Belaan Yot

Assalam pembaca2 FS sekalian. Terima kasih kepada mereka yang baca cerita “stor perpustakaan” yang aku post tempoh hari. Harap2nye tak terlalu bosan ye citer tuh. Kali ni nak share lagi yang the whole family aku kena. Time 2010 nenek aku kena bela mak die means moyang aku lah sebab moyang aku memang cakap yang dia nak duduk dengan nenek aku.

Moyang aku biasa aku dengan kakak aku panggil “yot”. Yot aku dah uzur memang tak boleh jalan. So nak memudahkan penjagaan nenek aku yang tak berapa nak larat ni tok busu aku means adik bongsu nenek upah seorang bibik dari Indon. Bibik ni bagus lah jugak. Pagi2 kul 6 lebih dah sapu luar rumah. Masak tu boleh lah sedap jugak. So citer seram die start.

Yot dengan bibik duduk bilik acu aku (adik bongsu mama). Bilik tuh ada tandas so senang die nak merangkak (tak boleh nak jalan dah masa ni memang uzur betul). Yot tidur bawah dan bibik tidur kat katil. Dalam pukul berapa entah bibik tersadar. Bukak2 mata terus nampak Yot aku duduk atas dia sambil rambut putih dia mengerbang mata terbeliak besar. Bibik penakut sikit terus keluar tidur kat luar. Tinggalkan Yot aku sorang2 huhuh. Tak sampai berapa jam nenek aku kejut suh sembahyang subuh (bibik Islam) terus die story kat nenek aku yang memang segolongan dengan die penakut huhuh. Last2 bibik solat bilik nenek aku.

Ada satu hari ni Yot aku kat dapur tengok nenek aku buat kuih ape entah lupa. Aku pon ada time tuh breakfast. Bibik pulak gossip dengan nenek sambil tolong buat kuih tuh. Yot aku tetiba tanya aku “Am kat luar tuh kawan am eh? Ajak lah makan dengan am tak baik buat macam tuh Sian dia”. Aku tengok luar memang tak da sesiapa. Nak kata jiran tak mungkin jiran aku semua tua2. Aku terus cakap kat Yot aku yang “dia” dah kenyang hahaha..

Aku story kat bibik pasal bende ni terus dia story pulak bende sama yang dia alami macam aku. Sometimes Yot suruh dia marah “benda” tuh sebab ngendap die mandi. Sometimes suh buat air kat “bende” tuh. Bibik kan penakut sikit tu yang sometimes nampak aku kat dapur terus tarik aku teman dia. Dah dua2 takut bukak TV kuat2 hahah.

Sampai satu masa nenek aku nak buatkan Yot aku sebab dah terlampau sangat gangguan sebelum ni ok je. Masa berubat ustaz tuh cakap Yot ada bela dan nak turunkan bende tuh kat aku. Aku dengar time tuh terus macam nak terjun bunuh diri lah. Giler ke nak bagi kat aku huhuh. Bibik pulak senyum2 time ni aduh bibik ni kan..haishh… Pastu ustaz pasang pendingin kat aku siap bagi surah (Al jin) suh baca tiap2 malam. Memang berkesan surah ni korang boleh try. Lepas dah berapa minggu ustaz datang rumah nak buang bende tu.

Malam tu memang ramai sebab cuti sekolah. Acu aku pon ada tapi die se family die tidur bilik aku sebab Yot ada. Masa ni ustaz panggil aku jugak. Ustaz nak pagar rumah tapi tak boleh sebab ada yang “kawal” rumah means ada pengawal kat 4 penjuru rumah,  2 depan 2 belakang. Dah halau pengawal tuh die pon pagar rumah. Die baling botol apa entah kat atas rumah bunyi kuat Ya Allah yang tidur boleh lari ke depan duduk sekali join sebab takut bunyi tuh haha.

Lepas dah pagar ops lupa die tak pagar penuh sebab die nak buang belaan Yot ni. Die buang normal je macam biasa. Lepas dah buang tuh die pagar full rumah. Pastuh die cakap yang dulu memang nak pagar rumah Yot aku (time Yot masih jaga nenek) sebab memang dah jadi macam ni tapi tak habis buat. Jadi terbantut ah kerjanya.

Esoknya macam biasa kul 6 lebih bibik sapu luar rumah. Sampai je kat tingkap bilik Yot die nampak bayang2 hitam lelaki keluar ikut tingkap. Nak fikir orang memang tak sebab ada grill mungkin belaan Yot. Malam tuh Time Maghrib tak silap bibik ketuk bilik aku cakap yot dah x ada(meninggal). Selama ni sakit disebabkan belaan die nak cari tuan baru. Sian yot menderita. Ok tu je lain kali insyallah ada citer baru. Ok bye

4 comments

  1. Aduhhh…….penulisan awak, agak mengecewakan. Banyak kesalahan ejaan. Olahan cerita yang sangat mengelirukan. Dik non, cubalah baca setiap komen yang kami utarakan. Perbaiki penulisan sebelum berjinak-jinak utk berkongsi pengalaman. Serasanya, komen sebelum ini di kisah “Perpustakaan” ada kami mengutarakan perkara yang sama. Jadi, perbaikkan jalan cerita dan elakkan “typo error”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *