Bayang Hitam Mata Merah/Encik Pocong

Assalammualaikum & salam sejahtera. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada admin atas kesudian admin untuk publish cerita saya yang pertama dan saya lebih berbesar hati jika admin publish lagi cerita saya yang kedua ini. Tak lupa juga dengan komen negative yang membuat semangat saya untuk menulis jadi berkobar-kobar haha..maafkan segala kesilapan saya di penulisan yang lepas. Harap penulisan baru ini mampu menyeramkan pembaca-pembaca sekalian alam 😉

Saya ada mention kan dalam MAKCIK TUA BAGI PERINGATAN yang saya akan ceritakan pengalaman saya ditemani oleh ‘akak’ ketika tidur sehingga menyebabkan saya dah tak berani nak tidur gelap sendirian kecuali berteman. Cuma saya sendiri tak pasti adakah ‘akak’ atau ‘abang’ yang temankan saya haha. Kali ni cerita real, bukan mimpi 

Ok! Cukup intro saya. Back to story….

Trauma saya bermula pada satu malam, (tahun 2010 – saya tingkatan 4) malam hari biasa jer takda malam yang spesifik.Yang ada dalam rumah masa tu cuma ibu, 3 orang adik lelaki saya dan saya sendiri. Ayah kerja shift malam jadi esok pagi baru balik rumah. Malam tu takda apa yg ganjil pun. Semua ok. Takda ribut bagai. So, takda la feel2 seram tu. Saya dah biasa masuk bilik jam 9 ke atas sebab adik dah masuk tidur awal (esok nak sekolah). Jadi kat luar (ruang tamu) dah gelap cuma lampu dapur je yang bukak. Jam 10 malam masih ok lagi sampai la dah nak dekat jam 11 tu, saya hairan dengar suara budak2 kecil bergelak tawa.

Masa tu saya tengah main lagu dalam laptop, jadi saya trus pause lagu. Saya dengan dengan jelasnya dengar gelak tawa budak2. “Eh? Takkan dorang (adik2 saya) tu terbangun pula?”. jadi saya pun bangun nak jenguk adik saya kat bilik sebelah. Bila saya buka sedikit pintu bilik dorang takda bangun satu nyawa pun. Aman jer. Saya pun blur sekejap. “Ok. Nie mesti anak jiran kot”, fikir saya. Then saya masuk bilik balik. Saya cuba untuk dengar lagi kalau-kalau ada gelaktawa budak-budak tadi tapi dah takda. Then saya sambung balik main lagu.

Tik! Tik! Tik! Jam berdetik, tiba lah masanya untuk tidur. Saya tutup laptop saya tepat2 jam 12.17 malam. Dah kemas barang2 sekolah untuk esok, saya bangun nak gi tandas.Tandas terletak di bahagian dapur. Masa keluar tu elok lagi, even saya tetiba rasa sejuk semacam tapi saya relax jer. Lagipun bilik ibu dan adik ada aircond so mungkin udara sejuk tu terkeluar la sikit (huhu saya jer tak pakai aircond sebab abah kata saya tak lama duk sana maklumlah nak saya belajar jauh). Lepas je keluar tandas, zappp! Saya betul2 perasan ada bayang hitam berbentuk badan orang berdiri betul2 kat hujung sliding door rumah. Dah la sliding door sebelah bilik saya saja.

Jauh bayang2 tu kira 5 ke 6 langkah je. Saya tak nampak depan mata tapi cuma dengan lirikan mata saja. Kalau nampak depan mata tak tahu la nak jadi apa masa tu haha! Hati saya dah berdup dap dah tapi saya jalan je terus (laju mengalahkan F1). Masuk bilik terus kunci pintu. Bergegar juga 1 badan. First time ok kena macam tu! Haihhh. Terus tak dapat tidur, capai hp nak call boyfriend (sekarang dah ex tapi still contact hehe). Bayang-bayang tu tak nampak macam perempuan sebab nampak la kepala dia botak haha betul-betul bentuk badan orang.

Borak punya borak, mata pun dah nak terkatup, tetiba suara boyfriend pun dah tak dengar. Haha! Dah tertidur 😀 bilik saya masa tu dah gelap. Tengah sedap melayan mimpi, terasa tilam bergerak sikit. Krekk! Katil berbunyi. Masa tu saya memang dengar tapi saya buat der je. Saya anggap saya yang tengah mengalihkan badan walaupun saya tak bergerak langsung. “Think positif!”. Badan saya ketika tu mengiring ke sebelah kanan berdepan dengan tingkap bilik.

Krekk! Krekk! “eh? Ada lgi? Takkan orang atas kot?”, walhal bunyi tu dalam bilik ok! Time ni saya dah gelabah. Mata tak buka lagi tau! Tetiba bulu roma belakang saya meremang. Semua! Dari leher saya sampai la ke pinggang saya. Then, belakang saya rasa sakit sangat. Macam tulang belakang saya tu ditekan-tekan. Saya dah berpeluh dah. Makin saya biarkan makin sakit pula belakang saya. Tak tahan, saya alih badan ke sebelah kiri. Mula-mula tu ok. Mata tak buka lagi ni.

Tiba-tiba ada satu angin atau nafas entah terasa kat muka. Panas! Disebabkan tu mata saya jadi gatal sangat nak buka. “Eh jangan lah buka wahai mata. Terus lah terpejam” tapi tak juga mata tu dengar kata saya. Jeng! Jeng! Jeng! Sumpah! Terbentuk cantik satu bentuk badan di hadapan saya. Saya tak tahu bayang-bayang atau memang hitam badan dia sampai saya tak nampak apa langsung walau berbekalkan cahaya serba sedikit dari tingkap. Nak kata ‘akak’ tak juga sebab tak nampak apa-apa macam rambut pun. Nak kata ’abang’ kemungkinan tu 90% sebab nampak terbentuk kepala macam kepala orang yang botak.

Saya rasa macam jantung saya dah berhenti dari beroperasi. Saya cuba perhatikan dengan baik apa yang ada di depan saya ketika ni sampai la…aaaaagghhhhhh! Memang lari tak cukup tanah saya masa tu! Nasib baik jeritan saya tu tak kuat mana. Bayangkan, ibarat kita tengah renung gambar potret orang lama-lama tiba-tiba mata dia bergerak. Itu la yang saya rasa bila tengah syok perhatikan benda tu tetiba dia buka mata. Terkejut mak! Merah menyala. Aduhhh, meremang bulu roma saya (tengah menulis ni).

Saya terus je redah bilik adik saya, kunci pintu then terus lompat naik katil dorang, tutup mata. Mulut dah terkumat kamit masa tu. Segala doa saya baca. Dah tentu ayat 3 Qul dengan Al-Fatihah berulang kali saya baca sampai terlelap. Kedudukan saya masa tu kedua paling hujung dekat dengan dinding. Sebelah kiri saya, adik saya yang pertama dan sebelah kanan pula adik saya lagi 2 orang. Tingkap menghadap pintu bilik, antara pintu dan tingkap ada almari. Jadi ada ruang sedikit antara tingkap dengan almari. Kaki pula mengunjur ke almari. Pandai-pandai la korang imagine hehe. Sorry.

Dah sedap tidur, saya terasa macam kena tendang kaki saya. First saya dah memang biasa kena tendang-tendang ni, biasa lah menumpang bilik lelaki, dengan crowded kami berempat (katil size queen) tak hairan kalau ada aksi tendang menendang yang tak disengajakan. Cuma tendangan malam tu agak berlainan. Lembut semacam. Kali kedua kena tendang tu keras sikit dah. Kali ketiga sampai hampir terjerit saya dibuatnya. Sakit tau! Macam mana kaki awak terlanggar benda-benda keras, macam tu la rasa sakit saya ditendang. Terbangun jer saya, ternampak pulak benda putih bentuk gula-gula (pocong!) di ruang antara tingkap dan almari adik saya. Dah nak terbeliak mata ni menengoknya. Betul-betul berdepan dengan saya ok!

Tak fikir banyak saya terus lompat turun dari katil dan pasang lampu. Suis lampu hanya bersebelahan dengan pintu bilik, jadi masa nak buka lampu saya tengah berdiri betul-betul di depan pintu. Saat lampu terpasang, macam ada benda yang menghentak pintu bilik adik saya dengan kuat. Bamm! Terkejut saya.Saya terus bangunkan adik saya. Air mata dah otw nak jatuh dah masa tu. Mengamuk sakan adik saya masa saya bangunkan dorang. Saya bawa dorang berbual sampai la dengar azan berkumandang. Lega rasa saya tapi tak berani lagi nak keluar haha! Bila ibu ketuk pintu bilik adik baru saya buka. Alhamdulillah. Saya baca bismillah dulu sebelum masuk bilik saya dan terus pasang lampu. Tengok katil saya kosong. Haihhh., nasib lah. Sebelum keluar mandi, saya pasang ayat-ayat suci dalam laptop dan biarkan terpasang.

Bila fikirkan balik, benda warna putih tu saya tak nampak muka langsung. Semua serba putih. Nasib baik la. Kalau tak lagi haru kot haha, pasal benda yang teman saya tidur tu wallahualam. Tak tahu la saya.

Terima kasih pada pembaca-pembaca FS yang sudi membaca hingga habis. Tahniah saya ucapkan! Saya susun 10 jari kalau ada kesilapan yang sama saya ulangi. InsyaAllah saya akan perbaiki lagi di masa akan datang. Bye..wassalam.

*Jangan toleh kalau belakang anda sakit tetiba, nanti ada cerita yang sama pulak kita share..hehe..*

.

LailaIsabella
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 comments

  1. Tahniah sbb berani lari masuk bilik adik n berani gak bukak lampu walaupun natang tu ada kat situ…kalau abam dah blakon2 koma je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.