisah aku, aku jarang tidur bilik sendiri. Aku suka mengular buat lab report study semua dekat bilik kawan aku. Satu bilik ditempatkan 4 orang. Sepanjang sem tu memang banyak kejadian mistik sampai satu malam ni kira boleh tahan la takut tu enn. Kawan aku si D ni memang kalau dia terjaga tengah malam kalau dia tak sedap hati dia akan lari pergi bilik si I. Padahal bilik I ni jauh sikit pastu kena lalu bahagian tandas. Tandas tu terletak tengah tengah blok.

Kira pemisah antara bahagian kiri dan kanan bilik D dengan I. Malam tu aku tidur dengan D. Berhimpit la sekatil tidur 2 orang kan. Tetiba aku terjaga dalam pukul 3.30 pagi cemtu. Aku tengok si D dah hilang. Aku dah maki la sebab tinggalkan aku kenn. Tetiba gais, aku dengar luar pintu macam ada rantai besi kena seret gais. Aku dah kecut gila sampai tertidur sendiri. Esoknya aku tanya si D ni haa menatang apa pulak dia nampak semalam.

Dia cakap dia nampak bawah katil roommate sebelah tu elok terletak seketui candy landing bawah tu. Dia memang yakin namatey pasai roommate dia tu memang biarkan bawah katil kosong takde apa apa. How come ada sekujur tubuh kenn. Gais, dah la aku tidur menghadap katil roommate tu gais. Alhamdulillah aku tak sedar masa dia terbangun tu.

Haa tu la pengalaman aku. Maaf la kalau tak seram gais. Bagi aku seram la kalau buatnya aku terjaga kan hahahahaha. Sebenarnya banyak lagi kejadian aku kena. Sampai la aku kat ipt ni sekarang.

Insha Allah kalau ada rezeki di publish kan cerita ni, aku sambung lagi ya. Assalamualaikum dan selamat sejantera semua FS readers.

.

Ain
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 comments

  1. KEJADAH TULIS MACAM NI MEMANG MINTAK KENA KECAM
    BAJET BEST
    BAJET HIPSTER KE APA TULIS MACAM BUDAK SEKOLAH MENENGAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.