benda benda pelik

Assalamualaikum,salam sejahtera semua. Ini permulaan cerita yang aku cuba hasilkan, maaf kalau pembaca terasa bosan. Aku bercadang untuk menulis cerita fiksyen ‘benda benda pelik’ jadi saya harapkan komen dan teguran anda semua…

Apa yang aku nak kongsi ni adalah pengalaman seram bagi aku semasa aku bekerja. Untuk pengetahuan korang aku baru saja bermula bekerja disyarikat itu, syarikat yang anda tidak perlu tahu lah syarikat apa, pada mulanya aku bekerja seperti tiada apa yang berlaku, di dalam ofis kami seramai 30 orang pekerja yang mana semua melakukan kerja masing masing. Pada hari berikutnya aku selalu datang awal dari tempoh waktu bekerja masuk pukul 8.00 pagi sehingga waktu habis bekerja pukul 4.30 ptg.

Hari selanjutnya aku datang terlalu awal pada pukul 6.35 pagi bersama seorang kawan yang kerap datang terlalu awal kerana tinggal terlalu jauh dari tempat kerja, kami berdua pun lepak lepak dulu depan pejabat yang belum buka, apabila kami cerita tentang bangunan yang besar tetapi tidak terlalu ramai orang yang bekerja di bangunan ini ada juga beberapa tingkat yang kosong dan tidak ada orang, tiba tiba seorang pakcik yang kerja sebagai security gurd di bangunan itu membuka cerita kisah seram tentang bangunan ini.

pakcik itu sudah terlalu lama bekerja di bangunan ini katanya bangunan ini ‘keras’ sedikit bermaksud ada orang lain juga yang berpenghuni dibangunan ini selain kami. Bangunan yang sudah lama terbiar dan kosong hanya beberapa tingkat sahaja ada orang bekerja. Pada awalnya kami sedikit pun tidak percaya kepada kata-kata pakcik itu, tanpa kami sedar jam sudah menunjuk kan pukul 7.50 pagi pintu sudah pun buka jadi kami pun menuju ke liff untuk masuk ke ofiss tingkat 5. Apabila kami sudah masuk kedalam ofis kami semua buat kerja masing2, pada masa itu ada seorang staff bernama Farah, dia pergi tandas seorang diri, lepas jer dia masuk matanya berair macam baru habis menangis kami semua hairan lah dan tertanya tanya kenapa dia menangis.

Aku pun pergi lah dekat dia tanya “Farah asal kau menangis” dia jawab spontan jer dia nampak “hantu” lepas tu dia cakap juga yang dia tu lemah semangat dan pernah histeria jadi aku ni pun hairan lah hantu apa pula pagi-pagi macam ni da keluar, aku bukan lah berani sangat pun cakap jer lebih hahaa, tapi rasa seram juga lah bila dia cerita hantu kat tandas tapi tak menganggu sesiapa pun cuma dia menampakkan diri dia jer, bila turn aku pula nak rasa pergi tandas tak berani lah pula seorang sorang, terpaksa lah juga ajak member pergi tandas takut punya pasal, bila aku masuk tandas rasa pelik lah dia da cakap ada hantu aku ni pun pandang lah kanan kiri atas bawah tapi macam rasa tak ada apa, tak tahu lah pula betul ka tidak.

Beberapa bulan kemudian….
Farah masih berkelakuan pelik rasa macam dia terganggu oleh benda-benda pelik. Tak habis-habis dengan “Hantu”nya, kebetulan pada hari berikutnya, seperti peristiwa yang pernah berlaku “Farah pergi tandas lagi sekali berseorang diri, bila dia masuk dalam keadaan yang sama dia menangis teresak sangat macam dah tak tahan lagi, bila aku toleh belakang perasaan ingin tahu apa ka lagi kejadian yang sudah berlaku, dia keluar bersama seorang kakak staff pekerja di pejabat yang sama dengan kami, jadi aku pun rasa ingin mahu tahu aku pun keluar lah sama member nie, bila kami keluar dorang duduk kat dewan makan, jadi bila kami masuk kami cuma mampu untuk tenangkan dia dan tanya dia apa yang sebenarnya berlaku..

“Farah”, pun mula cerita, pertama sekali masa kat dalam pejabat perasaan aku rasa tak sedap dan tak tenang, masa aku cerita dengan kakak tu aku tertoleh dekat pintu hadapan, masa aku toleh kat depan aku nampak benda pelik tu ada kat sana jadi aku tunduk lah aku cuba tenang kan diri benda tu tak ada aku istighfar banyak-banyak bila aku donggakkan kepala aku benda tu dah ada dekat depan mata aku kat belakang kawan aku duk depan-depan…. “yang duk depan dia aku lah , fuhh meremang juga bulu roma aku masa di cerita macam tu, aku pun mula lah rasa macam tak sedap hati, aku zikir banyak-banyak istighfar, kesian juga lah tengok keadaan dia menggigil, tiba-tiba dia bersuara dan cakap “benda” tu ada kat sana dah tempat kami duduk, dia punya lah tak tahan begegar satu badan menangis tak tentu arah, dia juga ada cakap yang benda tu tak suka bunyi bising sebab tempat kami bekerja pejabat tu adalah tempat dia….fuhh aku da betul-betul tak tahan aku rasa macam sejuk suram dah, macam nak lari pun ada juga, lepas tu kami suruh dia jangan terlalu lemah semangat lawan tu benda supaya benda tue tak masuk dalam badan dia, dia cakap aku sudah cuba lawan tapi tak boleh dia mahu masuk juga, kami suruh dia istighfar ingat Allah.

Tak lama kemudian tiba-tiba dia pengsan, aduhh kami semua rasa macam tak tentu dah, jadi kami pun angkat lah dia bawa dia pergi kat surau, lepas tu kami panggil penyelia panggil siapa yang pandai ubatkan dia. Ada 6 orang juga lah kami kat dalam surau tu pegang kaki dan tangan dia sebab benda tu da masuk dalam badan dia, lebih kurang histeria lah, waktu aku pegang tangan dia fuhh tak pernah nampak orang kena histeria depan mata nie, meremang juga lah bulu romaku, masa dia dah buka mata dia tu gilaa weii macam aku nak lari jerr seram sangat lah tengok mata dia tak berkelip langsung pandangan tajam, aku langsung tak tengok mata dia lepas tue aku pegang jerr tangan dia kuat-kuat dia mula bergelut nak bangun. Tiba-tiba datang seorang makcik yang bekerja kat bangunan atas pula tu dia cuba untuk panggil balik roh dia sebab roh dia dah berjalan jauh kata makcik tu, apa lagi kami semua pun mula rasa takut…

Makcik tu cakap roh dia dah terlalu jauh berjalan sampai susah sikit da mahu masuk balik dalam jasadnya, sebab dia juga perlu lawan untuk diri dia sendiri kalau dia terlalu lemah dan tak lawan dia boleh hanyut di bawah pergi. Mackcik tue cakap korang cuba sebut nama dia banyak kali cuba panggil dia suruh dia kuatkan semangat dia, jadi kita orang ni pun panggil lah nama dia banya kali “farah” balik farah lawan dia jangan ikut dia, lepas tu seorang member yang pandai baca kan ayat-ayat suci al quran pun bacakan lah kat atas kepala dan telinga dia, tiba-tiba dia teriak “sakit sakit sakit ” arrrgh sebab tak suka dengar kan ayat suci al quran tue, jadi dia mula lah bergelut lagi kami semua pun menahan kaki dan tangan dia, benda tu tetap tak mahu keluar, bila penyelia kami panggil seorang imam besar, imam tersebut masih dalam perjalanan ke pejabat kami, tiba-tiba muncul lah seorang lelaki anak buah imam besar tu datang mahu tengok keadaan orang histeria tersebut, farah membuka mata dan tersenyum senyum melihat orang yang berada kat depan dia , lelaki tu cakap jangan korang pandang mata dia, member kat sebelah dia pun tutup mata dia supaya tak tengok sekeliling dia, lelaki tue pun mula lah juga membaca ayat-ayat suci untuk panggil balik roh dia, masa tu farah da tak sedar kan diri, bila lelaki tu melaungkan azan berkali kali, farah mula lagi berteriak seperti orang yang kesakitan teramat sangat. Kita orang kesian juga tengok keadaan dia tu, tapi nak buat macam mana kami pun tak tahu nak buat apa hanya mampu doa kan dia jerr.

Selepas lelaki tu azan dia membaca kan lagi surah dan ayat-ayat supaya benda tu akan giveup dan keluar dari tubuh farah, dia dah mula tak sedarkan diri tuk kali kedua, bila dia sedar dah boleh buka mata dia nampak macam lemah sangat penat jadi kami bagi dia minum air supaya dia akan baik semula, tapi dia tak boleh bangun lagi masih lemah dan dia tak cakap apa-apa pun, kami bawa lah dia cakap “farah” kenal kami tak, dia cuma angguk kan kepala. Tanpa kami sedar imam besar tu baru sahaja sampai lalu masuk kedalam bilik surau tersebut, imam besar tu pun mula kan bicara dia sama farah untuk menanyakan yang dia ok atau pun belum dia cuma mengganguk, kemudian imam besar menawarkan air untuk dia minum dan dibawa pulang. Selepas sahaja dia ditawarkan farah sudah pulih dari histeria, dia boleh cakap dan boleh bangun dah.

Selepas semua itu berlaku kami baru diberitahu bahawa tempat itu memang berpenghuni oleh makhluk atau pun benda benda pelik, dan juga diberitahu oleh imam besar tersebut bahawa di mana-mana pun tempat atau pun di rumah semua makhluk ghaib memang ada cuma kita tak nampak dengan mata kasar kita, benda tue tak akan mempermainkan kita melainkan dia ingin memperlihatkan dirinya., sebab itu juga mesti selalu tidak pernah tinggalkan solat atau pun selalu berzikir minta pertolongan daripada Allah, Allah sebaik baik pelindung “HasbunAllah wanikmal wakil”

sekian dariku, cik elina…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

6 thoughts on “benda benda pelik”

  1. Noktah tidak digunakan di setiap ayat yang sepatutnya digunakan, membuatkan ayat tu terabur untuk difahami. Ambil masa yang lama untuk faham apa yang penulis cuba nak sampaikan.

    Tak sampai separuh karangan, minat untuk membaca dah hilang.

    Harap selepas ni kalau nak menulis, sila perbanyakkan penggunaan noktah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Light
Dark