BERMALAM DI KAMPUNG

Assalamualaikum.
Angah rose disini.
Cerita nie terjadi pada tahun 2010. Masa nie rajin balik kampung bila hujung minggu…maklum la anak2 masih kecil senang nak kesana kemari tanpa pikir diaorg ada kerja sekolah ke apa ke dan mungkin suami lepaskan rindu di kampung kerana zaman bujang nya banyak dihabiskan di negeri lain atas tuntutan tugas.

Oh ya kampung ku dan kampung suami dalam negeri yang sama tapi daerah berlainan.
Macam biasa minggu tu kami balik kampung. Bermalam dua hari biasa nya..gerak dari rumah petang jumaat ..balik semula ke rumah petang ahad.
Biasa nya kami gilir2 tidur dirumah mak aku dan rumah mak suami.
Kami tidur diruang tamu saja sebab tak muat nak tidur di bilik..lagipun panas di bilik…rumah kampung mana ada aircond bagai.

Rumah mak mertua pula ada 2 ruang tamu..1 area dapur…1 lagi area depan dekat pintu masuk utama.
Malam tu tidur area depan.
Maka dibentang la tilam bujang dan toto.

Dalam pukul 1 lebih aku tiba2 terjaga sebab macam dengar suara orang bergumam menyanyi..ala yang bunyi macam ermm..ermmm tapi berirama tu..dengar bunyi angin kuat …pastu dengar bunyi gong..tomm…sekali je..masih ada yang nyanyi lagi …bergumam tu…bunyi angin ..bunyi gong ..tommm…berulang2…sampai aku dapat bayang yang sidia duk berayun atas buaian….makin lama bunyi makin kuat….aku baca ayat kursi berkali…bunyi tu da macam jauh..nak lelap balik..dia bunyi kuat semula…kejut suami …dia tak bangun pon..aish…last2 aku terlelap sedar2 da azan subuh.. Aku senyap aritu..tak cerita apa2 kat suami atau mak mertua.

Malam kedua tidur..aish…hawau betul ada lagi kau…dia datang nyanyi bergumam lagi bawak gong dengan angin..
Aku tengok jam kat dinding dengan samar2 cahaya lampu jalan..pukul 1 lebih..
Aku baca ayat kursi….dia tak pergi jugak..
Rasa marah dan menyampah masa tu tambah pulak tak cukup tidur. Aku baca ayat kursi pastu cakap aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Aku mengantuk nie. Aku tutup muka dengan bantal terus tidur.

Esoknya balik rumah aku cerita pada suami … dia kata kenapa tak kejut dia..ermmm tidur terkapau tak ingat dunia..padahal aku da kejut .

Minggu berikut giliran tidur rumah mak aku..selamat, macam da fobia nak tidur kat rumah mak mertua.
Minggu seterusnya tak balik bermalam di kampung. Suami kena kerja. Pastu seterus nya dia kerja jugak.

Akhir setelah sebulan lebih tak bermalam dikampung minggu tu kami bermalam dirumah mertua..malam tu suami keluar lepak kedai kopi sebab nak jumpa kawan sekolah dia yabg kebetulan ada balik kampung.
Aku dan anak2 da tidur kat ruang depan tu, tidur awal dalam pukul 9 lebih gitu.

Dalam pukul 12 aku terjaga, suami belum balik..ishh..borak apa sampai tak jumpa rumah nak balik.
Rumah da gelap … mak mertua tidur diruang depan dengsn cucu nya ,anak adik ipar.
Ipar dan suami nya dalam bilik. .adik suami sorang lagi, lelaki pon tak balik lagi.
Aku ke bilik air nak buang air…bilik air terletak kat dapur..buka api bilik air ,bila nak melangkah masuk , aku bau wangi sangat macam bau bunga, dalam hati pikir wangi bau sabun mandian dalam bilik air nie,  tak pernah bau mungkin adik ipar baru beli kot. s

Sebaik selesai bila aku nak keluar dari bilik air terasa bulu roma meremang macam ada orang kat belakang , aku jalan laju2..macam ada yang jalan laju2 ikut..sampai kat tempat tido yang ikut jalan laju2 tu jengah muka aku.. Ya Allah….sampai jatuh terduduk aku ..nasib la muka cantik….perempuan pakai gaun labuh warna putih rambut lepas bahu. Kau bayangkan ada org berdiri belakang kau pastu tiba2 jengah muka kat kau..aku nampak muka dan separuh badan je.pastu aku baring…tutup muka sambil raba2 anak2 aku…nak pastikan diaorang ok…diaorang tidur nyenyak…suami aku balik dalam pukul 1…rileks je tidur berdengkur…aku terlelap bila pon tak tahu.

Itu je la cerita aku..kalau disiarkan…nanti aku ceritakan pasal kuarters lama yang seram kami duduk masa ikut suami pindah ke borneo. Terima kasih.
AngahRose

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

ANGAH ROSE

1 thought on “BERMALAM DI KAMPUNG”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.