belaan bapak

Hai Assalamualaikum semua. aku nak cerita pasal rumah aku yang ada kaitan dengan makhluk halus. maaf kalau cerita ni tak seram dan maaf jugak kalau tulisan aku berterabur atau tak faham sebabnya aku ni xreti nk mengarang sangat. cerita ni betul-betul berlaku kat family aku.
masa tu 7 orang tinggal kat umah. mak bapak, kakak aku 2 orang (Intan dan Nora), aku dan adik aku (Ad). Intan ada anak laki usia 2 tahun 9 bulan nama Amin. Nora pulak anak kecik lagi 5 bulan nama Amad….

Aku dan Nora berpakat nak panggil tukang urut nak urutkan mak aku sebabnya kalau tanya mak mesti jawabnya biar la dulu, bila dh ada duit lebih sikit panggil la. Pagi esoknya tukang urut tu (aku gelarkan Kak Mah) datang rumah. sampai2 rumah terus pegi kat mak aku kat dapur sebab kitorang memang lepak kat dapur tgok tv pun kat dapur (jgn kecam okay)…

Bila dia masuk dihidangkan dengan teh panas dan goreng pisang. sambil-sambil berbual Nora buat-buat tanya laa “k.mah boleh kan tengok-tengok rumah ni ada apa” K.mah jawab “boleh, ada banyak rumah ni, tu, tu” sambil tunjuk kat barang2 yang ada kat dalam rumah bukan benda tu. lahhh pandai bergurau jugak ehh dia ni walau nampak serius getus hati aku. Pastu K.mah sambung. aku buat dialog la eh senang nak paham.

K.Mah: ada tu haa kat depan bilik dan bilik air tu. bilik sapa tu
Nora: bilik bapak la tu
Mak: takpe laa dia xganggu kita, kita buat je kerja kita. benda ni payah nk buang kan sebab ada pemilik.
K.mah: Iya, kita takleh buat apa jugak kalau tuannya nak lagi. ni ada dok main kat belakang k.mah ni. haa jomlah kita start mengurut.

pastu K.mah dan mak aku ke ruang tamu nak berurut. Aku dan Nora pun ikut naik sekali nak tengok dia berurut. Waktu ni Ad, Intan dan anak dia Amin takde, ke pekan beli barang sikit. Waktu K.mah mengurut tu lagi sekali ‘benda’ tu main kat belakang K.mah. Alhamdulillah Mak takde benda yang menumpang. Kebetulan waktu ni dh 3-4 hari aku sakit belakang. Suruh la dia tengok-tengokkan jugak. Dah selesai urut Mak, Kak Mah panggil aku. Digosok-gosok belakang aku ni pastu dia cakap “ada 2 ekor, satu kat sini (leher) satu kat sini(belakang tempat aku sakit tu)”

Kak Mah cakap sambil urut leher aku “rasa ngantuk eh? ‘benda’ ni la yang buat mengantuk ni”. terkumat-kamit mulut Kak Mah baca apa yang patut untuk keluarkan ‘benda’ tu. Lepas dia tengok-tengok kan aku, aku tanya la datang dari mana ‘benda’ ni. tapi Kak Mah tak menjawab pun.

Selesai aku, Nora suruh Kak Mah tengok-tengokkan Amad ngn Amin pulak sebab Amad ni memang payah nak tido. Setiap kali nak tido je merengek. itu tak kena ini tak kena. Amin pulak terlampau rapat dengan bapak aku. sangat rapat. nak tido pun dengan dia, main ngan dia. sampaikan takleh langsung tengok bapak aku, menangis meraung nak ikut. Kot la ada benda tak elok jadi kat Amin yang ada kaitan dengan bapak aku ke kan.

Turn Amad pulak Kak Mah tengok-tengokkan. “ada benda jugak ni kat mata sebab tu susah nak tido” kata Kak Mah. “tolong ambikkan kan air. nak baca2 pastu guna air ni untuk buat susu dan mandi”. Aku pun ambik la air kat dapur. Intan dan Ad ada kat dapur. baru balik dari pekan. aku cerita la yang Kak Mah nampak ad benda yang dibela bapak aku tu dan 2ekor kat badan aku. terus diorang masuk ruang tamu nak tengok jugak.

Aku pun bagi la air tu kat Kak Mah. Ketika K.mah baca-baca kat air tu tetiba badan Kak Mah macam terkena renjatan elektrik. mungkin benda dok marah. Sewaktu ubatkan Amad tu, bapak aku naik ke ruang tamu dan dia terkejut tengok Kak Mah sebab kitorang tak bagitau pun Kak Mah nak datang. Suara bapak aku tu gementar sangat mungkin takut Kak Mah dapat tahu yang dia membela. Kalau sebelum-sebelum ni ada jugak ustaz-ustaz datang dan bapak aku tahu ada ustaz nak datang. tapi ustaz kata takde apa pun. mungkin bapak aku ‘sorok’ benda tu sebab tu ustaz tak nampak. Kak Mah datang ni dia tak tahu. sebab tu kot xsempat nak ‘sorok’.

Ok back to the story, bila bapak aku naik tu Kak Mah nak tengok laa bapak aku macam nak tegur laa kan. Tapi Kak Mah takleh pandang langsung wehh bapak aku. Asal dia pandang je badan Kak Mah terkejut macam kena renjatan elektrik gitu. bak kata orang kelantan “nngetak bulu”. 2-3 kali Kak Mah pandang bapak aku, 2-3 kali jugak la jadi camtu. Amin pulak Kak Mah tak boleh tengokkan sebab Kak Mah takut. Katanya bapak aku punya ada kat Amin. Ad, Intan dan Amin yang hantar Kak Mah balik. Bila Kak Mah turun dari kereta, dia try tengok muka Amin lagi sekali tapi tak boleh. Kak Mah ada cakap susah la nak buang benda tu sebab duduk serumah kan.

tu jelah aku nak cerita. TAK BERMAKNA kitorang SETUJU ye bapak aku membela. kitorang pun takleh buat apa sebabnya kitorang dengan dia memang tak rapat. Langsung. buat-buat tak tahu jela. Dia buat hal dia kitorang buat hal kitorang.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Cik Nur

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.