Bilik 310

Bilik 310
Cerita aku bermula disini, nama aku Eman dan aku berasal dari Penang, aku merupakan seorang penuntut di sebuah universiti awam di utara tanah air. IPTA yang aku belajar merupakan salah sebuah IPTA yang tertua di Malaysia dan terletak di Perlis. Dengan suasana pemandangan kampung yang mengujakan dan dikelilingi sawah padi sudah cukup membuatkan setiap orang berasa tenang.

Alkisah pada tahun 2014 merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki di Universiti tersebut. Semua berjalan seperti biasa tiada apa yang mencurigakan. Perasaan teruja dan tenang menyelubungi diri ini. Mana tidaknya, dengan dihiasi struktur bangunan lama yang telah diubah suai sudah telah membuat aku merasa teruja. Pada mulanya, aku diberikan kunci bilik di tingkat bawah kolej Ketika aku mendaftar. Aku diberikan 2 orang rakan bilik. Seorang daripada Sik, Kedah yang bernama Alep dan merupakan pelajar kos diploma xxxx dan seorang daripada Dungun, Terengganu yang bernama Zali merupakan pelajar kos xxxx. Seterunya, aku merupakan pelajar kos xxxx. Sesi suai kenal kami berjalan dengan lancar dengan lawak jenaka yang tak jadi oleh aku sendiri. HAHAHAHA.

Setelah 2 minggu berlalu, seperti biasa, aku melakukan aktiviti rutin harianku seperti biasa iaitu bejogging. Maklum la aku perlu menjaga penampilanku kerana aku daripada kos sukan. Banyak tempat sudah aku terokai didalam kampus tersebut. Satu ketika, azan maghrib telah berkumandang, tapi aku masih belum pulang. Aku merasakan seperti diekori oleh seseorang. Tapi, aku merasakan mungkin perasaan aku sahaja. Biasa la dalam suasana sunyi dan bersendirian ditambah pula dengan waktu maghrib perasaan seperti itu biasa dirasakan. Mungkin perasaan aku sahaja. Kemudian, apabila aku pulang ke bilik, aku telah diberitahu oleh kawan sekelas aku melalui whatsapp bahawa seorang budak perempuan kos aku telah mengalami histeria. Diceritakan, yang dia mengalami histeria ketika hendak pulang ke billik dan secara tiba-tiba mengalami meracau dan sepertinya dirasuk. Bila teringatkan kembali peristiwa petang tadi bulu romaku kembali menegang.

Seterusnya, aku menceritakan hal ini kepada rakan sebilikku. Malah mereka tertawa dan masing membuka kisah seram masing-masing. Pada malam hari, seperti biasa Alep akan ber”otp” dengan pasangannya. Biasa lah orang bercinta malas aku menggangu. Cuma seketika aku mendengar pangggilan manja sesama sudah membuatku merasa geli hati. Kemudian akibat terlalu letih aku pun tidur. Shhhhhhh, secara tiba-tiba aku merasakan aku ternampak sesosok tubuh seperti pocong berada dihadapan katilku. Aku terkejut dan seketika badanku menjadi kaku seperti ditindih oleh sesuatu. Aku tidak dapat mengerakkan badan malah mengerakkan bibirku juga. Aku gagahi dan aku cuba untuk membaca ayat kursi dan secara tiba-tiba sosok makhluk tersebut pun hilang. Kemudian aku tersedar dan itu hanyalah mimpi dan perasaan ditindih itu aku rasakan amat nyata dan badanku terasa letih.

Kemudian, terdengar seperti suara memanggilku. “alep bertanya, kenapa man? Tiba-tiba bangun terkejut cmtu?” aku terdiam seketika, aku malas menceritakan apa yang terjadi didalam mimpiku sebentar tadi dan kejadian ditindih tadi. Aku menjawab; “tkda apa lep, aku mimpi saja tdi bangun terkejut. Kemudian aku mencapai earphoneku dan terus membuka ayat-ayat suci Al-Quran ketika sambal melelapkan mata. Kring kring kring kedengaran seperti alarm zali berbunyi. Seperti biasa, aku yang akan terjaga terlebih dahulu. Kulihat jam ditangan menunjukkan waktu tepat menunjukkan jam 6.30 pagi. Aku mengejutkan zali untuk dia bangun untuk menunaikan solat subuh. Aku mengejutkan alep juga, seperti biasa ayat yang akan keluar dari mulutnya, “bangun dulu, japgi aku bangun”. Seperti biasa aku menjalani hariku sebagai pelajar seperti biasa.

Pada keesokan harinya, aku membuat keputusan untuk berjogging dikawasan luar kampus. Aku mengelilingi kawasan sawah padi yang berdekatan kampus aku. Aku meletakkan kenderaan di satu-satunya rumah yang berada di kawasan tersebut. Pada mulanya aku berasa sedikit pelik, manakan tidak hanya sebuah rumah di kawasan sawah tu. Fuhhhh serammmmm, tapi kelihatan seperti tuan rumah tak berada di situ.

Setelah selesai 3km aku kembali ke tempat parking motosikalku, tiba-tiba aku disapa oleh seorang pakcik tua. “Laju adik lari” kata pakcik tersebut. Kemudian aku menjawab “hahahaha tkde lah pakcik biasa je tu, sebab selalu jogging kan”. Kemudian pakcik tu bertanyakan kepadaku, “baru ke kt sini?” aku pun menjawab “aah baru je tak sampai sebulan lagi”. Kemudian dia bertanyakan kepadaku “best ke dok sini? Ada terjadi benda-benda aneh ke? kalau ada pun biasa la tu asrama kan” tambah pakcik itu. Kemudian aku berfikir sejenak, ehhhh macam tahu-tahu je pakcik ni kan. Dengan kejadian yang baru menimpaku dan kawanku yang mngalami histeria. Kemudian aku menjawab, “ada la jugak pakcik haritu, kawan saya ada kena histeria dan saya pernah ditindih hantu aku pun menjawab”.

Kemudian pakcik tu menjawab “biasa la tu dik, asrama lama kan, dah lama pulak student tak balik, jadi, kalau kena kacau sikit-sikit tu benda biasa, tapi yang penting jangan buat perkara yang bagi benda tu suka je dalam bilik. Kemdian aku terfikir “ ehhh benda???? Hantu ke??? jin ke? tak dinafikan jin dan syaitan ni kt mana-mana pun ada”. Aku pun abaikan sebab aku rasa tiada apa yang mencurigakan dengan diriku. Tiba-tiba azan maghrib pun berkumandang, dengan penuh rasa rendah diri, aku pun meminta diri dlu dengan pakcik tersebut.

Pada malamnya, seperti biasa aku aku ke kantin untuk membeli makanan. Aku akan mengajak rakan sebilik aku untuk membeli makanan. Dan kebiasaannya aku akan ke tandas dahulu sebelum turun ke kantin. Tambahan pula, bilik aku bersebelahan sahaja dengan tandas. Biasa lah nak check dulu dekat cermin apa yang kurang kan. Tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti air pancur terbuka dengan sendiri. Fuhhh meremang seketika, kerana aku dah pastiukan tiada seorang pun didalam tandas. Aku pun tengok-tengok tandas mana yang airnya belum tertutup. Kemudian aku pun menutup paip air tersebut. Dan aku terfikir “masa masuk tandas tak bunyi air pancur” tiba-tiba boleh bunyi pulak? Hmmmm makin difikirkan makin membuat aku merasa takut.

Setelah selesai makan dan lepak bersama kawanku, aku pun pulang ke bilik. Jam menunjukkan waktu pada 11.50 malam. “hmmm dah masa untuk tidur ni” fikirku sejenak. Kemudian alep menyapaku, belum tidoq ke eman? Jawabku sambal-sambil nak tidoq lah ni. Aku memakai earphone dan aku menyelimuti selimut ke seluruh tubuhku. Setelah 2 jam berlalu aku masih tidak dapat melelapkan mata. Kemudian aku membuka earphone ditelingaku. Aku seperti mendengar seseorang mendesah. Terkejut aku apabila mengetahui alep sedang mendesah seperti melakukan se**. Aku mendiam dan aku tak menunjukkan tanda-tanda yang aku belum tidur. Aku memerhatikan zali, ternyata zali sudah tidur mati…memang zali selalunya jam 11 matanya sudah terpejam rapat.

Kemudian aku mendengar alep sepertinya sedang ber”otp” dengan pasangannya. Tak ku sangka sebegitu berani alep untuk melakukan fon se** ketika kami masih berada di dalam bilik. Kemudian, aku mendengar seperi alep mendesah lagi dan semakin kuat, aku hanya berdiam diri sahaja di situ melihat kelaku alep yang tak senonoh itu. Kemudian alep pun turun dari katil dan pergi ke tandas. Aku berfikir “alep ni dia beronani didalam bilik ke?” berfikir ku sejenak, patut la banyak benda pelik jadi dalam bilik ni. Kemudia alep pun pulang ke katilnya dan aku lihat dia menyelimutkan badannya dan mungkin dia mahu tidur. Semalamam pun berlalu dan mataku masih tidak dapat melelapkan mata. Patut lah bilik terasa seperti tidak tenang rupanya ada seseorang yang melalukan benda tak senonoh.

Pada keesokan harinya, aku memberanikan diri bertanyakan kepada alep. Kebetulan pula alep menumpangku ketika hendak ke kelas. Aku bertanya kepada alep “alep jom g kedai dulu, lepak-lepak minum dulu” alep mengikuti sahaja ajakanku. Setelah sampai di kedai makan, aku mula membuka bicara, “alep semalam hang buat apa?” tanyaku. Alep menjawab “buat apa tu? Aku takda buat apa-apa la” kemudian aku menyambung, aku macam terdengar bunyi tak senonoh semalam. Alep kelihatan terkejut apabila aku memberitahu hal tersebut. Dia sepertinya mahu menafikan hal tersebut. Tetapi aku berkeras yang aku terdengar apa yang dia lakukan semalam.

Setelah berlarutan dia memberitahuku, yang dia ada membela jin. Aku terkejut mendengar hal tersebut. Patut la aku tak pernah tengok alep menunaikan solat. Alep menjawab “dah lama man aku membela jin ni. Aku kena keluarkan air **** untuk memberi jin aku makan. So dengan cara apa? Dengan cara aku berfon s*** dengan awek aku” kata alep. Astagfirullah istigfar panjang bila aku dengarkan apa yang dikatakan oleh alep. Tambah alep lagi, “dulu aku hanya melakukan bersendirian, tetapi nafsu menguasai diri, aku mula mengajak awek aku”. Kemudian aku menambah lagi, “ alep, mula-mula hang memang hanya melakukan fon s*** tak mustahil suatu hari nanti hang akan melakukan zina” kataku kepada alep. Alep menjawab “aku takleh buat apa man, jin ni ibarat penjaga aku, kalau aku tak bagi dia makan, mesti aku kena kacau”. Kemudian aku menjawab, patutlah aku setiap malam mesti mimpi yang aneh-aneh dan ditindih, aku ingatkan bilik kita berhantu rupanya hang yang berhantu lep. Alep terdiam ketika aku mengatakan itu. Aku harap hang boleh insaf la alep sebabnya jin memang suka benda-benda camtu, memang hang akan lakukan tu, tapi bila dalam keadaan camtu, hang dalam keadaan tak suci, nak solat takleh, semua takleh, ni jala nasihat aku boleh bagi dekat hang lep, kataku kepada alep.

Jam menunjukkan pada 8.30 malam, aku melihat tiada sesiapa didalam bilikku. Zali yang selalunya berada dibilik juga menghilang. Alep juga tiada, aku malas nak pikir pasal alep sebenarnya atas kejadian yang berlaku. Secara tiba-tiba kurasakan bulu romaku menaik. Pintu bilik yang saja kubiarkan terbuka dengan secara tiba-tiba telah tertutup dengan sendiri. Fuhhhh terkejut aku dibuatnya, aku mula fikir bukan-bukan. Kemudian aku membuka kembali pintu bilik kami. Dengan tiba-tiba aku sepertinya ternampak sesosok makcik tua ditingkap. Shhh terkejut aku dibuatnya, makcik tu menghilang dengan sekali pandang. Aku tak pasti sama ada itu hanyalah khayalan aku semata-mata. Tetapi ini bukan waktu yang sesuai untuk berkhayal seperti itu. Walaupun tiada penampakan yang nyata, tetapi aku selalu terbayang seakan ada seseorang yang memerhati diriku ini. Walaupun aku takda la pernah jumpa “real” macam cerita hantu tu tapi aura dan kisah misteri tu hanya aku yang dapat merasai.

Seminggu telahpun berlalu, Zali masih tidak pulang ke bilik. Rupanya zali telah berpindah ke bilik kawannya setelah dia mengalami peristiwa pelik. Dia selalu merasakan diri dipeluk oleh seseorang dan merasai seperti tangan yang memiliki kuku tajam yang menyentuh kakinya. Dia memberitahuku setelah dia berpindah ke bilik kawannya. Manakala, alep selalu mengigau ketika tidur. Aku tak pasti apa yang dimimpikan olehnya. Dia sering menangis ketika terjaga dari tidur. Apabila keesokan harinya bila aku bertaanya dia memberitahu yang dia tak pernah menangis. Bilik yang ku angggap dapat belajar dengan tenang kini menjadi mimpi ngeriku setiap malam. Walaupun tiada kecederaan fizikal yang aku alami, tapi emosiku selalu terganggu dengan benda-benda aneh yang tak dapat kuceritakan didalam artikel ini.

Pada hari Jumaat, bertarikh sekian-sekian, aku memutuskan untuk menumpang bilik kawan sekelasku. Aku tak memberitahu kawan kelasku dengan apa yang terjadi. Kerana aku berpikir diam lebih baik. Alep masih dibilik itu dan aku tak pasti apa yang dilakukannya pada setiap hari. Tapi kelihatan mukanya ternampak kusut dan tak terurus. Matanya kelihatan sedikit lebam, badannya sedikit berbau, dan badannya sedikit kurus. Tak ku sangka pelbagai cara ada untuk memberi makan benda halus tersebut.

Aku selalu berpikir dengan cara memberi darah sahaja. Tetapi dengan cara bero**ni. Rasa seperti jijik tapi itu sebenarnya yang makhluk tu suka. Setelah 6 bulan berlalu dan aku menghabiskan satu semester dibilik kawan sekelasku. Tetapi walaupun sudah 6 bulan berlalu tetap aku rasakan seperti ada seseorang yang selalu memerhatiku. Aku juga selalu termimpi-mimpi kelibat seorang makcik tua didalam mimpiku itu. Apakah yang terjadi sebenarnya?????

TAMAT

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Bilik 310”

  1. “Kemudian pakcik tu menjawab “biasa la tu dik, asrama lama kan, dah lama pulak student tak balik, jadi, kalau kena kacau sikit-sikit tu benda biasa, tapi yang penting jangan buat perkara yang bagi benda tu suka je dalam bilik.”

    Pakcik nak maksudkan jangan solat, jangan mengaji atau buka surah2 al quran ke sbb hantu syaitan x suka semua tu?

    Reply

Leave a Comment