Bekas Teman Lelaki

Assalammualaikum. Saya ira. Terima kasih FS kalau awak siarkan cerita saya.
Sejujurnya ini pengalaman saya sendiri disihir bekas teman lelaki.
Pada tahun 2015 saya mengenali seorang lelaki bernama ‘B’ . Seorang yang baik, kuat agama, solat tak pernah tinggal, hormat ibu bapa.

Tapi bila setahun usia percintaan kami . B kantoi kena tangkap basah . Saya tak boleh terima dengan perbuatan dia tu. saya mintak putus. Selepas putus dia tak pernah pujuk , merayu nak saya kembali ke apa ke . Semua tu takda. Tapi lepas je 6 bulan dari saya putus tu . Saya demam berminggu-minggu. Bila mandi rambut gugur macam orang gunting rambut dekat lantai. Batuk 3 bulan tanpa henti . Mula mula sakit biasa je saya rasa. Lepas dari tu saya start kerap mimpi .

Mimpi 1 , saya mimpi ular hitam pandang saya . Saya cuma ingat mimpi biasa . Mimpi 2 , saya dikelilinggi wanita- wanita cantik berpakaian seperti baju traditional lama. Saya disuruh menari . Wanita tu bercakap dengan saya bahasa yang saya langsung tak faham. Mimpi 3 , saya duduk diruang tamu tiba-2 ada ular oren besar , besar ular tu lebih besar dari anaconda, patuk lengan saya . Sampai ke harini walaupun mimpi tu dah bertahun tapi lengan saya masih sakit . Sejak dari mimpi dipatuk ular . Saya start bercerita pada parents saya. Mereka pelik .

Ayah pulak tergerak hati nak bawak pergi berubat . So malam ahad saya pergi rumah pakcik nor . Dia ni boleh dikatakan pandai berubat orang . Sepanjang perjalanan nak ke rumah pakcik nor . Badan saya Allah je yang tahu . Menggigil macam orang demam. Kaki tangan sejuk macam lepas rendam dalam ais. Hidung ni asyik terbau darah . Sampai je dekat rumah pakcik nor saya taknak masuk .

Kaki saya rasa berat gila nak masuk. Pakcik nor sampai jerit ‘ hey kau masuk sekarang . Kau nak aku kerjakan kau dekat luar tu ke ‘ . Saya masa tu dah takut . Rasa nak menangis, nak lari semua ada. Duduk je depan pakcik nor. Pakcik nor senyum dia suruh minum air yang dia dah baca surah .

Habis je saya minum air tu . Saya muntah . Kepala saya sakit , pakcik nor baca ayat alquran depan saya. Saya muntah . Muntah cecair warna hitam. Lepas habis je perubatan . Pakcik nor panggil saya duduk dekat dengan dia . Dia mula bercerita pasal saya. Katanya orang yang hantar sihir ni marah saya, sebab saya terburu-buru mintak putus takmau dengar penjelasan.

Pakcik nor cakap orang ni terlampau sayang kan saya tapi saya mentah mentah taknak terima dia. Dia marah . Sebabkan tak dapat kawal kemarahan tu dia pergi jumpa orang pendalaman untuk memberi pengajaran dekat saya. Lepas je dari perubatan tu .

Alhamdulillah saya okay . Batuk berdarah pun dah tiada . Cuma kesan patukkan ular yang saya mimpi tu masih lagi terasa sampai sekarang. Maaf lah saya ni kurang pandai dalam bercerita. Cuma mahu kongsi pengalam.

Walaupun sihir saya bagi kauorang tak teruk macam orang lain. Tapi sangat seksa bagi saya. Cuma saya nak nasihatkan jangan buat orang sakit hati dengan kita. Manusia ni depan kita dia baik tapi bila dia sakit hati dengan kita macam-2 diluar permikiran kita dia buat . Semoga anda diluar sana dirahmati dan di dalam lindungannya . Amin . Terima kasih kerana membaca . Assalammualaikum

19 thoughts on “Bekas Teman Lelaki”

  1. Saya ni pun salah seorang mangsa sihir & still terkena sampai sekarang. Yang buat pula bukan org jauh. Semua satu tempat kerja.. Nama je sekolah agama tapi perangai nauzubillah memasing. Betul kata penulis kita jangan anggap bila orang tu baik memang dia betul baik dengan kita. Kadang dlm diam dia kenakan kita balik.

    Reply
  2. Sama sis sy pun pnah kena n bayk kali berlaku…pling teruk angkara sihir ni sy kehilangan pakcik tersayang serta ayah tercinta…sbb sihir ni lah mak sy buta sekelip mata dlm masa sehari..n sy nk cerita kn pun detail x blh…sy kena dr umo 7 thun..gara2 perebutan kuasa kedai modenas…

    Reply
  3. hi guys, nak share sikit. aku pun penah terfikir utk hantar sesuatu pada bekas teman lelaki aku. ada nya dendam sejak dia mula pukul aku gara2 cemburu buta. disebabkan perasaan tu aku tinggalkan dia walaupun kerap sekali dia muncul dlm hidup aku, mimpi tidur aku. tapi bila fikirkan semula aku ada agama. Aku takut Allah tak terima taubat aku. perlahan2 aku cuba buang rasa dendam dan semua tu aku mintak dari Allah. Alhamdulillah aku bebas dari perasaan dendam, dan kini dah berumahtangga dengan lelaki yg cintakan aku. syukur. kat sini aku bukan nak kata aku baik sbb tak buat benda terkutuk tu. tapi nak you guys amik pengajaran yg posiif. dendam pun adalah satu benda yg tak baik. buang dendam, and your life will be more happy and tenang.

    Reply
  4. pernah juga saya lalui disihir bekas teman lelaki,teruk sangat.die guna siam,pakai keranda lebih kurang mcm niang rapit tu..sebab sy tinggal kan dia..die pnh cakap biar putih tulang jgn putih mata..biar siapa pun tak dpat sy.Memang dia hancurkan teruk rmh tgga saya bile die tahu sy kawen lg die mrh..mmg nk sy mt..ms berubat perut naik mcm busung..terseksa sgt

    Reply
  5. semakin bnyk pasal crita dendam dan soal perasaan,so hati2 geng2 FS kat sini,tips aku hdup ni singkat kalau kita tersekat dgn perkara kecil bnyk lagi bnda penting yg kita kena fokus and soal hati kita tak leh paksa org,depends kalau nak usahakan kalau tanak just move on yeah aku tahu sakit n bukan mudah tpi lagi sakit bila kita sendiri yg sakit kn diri kita..hdup ni ada pilihan so kau yg decide nk life kau happy or terus down n hnyut dgn prkara buruk..trust me perjalanan kita ni da trsusun cntik so just go with the flow dont over thinking just yg trbaik slalunya lmbat smpai but inshAllah pada wktu yg tepat 🙂 ecehh mcm power jer aku ni hee xdela aku hnya skadar berkongsi untuk membantu mne yg aku mmpu ppe pon kita doakn sesama kita smoga slamat dan dprmudahkan urusan didunia dan diakhirat 🙂

    Reply
  6. padahal ex bf tu yang buat hal kan..lepas tu tak puas hati pulak..confessor sebenarnya yg sakit hati dgn perbuatan dia eh tapi dia pulak sihir confensor..apa pun alhamdulillah segalanya dh selesai..

    Reply

Leave a Comment