Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca dan followers Fiksyen Shasha.. Terima kasih kerana menyiarkan kisah saya.
Ini pertama kali saya nak bercerita kisah yang saya alami dalam bentuk penulisan.
Sebelum ni saya hanya bercerita pakai mulut sahaja. Harap semua pembaca boleh faham dan bayang kan apa yang bakal saya cerita kan ni. Saya cuba sedaya upaya describe semuanya dalam perkataan. Masa bercerita saya lebih selesa guna aku. Boleh la eh….
Dulu sebelum bekerja di semenanjung Malaysia, aku berkerja di Utara Sarawak. Senang cerita di Limbang sarawak. 5 tahun aku kat sana. Sebelum mula cerita part yang seram tu aku nak cerita serba sedikit tentang kerja aku. Biar korang paham. Dalam KKM ada banyak cabang. Korang kenal doktor dan misi je kan. Ada cabang kesihatan awam ni salah satu nya unit aku, unit entomologi dan pest (uep).
Dalam uep ni, ktorg banyak kena masuk hutan dan pedalaman sebab nak cari nyamuk. Macam kelakar kan. Tapi tu la tugas kami. Kalau ada penyakit berkaitan dengan bawaan nyamuk , biasanya malaria, memang kami kena cari nyamuk dan tugas aku lah untuk membedah nyamuk tersebut bagi membuktikan bahawa nyamuk tersebut membawa penyakit.
Okay, back to our cerita seram.
Seperti biasa hari ni aku dan staff2 perlu ke satu lokasi ni bagi menjalankan tanggungjawab kami. Biasa bila pergi ke lokasi kami kena masuk ke kawasan berpaya, kolam tinggal atau mana-mana kawasan yang berair. Kali ni kami bertugas dia salah tempat di daerah Lawas. Masa meredah kawasan semak samun berhampiran sungai yang air nya keroh, aku terdengar satu bunyi macam menderam. Aku panik sebab aku fikir binatang buas ke anjing ke kan. 2 Staff aku pulak jalan terkedek-kedek dan tertinggal jauh di belakang. Aku yang berseorangan ni Tak fikir panjang, mulut laju je tegur bunyi tu. Masa tu tak fikir apa pun.
Aku terus melaung pada 2 orang staff aku. Sambil berlari ke arah mereka. “Ehh saya dengar bunyi benda menderam la (sambil aku ajukkan bunyi nya)”. Mereka pun bergegas pergi ke tempat aku tunjukkan. “Tak de apa pun bos” aku cakap, ye.. lama saya dengar bunyi tu. Bunyi nya mcm ni, rrmmmmm.. mungkin tak nak bagi aku cuak lelebih yang sorang ni pun meyakin kan aku yang tu hanya perasaan aku. So aku pun okay la. Dan kami meneruskan perjalanan. Settle kerja petang, kami pulang ke rumah rehat untuk membersihkan diri bagi kerja untuk sebelah malam pula. Sebelah malam tiada yang seram. Cuma aku rasa badan aku penat mungkin saja sebab tak cukup rehat. Cerita seram nya mula bila aku balik ke rumah aku sendiri…. jeng3
Malam tu kami sepakat nak balik rumah tak nak tinggal di rumah rehat sebab staff aku sorang ni anak nya tak berapa sihat. Jadi habis je kerja pukul 11.00 malam kami pun bertolak balik sbb nak kejar sempadan Brunei. Driver biasa akan hantar aku balik dulu. Ye la perempuan sorang kan.
Waktu tu aku sempat tengok jam kat tangan. Pukul 1 am.. Tak tau apa suwey malam tu masa bukak pintu rumah aku tak baca apa2 ayat pendinding. Ayatul qursi xde, 3 kul xde, salam lagi la xde. Tak pernah-pernah aku lupa untuk buat semua tu sebab mak aku selalu pesan kene ludah depan pintu rumah sambil selawat supaya kalau ada benda mengikut dia x mengikut masuk rumah. Tapi malam tu sumpah memang aku lupa. Sebab aku rasa penat sangat ditambah dengan mata yang semakin memberat.
Walaupun dalam keadaan yang mengantuk yamat aku masih membersihkan diri, berwudu dan solat isyak.
Seusai semua tu, lampu bilik aku padam. Yang tinggal hanya lampu ruang tamu yang saja aku buka supaya tak terlalu gelap. Aku berbaring dah ready nak melelapkan mata. Aku ingat lagi, masa ni aku hampir nak terlena, tiba-tiba kat mata aku tertonjol satu susuk yang datang menerpa terus ke muka aku. Ya Allah masa cerita ni pun aku da seram balik. Buruk betul muka dia. Allah. Tak reti nak cerita.
Aku terkejut, tapi tak boleh nak buka mata. Terus aku rasa suasana sekeliling aku kelam dan sangat gelap. Dalam masa yang sama telinga aku berdesinggg.. Dan aku rasa susah nak bernafas. Dalam pada aku bergelut tu aku dapat rasa kepala aku macam ditengadahkan, dan mulut aku dibuka seluas-luasnya. Aku memang dapat rasa ‘benda tu’ nak masuk dalam badan aku. Rahang aku masa ni lenguh sebab aku memang rasa mulut aku dikangkangkan seluas2 nya. Semua ayat aku baca termasuk azan. Tapi semuanya hanya boleh dibaca dalam hati. Sikit pun suara aku tak mampu dikeluarkan. Mula rasa nak menangis sebab aku tinggal sorang. Kalau kene rasuk mcm mana. Tapi aku tak putus asa aku terus menerus baca ayat qursi dan azan. Masa tu memang kritikal. Bertarung dengan apa pun tak tahu.
Sedikit demi sedikit baru aku rasa sekeliling aku tak lagi gelap gelita. Dan aku boleh gerak kan badan aku (silap aku tido terlentang). Dengan mata yang masih aku pejamkan (tak berani woi nak bukak), aku mengiring ke kanan yang membolehkan aku mengadap ruang tamu yang lampu nya terpasang. Ingat kan gangguan dah habis. Allahu. Dia datang balik. Korang tau tak bila kita lelap kan mata, dan ada cahaya, bila korang letak tangan korang depan muka dan gerakkan tangan dari belakang menuju ke muka korang mesti korang nampak pergerakan tu kan. Dia jadi gelap. Korang buat nanti korang tahu lah apa aku cakap ni. Tu la aku rasa time tu.
Aku juga rasa pergerakan pada kening belah kiri aku… ya Allah.. nak nangis serius. Aku kuat kan hati aku baca semua surah yang aku tahu. Azan tak henti. Aku tak tahu bila aku tertidur. Aku terjaga pagi tu dengar azan subuh. Allah.. sakit2 badan jangan cakap. Lemah langkah aku susun ke bilik air. Subuh2 tu aku baca yaasin 2 round.
Nasib baik cuti. Jadi aku boleh berehat.
Ini lah pengalaman aku yang paling seram yang pernah aku alami sebab aku ni memang bukan jenis yang selalu kena ganggu.
Tak tahu la benda yang mengikut aku tu benda yang sama aku tegur menderam atau apa. Aku tak tau. Tapi selepas itu alhamdulillah aku tak terima gangguan serupa itu lagi.
Terima kasih semua yang sudi baca cerita aku ni sampai habis. Nanti ada 2,3 lagi cerita masa aku kat sarawak kalau ada masa aku cerita. Tapi tak seseram yang ini. Ni yang bagi aku paling real pernah terjadi. Assalamualaikum…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit