BAWAK BALIK KAWAN

Terima kasih kepada admin sebab publish cerita ni. Cerita ni bukanlah cerita yang terlalu menyeramkan tetapi lebih kepada untuk berkongsi pengalaman dan memberi pengajaran. Sebelum memulakan cerita aku ingin memperkenalkan diri aku. Aku merupakan seorang mahasiswa di salah sebuah universiti awam jauh di selatan. Aku merupakan seorang pelajar yang sangat suka dengan aktiviti lasak atau aku sebut sebagai aktiviti ‘outdoor’ dan aku juga sangat gemar dengan program volunteerism. Ini adalah pengalaman aku sendiri.
Nama aku Ashaa (nama panggilan). Cerita ni bermula masa aku join aktiviti sukarelawan di perak.. Jauh ke pedalaman untuk membina rumah-rumah orang asli. Program kami berlangsung selama seminggu di sana. Semua makan dan minum diuruskan oleh pihak universiti dan pihak kontraktor di sana.
Sepanjang perjalanan, boleh dilihat kiri dan kanan adalah hutan. Mestilah hutan kan, nama pun perkampungan orang asli, tapi sebelum masuk kawasan orang asli tu, ada ja kawasan perkampungan biasa, ada ja kedai runcit, dewan dan surau. Setibanya di perkampungan orang asli, aku lihat sekeliling. “ermm, cantik jugak kawasan dia ni.” Keliling bukit, ada sungai dan dingin ja suasana kat sana. Kami tinggal di dalam rumah yang baru siap dibina oleh pihak kontraktor kat sana. Ada dua unit rumah, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Rumah tu kosong, tingkap tak ada dan lantai simen. Bahagian dapur rumah belum siap sepenuhnya dan habuk tu tak payah cakap la. Rumah baru siap kan, mestilah habuk dan sebagainya. Korang bayangkanlah sendiri. air paip sejuk nak mati sebab air bukit kan.

Kami pun kemas lah rumah tu dan alaskan dengan tikar yang kami bawak. Masing-masing tidur dalam sleeping bag je.. sejuk menggigil tu tak payah cakap. Rumah kami duduk tu sebelah je dengan rumah tok batin dan dia bela banyak anjing. Anjing dia ni macam-macam jenis dan ada yang rupa macam babi (aku syak dia mix kan baka anjing tu dengan babi). Sepanjang dekat sana tak ada apa pun berlaku kecuali rumah kami kena ceroboh dengan anjing dan bersepah segala isi dalam rumah. Dah jadi satu hal nak kemas and nak samak pulak. Masa aku tengah tolong samak apa semua, aku gurau-gurau la dengan kawan aku ni. ‘anjing ni macam babi la weyh. Sumpah ni anjing ka babi?’- aku sambil gelak-gelak. Aku bukan nak insult anjing tu pun, aku just luahkan apa yang aku rasa. Malam-malam bunyi anjing menyalak, bunyi-bunyi tak sedap tu dah jadi benda biasa pada kitaorg. Dan habislah program kat sana selama seminggu.
Kejadian pelik start berlaku masa aku dah balik dari perak. Lepas ja program kat sana, universiti aku dah masuk minggu akhir kuliah dan get ready untuk final exam. Cuti cristmas , family aku dari utara (aku asal utara) datang KL jalan-jalan dan aku pun turun la KL jumpa family aku. Masa ni, takde lagi benda pelik. Anak buah aku kembar dan mata dia jarang sikit (boleh nampak benda bukan-bukan) tapi okay je dengan aku. Takde rasa takut atau nangis ke bila dengan aku. Oh, anak buah aku ni umur 3 tahun masa tu. Lepas dah bercuti dengan family, aku decide balik kampus awal sebab aku ada project yang nak kena submit before paper aku start. Berbaki lagi 5 -6 hari sebelum paper start, aku dah balik kampus dan masa ni hostel lengang gila. Ye la, sape je nak balik awal kan.
Hari pertama sesorang, aku stay up and lepas subuh baru tidur, takde benda pelik pun jadi. Hari kedua, aku jumpa teammate aku untuk betulkan project, report apa semua. Teammate aku ni lelaki dan diaorang ni suka sangat menyakat aku, so diaorang buka cerita pasal pontianak ke langsuir (aku tak sure tu hantu apa) yang viral kat universiti aku. Budak FKE stay back kat fakulti sampai pagi buat insta story dan tak sengaja tertangkap gambar benda tu sekali. Actually, aku dah tau cerita tu awal lagi masa aku scroll twitter tapi aku pilih untuk ignore je benda tu.
Malam tu, aku buat kerja macam biasa. Lebih kurang pkul 3.20 pagi macamtu, aku dengar orang bisik (bisik tapi jelas gila dia sebut) panggil nama aku. Bisikkan tu bukanlah aku dengar dekat telinga aku tapi jauh. Aku dekat meja study aku, ‘benda’ tu bisik panggil aku dekat bahagian meja roommate aku. Jauh tapi jelas. Dia panggil aku ‘ashaa..’ beberapa kali.. aku tersentak la, dah la sesorang, dah tu buka lampu meja je, bilik gelap.

Aku tengok tingkap (meja study aku mengadap tingkap). ‘takde pape kot ni. Dia nak gurau je kot, takpe dia kat luar.’ – aku takut tapi teruskan je kerja sebab nak kena submit cepat. Aku assume benda yang kacau tu benda yang sama kat FKE tu and benda tu kat luar bilik aku, so lantak dia. Bodohnya aku pikir camtu, takkan la benda tu tak boleh masuk dalam bilik kan.. aku bukan pagar bilik aku pun.. betul-betul nak sedapkan hati. Kerja aku teruskan sampailah subuh dan tidur.
Petangnya tu, aku batuk dan berdarah lagi. Oh, lupa nak bagitau. Since aku balik dari perak, aku batuk-batuk dan kahak aku berdarah. Masa aku kat perak, aku demam dan kahak aku memang ada darah. Kiranya aku keluarkan kahak tapi darah yang keluar, kiranya kahak campur darah la tapi nampak darah banyak dari kahak. Hahaha.. pandai la korang faham. Kebetulan kat kampus aku masa tu panas dengan isu TB. Ada kes yang kena dan disyaki kena TB dan kena kuarantin. Aku pun balik je dari perak sebelum aku balik KL jumpa family aku tu, aku pergi je pusat kesihatan universiti (PKU) untuk check up. Dr buat semua test TB, hati apa bagai dan semuanya clean. Test darah takut ada infection, clean jugak. So sambung cerita petang tu, aku rasa tak sedap badan, tak sedap hati semua ada. Aku whatsapp tanya pendapat kawan-kawan aku (geng sekolah dulu), diorang suruh aku cuba berubat kampung. Aku pun terus la whatsapp cousin aku untuk tanya pasal ni sebab cousin aku ni memang ada kebolehan sikit.
Cousin aku bagitau “ada pergi hiking ke mana-mana ke sebelum ni sebab akak nampak memang ada something dengan ashaa sekarang ni and benda tu macam dari kawasan-kawasan bukit, hutan macam tu. dia ikut ashaa balik ni”. WHAT! Terkejut beruk la aku ni. So benda yang kacau aku tu bukan la yang kat luar tapi benda yang ada dengan aku?? “ashaa, akak nampak awak ni ada salah makan ni. Pelaris tapi somehow benda tu macam jadi santau, tapi bukan lah santau teruk-teruk tu. Termakan benda kotor.”
LIKE WHAT?? Aku terus cuak. No wonder la aku batuk ada darah lagi walaupun dr cakap aku takde pape,sihat je. Tapi aku salah makan kat mana? Perak? Kat johor? Kat kampung? Kat KL? Aku tak tau dan sampai sekarang aku tak tau. Since that, anytime anywhere aku asyik kena kacau. Dengar orang panggil nama aku. Nada macam berbisik tapi bukan dekat telinga aku. Kadang dekat penjuru bilik, kadang dekat tingkap. Aku hidup dalam ketakutan sebab aku tau benda tu ada dengan aku. Aku mintak tolong cousin aku bagi nombor telefon orang yang boleh ubatkan aku dan orang tu stay dekat Sungai Buloh. Jauh kot nak pergi sana and aku ada paper lagi 2 hari. Time sembahyang aku kena kacau , time nak tidur, time study. Masa tu aku macam hilang arah. Menangis je sebab takut. Aku tak bagitau mak aku tapi aku bagitau kakak aku je. Bila dah tak tahan, aku call mak aku mintak doakan aku. Lawak weyh, aku masa tu. first time kena macam ni. Before this pun, paling-paling tidak ‘benda-benda’ tu ikut je aku balik tapi tak pernah kacau aku. Aku ni selalu bawak balik ‘kawan’ dan cousin aku la selalu tukang bagitau aku bawak balik ‘kawan’. Mak aku ada mintak tolong orang kat kampung aku tu tengokkan aku dan orang tu cakap aku ada buat ‘benda’ tu marah sebab tu ‘benda’ tu kacau aku.
Aku tahan je diri aku, buat la apa yang patut. Sampai aku habis 3 paper dan aku ada gap 11 hari untuk next paper, baru aku g umah along aku kat KL untuk balik berubat.

 

Masa on the way pergi berubat, badan aku rasa sakit-sakit, lenguh-lenguh. Masa tu, allah je tau apa aku rasa. Bila dah berubat je, aku rasa ringan sikit badan aku ni. Dan soalan yang sama dituju kat aku “kamu ni ada salah makan kat mana-mana ke? Saya nampak macam kamu termakan kuih atau benda rebus”. “Dah lama ke benda kotor tu ada dalam badan saya?”. “ Tak kurang dalam 3 bulan. Sebenarnya, dekat kamu ni bukan ada 1 ‘benda’ ja tapi ada banyak. Bila kita termakan benda kotor ni, yang kotor tu akan jadi macam magnet yang akan attract makhluk-makhluk ni dekat dengan diri kita. Sekali termakan benda kotor, badan kita akan nak lagi benda kotor tu. Peniaga-peniaga ni kadang pakai pelaris tapi tak tau kesan pelaris tu sendiri. Manusia dan jin ni ada aura da bau yang tersendiri. Bila kita makan banyak benda kotor, aura kita akan jadi seakan-akan aura jin, hampir sama dan sebab tu kita mudah kena kacau, boleh nampak benda bukan-bukan dan sebagainya. Ni mujur kamu datang awal, kalau lambat sikit ni, rasanya kamu dah boleh nampak dah apa yang ada sekeliling kamu tu”. Gila apa aku yang tengok benda makhluk tu. Dengar dia panggil je dah buat aku hilang arah ni kan lagi nampak. Mintak dijauhkan la.

So kesimpulannya, hati-hati nak makan kat kedai tu and mulut tu kena jaga-jaga. Jangan main cakap je walaupun bergurau. Ada je detail yang aku tak cerita kat sini.. kalau ada masa aku share lagi ye. Kalau yang curious nak tau aku kena kacau lagi ke tak, lepas je berubat kat sungai buluh tu ,aku balik kena treat diri sendiri jugak. Amalkan apa yang patut. Dan sekarang, dah hampir setahun kejadian tu. Aku kadang-kadang dengar jugak macam bisik or tetiba ada orang panggil nama tapi aku cuba positifkan diri yang tu hanya perasaan aku sebab aku penat la nak hadap benda tu lagi. MAKHLUK ni ada je sekeliling kita, kita je tak sedar. Kalau aku baca cerita hantu ke kan, nanti ada je tetiba orang jerit ‘oii’ kat telinga aku dan kadang aku macam dah terbiasa pulak. Kah! BERGURAU PULAK DIA, DAH JANGAN KACAU AKU. PERGI MAIN JAUH-JAUH SANA.
TAMAT.

ashaa
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

21 comments

    1. Ha’ah.. Menurut orang yg tlg tgkkan saya tu, mmg dyorg yang hantar.. Cumanya xtau la exactly sape orang tu. Nanti saya detailkan utk next story kalau berkesempatan..

  1. Tok Rimau. Actually, yang adik ni cakap anjing mix pinky tu baka pitbull tapi dia tak tau nak sebut apa nama baka tu.

    Sebab memang baka pitbull hidung dia sebiji macam hidung pinky tu .

  2. Ha’ah.. Menurut orang yg tlg tgkkan saya tu, mmg dyorg yang hantar.. Cumanya xtau la exactly sape orang tu. Nanti saya detailkan utk next story kalau berkesempatan.

  3. Orang utara = samak = cuci najis berat = a sevenfold ablution
    Orang selatan = sertu = cuci najis berat = a sevenfold ablution
    Samak = bersihkan kulit haiwan = to tan = utara dan selatan guna perkataan sama

    1. tu bahasa adat. Tapi istilah sekarang yg standard memang sertu kalau sucikan najis bekas anjing/babi, samak utk kulit haiwan.

  4. Peniaga ? Ko beli makan kat pasar malam ke smpai sangkut paut pulak dgn peniaga ni . Lain kali cerita tu bagi habis jangan smpi org salah faham !

    1. Nia, kalau dia makan kt kedai makan pun owner kedai makan or restaurant tu pun dipanggil peniaga kan? apa yg nak salah pahamnya? owner pam minyak pun peniaga jgk . sama je . selagi pekerjaan dorang tu sangkut dgn bisnes, dorang tu peniaga la . tak kira la bisnes apa pun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.