Berakhirnya Sebuah Kehidupan (bahagian 1)

Namaku Ariff Budiman. Aku ingin kongsikan kisah bagaimana isteriku telah di sihir dengan menggunakan kaedah santau. Ianya terlalu perit bagi siapa yang menhadapinya. Inilah kisahku….Aku berkahwin dengan seorang gadis yang manis bernama Siti Aishah. Keesokkan harinya aku membawanya pulang ke rumahku di kampong dengan motosikal sahaja. Ada rakan2 yang tertawakan aku sebab membawa pulang isteri dengan motosikal dan bukannya dengan kereta. Buat apa aku nak tipu diri sendiri. Ketika itu hanya motosikal saja yang mampu aku miliki.
“ Siti….Buat masa ni kita tumpang rumah emak dan ayah memandangkan abang tak mampu nak menyewa “. Kataku kepada isteriku
“ Tak apa bang. Siti ikut saja dan Siti akan berhenti kerja “. Kata isteriku yang membuatkan aku merasa cukup lega ketika itu. Bukan aku nak melepas tanggungjawab untuk menyediakan rumah tapi memang aku tidak mampu ketika itu dan syukur isteriku menerimaku tanpa mempersoalkan kewanganku. Dialah yang banyak membantu ibuku dan ternyata ibuku amat menyayangi isteriku.

Isteriku pandai berjimat dan mencari rezeki. Keistimewaannya ialah menjahit baju. Duit yang di perolehi akan di kumpulnya jika ada masalah. Akhirnya kami telah di tawarkan se unit rumah kos rendah 3 bilik berharga RM25K. Isteriku merupakan orang yang paling gembira mendapat berita ini.
“ Syukur bang. Akhirnya kita dapat beli juga sebuah rumah “. Kata isteriku
“ Abang minta maaf sebab hanya rumah kos rendah saja yang mampu abang sediakan untuk Siti dan anak2 “. Kataku
“ Ini pun dah bersyukur. Rumah kos rendah pun rumah kita bang. Siti tak sabar nak hidup berdikari bang “. Akhirnya kami berpindah ke rumah baru tanpa kami sedari ia merupakan detik2 perpisahan kami. Di sebabkan kepandaian isteriku menjahit baju, maka dia telah menerima banyak tempahan dan pendapatan yang di perolehi itulah dia membantu menampong kehidupan kami. Kami rajin juga membantu pihak surau andai ada majlis yang di buat. Isteriku minat dalam masakan. Akhirnya kami di lantik menjadi jawatankuasa.

Isteriku jenis yang suka bertanya dan manis mulutnya. Sebab itu dia di sukai golongan yang lebih tua terutama makcik-makcik. Akhirnya seorang makcik telah menurunkan ilmu masakannya kepada isteriku. Suatu hari dia telah membuat pengumuman di surau…
“ Makcik dah perturun ilmu masakkan dekat Aishah. Sekarang dia jadi ketua masakan. Ada apa2 masalah tentang masakan boleh bertanya Aishah “. Kata makcik. Bermula saat itu sudah kedengaran bunyi dari belakang kami yang kurang enak…
“ Aku duduk di sini dah lama. Dia baru datang sini dah jadi ketua “. Itulah ayat yang telah di sampaikan kepada kami tpi kami mengambil sikap berdiam diri. Jauh di sudut hati kami bukanlah niat ingin menonjolkan diri tapi kami cuma ingin bermasyarakat.

Selang beberapa bulan, isteriku mula menunjukkan tanda-tand kurang sihat. Dia mula batuk-batuk. Aku membawanya ke klinik dan doktor memberinya ubat batuk. Lama kelamaan isteriku mula demam. Batuknya semakin kuat. Bila aku duduk bersebelahannya terasa bahang kepanasan. Aku basahkan tuala lalu letak di dahinya. Badannya mula berbau tapi aku hanya diamkan diri. Jiran datang berjumpa mencadangkan agar aku mencari pakar rawatan islam. Aku membawa isteriku berjumpa dengan seorang ustaz di USM. Bila ustaz membaca ayat quran tiba2 isteriku terus tidur seolah2nya tidak mahu mendengar ayat2 Allah.
“ Tengok Encik. Dia pandai dan tak mau dengar ayat Allah. Terus dia tidur dan tutupkan telinga “. Kata ustaz kepadaku. Bila selesai isteriku terjaga dari tidur dan terus senyum. Bila dia hendak solat aku akan menemaninya ke tandas dan membantu isteriku mengambil wuduk. Bila dia sedang solat aku dan anak2 akan duduk disebelahnya. Bila dia memberi salam terus dia akan jatuh. Pernah seketika kami terkejut bial dia beri salam terus dia jatuh dan kepalanya terkena pada tembok dan membuatkan dahi isteriku luka.

Isteriku tidak pernah mengeluh kesakitan. Semenjak hari itu setiap kali solat kami akan berada di sebelahnya kiri kanannya hingga selesai. Nasiblah dia hendak jatuh sebelah kanan atau kiri. Janji kami sedia menanti dan menyambutnya. Selepas menyambutnya barulah dia akan tersedar dan bertanya. Kemudian kami semua akan tertawa lucu. Ketika itu aku melihat senyum isteriku amat manis sekali. Lama kelamaan demam isteriku semakin melarat. Aku telah membuat keputusan membawanya ke hospital. Memandangkan kedua2 anakku berada di asrama jadi hospital telah menjadi rumah keduaku. Di situlah aku bermalam dan berbual dengan isteriku. Di atas sofa tempat aku melelapkan mataku di waktu malam. Hasil siasatan pihak hospital isteriku di syaki mendapat penyakit tibi sebab batuk yang di selang seli dengan d***h. Hasil dari pemeriksaan isteriku di dapati negatif dari penyakit tibi. Akhirnya dia diberi sejenis mentol untuk menghidu bila terasa hendak batuk.

Setelah berada dihospital selama 9 hari, akhirnya isteriku dibenarkan pulang. Namun demam panas masih lagi menguasai badan. Panadol, ubat hospital dan klinik ternyata tidak memberi kesan. Hari – hari pasti demam panas. Aku pening memikirkan perkara ini sehinggakan aku terlupa dengan tugas seharianku. Surau ramai jemaah yang bertanya kemana menghilangnya Budiman. Kenduri dijemput gtapi aku lupa untuk hadir. Sedar-sedar kenduri dah selesai. Terpaksa berjumpa tuan rumah memohon maaf.

Yang menghairankan aku apabila menjelang Maghrib isteriku mula merasa menggigil kesejukan dan diikuti dengan badan yang panas. Apabila waktu nak mengambil air sembahyang mulalah batuk menyerang tidak henti – henti. Ini membuatkan badan bertambah sakit dan demam panas. Aku mula terasa kepelikan dan mula tersedar kemungkinan ada benda lain yang mengganggu didalam tubuh isteriku. Aku membaca Al Mathurat didepan isteriku. Tiba-tiba ayatnya hilang didepan mata. Setelah beristighfar beberapa kali barulah penglihatanku kembali pulih. Aku menyuruh anakku membaca surah Yasin. Tiba-tiba dibalingnya kelambu membuatkan wajah anakku pucat. Isteriku hanya tersenyum melihatnya. Aku dah syak.

Aku ajak isteriku turun kebawah. Sambil bergurau kepada ipar dan anak saudara, aku berkata, ” Kawan Pakcik kata pakcik ni boleh berubat tapi tak yakin. Sekarang mari kita berkumpul sambil lutut bertemu lutut dan Pak Cik akan ubati Makcik”. Isteri menjeling tajam kearahku. Aku tahu yang ia dah mula merasainya. Aku meminta anak saudara membacakan ayat Al Quran didepan isteriku dan aku nak lihat reaksinya. Ternyata tindak balas berkesan Aku lihat isteriku menggenggam tangan menahan sesuatu. Aku mendekati isteriku dalam keadaan bergurau namun didalam hati, aku membaca surah yang aku telah bacakan didepan isteriku sewaktu aku sendiri tidak sedar ketika mengikut kelibat seorang pendekar sedang menggerakkan tari silatnya.

Bila sampai saja aku didepan isteri, aku terus meletakkan telapak tangan didahi isteriku. Apa lagi menjerit, tertawa dan mengilai. Apa lagi terkejut dengan peristiwa ini ipar dan anak saudara melarikan diri. Tinggal aku dan anakku. Aku beritahu kepada anakku jangan takut dan tolong bantu ayah memulihkan kembali emak. Aku menyuruh dia mengikuti bacaan ayat kursi. Dia membaca amat pelahan, tapi bila disuruh baca dengan kuat suaranya bertukar garau. Aku membaca ayat-ayat suci Al Quran sehinggakan membuatkan isteriku longlai tak bermaya. Aku sendiri pun tak tahu bagaimana aku lakukan semua ini. Aku hanya ingat aku pegang ditempat tertentu sambil membaca ayat Quran. Aku menyuruh anakku menalipon abangku dan beritahu keadaan mak dan katakan ayah tak mampu nak buat seorang diri.

Isteriku ternyata letih dan tidak bermaya. Beliau berkata hendak tidur. Aku tahu bukan dia yang nak tidur tapi benda yang berada didalam badannya. Tiba-tiba taliponku berbunyi, anakku memberi tahu Pak Ngah talipon dan sedang menuju kerumah kami. Bila terdengar suara abangku dari dalam talipon matanya mula tidak tentu arah. Apabila terdengar saja salam dari abangku tiba-tiba dia terus bingkas bangun sambil ketawa geram. Apa lagi abangku tak bagi chance langsung terus dimintanya air lalu membacakan sesuatu di tepuk ke kepala isteriku sebanyak 3 kali. Terus longlai dan akhirnya ia keluar dari badan isteriku.

Aku dapat merasai yang benda itu hanya keluar seketika sahaja. Sebelum ini bila aku suruh isteriku senyum sebab aku hendak test ternyata senyuman memang meremangkan bulu roma. Tetapi setelah kena tepuk dari abangku dia tidak berani senyum. Setelah keadaan tenang abangku pun pulang kerumah. Aku sengaja test kembali senyuman isteriku. Apalagi senyumannya kembali menakutkan dengan ketawa sinis.

Malam itu seorang bomoh tradisional datang untuk merawat isteriku dan ternyata memang ada benda didalam tubuh isteriku. Bila aku pulang dari tempat kerja jam 12 malam sebelum aku masuk kedalam aku membaca ayat kursi dan dapat merasai bahawa benda itu masih lagi berlegar didalam rumah. Sewaktu kami tidur terdengar orang berjalan. Seluruh isi rumah semalaman tidak dapat melelapkan mata sebab diganggu. Aku mebuat solat hajat memohon kepada Allah semoga kami semua dipelihara dari gangguan iblis dan syaitan terutama sekali isteriku. Alhamdulillah isteriku dapat tidur dengan tenang walaupun aku sendiri tidak dapat tidur sebab diganggu oleh makhluk halus yang ingin masuk kembali kedalam badan isteriku

Aku dapat merasai ia mencuit belakangku, ia mengetuk dan menolak pintu. Ada seketika ia berlari diatas bumbung. Aku hanya berzikir dan membaca Al Mathurat. Hanya kepada Allah lah kita semua meminta disamping berikhtiar.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ariff Budiman
FB Penulis
Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.8]

19 thoughts on “Berakhirnya Sebuah Kehidupan (bahagian 1)”

  1. Klau btl ini bkn fiksyen en bwklah isteri berubat secara konsisten dgn rawatan islam.setiap mlm psg rukyah sampai subuh di dlm rmh.suruh isteri sllu bzikir..amalkn mthurat
    Smoga cpt smbuh

    Reply
  2. Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya kerana Allah Maha Mendengar.

    Jangan kita menonjolkan kelemahan kita kepada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut.

    Buat penulis, La Tahzan Innallaha Maana.

    Reply
  3. org yg amalkan sihir ni kebanyakan munafik.kadang x sangka org yg selalu ke masjid.tapi hati busuk sihir org gara2 perasaan cemburu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.