Hafiz menghela nafas panjang. Penat memang penat, tapi dek kerana minat mendalam dalam kerjaya perubatan, apa saja dia sanggup.
Oncall atau tugasan atas panggilan.
Sesuatu lumrah bagi insan yang bergelar doktor. Dr. Hafiz?
Seorang doktor pergigian.
Tak ramai tahu dan sedar bahawa kerjaya sebagai doktor gigi juga terdapat tugasan oncall ini. Tapi lebih kepada passive oncall, di mana jika terdapat kes, barulah doktor gigi dipanggil.
Jam menunjukkan jam 2 pagi. Tak sangka kes pada asalnya hanya satu kes mudah, meleret-leret kepada beberapa kes lain.
Bermula pukul 8 malam sehingga lah jam menjengah pukul 2 pagi. Sehingga lah ditegur oleh rakan doktor perubatan lain,
“Weh, dah macam active call dah kau?”
Pintu kayu coklat dikuak perlahan. Kelihatan tubuh isterinya sedang berbaring ayu menghadap dinding, keletihan.
“Kesian isteri solehah abang, penat buat kerja rumah,” bisik hati Hafiz.
Punggungnya disinggah sebentar di bucu katil di belakang isterinya. Tangan Hafiz mengusap lembut rambut panjang isterinya yang hitam pekat.
Kesian. Orang lain baru kahwin, dapat cuti lama-lama. Aku? 3 hari. Huh! -keluh Hafiz sambil bibir mulut dikucup lembut ubun-ubun isteri kesayangan.
“Eh, abang. Dah balik? Maaf. Sayang terlena tunggu abang,” lembut suara Syura menegur Hafiz.
“Maaf Sayang, tugasan abang camni. Maaf sangat-sangat.”
“Tak pa bang, Syura tak kisah. Abang.. Abang..”
“Ya, sayang. Apa?” Soal Hafiz.
“Abang peluk la sayang dari belakang. Rindu.” Manja suara Syura.
“Baik sayang, tapi abang busuk. Bau hanyir peluh abang ni.”
“Kalau apa-apa dari abang pasti sedap. Peluh, najis tinja, hatta d***h abang pun Syura suka.”
“Haha. Lawak la sayang ni.”
Tangan Hafiz kedua-dua belah didepangkan dan mendakap kemas potongan tubuh isterinya. Puas.
Tetapi, satu je pelik.
Kuku isterinya sedikit panjang dan tajam.
Tangan isterinya berbulu lebat.
Pelik.
Setahunya, isteri dia bukanlah keturunan arab atau campuran bangsa.
Tangan Hafiz dilonggarkan sendiri.
“Sayang, abang nak tanya, kenapa kuku sayang panjang sangat ni?”
“Ala bang. Biasa la, sibuk memasak. Tak sempat p****g. Tapi takpa la kan bang, mana la tau ada perisa-perisa tambahan bawah kuku.”
Eh-eh pengotor juga isteri aku ni.-monolog Hafiz bersambung.
“Lawak. Hehe. Satu lagi bulu tangan tu awat panjang sangat ni?”
“Ala, bagus la. Subur kan bang?”
Fuh.. Menggoda betul suara isterinya malam ini.
Hihihhi…
Hahaha…
Kihkihkih..
Terkekek dua pengantin baru ini berkasih sambil bergurau manja. Bahagia rasa Hafiz. Hilang separuh dari perasaan letihnya sebelum ini.
“Hafiz! Babun la kau gelak apa sorang-sorang ni. Aku nak tidur bodoh!”
“Woi Samad, kan aku cakap suruh keluar rumah sewa kita ni. Aku kan nak duduk rumah ni dengan wife aku!” Balas Hafiz.
“Taik kau. Kau kahwin minggu depan. Jangan mengigau la bangang!”
Samad mengetuk kuat permukaan dinding batu bilik sebelah.
“Dah tidur! Esok aku kerja pagi!” Tegas Samad.
Diam.
Lidah Hafiz mula terasa kering.
Air matanya mulai mengalir turun.
“Abang, peluk la Syura erat-erat lagi. Lebih daripada tu pun Syura suka, hihihi.”
“Allah….”
Sebuah kisah benar yang dialami oleh salah seorang rakan aku dalam bidang pergigian.
Kini, Dr. Hafiz pun selamat mendirikan rumah tangga. Tetapi, kejadian malam tu sedikit menyentap emosi romantiknya tiap-tiap malam.
Dia pasti akan memastikan yang dipeluknya adalah benar-benar ‘isteri’.
Buat para pembaca…
Peluk suami ke isteri sebelah tu hati-hati.
Tambah-tambah kalau baru sampai rumah.
Peluk isteri atau suami untuk menambah sayang.
Peluk selain dari tu, hati-hati!
Selamat malam semua!
SP
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
first !!!!! not bad la huhuhu
Awa “panjang” sangat!!!
Patulah doktor gigi pon , rupanya cerita SP
Patutlah cerita doktor gigi pon , rupanya cerita SP
Mcm buang ms aku je
welcome back SP..lama x berkarya kt FS..
rasa mcm buang masa lak baca citer ni .
Biasa cite xde intro ni aku akan skip terus ke komen. Next..