HOSPITAL

Hai.. Cerita ni tentang pengalaman kat hospital besar di sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air. Macam biasa lah kan, hospital selalunya memang banyak kisah seram yang tersendiri. So ini cerita aku..

Arwah atuk aku sakit. Dia kena tahan kat wad lebih dari seminggu. Malam pertama dan kedua tu okay je, takda apa yang berlaku. Masuk malam ketiga, tengah tengah malam atuk aku akan meracau dalam keadaan yang marah.

Pernah sekali tu, dia dalam keadaan yang sedar, cuba nak halau sesuatu. “Pergi sana! Jangan kacau aku! Aku nak rehat!”. Masa tu pakcik aku punya turn jaga atuk. Bila dah kena macamtu, pakcik aku takut nak bermalam kat hospital lagi.

Esoknya, ayah aku yang take over. Lepas jam 12 malam, atuk aku bersuara. “Dia dah datang dah nak kacau kita”. Ayah aku yang agak berani & memang dah bersedia dengan gangguan-gangguan tu terus toleh ke arah yang atuk aku tunjuk tu.

Memang betul ada makhluk yang datang ke arah mereka. Gelap tubuhnya. Besar. Macam nenek tua. Tepat pandang ke arah ayah dan atuk aku. Ayah aku cakap dekat benda tu supaya pergi, dan jangan ganggu mereka. Nasib baik benda tu memang berlalu pergi lepastu. Syukur alhamdulillah jugalah.

Malam malam berikutnya, masih juga benda tu datang nak mengacau. Ada sekali tu, macam toyol kecik yang datang main dekat kaki katil. Wallahualam la tu benda apa. Ayah aku nampak benda tu, atuk aku pun sama. Tapi Alhamdulillah takda apa yang berlaku. Benda tu sekadar menjelma dan tak mengacau mereka pun.

Pernah satu malam tu, ayah aku ke surau hospital untuk solat dan berehat. Awal-awal takde apa yang berlaku. sampai la ayah aku dah habis solat. ayah aku tengah baca doa. ada benda yang meng’amin’kan doa ayah aku. jelas sangat bunyinya. Macam bukan sorang dua, tapi ramai-ramai berjemaah sebut Aaaaamiiiin. Ayah aku tak sedap hati sebab ayah aku tahu cuma dia je kt surau tu. kalau pun ada orang lain, tak logik pula tiba2 ada orang yang ramai mcm tu kan. Tapi ayah aku buat tak endah. mungkin jin islam. sekadar nak beribadat bersama. bila ayah aku toleh, memang takde orang langsung. huhu.

Ada satu hari tu, lepas jaga atuk, ayah aku nak keluar dari hospital. Ayah aku guna lif. Tapi yang hairannya, lif tu macam tak bergerak. Bila pintu buka, floor yang sama je. Berkali kali lif tu turun naik, tapi bila pintu terbuka, masih kat floor yang sama. Ayah aku dah tak sedap hati. Ayah aku keluar je dari lif tu. Masa keluar tu, keliling tingkat tu kosong, sunyi, sepi. Macam bangunan yang dah ditinggal lama.

Sedangkan hospital tu baru. Keadaannya usang macam dah berpuluh tahun ditinggalkan. Ayah aku baca surah surah lazim dalam hati, mintak bantuan dari Allah sambil teruskan berjalan. Tiba tiba baru suasana bertukar. Baru betul macam suasana dalam hospital. Dan ayah aku baru nampak lif yang lain, yang memang ramai orang tengah tunggu nak guna. Ayah aku sendiri musykil apa yang dia alami tadi tu betul2 atau ilusi. huhu

Sekian dari aku. Thanks sebab baca 🙂

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Anak Abah
Rating Pembaca
[Total: 58 Average: 4.1]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.