BERDESING

Salam.

Terima kasih buat Team Fiksyen Shasha sekiranya cerita ini disiarkan buat tatapan semua. Ini hanyalah pengalaman yang aku lalui walaupun aku sememangnya tidak mempunyai apa-apa kelebihan lain yang Allah kurniakan seperti Kasyaf atau mata ketiga. Maaf sekiranya penulisan ini menyinggung mana-mana pihak atau kaum yang lain. Ini hanyalah peristiwa yang berlaku kepada aku.

Kisahku bermula pada tahun 1996 semasa aku berumur 12 tahun. Kakak yg belajar di UiTM bercerita mengenai rakan lelakinya yg bermain gitar di sebuah bilik asrama. Zaman tu takde handphone canggih macam sekarang. Yang ada hanya radio, walkman & kaset sahaja. Selepas merakam bunyi gitar sambil menyanyi, rakannya memutarkan semula recording tersebut tetapi hanya mendengar sayup-sayup petikan gitarnya. Sebaliknya dia mendengar suara mengilai yang mengerikan. Sejak itu, dikatakan ustaz telah datang untuk membersihkan bilik dan kawasan asrama tersebut.

Aku yang excited dengan cerita seram banyak kali meminta untuk dengar kaset tersebut tetapi kakak berkali-kali menolak permintaanku itu. Sehingga aku demam dan meracau-racau. Demam berbulan-bulan sehingga cikgu kelas risau dengan keadaanku yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun tersebut sampai suruh berubat tradisional. Mak ayah pun banyak kali hantar ke hospital tetapi selepas sampel d***h diambil, aku tetap tidak ada penyakit denggi atau apa-apa yg membahayakan. Doktor cakap aku sihat, cuma demam panas. Setelah lebih empt bulan, aku tetap menduduki peperiksaan UPSR seperti biasa dan memperolehi semua A dalam matapelajaranku. Aku sendiri terkejut dengan keputusan itu dan pelik apa yang aku jawab masa exam atau siapa yang menjawabnya?

Tahun 1999 Tingkatan tiga, sehari sebelum exam, aku mimpi beberapa soalan yang bakal dijawab keesokan harinya. Muka surat yang mana, soalan apa. So pagi-pagi sebelum masuk dewan, aku dah suruh kawan-kawan rapatku untuk baca beberapa bab yang dijangka ada dalam exam nanti. Diorang semua gembira dan kelam kabut baca apa yang sempat. Ternyata soalan yang ada memang sama dengan gambaran yang aku mimpi semalam. Tapi keputusan exam tak dapat pun semua A. Hahaha.

Sejak aku sihat dari demam panas, ada beberapa perkara yang pelik berlaku. Setiap kali melalui kedai yang ada ukiran patung atau bentuk terutamanya daripada kayu, mesti kepala aku akan sakit dan berdesing. Yang lagi pelik, sakit tu akan hilang selepas beberapa langkah menjauhi kedai tersebut walaupun di dalam shopping mall.

Kejadian ni seingat aku pertama kali berlaku semasa kami sekeluarga menziarahi makcik di rumahnya. Pakcik aku baru balik dari outstation di Sarawak. Semasa ingin menggunakan toilet, adikku pulak lama dalam tu. So, makcik menyuruh menggunakan toilet dalam biliknya (master bedroom). Semasa melalui almari pakaiannya, tiba-tiba aku sakit kepala dan berdesing yang teramat kuat. Perasaan berdebar-debar ingin tahu apa yang ada dalam almari pakaian nya. Sekembalinya kami ke rumah, aku memberitahu emak perkara yang berlaku. Risau juga kalau dia tak mempercayai aku. Tapi sebaliknya emak terus menghubungi makcik dan memberitahu yang aku ada rasa kurang selesa di dalam biliknya tadi. Emak bertanya apa yang disimpan di dalam almari. Makcik memberitahu tiada apa-apa. Hanya pakaian dan beberapa barangan hadiah dari Sarawak. Salah satu daripadanya adalah hadiah yang diberi daripada kawan pakcikku berupa perhiasan bentuk macam topeng muka yang digunakan oleh pahlawan sesetengah kaum di Malaysia. Emak meminta untuk membuang hadiah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan terjadi apa-apa akan datang. Makcik hanya menurut sahaja.

Perkara yang sama terjadi semasa aku pertama kali datang ke Komtar atau Perangin Mall. Tak ingat pula mall yang mana. Ni berlaku lebih kurang 9 tahun lepas semasa bercuti dengan rakan-rakan yang lain. Selepas meletakkan kereta di parking bertingkat mall tersebut, aku baru nak jejak kaki ke dalam mall. Tiba-tiba rasa pening dan berdesing datang semula. Aku memberitahu kawanku (sekarang suami) yang aku tak selesa di situ. Dia dah tahu maksudku dan terus berasa hairan. Kenapa pening sedangkan depan kitorg takde kedai. Hanya escalator untuk naik ke aras kedai. Aku memberitahu bahagian atas sebelah kanan ada kedai jual barang yang aku tak boleh lalu dan depan sikit sebelah kiri pun ada di aras yang sama. Dia terus naik escalator dan cuba check tempat yang aku beritahu tadi. Lepas 10 minit, dia datang balik dan beritahu memang ada beberapa kedai yang jual patung-patung hiasan.

Kejadian ni paling aku tidak boleh lupa iaitu semasa TV9 buat Karnival Sua Rasa dekat area Negeri Sembilan dulu. Aku dah bertunang dan datang ke karnival tu bersama bakal mertua dan kakak ipar. Dari KL kami sampai ke karnival lepas Zohor. Masa berjalan-jalan membeli makanan di gerai jualan, aku nampak bahagian tapak karnival untuk rancangan-rancangan media prima termasuk tapak Rancangan 999. Dah tentulah aku nak tengok Mazidul Akmal Sidek yang popular tu. Orang berkerumun di hadapan tapak tersebut. Aku mengajak tunang ke situ dengan gembiranya. Tiba-tiba semasa berjalan mendekati area tu, aku terbau hanyir d***h pekat yang sangat busuk sampai nak muntah. Aku perhati orang di kiri kanan ku semua kelihatan seperti biasa. Macam tidak ada apa-apa berlaku. Aku berhenti dan terus menutup hidung. Tunang dah di depan meninggalkanku dan tak perasan aku stop tiba-tiba.

Aku melangkah ke belakang perlahan-lahan menjauhi tempat tu. Bila tunangku tersedar, dia datang dan dapatkan aku semula. Dia pelik kenapa ajak ke tapak tu tapi tak ikut sekali ke sana? Yang aneh nyer, lepas aku mengundur sedikit, bau tu dah takde. Masa aku tanya pun, tunang aku cakap takde bau apa-apa. Macam biasa jek. So aku rasa memang aku jek laa yang halusinasi bau tu kut. Aku pun nak teruskan ke tapak 999 tu. Sekali lagi bau busuk tu ada balik. Kali ni aku confirm bau tu mesti datang dari tapak tu jugak. Aku suruh tunang aku pergi check apa yang ada kat sana orang kerumun ramai-ramai.

Lepas dia masuk tengok gerai 999 tu, dia datang balik dan beritahu yang kat dalam tu ada bekas kaca display macam kat muzium tu. Dalam tu ada parang, keris, pisau dan macam-macam barang yang digunakan penjenayah semasa membuat rompakan. Ada yang hulu parang dibalut kain kuning. Tapi semua alatan tu tidak ada kesan d***h atau apa-apa yang kotor. Cuma kelihatan lama sahaja. Rupanya mungkin aku terbau d***h dari peralatan yang digunakan tu semasa kejadian samun/rompakan dilakukan. Terus aku tak jadi ke situ dan berkunjung ke gerai makanan sahaja.

Ada beberapa cerita lagi aku akan tulis sekiranya ini disiarkan pihak FS. Yang seterusnya nanti mungkin aku ceritakan tentang matrikulasi.

Sekian terima kasih buat semua pembaca dan FS yang sudi menyiarkan cerita ini. Sila jangan bosan okay

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]
Pen Hijau

28 thoughts on “BERDESING”

    • Sense yg x berapa nk sense. Kalo meremang tu kita mcm rasa seram kan. Ni sampai bingit telinga & sakit kepala. Betul2 rasa x selesa & nak pergi dr tmpt tu

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.