Bidan Kampung

BIDAN KAMPUNG

Hyee assalamualaikum .. . Sebelum tu nak ucap terima kasih kat admin sebab sudi post cerita aku sebelum ni . Terima kasih jugak yang komen positif kat post aku buatkan aku lagi semangat nak share story kat sini . mintak maaf writing kurang menarik but i’ll try my best

Untuk cerita aku ni berdasarkan kisah sebenar yang dialami oleh mak aku sendiri yang merupakan seorang Bidan ( Bidan kerajaan ye bukan bidan kampung hihi ) . Mak aku bekerja sebagai bidan dah hampir 35 tahun tapi sekarang dah hampir 5 tahun pencen . Alhamdulillah masih diberi kesihatan . panjang pulak muqaddimah

Mak aku seorang bidan kat sebuah klinik kerajaan kat sini since awal dia berkhidmat . maknanya dah 35 tahun mak aku berkhidmat di klinik yang sama & kampung yang sama . Mak aku ni sangat femes kat kampung aku lagi-lagi dalam kalangan makcik-makcik tua pangkat nenek yang kebanyakannya bekas bidan kampung dulu-dulu. well korang mesti tahu bidan kampung zaman dulu amalan dorang macam mana . if ada yang tak tahu boleh google huhu . ape yang boleh aku highlight kat sini ialah bidan kampung ni biasanya diorang akan amalkan ilmu pendinding & ilmu-ilmu seangkatan denganya , dan ada jugak sebahagian darinya yang bela saka atau pendamping. lebih kurang dalam movie seram yang kita tengok kat tv.

Back to the story ..

kejadian ni terjadi lebih kurang 25 tahun dulu .. masa tu aku tak wujud pun lagi . so cerita ni based on mak aku & family aku yang lain cerita . Skop kerja mak aku sebagai bidan ni kebanyakannya akan meronda keliling kampung untuk melawat ibu-ibu lepas bersalin . Sebab tu mak aku memang sangat dikenali waktu tu . mak aku ni jenis peramah & prihatin orangnya . lagi2 dengan orang2 tua .

Dijadikan cerita , suatu petang tu mak aku dalam perjalanan nak balik kerja . Sebelum sampai rumah, mak aku singgah kat kedai runcit . Sebelah kedai runcit tu ada sebuah rumah kayu usang. kalau korang tengok rumah tu, korang takkan expect akan ada lagi orang tinggal kat rumah buruk macam tu sebab struktur rumah tu pun kalau aku melompat sikit confirm roboh habis . (aku tahu sebab sampai sekarang rumah tuh still ada lagi kat tepi jalan)

Mak aku cerita, rumah tu dulu dihuni oleh seorang bidan kampung yang sangat terkenal dekat kampung aku . boleh katakan kebanyakan orang kat kampung aku ni bersalin semua disambut oleh bidan tu waktu tu. Aku lupa apa nama bidan tu . haha aku bagi nama dia Mek .

Masa kat kedai runcit tu, mak aku sembang2 pasal rumah buruk tuh dengan makcik kedai tu . Kata makcik kedai tu, bidan kampung tu ada lagi dalam rumah, cuma dah lama tak nampak dia keluar . Tak ada siapa pun berani datang jenguk dia.

Mak aku terkejut bila tahu cerita tu . mak aku beli sedikit makanan . Keluar dari kedai tu, mak aku pun parking kereta depan rumah usang tu . Mak aku cakap dia sendiri pun tak tahu mana datangnya keberanian dia nak terjah rumah usang tu . Tapi disebabkan rasa prihatin bercampur risau kalau-kalau orang tua tu dah meninggal tak ada orang yang tahu , mak aku beranikan jugak kaki melangkah naik ke rumah tu .

Mak aku pun bagi salam , banyak kali tapi tak ada orang yang jawab . Mak aku pun cuba untuk buka pintu rumah tu . Bila pintu rumah tu dah terbukak, semerbak bau busuk keluar . busuk yang amat ! Mak aku sendiri tak dapat nak gambarkan macam mana bau nya . Bau najis bercampur hancing sebab pintu tingkap semua tertutup . rumah gelap . mak aku fikir mustahil masih ada orang tinggal kat rumah tu .

tiba-tiba…….

korang boleh bayangkan tak seorang nenek tua yang sangat tak terurus duduk dalam gelap atas lantai rumah yang penuh dengan najis.. bila dia nampak mak aku buka pintu rumah dia , terus dia merangkak nak datang kat mak aku .
(aku terbayang rupa dia time ni allahu)

Dalam kelam cahaya dari luar, mak aku boleh nampak muka dia time tu. Muka nenek tua dengan rambut beruban panjang ( tak la panjang sangat ) dengan baju lusuh yang kotor & berbau . ( aih terbayang lagi)

“Mek, ni nor mari ni jenguk mek”
Mak aku bersuara sambil perlahan-lahan kaki masuk ke dalam rumah yang gelap tu

Tiba-tiba mak aku dengar suara nenek tu menangis

“Mu datang nor, bawak balik la aku nor”
menangis sambil merangkak nak datang kat mak aku .

“Mu heret la aku nor, aku nak ikut mu balik, mu ikat la tekak aku nor, mu heret la aku macam binatang pun. aku nak ikut mu” mendayu-dayu dia menangis

Mak aku terkejut
“saya tak boleh bawak balik mek, saya nak mari jenguk mek je . Mek dah makan ke?”

“aku tak nak makan nor, aku nak ikot mu balik, jangan tinggal aku nor,tak ada orang nak ambik jaga aku nor, ambik tali ikat aku nor, heret aku balik dengan mu”
menangis orang tua tu dengan suara terketar-ketar ( suara nenek2 )

Mak aku dah tak sedap hati waktu tu

“saya tak boleh bawak balik mek, saya bawak makanan sikit ni untuk mek . Mek makan ye . saya kena balik dulu . nanti bila2 saya datang jenguk mek lagi .”
Mak aku pun keluar dari rumah tu & balik ke rumah
(dialog ni aku reka sikit2, tapi makna tetap sama dengan mak aku punye cerita)

Sampai rumah, mak aku tak cerita kat sesiapa pun tentang kejadian petang tu sampai la malam tuh,mak aku demam teruk sampai mengigau & meracau . Ayah aku cakap memang tak tidur malam tu sebab mak meracau teruk . Hampir seminggu mak aku demam .

seminggu lepas tu..

Bila dah sihat dari demam, mak aku masuk kerja seminggu selepas kejadian kat rumah nenek tua tu .

Petang tu, balik dari kerja mak aku singgah kat kedai runcit haritu . Makcik kedai tu pun cerita, katanya bidan kampung yang tinggal dekat rumah usang tepi kedai tuh dah meninggal dunia minggu lepas .

Mak aku terkejut . Innalillahiwainna ilaihirojiun

Kata makcik kedai tu, arwah meninggal minggu lepas , sehari selepas mak aku lawat dia . Mayat dia orang jumpa lepas 2hari dia meninggal bila orang lalu lalang terbau bau busuk dari dalam rumah tu .
Al-fatihah …..

****

Beberapa tahun lepas kejadian tu , lebih kurang 10 -15 tahun ( waktu ni aku dah lahir, umur berapa aku lupa yang pasti kecik lagi ) Mak aku kerap sakit . kadang tu sampai menjerit2 . katanya sakit dekat belikat belakang, sakit dada sampai sesak nafas . habis adik beradik kitaorang turun tolong urutkan . pernah masuk wad sebab sesak nafas teruk sangat tapi doktor tetap tak boleh nak detect penyakit .

Semua doktor pakar kami ikhtiar untuk sembuhkan mak . Ayah aku pun putuskan berubat cara kampung sambil2 berubat cara doktor . satu malaysia kami sekeluarga jelajah untuk cari segala jenis dukun, pawang & pak ustaz . kebanyakannya kami jumpa ustaz untuk berubat cara islam .Sepanjang bertahun tu, macam2 jenis ustaz yang aku dapat jumpa .

Rawatan untuk sembuhkan mak ambil masa yang sangat lama . aku lupa dah berapa tahun tapi lama sangat . sepanjang masa tuh, banyak perubahan yang nampak pada mak . Makan kadang selera, kadang tak selera . Tapi bila time ada selera, selera makan dia lain macam .Bile time maghrib pulak kadang2 tak boleh dengar azan, lari masuk bilik air .Kadang2 tengah tidur meracau nampak ada lembaga besar warna hitam dekat kaki katanya . macam2 lagi lah yang terjadi.

Kebanyakan ustaz yang kami jumpa akan tanya soalan yang sama .
“pernah terima apa-apa ‘barang’ dari nenek moyang atau sesiapa sebelum ni ?”

cari punya cari puncanya , mak aku pun buka lah cerita pasal kejadian petang tu pada ustaz . Mengikut apa kata ustaz, ‘benda’ tu dah lama penumpang di badan mak .Benda tuh adalah saka. Ustaz kata ‘benda’ tu menumpang sebab mak terima dia daripada tuan dia .
Terima ada banyak jenis & kejadian yang terjadi pada mak aku petang tuh salah satu cara menerima ‘saka’ tu.

Mulai dari saat tu, mak buat rawatan islam tanpa henti . segala macam jenis ayat mak baca & amalkan . ye , ‘saka’ tu pernah melawan sebab dia taknak pergi dari mak aku . dia selesa berdamping dengan mak aku . Alhamdulillah lepas bertahun berubat, dengan kuasa Allah swt, hari ni mak aku dah sihat & pulih seperti sedia kala . dari aku kecik sampai aku dah masuk sekolah menengah baru mak aku sihat sepenuhnya .

‘saka’ tu ?? wallahualam dia kemana . masa rawatan buang ‘saka’ tu aku tak dapat tengok sebab ustaz kata aku lemah semangat . haha

sekian kisah aku ..

Maafkan salah silap sepanjang aku berkarya . Maaf atas kekurangan . Kalau jalan cerita kurang menarik harap diampun huhu . Inshaa Allah kisah yang aku kongsi ni adalah kisah benar yang terjadi dalam hidup aku . terima kasih admin jika approve kisah ke2 aku . Inshaa Allah aku akan kongsi lagi lain cerita .

Akhir dari aku Selamat Hari Raya AidilFitfri maaf zahir & batin kpd semua pembaca FS
Assalamualaikum ..

Ainaa Sofea
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 comments

  1. Jalan cerita yang biasa dan mudah difahami. Penerimaan saka boleh berlaku dalam pelbagai cara. Dan si penerima kebanyakannya tidak sedar yang dia telah didampingi tanpa rela. Kepada penulis, semoga ahli keluar sentiasa dilindungi daripada gangguan dimasa akan datang.
    7/10

  2. Agaknye, saka tu xnk kluar dr bdn Mek tu sbb xde org yang nak amik, sebab tu Mek tu ssh nak mati. Bila mak penulis p melawat, ter transfer tanpa sedar. Bila saka tu dh keluar, baru la Mek tu bole meninggal.

  3. aku rasa sbb mak dia bagi makanan.. walaupun niat mak dia nak bagi makan ke Mek, tp seolahnya dia beri mkn pada benda tu, jadi simbolik kpd menerima.. benda2 halus ni kan gitu.. kau bagi aku makan, maka kau tuan aku..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.