BELAAN DATUK

Assalamualaikum buat semua pembaca tegar Fiksyen Shasha. Untuk pengetahuan
semua ini merupakan penulisan aku yang pertama kali si FS. Tetapi aku
merupakan salah seorang pembaca tegar FS.

Aku perkenal kan diri aku sebagai Lee. jangan tersilap mengenali dari nama.
Aku merupakan seorang wanita dan isteri.
Terima kasih kepada FS kalau siarkan sedikit kisah mistik yang terjadi dalam
hidup aku. Maaf kalau agak panjang.

Pada tahun 2008. ketika itu aku berumur 13 tahun dan sedang berada
di tingkatan 1 di sebuah sekolah menengah yang terletak di negeri Pahang.
Aku dan keluarga aku menjalani kehidupan sama seperti manusia lain yang
normal tanpa sebarang kejadian mistik yang berlaku.

Sampai lah pada suatu hari keluarga aku mendapat berita bahawa datuk aku
di kampung yang terletak di negeri selatan telah jatuh sakit
(datuk disebelah kluarga ayah aku) Aku bersama ibu, ayah, abang dan dua
orang kakak aku pulang ke rumah datuk. Oh ya lupa aku cerita kan sedikit
sebanyak tentang keluarga aku. Aku merupakan anak bongsu daripada 4 orang
adik beradik. aku mempunyais seorang abang yang merupakan anak ke-3, dan along serta angah iaitu

kakak-kakak aku.

Okay kita berbalik pada cerita asal. kami sekeluarga pulang ke kampung untuk
menziarahi datuk (sekarang sudah meninggal) dan lakukan apa yang perlu
sebagai inisiatif menyembuhkan datuk. setibanya di kampung telah lewat
petang hampir menjengah senja, ketika itu rumah sudah ramai dengan sanak
saudara dan jiran terdekat dan aku lihat datuk terbaring lemah di atas katil
bertilam lusuh.Pada waktu yang sama juga aku lihat beberapa orang pakcik
saudara aku dan beberapa orang tua separuh abad yang aku agak merupakan
jiran terdekat sedang asyik membaca surah yaasin disisi datuk.

Aku lihat makcik makcik saudara aku sedang bersedih dengan apa yang terjadi
kepada datuk. Apabila azan maghrib mula berkumandang,orang orang yang berada
disisi datuk mula beransur bagi menunaikan solat manghrib. Begitu juga dengan
makcik pakcik aku yang lain.

“BAMMM!!!” Aku dan angah sama sama tersentak dan memandang tepat kearah
tingkap apabila tiba tiba tingkap kayu yang berada di bahagian kepala datuk
di baringkan telah terhempas seperti dihempas dengan sengaja. Sedangkan
segala pintu dan tingkap telah ditutup dan dikunci sebelum azan berkumandang
lagi.

Mata kami tidak berkedip, jantung bagaikan ingin pecah. setelah beberapa saat
kami merenung ke arah tingkap, aku dan angah saling berpandangan dan seperti
aku memahami apa yang sedang angah fikir dan rasa. kami terus bangun dari
lantai yang kami duduk yang beralaskan tikar mengkuang di kawasan ruang tamu
berdekatan datuk berada. dan ketika itu cuma kami berdua yang berada di ruang
tamu itu memandangkan kami berdua tidak boleh menunaikan solat dan ibu
mengarahkan kami untuk menemani datuk supaya datuk tidak keseorangan.

kami mengambil langkah yang pantas dan mendaki beberapa anak tangga untuk
keruang atas iaitu tempat menjadi kebiasaan mereka menunaikan solat.
tiba tiba kami terasa gegaran dari lantai kayu yang kami berdiri dan
terdengar suara datuk berdehem dehem seperti memanggil seseorang. aku dan
angah mengambil keputusan untuk turun semula dan pergi kepada datuk kerana
teringat akan amanah yang ibu pesan kepada kami dan bimbang sekiranya datuk
memerlukan sesuatu.

perlahan lahan aku dan angah berjalan menuju ke arah datuk.Dan sekali lagi
kami tersentak kerana seperti ada yang sedang berjalan di syiling.
Untuk bayangan yang lebih jelas, syiling rumah datuk merupakan guni guni yang
dijahit untuk disambungkan dan dijadikan syiling rumah bagi menghalang haba
panas matahari pada waktu tengahari kerana rumah pada zaman dahulu mereka
hanya menggunakan zink sebagai bumbung rumah.

‘Benda’ yang berjalan atas syiling tu aku bayangkan ianya sangat besar sebab
aku dpt lihat dengan jelas kesan tapak kaki yang besar dan berlegar2 diatas
syiling. aku dan angah berpelukan betul betul di tiang seri rumah.
(rumah kampung kebiasaannya ada tiang seri dimana ianya berada dibetul2
bahagian tengah rumah).

aku menangis sambil memanggil ibu ibu ibu.beberapa minit kemudian ibu muncul
dan kami menceritakan semuanya.kemudian ibu menghampiri datuk. menurut apa
yang ibu cerita pada kami, datuk cerita pada ibu bahawa dia bermimpi ada
seorang lelaki yang berbadan tegap dan tinggi datang kerumah untuk masuk
dan minum air. namun datuk tidak izinkan kerana datuk merupakan seorang
yang mempunyai kelebihan naluri yang kuat. datuk merasakan lelaki tersebut
datang dengan niat yang tidak baik.

dan segala apa yang aku dan angah alami adalah kerana lelaki yang dalam
mimpi datuk tu marah sebab datuk tak izinkan dia masuk ke dalam rumah.
pada malam tu suasana sangat hening, sunyi, suram. ada yang sudah pun terlena
lebih awal mungkin kerana kepenatan. ada juga yang sudah pulang kerumah mereka.

tinggal lah aku, angah, abang, ibu, ayah dan seorang pakcik aku di ruang tamu
bersama datuk. lupa untuk aku jelaskan. nenek aku sudah tiada. sebab tu
aku takde mention pasal nenek aku dalam kisah ni. along dan makcik aku sudah
lena dibuai mimpi. sedang kami berbual tentang hal yang terjadi pada aku
dan angah tadi, tiba tiba pintu rumah diketuk. pada aku ia ketukan yang sangat
sopan. tidak seperti terlalu kuat dan pantas. ianya ketukan tiga kali yang
sangat tenang.

pakcik aku tu aku namakan pakcik sam. pakcik sam bangun dengan tenang dan buka
pintu namun tidak ada orang yang berdiri diluar. perasaan aku masatu
sangat sangat seram, bulu roma semua naik.setelah periksa keadaan memang
betul takde orang diluar baru lah pakcik sam tutup pintu semula.

baru saja pakcik sam utup pintu tiba tiba datuk bersuara dengan keras,
“kenapa kau bagi dia masuk??!!”. pakcik sam terpinga. begitu juga dengan aku
dan yang lain.

“terima kasih buka kan pintu untuk aku” tiba tiba makcik
aku iaitu isteri kepada pakcik sam (aku nama kan cik azi) bersuara di pintu
tangga. aku dan yang lain semua terus bingkas bangun dan lari kebelakang
pakcik sam. begitu juga ayah aku hehe. kerana semua terkejut dengan apa
yang berlaku.

Suara cik azi bertukar menjadi suara lelaki yang sangat garau dan kasar. Wajah
cik azi penuh dengan urat hijau yang jelas sekali dapat dilihat, mata merah
dan terbuntang besar, air liur keluar dari mulut tanpa henti. kami semua
yakin ketika itu cik azi telah dirasuk. ayah dengan pantas capai telefon
bimbit dari poket seluarnya dan telefon jiran sebelah yang jarak rumah
kira kira 100 meter.

“aku tidak izinkan kau ganggu keluarga aku” pakcik sam bersuara dengan tenang
tapi tegas. kami semua ketika itu sudah ketakutan yang teramat.
rasa nak nangis semua ada. ibu genggam tangan aku dan angah dengan sangat kuat.

“hanya tuntut hak aku” makhluk yang merasuki cik azi membalas, dengan mata
tajam memandang ke arah pakcik sam.

beberapa saat selepas itu tiba tiba makhluk tersebut tertunduk dan duduk dan
mendengar suaranya yang merintih seperti kesakitan. menurut penceritaan
semula dari ibu, rupanya pakcik jiran sebelah sudah membaca ayat ayat
suci alquran dari dalam perjalanan ke rumah datuk. pakcik jiran sebelah
aku aku panggil pakcik han. apabila pakcik han memberi salam kami semua
menoleh ke arah pintu yang cuma mengambil masa sesaat dua saja dan bila
toleh ke arah cik azi nya dah tak ada.

terpancar muka cuak setiap sorang. pakcik han kata jangan panik sebab
“dia” ada dekat bawah pokok mangga tepi rumah. dan kata pakcik han lagi situ
adalah rumah “benda” tu. Allahu..masatu aku dan angah dah saling berpandangan.
mana tidak nya..kami adik beradik selalu pegi pokok mangga tu petik buah
sendiri sebab pokok tu mesti akan ada buah. tak kira musim ke tak mesti akan
ada, sama ada sikit atau banyak je. dan itu je satu satunya pokok mangga yang
ada dekat rumah datuk, jadi kami tahu itu lah pokok yang pakcik hak maksudkan
tadi.

pakcik han meminta pakcik sam, ayah dan abang untuk membantunya sebagai backup
andai dia tidak mampu untuk lakukan sendirian. dengan tenang mereka bertiga
menuju ke arah pokok mangga itu. aku ibu dan angah tinggal di ruang tamu
untuk teman dan jaga datuk.

menurut pakcik han, itu merupakan belaan datuk. di awal perjanjian datuk
dan “benda” tu pada 75 tahun yang lalu, sekiranya datuk jatuh sakit,
datuk perlu mencari pewaris. tetapi pada pemikiran datuk, “benda” itu akan
sentiasa jadikan dia sihat, kuat, mudah melawan penyakit malah mampu ubati
penyakit orang, jadi dia tidak perlu khuatir jika dirinya jatuh sakit.
kuasa Allah tidak ada siapa boleh lawan. akhirnya datuk jatuh sakit selepas
tergelincir di bilik air selepas meletakkan baju kotor di dalam mesin basuh.

“benda” itu datang dgn cara baik untuk menuntut haknya terhadap datuk, tapi
datuk menghalangnya daripada masuk yang menyebabkan “benda” tu marah dan
bertindak merasuki badan cik azi. setelah hampir 20 minit pakcik han cuba untuk
memujuknya untuk keluar dari badan cik azi gagal, pakcik han mula dengan
membaca ayat ayat suci al quran dengan beralaskan daun pokok mangga pakcik han
memicit ibu jari cik azi. pada awal nya “benda” tu meraung seperti kesakitan,
tapi lama kelamaan “benda” tu bertukar ketawa seperti mengejek. baju cik azi
basah dek kerana air liurnya yang tidak henti keluar. namun pakcik han tetap
meneruskan bacaannya.

kami didalam rumah bersama datuk tersentak bila datuk tiba tiba menarik
nafasnya dengan kuat dan laju hingga dadanya ternaik serentak matanya
terbeliak pandang ke atas, dan perlahan lahan dada datuk mula menurun.
aku dan angah sudah menangis kerana ketakutan dan ditambah pula dengan
keadaan datuk yang sebegitu rupa. ibu letak jari ibu di dibawah lubang
hidung datuk untuk rasa nafas, kemudian rasa nadi di leher dan nadi di
pergelangan tangan. semuanya sudah tidak berdenyut.

ibu terduduk lemah di tepi katil dan suruh aku dan angah pergi ke surau dan
beritahu orang kampung kerana ketika itu orang semestinya masih ramai disurau
memandangkan mereka akan terus menunggu waktu isyak. jadi aku dan angah
tidak perlu pegi dari satu rumah ke rumah yang lain untuk memaklumkan kematian
datuk. angah start enjin motosikal EX5 lama datuk dan menuju ke surau
berdekatan.

situasi pakcik han dan benda tu menjadi semakin rumit apabila datuk sudah
meninggal. “benda” itu semakin degil untuk keluar dari badan cik azi.
rumah datuk mula dibanjiri dengan orang orang kampung yang datang untuk
menguruskan jenazah. dan datang lah seorang hamba Allah untuk membantu pakcik
han. aku tidak berapa tahu untuk jelaskan apa yang berlaku ketika hamba Allah
tu datang membantu.

yang dapat di ceritakan ialah hamba Allah tersebut terpaksa membunuh “benda”
itu kerana dia telah cuba untuk membunuh cik azi dengan mencucuk dahan kayu
pokok mangga ke leher cik azi. mujur saja pakcik sam sempat menepis tangan
cik azi dan “benda” tu mengamuk. hamba Allah tu amik keputusan untuk sembelih
“benda” tu. lebih menyedihkan keadaan jenazah datuk dalam masa beberapa jam
saja sudah membusuk seperti sudah berminggu telah mati. menurut pakcik han,
selepas jenazah datuk selamat dikebumikan, rumah datuk seringkali dilihat ada
susuk tubuh lelaki yang besar dan hitam di hadapan pintu rumah datuk,
perempuan berbaju putih yang seperti sudah dilumur lumpur dan compang camping
berdiri di laluan masuk ke rumah datuk. dan kadangkala pakcik han dtg
menjenguk rumah datuk pada siang hari, sering terlihat kelibat hitam lalu
dari atas, kiri, kanan, belakang nya sehingga hatinya menjadi resah sendiri.
memandangkan rumah tu tidak ada orang lagi, ayah dan pakcik sam meminta
tolong pakcik han untuk menjenguk rumah datuk sekali sekala untuk memastikan
tidak diceroboh orang. kerana rumah datuk masih penuh dengan barangan
berharga seperti tv, perabut dan sebagainya. tapi bila difikirkan semula,
rasanya takkan ada penceroboh yang berani untuk masuk kalau dah rumah pun
penuh benda benda seremmm.

sorry kalau tak seram dan terlalu panjang. ada lagi kisah mistik yang aku
alami sebab ayah ckp belaan datuk bukan sekor, yang disembelih cuma sekor.
yang ada dekat rumah datuk tu geng geng dia. dan ada yang ikut kami sampai
kerumah kami.sebab ayah kata benda tu nak tuan. nanti ada masa terluang
aku taip lagi dan cerita. terima kasih.

-PISANG BIRU-

PISANG BIRU
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

42 comments

  1. Cerita mmg seram. Bagus cik penulis 👍🏻👍🏻.
    Tapi perlu bezakan ya- ‘ syiling’ tu coins, duit 5 sen, 10 sen, 20 sen & 50 sen.

    Siling org kampung saya panggil langit2, bhgn rumah yg kita letak lampu/ kipas tu semua

    1. orang selatan mmg sebut macam tu.
      siling diorang sebut syiling. kalau plate kereta diorang sebut ‘flate’.
      kalau production, diorang sebut ‘prodaksen’ tanpa bunyi ‘syen’.
      kalau shift diorang akan sebut ‘sif’.
      tapi yg takde ‘sy’ diorang akan letak ‘sy’ pulak contohnya ‘siling’ jadi ‘syiling’.
      sekian terima kasih.

      1. Saya orang Selatan, takde pulak sebut syiling, flate dsbnya. Itu cuma kekeliruan bahasa. Saya pun duk bayangkan duit syiling berjalan-jalan 🤣

        1. Kan? Saya pun bayang gitu masa baca cerita ni. Rasa mcm tak logik, baca sampai atap zink tu baru clear yg dimaksudkan ialah siling 😋😋

        2. kan.. tu bukan sbb org utara atau selatan.. tapi sbb (maaf ckp) kurang pelajaran..
          ceiling = siling
          plate no = no plat

          no such thing org selatan ckp flate, syiling. those are just English words incorrectly translated/pronounced in Bahasa.

    2. terima kasih sudi baca sikit kisah saya. sorry korang..aku terbiasaa tulis syiling sbb nyebutnya pun syiling hahahah mohon ampun dipinta ye. baru kusedar BM ku failed hahaha

  2. Cerita menarik la. Kongsi lagi ya? Tapi kan, kenapa tulisan dalam cerita ini macam sajak atau pantun? Berangkap-rangkap, bukan dalam perenggan. Faham memang faham tapi pening juga membaca bentuk penulisan yang lain dari biasa begini. Hehe.
    Bagaimanapun, terima kasih dan teruskan berkongsi pengalaman di FS ya.

    1. terima kasih sudi baca sikit kisah ni. aku tulis cerita dekat notepad. aku buat dalam perenggan. taktau lah kenapa bila di copy paste jadi lagu tu.. hee sorry kalau buat korang pening kepala

  3. xpe la janji kita paham cara penulisan tu kan..nak wat camne, muda2 dah nak berlaki kalau x bole la suh sambung belajar bahagian penulisan.

    1. terima kasih sudi baca kisah ni. muda2 dah nak berlaki? aku baru je kawin 3 bulan lepas..doakan je lah yang baik2 buat kami tak salah pun kan? hehe

    1. terima kasih cikpeah.. ha kann. hahah jadi da terbiasa sebut syiling, bila tulis pun jadi syiling jugak hehe. kesilapan sentiasa ada. tak mampu jadi yang sempurna. hehe

  4. Terbaek la. seram ek tgk real lagi tu huhu.. Semoga Lee & keluarga dilindungi Allah.

    Eh, best gak tau ade geng sebut syiling, flate, ni haha. Dah tau kita ubah. no worry kan. 😉

    1. terima kasih bunga rafflesia hehe. tula, tecik ati kite dia kabo mcmtu ke kite. hahaha takpe lah, positif.. mungkin dia takde niat yang tak baik pun, cuma kita je salah sangka 🙂

  5. weyh crita ni sumpah tak “pishang” baca hahah best even takpela typo tu sokay sbb faham jalan cerita yg nk disampaikn..then bila baca part akhir tu wow ada lagi kisah2 yg lain it must be intersting! thnks for sharing keep it up writer 🙂

  6. Next story…jgn lupa letakkan nama pisang biru yer…senang nk tau…terima kasih di atas cerita yg disiarkan…menarik susunan ayat nya….mudah faham. ..
    Terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.