Berakhirnya Sebuah Kehidupan (bahagian 3)

Keesokkan harinya isteriku merasakan kakinya amat lenguh. Firasat aku mengatakan bahawa makhluk itu telah masuk kembali ke dalam badan isteriku sebab lubang di dalam badannya sudah terbuka luas menurut kata ustaz. Aku dan isteri hanya mampu membaca al mathurat. Alhamdulillah tiada petanda yang isteriku mengantuk atau kepalanya terhoyong hayang tatkala membaca al quran. Selalunya baru baca suku saja dah jatuh ke lantai. Kali ini alhamdulillah al mathurat dapat dihabiskan. Cuma masalah batuk masih lagi menguasai isteriku.

Talipon berdering. Anak saudara kepada isteriku meminta izin kepadaku untuk membawa uztaznya melihat samada masih ada lagi atau tidak makhluk ini di dalam isteriku. Aku mengizinkan asalkan tidak bertentangan dengan syariat. Gurunya merupakan seorang tarekat Shazaliah kalau tidak silap aku. Selepas asar mereka sampai. Aku melihat perubahan pada muka isteriku. Jantungnya berdebar dengan kencang sehinggakan anak gadisku berkata,

” Ayah, awat jantung mak bergerak kencang”. Kataku itu petanda makhluk itu ada lagi dalam badan.
Uztaz itu memulakan membaca ayat quran. Mukanya hanya tersenyum saja sambil memandang isteriku. Tiba-tiba isteriku jatuh pengsan. Sah memang betul tekaanku. Kata ustaz biarkan dia tidur sambil terus membaca sesuatu lalu menunjukkan tangannya kearah isteriku. Tiba-tiba isteriku bangun kembali dan terbatuk dengan teruk sekali. Akhirnya terkeluar muntah yang selama ini membelenggu isteriku. Banyak sungguh. Ia seakan ketul-ketul daging yang hancur. Ustaz berkata,

” Tudia dasyat sungguh depa hantar yang kuat”.
Sambil membaca dia berkata tak apa kita hantar balik kepada tuannya. Kata anak saudara isteri, bagaimana kalau ianya di hantar balik. Kata ustaz yang ni kita kena bagi buah keras. Sambil membuat air penawar isteriku terus di beri minum airnya. Nampak alhamdulillah sebab selama ini hanya batuk kuat saja dan kini muntah telah dikeluarkan. Ustaz bertanya aku, jawatan apa yang kami pegang. Aku jawab aku adalah setiausaha surau manakala isteriku hanya ajk surau.

Sambil menggelengkan kepalanya ia berkata insyaallah dan dia buat air penawar untuk dibuat mandian. Malam itu langsung tidak kedengaran gangguan. Namun malam itu kami dapat mendengar benda berjalan diatas bumbung sambil kedengaran anjing menyalak mendayu-dayu di depan rumah. Aku tidak henti-henti memainkan cd bacaan ayat-ayat suci al quran. Suatu perkara yang aku amat bersyukur kepada Allah ialah tatkala isteriku ditimpa musibah, Allah pula menganugerahkan kepadaku kesihatan yang baik.

Kalau tidak selalunya akulah yang kerap sakit kaki dan isteriku akan memasak air panas untuk aku rendamkan kakiku kedalamnya. Itulah rutinnya.
Aku pasti semua yang berlaku keatas kami bukan sia-sia. Sebenarnya setiap apa yang Allah bagi akan ada kebaikannya kelak. Kebaikan yang aku dapati ialah ukhwah persahabatan dalam jemaah amat kuat. Dapat satu sms saja ramai yang datang untuk membantu kami. Sebenarnya inilah yang menguatkan semangat kami. Yang tak dapat datang akan menalipon memberi nasihat. Syukur kepada Allah. Pengajaran yang aku dapat ketika bersama dengan masyarakat ialah, jaga lidah, jaga perbuatan dan hurmatilah mereka walaupun mereka tidak sama kefahaman seperti kita.

Ada yang berkata kepadaku,
” Budiman hangpa dapat apa bila pegang jawatan di surau. Hang tengok sendiri apa yang jadi dekat isteri hang”. Aku berkata,
” Sebenarnya kami pegang jawatan ini sebab itu adalah amanah dari Allah dan sekurang-kurang bila berada di depan Allah kami boleh menjawab”. Dalam hati aku berdoa kepada Allah dan aku amat yakini bahawa Allah tidak sekali akan membiarkan orang yang membesarkan agamanya di aniayai. Apa yang Allah berikan ini ada penawarnya kelak insyaallah.

Sudah beberapa hari kami tinggal di rumah ibubapa isteriku, akhirnya atas permintaan isteriku dia mengajak aku pulang ke rumah kami walaupun dia masih belum sihat sepenuhnya. Batuknya tidak 100% hilang. Aku bertanya tok bomoh kenapa ada yang mengatakan apa yang isteriku alami bukan santau sebab di kukunya tidak nampak warna biru. Kata tok bomoh tahap itu dah merbahaya. Kini walaupun ia belum pulih sepenuhnya aku bersyukur isteriku tidak lagi meratap sakit dada.

Sebelum kami pulang ke rumah, isteriku bersuara, ” Bang boleh bawa Siti ke tepi pantai “, kata isteriku setelah hampir 2 minggu tidak kemana. Sakit akibat santau amat menyiksanya. Darah sering keluar. Puas aku membawanya berubat di hospital dan perubatan islamik namun sakitnya masih tidak berkurangan. Ketika berada di pantai aku melihat isteriku begitu tenang. Sesekali dia menggengam erat tanganku
” Bang….”, suaranya tersekat. Terus aku bertanya kenapa. Namun dia diam. Airmatanya sudah membasahi pipi.
” Kalau Siti tak ada abang kawin lah lain. Siti tak nak abang sunyi “. Aku diam sebab sudah beberapa kali dia meluahkan ayat ini

” Takpa la Siti. Yang penting kita berubat dulu. Abang hanya nak Siti di sisi abang saja. Abang tak nak berpisah dengan Siti “, aku sudah mula sebak.
Aku dapat merasai saat2 aku akan kehilangan isteriku buat selama2nya. Aku sentiasa berdoa kepada Allah moga diberi kesempatang yang lebih lama untuk kami bersama.
” Abang janji bang. Siti cinta abang. Siti tak nak abang sunyi. Abang terlalu baik “. Isteriku sudah mula menangis. Aku memeluknya dan kami menangis sepuasnya di pantai
” Baiklah abang janji apa yang Siti minta “. Tersenyum isteriku sambil mengucap terima kasih. Aku mengajak isteriku pulang bila terdengar azan asar.
” Bang nanti boleh tak abang buatkan Siti nasi goreng kicap “, Minta isteriku

” Abang goreng bukannya sedap sangat. Siti goreng lagi sedap “, Aku bergurau.
” Siti nak rasa buat kali yang terakhir air tangan abang “. Tergamam aku mendengar. Apa lagi airmata aku terus jatuh tanpa dipaksa
” Siti jangan sebut macam tu. Kita berikhtiar Siti. Abang akan buat apa saja untuk Siti. Janji Siti jangan tinggalkan abang. Abang tak dapat hidup tanpa Siti “. Tenang isteriku mendengar kata2ku.

Bila sampai rumah aku bantu isteriku mengambil wuduk dan duduk di sebelahnya sehingga selesai dia solat. Aku baringkannya di katil dan aku pula solat. Selepas solat terus aku kedapur untuk membuat nasi goreng kicap. Aku tahu dia memang suka kalau aku buat nasi goreng kicap.
Katanya aku pandai masak. Itulah hikmahnya kalau kita rajin kedapur. Bila siap terus aku bangunkan isteriku. Aku suap isteriku

” Sedapnya bang nasi goreng abang. Mungkin ini yang terakhir Siti makan air tangan abang “. Ya Allah kau jangan pisahkan kami. Aku terlalu takut menghadapi saat itu. Di ambilnya camca lalu menyedok nasi dan disuapnya kemulutku. Air mataku dah mula keguguran
” Bang. Siti ucapkan terima kasih sebab abang terlalu banyak tolong Siti “.

Diciumnya tanganku. Aku membalas ciumannya
” Abang ingin meminta maaf pada Siti andaikata ada kesalahan yang buat Siti jauh hati. Minta maaf nasi goreng abang tak sedap “. Kataku. Isteriku terus menangis
” Nasi goreng abang sedap sangat. Terima kasih abang “. Aku terus menyapu darah yang keluar dari mulutnya. Dia kelihatan penat..
“ Insyaallah Siti. Kita akan ke Kelantan untuk berubat. Abang akan buat apa saja untuk Siti “. Tersenyum isteriku. Manis senyuman itu walaupun dia masih sakit.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Ariff Budiman
FB Penulis
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

17 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.