Belukar Petai Belalang

Belukar Petai Belalang
Assalamualaikum. Bukan niat mengaibkan orang, hanya ambillah iktibar. Tanpa mukadimah panjang kita teruskan kisah. Sewaktu aku berumur 11 tahun, aku pernah menziarahi satu kematian. Zaman tu, umur 11 tahun hapah pun tak tau berkaitan sosial ni. Awal 80-an masa tu. Tapi aku pandai dah masak, kemas-kemas rumah, jaga adik. Masa tu, main polisentri campur lelaki perempuan, Tak ada la reti nak couple-couple. Kira naif la. Jadi waktu ikut sorang jiran ni, aku panggil la Makcik Siti pergi ziarah, ikut gitu-gitu je. Aku tengok je semua urusan mandi jenazah hingga urusan kafan.
Masa tu tengok je ye, bukan boleh nak tanya apa-apa yang jadi kemusykilan. Kalau bertanya nanti di cop budak kuang hajo kang. Masih aku ingat, aku hairan kenapa wajah jenazah kekuningan. Ok…aku fikir ada letak bedak ke, ubat ke.
Waktu kafan pula, terjadi kekecohan, kain kafan tak cukup. Yang aku nampak, perut jenazah semakin mengembung. Sikit-sikit naik. Ok…sangka baik lagi, aku ingat memang macam tu le proses mengkafan, Aku mana pernah tengok. Yang aku perhati, mak arwah ni kelam kabut letak kain dan minta segerakan urusan. Suami arwah, menangis je kerjanya. Aku tak de la rasa apa-apa. Dah isteri meninggal, mesti la suami sedih kan.
Waktu nak angkat jenazah ke atas jeep, untuk bawa ke perkuburan, masa tu mana ada van jenazah macam sekarang ni, si suami meraung-raung pula. Kaum hawa menangis le sedih. Dan sewaktu jenazah diusung, ada air meleleh daripada jenazah sehingga terpaksa dilapik plastik atas jeep. Aku ni ingat itu normal.
Urusan di tanah perkuburan, aku tak tau. Tak ikut le sampai ke sana.
Dua hari selepas tu, salah seorang kakak kawanku balik dari kerja dalam jam 11 malam. Berjalan macam biasa. Dulu aman, taka da la kes-kes cabul ni. Nama kakak kawanku tu Kak Wida (bukan nama sebenar). Tiba-tiba Kak Wida nampak satu lembaga. Cuak juga rasa hati Kak Wida. Oh…nasib baik. Rupanya Kak Wida nampak Kak Ani, kawannya juga berdiri kat tepi belukar pokok petai belalang.
“Baru balik kerja ke..” tegur Kak Ani, ramah. “Ye..hari ni lewat pula bas datang..” jawab Kak Wida. “Nak ke mana..” Kak Wida bertanya pula. Kak Ani tak jawab. Tunjuk isyarat dengan mulut je hala ke rumah. Berpisah le masing-masing. Kira-kira sepuluh langkah lagi nak tiba rumah, Kak Wida teringat. Dah malam-malam dari mana pulak Si Ani tu…ehhhh…ehhh… dia kan dah mati dua hari lepas… hilang tercampak mana entah kasut Kak Wida lari masuk ke rumah. Seminggu demam.
Gangguan jelmaan Kak Ani berterusan agak lama. Suami arwah tetap meratapi pemergian isterinya. Tidak lama kemudian, penduduk kampung mengambil keputusan membersihkan kawasan semak belukar dimana jelmaan tu selalu muncul. Masing-masing terkejut. Kawasan belukar pokok petai belalang tu macam pagar kepada satu kawasan yang terlindung. Lebih kurang seluas padang takraw je. Penuh dengan anak-anak pokok kayu. Setinggi dua kaki. Elok je berbaris. Waktu jentolak meratakan tanah, penduduk melihat banyak botol-botol kaca macam botol jem tu.
Terbongkarlah rahsia. Emak arwah Kak Ani rupanya menjalankan urusan menggugurkan kandungan. Janin yang belum merupa tu dimasukkan ke dalam botol, ditanam dalam kawasan belukar tu dan ditanda dengan batang kayu pokok hutan. Sebelum ni aku selalu tengok rumah tu sering dikunjungi orang, tapi waktu malam je. Kak Ani rupanya hamil dengan lelaki lain, dan maknya cuba menggugurkannya tapi gagal. Patut le jelmaan tu sering dilihat dikawasan belukar tu je. Suami Kak Ani telah diguna-guna hingga menjadi bodoh dan sangat sayangkan Kak Ani, hingga biarkan je apa je yang Kak Ani buat.
Selepas rahsia tu terbongkar, mak Kak Ani pindah. Suami Kak Ani pulih pun ambil masa yang lama. Sehingga kini, kadang-kadang ada juga yang masih terserempak dengan jelmaan perempuan bergaun putih, berdiri ditepi kawasan belukar yang telah dijadikan court takraw. Perkara yang buruk, walau bagaimana pun ingin dilindung, akan terbongkar juga.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Kak Al
FOLLOW FB KAMI.

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.