BIDAN TERJUN

Tahun 2013 dulu aku pernah jadi bidan terjun.
Bukan bidan yang sambut budak tu, itu cuma perumpaan sahaja ya.
kisah bermula pada satu malam, dapat call dari kawan, mintak tolong teman dia ambil awek dia dekat satu kolej swasta di shah alam, katanya awek dia tak sihat.

Aku pergilah dengan kawan tu, sampai dekat hostel budak perempuan ni, aku naik atas nak amik budaknya, sekali tengok tengah meracau!!.. arghh ini parah ni.
Aku perhati je budak yang meracau ni, tah macam mana datang satu semangat nak kena pulihkan dia, tak cakap banyak aku arahkan kawan aku pegang awek dia, budak perempuan yang lain aku suruh duduk baca apa yang patut dan yang uzur aku suruh duduk dalam bilik.

Bayangkan masa tu, aku baca semua surah yang aku tahu, tapi tindakan aku masa tu, serupa macam perawat-perawat yang dah profesional kata kawan aku.
Bila dah selesai, awek kawan aku dah sedar, kami terus amik apa patut kemudian pecut balik dari shah alam ke kuala lumpur.

Malam tu masa aku balik rumah, aku mandi dan tidur, tapi sayang tidur aku kena kacau, aku bangun buka mata, depan aku masa tu ada mata yang merah menyala, benda tu cuba nak serang aku tapi tak boleh, dia macam terhalang satu dinding, kemudian dia megamuk sakan macam marah sangat, aku tengok je perangai benda tu, lepas itu aku baca ayat kursi, aku tiupkan pelahan-lahan dekat benda tu, tiba-tiba dia pandang lagi aku, kali ni dia pandang macam dendam, lepas tu dia hilang, aku sambung tidur.

Keesokan harinya aku bangun pagi, aku bersiap nak pergi kerja, aku nak hidupkan motosikal, tapi dalam bakul ada sekuntum bunga kemboja dan satu ikatan rambut yang di ikat mengunakan benang halus, aku tak buang barang tu, aku letak atas tiang parking.

Sejak pada hari itu, tak ada lagilah yang pelik-pelik, cumanya deria ke 6 aku makin sensitif, kadang aku boleh dengar apa yang orang lain tak dengar dan aku boleh nampak apa yang orang lain tak nampak, tapi kadang-kadang ya, bukan 24jam boleh nampak.

SEKIAN…

R

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.