Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca setia semua. Syukur alhamdulillah masih lagi diberi kesihatan, kerahmatan dan perlindungan oleh Allah swt. Kali ini saya ingin kingsikan sedikit cerita tentang bagaimana nak meghadapi dengan makhluk ghaib dan mengatasi rasa takut didalam diri anda semua.
Pertama sekali mari kita tahu siapa dan apa itu jin, syaitan dan sebagainya dengan sedikit penerangan dan info.
Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .
Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, azazil laknatullah telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Dari Azazil lahir dan wujudlah bangsa-bangsa Jin dan terbahagi kepada dua iaitu Jin dan Syaitan. Jin pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam dan Jin kafir. Jin Islam pula macam manusia terbahagi kpd beberapa jenis, ada yang soleh, fasik, munafik sama seperti manusia. Syaitan kesemuanya jahat (tidak Islam). azazil laknatullah dan syaitan tidak akan dihisab di akhirat kelak, direct akan masuk neraka terus
Tempat tinggal jin kafir seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur, rumah kosong/tinggal. Manakala yang jin islam tinggalnya di masjid,rumah orang soleh, surau dan selalunya tempat yang bersih. Makanan jin pula sama seperti manusia, yang islam biasa makan tulang–belulang dari sembelihan dan binatang yang halal, manakala jin kafir yang sebaliknya.
Saya menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca ” SalaMun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pula jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin atau kita asal kejadian kita lahir dari persetubuhan jin dan manusia.
Jenis jin yang suka mendampingi manusia adalah jin qarin, jin ifrit, jin saka, jin za’bar. Tidak kira apa jenis jin kita wajib melindungi diri dari gangguan begini.
Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong namanya” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman A.S, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman A.S meninggal pun jin dan ifrit pun tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (teknik kena betul).Baiklah cukup dengan penerangan yang tadi, sekarang masuk pada bab mengintai dimensi lain.
Cara yang paling mudah untuk tahu jika ada makhluk yang mendampingi kita atau menduduki badan kita. Yang pertama pastikan diri dalam keadaan suci dari hadas besar dan kecil dan berwudhu’. Pakai pakaian yang putih dan bersih jika ada. Peralatan pula sediakan cermin setinggi ketinggian anda jika ada. Jika tiada yang separas pinggang atau sebarang saiz tapi jangan terlalu kecil, takut nanti tak nampak jelas. KEnapa guna cermin, kerana ia adalah cara dan pintu paling mudah dan dekat jika hendak mendekati dimensi lain. Kerana itu ada doa sebelum bercermin di dalam Islam, sebab cermin membuka pintu syaitan dan jin untuk menggoda menipu manusia. Doanya begini :
اَلْحَمْدُ ِللهِ، اَللّهُمَّ كَمَا حَسَنْتَ خَلْقِى فَحَسِّنْ خُلُقِى
“Allaahumma kamaa hassanta kholqii fa hassin khuluqii”
dan maksudnya adalah “Ya Allah sebagaimana Engkau telah ciptakan aku dengan baik, maka perbaikilah akhlakku”
Jika didalam bahasa inggeris acara ini dipanggil “Bloody Mary” boleh cuba google. Jadi caranya begini jika ingin mengintai ke dimensi lain dan melihat apa yang ada pada anda semua.
Duduk di dalam bilik anda/tempat tiada orang yang jauh dari bunyi dan gangguan kesibukan dari kehidupan harian. Seeloknya waktu tengah malam ke atas. Didalam rumah sendiri pun boleh, pastikan pencahayaan kurangkan atau malapkan. Guna lilin pun lagi afdal, sediakan cermin berkenaan dan pastikan anda duduk menghadap cermin sama ada duduk, berdiri, bersila. Janji nampak keseluruhan badan hingga kaki atau sebahagian besar badan. Kedudukan lilin di pasang megikut kehendak anda, ini bukan perlu letak dalam corak pentagram dan sebagainya. Itu bidaah syirik amalannya.
Semestinya sebelum mulai, kita haruslah buat pendinding diri untuk melindungi diri dari gangguan/kerasukan makhluk ghaib ini. Surah-surah lazim sebagai pendinding diri seperti Al-Fatihah, Ayat Kursi, Yaasin 9 dan lain-lain. Doa dan baca ikut niat yang terbuku dihati.
Setelah siap semua peralatan dan mempagarkan diri, maka kita boleh mula sesi menyingkap dimensi lain. Duduk meghadap cermin, keadaan cahaya yang malap/ gunakan lilin. Pandang tepat ke arah cermin sambil mulut dan hati tak berhenti zikir memuji ilahi. Tilik diri anda sendiri dan akan ada perubahan pada imej anda didalam cermin atau sekeliling anda. Sama ada muka anda berubah kepada rupa dan bentuk lain atau muncul sebarang penampakan di luar cermin. Pada ketika ini memang akan muncul perasaan seram tapi janganlah kita takut kerana Allah swt itu lagi melebihi Maha Besar tingkatannya. Rupa mereka seakan-akan manusia dan boleh berubah kepada pelbagai bentuk. Kuatkan semangat tuan/puan.
Apa yang terjadi pada saya ketika sesi ini, wajah saya di cermin berubah. Kedudukan kening kanan berubah ke ubun dan hidung saya dalam keadaan terbalik. Mulut saya semakin lebar dan mata kiri saya dianjakkan ke bawah pipi. Pada ketika ini saya berpeluh dan keseraman wujud. Meremang seluruh badan dan kaku, zikir ke laut, namun syukur Allah itu masih melindungi saya dengan memberi kekuatan meneruskan zikir dan membaca yaasiin 9.
Bau busuk mula penuhi bilik dan tiba-tiba muncul sesusuk tubuh di kiri saya dan memberi salam. Saya buat tidak layan dan teruskan bacaan zikir. Pakaian susuk itu warna hijau dan bersongkok, disini tuan/puan kena ingat jangan percaya dengan penampakan alim/warak/soleh yang ditunjukkan. jangan terpedaya jika ia mengaku wali,ulama/ Nabi Khidir a.s dan sebagainya. Kerana pada tahap ini bermacam tipu daya akan digunakan untuk mengalihkan aqidah dan tauhid kita dari Allah swt. Susuk itu memberi salam sebanyak 3 kali dan saya hanya membisukan diri, bahu saya di tepuk berkali juga saya diam. Sedang saya merenung di dalam cemin, susuk itu kelihatan sedang berdiri belakang syaa dengan rupa yang bengis, marah dan seram. Rupa saya didalam cermin masih tidak berubah dari bentuk yang hodoh tadi. Saya teruskan bacaan surah-surah pelindung dan saya berbicara dengan makhluk berkenaan seperti begini.
saya : siapa kau, wahai makhluk Allah.
susuk : aku adalah kau, kau adalah aku
saya : x payah nak bohong, Aku anak cucu cicit Adam A.S.Sejak bila aku dari keturunan kau
susuk : Aku nak duduk dengan kau.
saya : aku x nak berdamping dengan kau. xnak bersahabat, aku ada Allah swt untuk aku memohon perlindungan dan hajat. Nyah kau dari sini.
Susuk itu mulai ketawa dalam suara kasar,Saya terus membaca surah-surah dan mengatur nafas kembali.Langkah dibuka, tangan dihayun atas gerakan ilham dari Dia. Alhamdulillah dalam detik 10 minit bau busuk tadi menghilang dan tawa susuk itu sudah tak kedengaran. saya menamatkan sesi menyingkap dimensi lain dengan bacaan yaasiin untuk menghindar gangguan kepada orang lain di rumah saya. Saya halau dan pagar ghaib sekeliling rumah dengan campuran air garam serta bacaan Al-Fatihah dan ayat Kursi mohon perlindunganNya.
Jika tuan/puan nak buat sesi ini, pastikan hati dan aqidah tu kuat serta boleh benteng dari pengaruh dan godaan ketika makhluk2 ini muncul. Kerana waktu ni akan muncul sebarang pelawaan dan bantuan yang akan diberikan dalam penyamaran Rijaul Ghaib yangberpakaian seperti wali/ulama bagai..
Lupa saya nak beritahu, selesai sahaja sesi tadi, tiba-tiba muncul sejongkong emas di depan saya. bila saya nak ambil ada sepasang tangan yang menggenggam tangan saya dan menghalang dari mengambil jongkong itu. Saya agak Allah swt nak selamatkan saya dari godaan jin syaitan yang memang nak sesatkan manusia.
sekian kisah kali ini..
HANTAR KISAH ANDA: fiksyenshasha.com/submit
Nice
#sayatakuat
good sharing 🙂
Allah…. Memang tak la nak cuba buat kan.. Huhu.. Nice info tho, tq.
Terima kasih je la…..
syukran jazilan dengan ilmu yg ditulis ni.. jazakallah khairan jaza’..
Apa yang penulis ajarkan memang bahaya untuk dilakukan kalau tak kuat.
Agree… harap2 pembaca kat luar yg jenis nakal nak try2 takda la buat benda ni. Jangan ya.. lagi2 kita yang takda ilmu ni. Just takat baca2 FS untuk entertainment cukup.
Good info..sedikit pembetulan azazil/iblis bkn la bapa segala jin tp dia mmg dari keturunan jin..
thank u bossku..maaf saya ni selalu ada khilaf
Tiada keperluan..melainkan hanya ahli nya saja..saya percaya kaedah ini adalah ujian kpd pelatih untuk di ijazahkan guru atau ke peringkat matapelajaran seterusnya untuk sesuatu ilmu yg di tuntut(pendapat sekupang saya)
sama la saya pun kurang sekupang dari apa yang saya tahu..kerana ramai yang cakap cerita saya rekaan, jadi sekarang saya beri cara2 untuk mereka lihat kebenaran..biasalah ramai yang mengaku kasyaf firasat laduni bagai..tapi banyak yang auta lebih sembang gajah pun terbang…lebih pada halusinasi alam dewa kayangan,puteri bunian dan panglima bagai..tapi Allah swt dan zat2Nya segala Maha pencipta xnak pula dikaji…yang makhluk ciptaan pula di agung2kan..wallahua;lam
Betul tu
Siapa yang tak kuat jangan la cuba
Takut nanti lain jadinya
betul tu tuan hantu nazi….ni saya just nak bagi pada yang sembang2 kencang kata xpernah ada pengalaman seram/mistik dan menidakkan kehadiran alam ghaib itu cuba sendiri…yang sembang dia xpernah alami dan perlekehkan pengalaman orang lain.. xnak pula dia orang ni komen2 rasa sakit nak mati sebab xpernah rasa sakaratul maut lagi.. jadi kalau x rasa lagi rasa sakaratul maut makna mati itu hanya KHAYALAN?? tepuk dada tanya iman pada yang sembang gajah terbang.. wallahua’lam
azazil tu nama iblis.
bukan bapak jin
ini yang teman tahu lah
iblis laknatullah adalah panglima kepada golongan malaikat yang di cipta dari Nur(cahaya Allah), rujuk balik Quran dan Hadith sohih,semasa iblis laknatullah ingkar perintah Allah swt untuk sembah pada Nabi Adam a.s, iblis claim dia lagi mulia kerana di cipta dari apai walhal Nabi Adam dari tanah..oleh itu azizil/iblis bukan malaikat tapi dari golongan jin..Kerana iblis pernah lead malaikat turun ke bumi dan perangi makhluk2 yang juga ada dari golongan jin membuat kerosakan di bumi sebelum manusia tercipta. Back to basic bro Al Quran dan hadith sohih
Memang betul iblis tu dari golongan jin…
Surah al kahf ayat 50…
Tapi surah tu takde kata iblis tu bapak jin…
Bak kata Ustadz Adi Hidayat
Benda yang bermula dengan jim dan nun biasanya membawa maksud yang tidak terlihat dengan mata kasar…Allah dah jadikan jin ni tak nampak dengan mata kasar…Jin yang membuat penampakan mesti jin yang ada masalah…dan yang lebih bermasalah bila manusia yang sibuk mencari nak nampak jin….
Tak perlu la nak buat kerja yang sia-sia….
selama ni saya rasa saya takde gangguan. setakat mimpi-mimpi tu adalah. penampakkan kelibat adala sekali dua. tapi sejak berlaku ‘sesuatu’ dalam hidup saya, saya pergi berubat. masa sesi ruqyah tu tak payah tunggu lama, terus suara berubah bagaikan suara lelaki. garau dan kasar bunyinya. masya allah. masa tu sedih sangat rasa. rupanya selama ni ada ‘benda’ yang menumpang dalam badan.
rasa macam nak buat ape yg diceritakan di atas tapi takut diri sendiri tidak kuat untuk berhadapan dengan ‘benda’ tu. tapi rasa nak sangat suruh ‘benda’ tu keluar dari badan ni. kalau buat tu kena berseorangan ke atau boleh berteman ya??
ustaz ismail kamus kata manusia tak boleh nampak jin.
allah tak izinkan.
kalau yg boleh nampak tu sama ada jin tu menjelmakan diri atau manusia tu dapat bantuan jin jgk.
https://perawatislam.com/ruqyah-syariah-2/boleh-lihat-jin-apa-jawapan-al-quran/
memang Allah x izinkan nampak jin..habis siapa yang izinkan pada siapa yang kasyaf smpai nampak azab kubur, makhluk yang halus ciptaannya spt malaikat dan dimensi lain tu(saya x kasyaf selalu)..Ada Allah lain ke yang izinkan tengok??? itu kalau dah selalu nampak sama ada menghidap sakit mental/jiwa atau betul2 ada gangguan jin…sebab tu kena bersihkan diri kalau nak pastkan apa yang kita nampak itu yang betul dan bukan jelmaan/puraan….ada berani cuba???
wallahua’lam
Setahu saya kalau manusia biasa nampak jin tu hanya jelmaan sahaja, rupa sebenar hanya nabi/rasul sahaja yg pernah tengok. Kalau salah mohon betulkan
tu sebab kena buktkan dengan diri sendiri.kalau dgr cakap orang semua akan bagi berbeza pendapat..kan Allah memang beri jin, syaitan dan iblis nak menyerupai apa2 saja kecuali Nabi..bentuk asal memang seakan2 manusia cuma yang manusia nampak ni jelmaan dan seperti benda apa yang kita nak nampak..tu yang muncul pocong, hantu raya,toyol dan lain2..
good sharing
Maaf ya…bila baca cerita aku ok saja walaupun rasanya kurang sesuai untuk dipos kepada orang awam …tapi bila baca komen balas, aku tersenyum…
Dugaan yang kecil, tak sampai sebulan, termakan provokasi dengan mudah menunjukkan ilmu yang ada, sampai ilmu songsang pun dikongsi sama semata mata nak menunjukkan dirinya pandai & berilmu…aku katakan ini dugaan kecil, kalau dah betul berilmu, tak perlu cepat melatah, tak perlu marah dengan orang awam…orang berilmu tak perlukan sanjungan orang untuk menunjukkan dia berilmu…nak tunjuk pada siapa? Kan semua milik Allah…
Perkongsian ayat pendinding & amalan asas amat digalakkan…tapi kalau amalan khas, kalau boleh minta orang awam jumpa yang ahli…dapatkan ijazah dan khaifiatnya, kalau boleh berguru supaya tidak sesat…hati hati dalam perkongsian, jangan biarkan orang terkapai kapai tak jumpa jalan pulang…
Imho, berdasarkan komen yang direply, cabaran kepada orang awam & posting…nampak macam gagal dalam dugaan kecil ni…apa pun tahniah la atas semua kejayaan yang superb melepasi dugaan yang diceritakan dalam cerita cerita sebelum ini…
Just my dua sen …
tidak terpalit sedikit pun rasa nak ujub,takabur,riak dan sombong dalam segala perkongsian..tidak akan pernah diri ini claim apa pun di dunia ini milik diri ini..bahkan diri ini juga milik Dia..sekadar kongsi sebab ramai orang2 yang tiada pendedahan asas kerana kekangan masa, kepercayaan,keyakinan dan aqidah itu sendiri. Jika dilihat hanya ini medium yang saya boleh kongsikan atas apa yang sedikit saya tahu..seperti orang macam anda yang lebih suka provoke dari berkongsi ilmu..bukankah berkata yang sia2 itu tidak elok? Adab bercakap dan berkongsi entah lari kemana..memang ilmu dan amalan tertentut perlu diijazah dan berguru dengan yang mursyid, namun apa yang saya kongsikan sedikit sebanyak memberi gambaran awal kepada orang ramai untuk tahu bahawa ada yang lain hidup berkongsi alam dengan manusia…dan ini sebagai pembuka mata dan pandangan yang tidak ada asas atau pengetahuan dalam nak mulakan..everyone needs a kick start
x guna berilmu tapi tidak beradab kerana iblis dan jin juga lagi tinggi ilmu dari manusia pada sesetengah tingkatan….kerana ilmu kebaikan yang dikongsi itu dapat menjadi penyambung amalan selepas kita BALIK kepada Yang Esa selain doa anak soleh/solehah dan sedekah yang ikhlas keranaNya
semoga tuan dan ilmu tuan berkembang sehingga ke makam yg tertinggi dengan IzinNya
just my 1 sen
Bagus dapat hindarkan ujub dan riak…terjemahkan dalam posting dan komen …
Seperti yang ko nampak dalam komen…adab aku kelaut? So ko nak expect ilmu apa yang dapat aku kongsikan? Sebab tu aku takde kongsi kongsi ilmu dalam ni…
Boleh tengok balik ko punya posting, cerita banyak dugaan dah lepas…tapi kena duga sikit melompat, melatah dalam komen…kalau orang ada beza pendapat dengan ko, ko bagi la pendapat ko, sumber rujukan ko…jangan main hentam orang, cabar orang …kadang kadang dua dua pendapat pun betul …tak perlu paksa orang ikut pendapat kita…baca betul betul, aku tulis kadang kadang tu…
Ko yang nak kongsi ilmu dengan orang …tugas ko la nak terangkan crystal clear kalau diorang ada percanggahan pendapat…bukan hentam, marah dan cabar…ni yang aku perasan dalam komen ko…guru mengajar, anak murid belajar, kalau murid tak faham tu standard la, guru la kena jelaskan bukan marah & hentam …
Tengok pada adab aku, takde sekelumit ilmu pon dapat aku kongsikan…yang aku ada, cakap direct …terus terang …senang…ko tak puas ati, aku kasi terangkan…
saya pun setuju dgn komen awak. baca cerita2 nya ok je. tapi tak berapa sedap bila baca caranya menjawab komen2. simply said, ada unsur “humble bragging”. dlm cerita seolah seorang yg sgt merendah diri, yg sekadar berkongsi ilmu. seolah dua org yg berbeza.
Bro,saya cadangkan buat konsep pencerita kpd penulis seperti kisah tun mamat yg mana penulisnya bekas pegawai ggk(juga sbgai watak tun mamat sndiri tp beliau tak mengaku cuma bg hint saja)..kisah pembabitan anggota komando dlm misi pengaman di bosnia 93,94,95 dahulu..turut di ceritakan pertempuran 1on1 dgn anggota spanaz rusia dgn menggunakan seni silat sendeng,mereka jga mengajar org awam bosnia cara berperang utk pertahan tanah air..boleh ikuti kisah tun mamat di page rgk
Tq for sharing… Harap syedassidiq dan menda la lu berlapang dada.. Tak semua org yg ada ilmu ni punya kesabaran yg tinggi dgn kata2 org ya encik menda la lu..dia pun manusia pasti ada kelemahan.. Ambik kisah cita ni sbg tauladan dah.. Try tgk encik menda la lu tulis dlm FS pulak.. Bukan senang nak tulis pjg2 dan luangkan masa menulis ni.. Ramai penulis FS yg cabut larik bila tak kuat dgn komen2 org.. Komen mmg senang berbanding menulis.. Tp hati org tak sama.. Menegur biarlah cara berhemah bukan cara menyindir.. Jgn sebab kata2 kita sendiri org serik nak menulis di FS lagi dan beralih ke blog seram lain..
Klu dia bagi salam tu, bukan ke jin islam?
Ni dulu ramai yang dok tanya cmna nk bukak hijab nak tengok jin. Satu perenggan berapa kali dok ulang2 saya baca. Hampir2 terlelap tersengguk2, sampai perenggan akhir. Kalau tanda2 cmni ade jin ke yang menumpang? Habis je baca segar terus tak mengantuk pun. Nak buat sendiri macam cara diatas tak berani pulak. Tapi kalau time solat memang boleh rasa gatal2 muka rasa ada yang bergerak dekat muka. Mula2 ingatkan air wudhuk tapi bukan smpai rasa nak garu muka sendiri. Lepas solat automatik hilang rasa gatal tu. Ada sapa2 tau tak dan boleh bagi pandangan?
Kasyaf Haq.
-pemberian Allah swt
-untuk melihat/ketahui perkara ghaib
-tiada unsur2 jin
-ada 2, diminta dan diberi
-kasyaf diminta biasanya pada mukasyafah/iman/warak/alim/makrifatullah dan lain-lain
-kasyaf diberi sesiapa sahaja kerna Allah itu maha berkuasa atas semua
-jika ada 4 jenis keyakinan seperti Ilmul Yakin,Ainul Yakin,Haqqul Yakin dan Kamalul Yakin.
-Kasyaf boleh jadi diberi sebagai ujian supaya tidak ujub,sombong,angkuh dan riak.
-Tidak mendomba dia kasyaf, orang kasyaf tidak mengaku dia kasyaf
-rahsiakan apa yang memang rahsia, jaga aib orang dan Allah jaga aib kita.
-menjaga rahsia alam, jangan cerita dengan sembarangan orang
Kasyaf jin bahaya kerana penuh dengan sifat tipu, keji, ujub, takabbur dan riak serta sombong.
Kasyaf bukan setakat tengok hantu,jin dan syaitan. itu tahap paling rendah. Sebab kejadian makhlok berkenaan x sehalus kejadian malaikat dan alam ini yang berlainan dimensi.
kasyaf ada bermacam jenis seperti kasyaf mata,telinga, mata hati, rasa, lidah dan firasat,akal dan ladunni.
Ayam dan keldai lagi kasyaf sebab boleh nampak malaikat.
Daripada Abu Hurairah,katanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
“Apabila kamu mendengar kokok ayam maka mohonlah (doa) kepada Allah kurniaNya (rezeki) saat itu, ayam itu melihat malaikat. [Hadis Nabawi]
“Dan apabila kamu mendengar teriakan keldai atau salakan anjing, maka berlindunglah kepada Allah daripada syaitan kerana sesungguhbya saat itu ia melihat syaitan.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
saya ada kenal seorang pengetua tahfiz yang tidak sanggup nak lalu dekat atau pergi ke kubur. Kerana dia dikurniakan kasyaf oleh Allah dengan dapat mendengar teriakan dan jeritan laungan ahli kubur yang terkena seksa kubur. Kadang-kadang dia juga dapat melihat bagaimana seksa kubur itu. semuanya dengan kuasa Allah swt. Kasyaf yang seperti ini dikurniakan oleh Allah secara direct tanpa diminta.
Jika seseorang mengaku kasyaf menggunakan bantuan jin, maka ingat lah jika kita memohon selain bantuan selain Allah maknanya kita mensyirikkan Allah dan menduakanNya.
Sesiapa yang nak tahu lebih tentang hijab, tahap yang paling tertinggi dan paling halus adalah “melihat diri dan mengaturnya”. Jika pembaca inginkan hijab tahap berkenaan dan inshaa Allah akan mudah nak dapat hijab yang lain, kaji, faham dan amalkan Ayat Kursi. Belajar dan jangan tinggalkan salah satu iaitu hakikat, syariat, makrifat dan tarekat. Berguru dan dapatkan pemantauan dalam membuat pengkajian ini untuk mendapatkan hijab yang sejati dan hakiki tanpa campur aduk jin dan syaitan. Inshaa Allah lepas ni tidak akan rasa takut kecuali pada Allah swt
Hanya sebagai info mengelakkan pembaca semua takut, lebihkan keyakinan pada Allah dan elakkan di tipu kaki-kaki yang mengaku boleh scan, tilik pesakit dan sebagainya.
Antara faktor yang menghalang seseorang untuk buka hijabnya kerana masih ada lagi hijab Bashari dan hijab Bashiirati di hati,kelakuan dan ucapan.
wallahua’lam
Kuatnya semangat tuan. Saya solat dikampung malam dengar bunyi binatang luar tingkap pun saya pecut keluar bilik. Iman senipis kulit bawang betul.
Bukan ke tu doa y dibaca time nak tgk cermin?y sy taw,baca ayat kursi seribu kali,berdiri depan cermin dlm keadaan bilik samar2 cahaya…
yea itu doa tgk cermin..elok amalkan sebelum tgk cermin..sama mcm doa masuk tandas..xsalah nak baca doa..tu sbab saya say bagi tahu kena baca doa sebelum tgk cermin
dulu saya baca doa bila tgk cermin. sekarang ni huhu…tipisnya iman saya ni. klo bismillah je boleh tak?