Bertemu Harimau Gadong

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Diceritakan berdasarkan pengalaman bapak aku dan arwah moyang aku, insiden semasa beliau remaja… ‘Aku’ dalam cerita ni, adalah bapak aku yang di panggil Mahat (sebab dia lahir hari Jemahat! Bahaha)

Malam tu, aku bermalam di rumah atok sekitar pertengahan tahun 60’an, atok sebelah bapak yang aku panggil tok (al-fatehah untuk beliau), musim cuti sekolah hujung tahun ni, biasanya aku tidur rumah atok, minggu ni rumah tok sebelah bapak, 2 minggu lagi tidur rumah tok mak..

Kami keluar berjalan kaki ke kedai runcit pak mat yang terletak di hujung kampung..

Berjalan kaki sambil ambik angin malam… Suasana yang tenang, angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh rambut… Indahnya…

Atok aku ni tangkas orangnya, kalau berjalan langkahnya panjang-panjang… Dua tiga kali aku tersandung batu hampir nak tersembam, tapi atok masih steady jalan lurus dan tak banyak bicara.

Sampai sudah ke kedai pak mat, habis membeli barang yang dipesan nenek (al-fatehah jugak untuk beliau), beras sekati, gula secupak, dan beberapa barang lain, maka berjalan lah kami balik ke rumah…

Jarak perjalanan dari rumah ke kedai ni, tak jauh… Agaknya 15-20 minit je berjalan dah sampai. Kena lalu dua simpang, pertama belok ke kanan, kedua pun belok ke kanan.

Selepas simpang pertama, atok aku bagi isyarat suruh berhenti! Jangan melangkah! Mungkin telinga dia sedang menangkap bunyi yang dirasakan asing.

Aku nampak bergerak-gerak daun telinga dia dalam kesamaran malam..

Dedaunan pokok di kiri dan kanan bagaikan ditiup angin yang kencang

“shhhhhh…. ” sambil atok buat isyarat diam dengan jari telunjuk kat bibir.

Aku tak balas apa2 dan berdiam diri

“Mahat, mari cepat, jangan tunggu lama… Panjangkan langkah..” sambung atok aku

Aku dah cuak…

Atok aku ni, tak pernah buat kelakar. Aku rasa, selama aku kenal sampai dia arwah, boleh kira, sekali atau dua je dia melawak… Itu pun lawak hambar..

Dan untuk melepasi simpang kedua ni, ada sedikit laluan yang ada belukar besar dikiri dan kanan jalan.

“cepat Mahat!! Aku ada alamat tak elok ni!” atok aku mendengus!

Gayanya macam nak marah..

Kali ni, aku mempercepatkan langkah, nak dekat dua rantai dia tinggalkan aku kat depan

Tercungap-cungap berlari walaupun aku masih remaja, dan tengah mengejar lelaki yang dah separuh usia dalam keadaan separuh berlari-lari anak

Tiba-tiba atok aku berhenti! Berhenti betul-betul sebelum jalan yang ada belukar dikiri dan kanan!

Aneh!

Tadi nampak dia macam nak terberak sangat, bersungguh sampai macam nak berlari marathon biar cepat sampai rumah! Ni apa hal pulak berhenti!

Aku angkat kepala dan pandang 200 meter kedepan!!

Nahhhhhhhh kau! Ada cik belang, sebesar-besar lorong duduk buat ‘roadblock’ kat jalan!

Biar betul!

Besar kepala ‘lori pasir’ agaknya!

Sampaikan jalan tar yang hanya boleh memuatkan sebiji kereta lalu depan aku ni, tak nampak rupa tar dah bila dia duduk di tengah-tengah!

“tokkkk…….” aku dari gigih berlari sekejap tadi dah jadi gigil badan!

“aku tau, shhhhhhhhhh! Jangan bergerak!” atok aku bercakap dalam keadaan yang separuh berbisik…

Harimau tu cuma merenung dengan muka yang garang dan diam je… Tak buat apa-apa…

“Aku tahu, orang hantar kau nak uji aku! Baliklah! Balik sebelum aku hancurkan kau!” atok aku bersuara separuh jelas

Harimau tu masih berdiam diri

“BALIK AKU KATA!!!!!” Atok aku dah mula memekik!

Aku dah nak terkencing dalam seluar! Dia cakap kat aku ke cakap kat harimau?

“baik! Kalau kau nak main kasar, aku pun boleh berkasar!” atok aku bercakap lagi

Aku nampak dia mula menyinsing lengan baju, barang dalam plastik di letakkan kebawah..

Berdiri tegak menghadap harimau dan kedua tangan nya dihala kedepan dengan kedua-dua tapak tangannya dibuka penuh, sambil mulutnya terkumat kamit baca sesuatu!

Aku dah kaku, tak boleh nak bergerak!

Harimau tu dari duduk, aku nampak dah mula bangun!

Wajahnya bengis, dan harimau tu dah mula mundar mandir, tunggu masa sesuai untuk menerkam!

Atok, aku lihat masih berdiri tegak, dengan mulut terkumat kamit baca sesuatu, pendengaran aku dapat tangkap dia baca fatihah… Jelas walaupun perlahan…

Aku diam, dan mula perlahan-lahan baca fatehah macam dia..

Aku cuba khusyuk dalam keadaan yang payah, habis tunggang langgang bacaan aku dek kerana takut! Bagi la chance aku angkat wuduk dulu, kot ye pun, kannnn??

Dalam keadaan yang kalut macam tu, aku nampak, harimau tu cuma berlegar-legar di tempat dia duduk tadi je, macam tak boleh mara lebih rapat, seolah tempat kami berdiri ni, dah dipagar oleh dinding yang lutsinar!

Tiba-tiba aku nampak harimau tu melompat dan menampar dengan cakaran kaki kanan depannya!

“aduhhhhhhh…….” suara atok aku, dan dia tergolek ke sebelah kanan, dan memegang belikat kirinya, macam ‘real’ kena tampar disebelah kiri!

“atokkkkkkk……!!!” aku kata

Dia dapat berdiri, dengan kaki yang bersilang, seolah baru melepaskan buah tendangan tomoi!

Dia buat isyarat tangan supaya aku ‘tetap’ di tempat aku berdiri! Jangan bergerak!

Tak bertangguh…

HUPPPPPPP!!!!

Atok aku melompat dan membuat satu tendangan tonjol ke depan!

……Aneh pada pandangan aku, atok disini, dan harimau disana, tak seinci pun berdiri bersemuka! Tapi masing-masing macam berpura-pura berlawan dan memukul angin. Macam seolah tengah tengok ‘live’ pentomen depan mata! Macam tengah terkinja-kinja pun ada jugak!

Harimau tu mengaum panjang dan hilang secara tiba-tiba!

AUMMMMMMMMM!!!

Aku nampak atok dah berdiri dalam keadaan yang bersedia! Tapi matanya dipejamkan, dan tangan disilangkan didada, seolah dia sedang cuba membaca kawasan sekitar mengunakan panca indera yang lain!

“KIRIIII!!!!!” atok menjerit!

HUPPPPP!!!

Atok jerit dan melompat kedepan sambil berguling ke tanah, bila harimau cuba menerkam keluar dari semak, dari kiri tempat kami berdiri

Sekali lagi keanehan berlaku, terkaman tadi terhalang oleh sesuatu! Bunyi nya seolah harimau tu menghentam cermin yang besar!

BUKKKKKKK!

Harimau tu tak dapat mara dekat pun! Dan aku tengok atok berguling bagai nak rak depan mata!

Aku sendiri pulak, dari berdiri dah jadi mencangkung dan tutup telinga! Sangat stress keadaan ni!

Dan jarak aku dengan atok, taklah terlalu jauh, kirakan kalau harimau tu ubah fikiran nak terkam aku, aku dah boleh bayangkan badan aku disiat-siat dengan giginya yang besar dan tajam! Dah lah saiz sebesar kepala lori! Tapi harimau tu masih ‘memburu’ atok aku!

Atok bangun dari berguling!

Dia rapatkan kedua kaki, macam askar baru terima arahan, sambil mulutnya masih terkumat kamit membaca sesuatu..

Dengan sekali melompat, atok tepukkan tangan kanannya ke tanah!

“ALLAHU AKHBAR!!!” jerit atok!

Harimau tu ghaib!

Takde suara, takde apa, ghaib!!

Kemudian atok suruh aku teruskan perjalanan!

“Mahat, kau jalan dulu di depan! Jangan toleh kiri kanan! Jalan terus sampai rumah!”

“Aku nak habiskan disini! Aku taknak benda ni ikut kita balik rumah!” kata atok lagi dengan serius!

“errrrrr…. Tapi tok……” aku cuba mintak simpati, sebab dah naik takut dengan apa yang baru jadi depan mata tadi!

“TAKDE TAPI-TAPI! LEKASSS!!!! SEKARANG!!!! ATAU AKU PATAHKAN TENGKUK KAU!” atok tak melawak bila dia kata nak patahkan tengkuk aku!

Tak berfikir panjang, aku capai plastik barang ‘online’ nenek dan terus cabut lari balik rumah, serius aku lagi takut kat atok aku tu dari harimau tadi!

Berlari dalam samar malam sangat susah! Alang kan berjalan pun dah nak tersandung, lagi pulak nak disuruh berlari! Dua kali aku tersembam dengan beg plastik berisi barangan yang nenek suruh beli dikedai!

Beras timbang kati yang dibungkus dalam surat khabar dan diikat tali, pecah dan bercampur dengan gula pasir!

Sampai ke laman rumah, belum jejak kaki ke serambi, aku dah menjerit-jerit panggil nenek!

Nenek keluar tergopoh gapah, dan bila diceritakan kejadian tadi, nenek terus suruh masuk dalam dan tutup pintu rapat-rapat!

Setengah jam kemudian atok balik rumah! Dan dia tak terus masuk rumah! Aku tau sebab, aku dengar dia pusing keliling rumah dua tiga kali!

Malam tu, atok tidur di ruang tamu je! Aku disuruh tidur awal kalau taknak mengaji! Dan aku pilih untuk tidur!

Esok pagi bila aku berkesempatan untuk tanya, atok cakap benda dah selesai, orang nak uji dia disebabkan salah faham! Dan dia taknak cerita lebih lanjut apa yang jadi!

Begitulah ceritanya..

Pengajaran yang aku kutip dari cerita bapak aku ni, selisih faham memang tak boleh dielakkan, kita tak boleh nak ‘assume’ semua orang setuju dengan kita, tapi ada cara yang lebih baik selain dari gunakan ilmu hitam atau ilmu yang salah, antaranya pergi bersemuka, bincanglah elok-elok…

Gentlemen lah sikit….

Kalau tak mampu jugak nak selesaikan lepas perbincangan, mintak orang yang kita hormati untuk berbincang bagi pihak kita, tak selesai jugak, diamlah, diam bukan bermakna kita kalah! Kerana orang yang benar, akhirnya akan terbukti dia benar!

Sekian cerita suspen aku, moga terhibur!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya

5 thoughts on “Bertemu Harimau Gadong”

    • Best, Tapi nenurut saya kamu tidak serarusnya memgggunakkan nama orang sebenar, yang harus kamu buat ialah CONTOH joe (bukan nama sebenar )

      Terima kasih dan teruskan usaha budak
      Daridapa
      M.Azman
      (Bukan nama sebenar)

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.