Bayang dan pocong

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat follower FS,. Biasanya aku membaca ja kalini aku nak story sikit.. maaf kalau tak seram dan ayat ayat berterabur hampa.. terima kasih kalau FS siarkan kisah aku ni..biar aku kenalkan diri dulu aku nisa.. umur aku 20an.. first sekali ni pengalaman aku sendiri.. aku pecah kan beberapa bahagian ya..

Intro
Aku sekeluarga tinggal dikampung rumah pusaka arwah tok dan tokwan aku.. tok aku bidan kampung semua kenal dia..dan aku tak rasa tok aku membela atau memakai apa apa tok tiap hari sebelum tido mesti ‘pegang’ quran tahajud tiap malam bangun.. walaupun umur dah masuk 90..aku tinggal sana lama dah.. dari aku sekolah rendah lagi lepas tu tok aku sakit tua dan meninggal.. (al-fatihah) rumah papan yang besar 2tingkat.. ruang tamu bawah boleh main badminton hahaha..

Selepas arwah tok pergi aku tido bilik tok aku dengan adik aku kami berkongsi bilik.. dalam bilik tok ada tingkap nako yang kembar tiga tu.. bertentang dengan tingkap nako tu ada pokok asam jawa pokok ni besar gila.. dari mak aku budak pun ada dah pokok ni series besaqq.. dan aku ada mak saudara tinggal dibelakang rumah dan bapa saudara aku rumah depan.. kira rumah dekat dekat la..

Bayang
Selepas tok aku meninggal dalam setahun.. aku pun dah tamat sekolah menengah, sementara nak tunggu intake atau nak sambung belajar mana mana aku kerja dulu,. di pasaraya dalam 15minit jarak dari rumah aku.. hari tu shift pagi so balik petang.. malam lepak dalam bilik aja pukul 10 lebih macam tu.. bilik masa tu aku dah padam lampu jadi hanya berteman cahaya handfone.. aku baring dikatil mengadap tingkap.. luar pun gelap sebab kat tingkap pun nampak gelap sebab mak aku basuh langsir yang tebai tu dia tukaq yang nipis tu.. hanya nampak cahaya pantul dari rumah jiran sebelah rumah bapa saudara aku tu..

Tiba tiba tak semena mena aku nampak bayang ditingkap kepala bulat tengkok takda, jalan (lalu) lurus ja kat tingkap tu macam mengetam.. dalam hati terus pikir tak mungkin kebetulan sebab macam bentuk fizikal orang pastu rendah.. lagi pun benda tu lalu lurus aja macam naik scattboard pun ada bayangkan mana ada orang jalan mengetam aku terus seram.. yang boleh nampak pun sebab pantulan cahaya lampu luar jiran seberang tu,.rumah belakang apa semua dh padam lampu..tambah pulak langsir nipis aduu..

Sebab selama aku tinggal kat situ tak pernah lagi kena usik..aku buat tak tahu ja sambung main handfone lepas dalam 10minit macam tu ada bayang pulak kali ni bentuk lain.. tinggi kepala botak bentuk panjang macam tu., lalu straight jugak di tingkap tapi tak mengetam..kalau manusia biasa jalan mesti ada terentak gerak geri jalan tu ni lurus saja lalu..terus keras panggil adik aku bukakan lampu.. aku teringat la pakcik man ka yang lalu (pakcik man rumah belakang).. Esok tu terus cerita kat mak aku.. mak aku tanya makcik aku (adik mak aku) semalam pakcik man aku tak kerja ka.. makcik aku kata kerja malam dia minggu ni.. tapi mak aku tak cerita pun apa yang aku nampak.. aku teruss nahh pastu semalam tu aku nampak tu apa.. tapi paling aku ingat yang jalan mengetam tu sungguh seram.. aku sampai sekarang terpikir benda apa tu.. nenek tua membongkok kah? Sebab rendah dan tak nampak tengkuk kepala dengan bahu aja nampak eee seram..taktahu lah korang seram ka tak bagi aku masa tu jantung tu laju macam nak lucut..

Pocong
Okay masuk aja chapter ni terus aku bangun bukak lampu hahaha.. maaf aku penakut sikit.. tapi peminat cerita horror haha..Lepas aku kerja di pasaraya tu dalam 5bulan aku sambung belajar.. institusi mana tu aku rahsia kan la ya.. cuma aku nak bagitahu institusi ni asrama lelaki sebelah bukit bengkel bengkel pun sebelah bukit.. padang sebelah kubur cina.. aku tinggal di asrama..setiap bilik kongsi berdua mesti kena senior dan junior.. aku tinggal dengan junior.. so ada dorm yang deretan sebelah ampaian ada yang dorm deretan mengadap kantin.. bilik aku sebelah ampaian..\

Malam tu dah lewat pukul 1:20 pagi aku tak tido lagi sebab esok takda kelas hee..budak bilik aku dah nyenyak.. aku scrool layan handfone.. lepas tu aku bangun pergi mirror selfi kat cermin junior saja bosan cari penyakit aku ni.. so pantulan nya mesti la kena almari belakang aku kan..flash lupa katup aku terus duduk kat katil.. saja aja test camera masa tu.. almari pakaian aku pulak pintu terbukak.. bila aku zoom part almari aku yang baju berhanger hanger tu aku nampak berbungkus.. sahh ni pocong ni..berbungkus real atas kepala tu berikat tapi tak nampak la kain putih tu dia macam nak transparent pun ada tapi muka aku tak nampak..part muka hitam kosong aja.. umpama pocong tu dok dalam almari aku wei hampa boleh imagine dak.. terus aku berselimut tido lepas aku tenung gambar tu.. lampu pun tak bangun katup.. rasa nak pi tambah air kat hospital aja time tu hahaha.. itu saja cerita aku setakat ni.. kalau rajin nanti aku sambung kisah aku lagi kat asrama.. terima kasih assalammualaikum..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nisa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

1 thought on “Bayang dan pocong”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.